Saturday, April 22, 2017

Tersalah Beli Tiket Bus? Ni Penyelesaiannya....

Boleh ke tukar tiket ni yah? orang dah beli minggu ni tak jadi balik pulak.. paling2 pun minggu depan baru boleh balik. Boleh ke tukar tiket ni yah? rugi la kalau burn huhu..

Patut aku balik minggu ni ok wakaka.. tapi disebabkan ada urusan yg tak dapat dielakkan, terpaksa tangguh minggu depan. Tak sabo nak makan gulai lemak sayur bendi belakang rumah makkkk!!
Boleh ke tukar? takkan nak burn? boleh ke jual? camne cara nak jual pulak dah.. adui banyak betul masalahnye. Relax2. Untuk pengetahuan korang, dua2 cara tersebut boleh dilakukan, samada nak jual atau tukar tarikh. Kat bawah aku tunjukkan cara-caranya:

1. Jual tiket yg dah dibeli.

Cara nya, korang pegi balik tempat yg korang beli tiket tuh, mintak dia tolong jualkan. Maybe ada sedikit pengurangan. Tapi OK lah dari kau rugi 100%. Tapi tak semua cashier nak tolong, pandai2 lah kau buat muka sedih

2. Tukar tarikh tiket yg dah dibeli.

Cara yang ni confirm boleh, aku tak pasti samada semua syarikat bus pakai kaedah yg sama atau hanya Plusliner sahaja. Aku baru jer tukar tarikh tiket untuk Plusliner, takde masalah.. cuma kene bayar RM5.20 (kalau x salah yg sen) untuk ape taktau. Bukan lah kata tak kisah, rugilah dari aku burn begitu saja kan?

Kesimpulannye.. takde masalah kalau nak tukar tarikh tiket yg tersalah beli ect. Aku tak pasti semua syarikat bus sediakan kemudahan macam nih, tapi Plusliner confirm. Ohh.. untuk proses tukar menukar ni, tak semestinya buat di station bus yg besar.. boleh jer dengan agent. Ok gudluck guys!
Share:

Friday, April 21, 2017

Panduan Mudah (Basic) Urusan PUSPAKOM

Sebelum cuci darah my redbaby (1,500km) jap lagi, aku nak share something kt korang pasal PUSPAKOM nih. Semua org Malaysia dah sedia maklum pasal PUSPAKOM ni sebenarnye, apabila berurusan jual beli kereta, PUSPAKOM menjadi perkara utama yang perlu diambil kira. Nih aku CNP je dari web PUSPAKOM :

Ditubuhkan pada tahun 1994, PUSPAKOM merupakan anak syarikat milik penuh DRB-HICOM Bhd, sebuah konglomerat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kami adalah satu-satunya syarikat pemeriksa kenderaan yang dilantik oleh kerajaan Malaysia untuk melakukan semua pemeriksaan mandatori terhadap kenderaan awam dan perdagangan, serta kenderaan persendirian untuk tujuan pembiayaan sewa beli, pindah milik dan insurans.

Semalam aku ke PUSPAKOM nak uruskan proses tukar milik kenderaan, penting tak penting PUSPAKOM nih, drang akan check mende2 basic sebelum buat kelulusan tukar milik. Drang akan check antanya (tertakluk kepada jenis kereta dan tujuan pemeriksaan) :

Panduan Mudah (Basic) Urusan PUSPAKOM

1. No engine
2. No casis
3. Kenderaan potong (body potong)
4. Ketelusan cermin (tinted)

Sebenarnye, kebanyakkan orang fikir lebih baik bagi runner je yang settlekan PUSPAKOM dan tukar nama (JPJ) dengan kos yang tinggi RM300? beb! korang buat sendiri tak sampai RM40 pun! ok kat sini aku nak share perkara2 yg perlu dilakukan sebelum ke PUSPAKOM :

1. Basuh kereta, pastikan no casis dan engine jelas (kalau boleh)
2. Deal hari dan tarikh yg sesuai, tak perlu ke sana, call je:

Address & Contact : No. 17, Jalan P10/18, Taman Industri Selaman, Seksyen 10, 43650 Bangi, Selangor. Tel: 03-8922 1325  Fax: 03-8922 3706
Inspection by Appointment Tel : 03-51017000

3. Bawa geran asal (original).
4. Sampai di PUSPAKOM, bagitahu nak tukar nama pemilik dan Isi borang yang diberi.
5. Queue kereta mengikut arahan yg diberi, Tak tahu kat mana nak queue, biasanya ada polis yg jaga bahagian tu, tanya dia.
6. Sampai turn korang, bayar RM40 di kaunter yg disediakan.
7. Tunggu keputusan samada lulus atau gagal.

Semudah ABC kan? tak perlu pening2 fikir nak bayar runner bagai.. baik korang bagi aku lagi bagus haha! ohh.. semasa pemeriksaan, korang boleh je nak tengok2.. takde masalah pun. Aku buat di cawangan Bangi, not bad, kereta tak banyak.. paling best tinted aku lepas Alhamdulillah. Tengok kadar ketelusan dari web JPJ (http://www.jpj.gov.my/pemasangan-cermin-gelap) tak lepas beb! Rezeki Allah nak tolong. Kalau tak lepas, samada korang kawtim dan koyakkan depan tu jugak, atau buat sekali lagi dengan bayaran yg sama RM40.

InsyaAllah dalam masa terdekat aku ke JPJ untuk proses pertukaran nama, BTW.. tiap pemeriksaan tukar milik (PUSPAKOM) ni valid lebih kurang 3 minggu. So dalam masa tiga minggu tu lah korang perlu uruskan di JPJ dsb. Kalau diberi kekuatan, aku share kat sini.. kau ingat senang ke nak menulis? hahaha.. 
Share:

Monday, April 17, 2017

Diary UKM : Auto Translate Selected Word

Assalamualaikum WBT.. ape ceghita sahabat2 semua, harap ceria sokmo hendaknya. Lately ni agak busy sekett uruskan hal2 kerja, thesis? yup.. tutup buku sekejap. Meh nak kabo, kalau anda seorang student fulltime, fokus lah pada belajar anda.. jangan dikirakan cari kerja kahwin itu ini, sebab ape? possibility mood belajar akan akan menurun dengan pelbagai perkara yg tak sepatutnya, dan itu secara tak langsung akan merosakkan target belajar anda. So usahakan selesai satu persatu, utamakan yang lebih penting. 

Okeh2.. straight to the point. Haha.. 


Aku nak share korang, especially student satu tools/software ect yang sangat membantu korang untuk translate perkataan. Yup boleh guna google translate dan sebagainya, tapi payah beb nak copy paste bagai, yg ni korang just highlight mana perkataan yg perlu di translate, tekan key trus auto translate. Lebih kurang macam google translate, tapi yg ni lebih mudah dan mesra alam. Aku tak buat tutorial cara guna software nih, tapi kalau banyak permintaan aku akan buat InsyaAllah. Ape jer yang diperlukan untuk run software nih:

1. Laptop/komputer
2. Internet
3. Download n install QTranslate

Ok guys! Gudluck! :)

**PSSTT!: Like My Page Senyum Gelak Melepak
Share:

Tuesday, February 28, 2017

Terlupa No Sendiri? Begini Caranya... (MAXIS,DIGI,CELCOM,TUNETALK)

Punya la aku stress sebab terlupa no sendiri.. ni semua angkara dulu2 pakai banyak no, tapi hpnye satu.. now aku still dengan maxis dan digi. Dan disaat aku memerlukan no2 tersebut.. boleh plak terlupa, BTW maxis ni baru lagi aku guna untuk free social internet.. kalau tak memang tak hingin pun sebab kuat nau nipunye. Yang jadi terdesak sangat ni disebabkan, sim digi buat hal. Dah la no digi aku tu no formal, kot awek lama nak call tak dapat2. Oleh itu, misi pencarian maklumat bermula.. so akt bawah aku share cara mudah untuk tahu no sendiri

Terlupa No Sendiri? Begini Caranya... (MAXIS,DIGI,CELCOM,TUNETALK)


Maxis/Hotlink:
Semak nombor Maxis Hotlink  tekan *139#

Tambah Nilai Maxis Prepaid
*111*Kod Pin 16 Angka# 
 *111*1234567890123456# 

Semak Baki Quota Internet Maxis HotLink
*100*2*1# 

Maxis Customer Service  Hotlink 
Dial 123



Digi: 
No Telefon dan Baki  *126#
Menu digi *118# 
Semak Kuota *200#
Internet Packages *116#



Celcom:
tekan *124# atau tekan *118#



TuneTalk 
Semak Nombor TuneTalk tekan *111# 



Share:

Wednesday, February 8, 2017

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Antara perkara penting bagi seorang mahasiswa adalah keselesaan ketika membaca/study. Betul? bayangkan korang nak exam.. banyak giler lect bagi bahan by email ect, yang perlukan korang untuk baca menggunakan laptop. Ok lah sejam mengadap laptop, itupun ntah tahan ntah tidak dengan FB segala macam. Inikan nak baca artikel2 yang memeningkan? falsafah? science? kompom tido atau scroll FB. Normal.. bile otak terlampau bekerja, perlukan sesuatu untuk cooldown temperature otak korang. Kalau tidak, terjejas segala menda.. 

Jadi, untuk memudahkan kerja, perlu cari alternatif lain untuk membantu permudahkan kerja.. terutama keselesaan. Kat sini aku nak share bagaimana cara untuk save WEB to PDF - PRINT to PDF

Keperluan:
1. Laptop
2. Printer
3. Software (freeware) http://www.dopdf.com/

Tutorial WEB to PDF - PRINT to PDF:

Trick WEB to PDF - PRINT to PDF

Download software dari link yang diberikan dan install seperti biasa. Software tersebut membantu korang untuk save mana2 website to pdf. So tak perlu nak copy and paste web to word. Kalau yang nak dicopy tu sikit takpe.. sebab, word dia detect segala format margin dari website. So bila korang copy dari web to word, kompom tunggang langgang. Untuk jadikan dia format yang sesuai untuk bacaan, perlukan software tersebut. Dan.. camne cara nak guna?

Masuk mana2 website, contoh aku masuk https://www.facebook.com/. Tekan/hold (jangan secara bersamaan) key CTRL + P. Kemudian, akan pop up print sebagaimana di atas. Di bahagian Destination, ubah kepada SAVE AS PDF atau yang berkaitan. Akhir sekali, SAVE dan pilih folder. Done.

Untuk melancarkan trick di atas, perlu install printer di laptop korang. Install printer maksudnya, korang beli printer akan dapat cd installer, so install cd tu. Cd hilang boleh cari di google. Caranya taip jenis dan model printer korang. Contoh, canon pixma e400 printer driver. Kalau takde printer, camne korang nak print sebab software tu membantu printer untuk convert kepada printer format. Kalau ada yang blur tak faham, boleh bertanya di bahagian komen.

Semoga membantu. 
Assalamualaikum.
Share:

Monday, February 6, 2017

Diary UKM : Pendaftaran Semester Baru 2017

Diary UKM : Pendaftaran Semester Baru 2017


Dapat email dari PPS peringatan mesra pendaftaran semester baru (2) walaupun aku dah terlajak tambah sem. Untuk pengetahuan semua, yuran tahun (2017) ni tak sama macam yg lepas2.. kenaikan bermula sejak bermulanya tahun baru 2017. Jadi bagi mereka intake sebelum tu, yuran tetap naik cuma taklah sebanyak intake 2017. So aku sendiri, intake 2014 yuran semester Rm1335, minus dengan sekarang Rm1450 bersamaan Rm115. Jangan keliru dengan yuran semester dan pendaftaran, pendaftaran hanya bayar sekali termasuk semester 1. Jadi jumlah dia lebih besar (pendaftran+sem1). Untuk lebih jelas buleh call bahagian Pusat Pengajian Siswazah UKM. 

Diary UKM : Pendaftaran Semester Baru 2017

Kalau nak check hutang korang yang bertimbun tu.. boleh masuk sini SEMAKAN - HUTANG. Sebelum ni aku ada share cara mohon MARA, insyaAllah aku share pulak cara nak mohon zakat UKM. Aku faham perasaan student, nama pon student, mana nak cekau duit ber K K betul??

Di bawah aku sertakan lampiran & borang penting bagi mereka yang memerlukan:

1. Kalendar semester 2 UKM 2017

2. Kaedah bayar yuran UKM 2017

3. Borang permohonan tambah masa pengajian UKM 2017

4. Borang permohonan penangguhan pengajian UKM 2017

5. Borang permohonan mendaftar lewat UKM 2017
Share:

Friday, February 3, 2017

Voltmeter, Battery, Rectifier and Duro Arrow Tyre Tips for FZ150i Malaysia

Ok lepas gaji terus kering poket aku setelah sekian lama FZ wsc ni berjasa bawak aku kesana kesini carik rezeki dan sebagainya. So ini hari kita layan dia baik2.. dan permintaan dia bukan calang2 jugak.. yelah jasa baik orang jangan dilupakan. Jom kite tengok ape jer permintaan kawan baik aku nih.


1. Battery Dynovolt Rm110 (1 thn warranty)


2. Rectifier Rm180 (original)


3. Tayar Duro 110/70 Rm130

Total: Rm420.

Lokasi kedai di Teras Jernang. Memang aku rasa macam kene paku.. tapi apekan daya, battery lama kong bagai nak rak.. nyaris aku pegi kedai check, penutup battery dah tercabut beb! kalau aku lenjan pi balik sg.besi, mau meletop batery dan aku pun ikut sama hangus. Rectifier, lampu engine aku menyala hampir 3 bulan - 4 bulan, mula2 aku ingat wiring.. dah settle wiring, masih jugak menyala (sebelum ni dah tukar magnet coil).. rupenye dah kondem! so bagi aku walaupun mungkin mahal banding kedai lain, aku puas hati repair dan guna moto nih.. banyak berjasa woo.. dan tayar, sebelum ni aku pakai Cheetah 100/80. Berat beb.. nak test punya pasal, lenjan saja. Rasenye ade la dalam 7 bulan kot.. dah out bunga dia. Kalau time hujan jangan sembang la licin la. 

So kesimpulannye, nak melayang Rm420 atau melayang nyawa yang tiada ganti? Duit boleh dicari, nyawa tak boleh dicari ganti. Hehehe..

Sedikit aku nak share pasal rectifier nih. Sepengetahuan aku, rectifier ni kegunaan dia untuk charge battery. Jadi kalau rectifier rosak, battery takkan dapat bertahan lama dengan kekerapan harian korang guna motor tuh. Jadi, antara cara untuk tahu rectifier rosak.. dengan kerosakan pada battery. Macam mana pulak nak tahu battery rosak ke tak? senang saja, pasang VOLTMETER. Dah banyak jual kat kedai, nak murah dan senang, cari dalam group motor.. drang bagi harga murah termasuk pemasangan. Pakai yg murah2 sudah.. banyak kes memb aku pakai yg mahal. Tak lama memang kene bedal. 

Fungsi voltmeter ni secara ringkasnye untuk mengesan kesihatan/condition battery. Rider FZ new model mana ada kick starter dah, semua pakai starter je.. fikir, nak labur rm25 atau nak susahkan diri dan kengkawan? haha.. aku tau ko brotherhood, tapi ni ada jalan penyelesaian dan sediakan payung sebelum hujan. Korang nak tengok ape fungsi volemeter? aku share video kat bawah.


Digit2 tu aku tak pasti sangat, ape yg aku tahu info dari seller dan pomen. Time idle 11-12. Time ride 13-14. Bak kate sorang pomen ni, under 11 maksudnye battery tak dicas (kait dengan rectifier), 15 and above overcharging. Be careful! kalau over charge battery korang boleh meletop, dan kalau tak charge pulak battery korang akan kondem. Jadi volemeter ni penting sebagai panduan dan pantauan tahap kecerdasan battery korang. Aku share kat korang contoh magnet coil problem.


Ingat 3 serangkai nih. Battery - Rectifier - Magnet coil. Jadi, sebagai langkah berjaga2, korang boleh perhatikan peratus voltmenter. Dari situ, boleh jadi battery problem. Bile battery problem ada kaitan dengan rectifier sebagai pengecas battery. Kadang2 peratus voltmeter yang tinggi menyebabkan lampu engine menyala, meter ram weng. Kalau jadi macam video kat atas, boleh mintak pomen check magnet coil, rctifier dan battery. Takdenye kene cas, kalau kene jugak berapa hengget je.

Ok guys, semoga membantu.
Share:

Monday, January 30, 2017

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Arghhh aku dalam mood nak tlis tesis, tibe2 teringat nak update blog plak.. ni semua bisikan syaitan  yang mengganggu je nih hampes3... Takpelah.. alang2 dah siap nak update blog, aku nak share pada rider FZ150i tahun 2008 cara untuk pasang sampan jenis transformers. Untuk pengetahuan rider sekalian, sampan ni untuk FZ 2014 kalau tak salah, dan FZ aku 2008. Memang kalau nak pasang macam tu je takkan jadi melainkan kene mody sikit. Jangan risau, simple je cara nak pasang dia.. OK lah straight to the point :

Antara alat yg diperlukan,

1. Bracket, Nut, Screw
2. Playar
3. ScrewDriver
4. T
5. Cutter

Bracket antara barang yang wajib, so cari kat hardware dan cari yang keras untuk pegang sampan korang tu nanti.. kalau beli yang nipis, langgar air buatkan sampan korang senget lalu terkene lah ejos. Jngan lupa nut dan screw untuk ikat antara bracket dan sampan. Lepas korang dah beli bracket yang tebal tu, perlukan cutter untuk alter bagi cun ngam. Jadi sebaiknye pkai cutter yang power supaye senang nak bentuk bracket tuh. Seterusnya, silakan refer panduan bergambar di bawah. Sebarang pertanyaan, di bahagian komen ye guys. Gudluck!

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Panduan Mudah Pasang Sampan Transformers FZ150i 2008

Share:

Saturday, January 28, 2017

Diary UKM : Wifi UKM 2 device connected -Working trick!

UKM baru sahaja menggunakan service Maxis Wifi yang sebelum ni UKM Jaring Wifi.. untuk lebih lanjut boleh baca di DIARY UKM: ACCESS DENIED UKM WIFI SOLVED!. Untuk pengetahuan, UKM melimitkan had penggunaan Maxis wifi ni hanya 20gb (kalau tak salah lama tak check) setiap orang. Untuk staff aku tak tahu, tapi kalau student memang ada limit, maksudnye kat sini jangan seronok sangat download upload macam2.. tau2 dah tak boleh nak connect, antara sebab nye quota internet korang dah OUT la tuh! 

Diary UKM : Wifi UKM 2 device connected -Working trick!

Sebelum ni Jaring WIFI, masalah yang selalu aku hadapi adalah Access Denied bila nak connect.. kalau orang yang tak tahu, memang sampai kesudah takkan boleh connect. Bile tibe Maxis Wifi pulak, masalah hampir sama. Jadi solusinya reconnect sampai boleh connect. Cume.. kadang trick ni tak berkesan, tambah2 nak connect lebih dari satu device, boleh cube trik ni.

1. Forget connection UKM Wifi dari semua device.
2. Connect UKM Wifi dengan laptop dan save/automatically connect, kemudian disconnect, jangan forget.
3. Connect UKM Wifi dengan HP dan save/automatically connect, kemudian disconnect, jangan forget.
4. Connect UKM Wifi dengan laptop. Biasanya kalau hanya disconnect tanpa forget, wifi akan automatically connect the device. Jadi, jangan biarkan disconnect terlalu lama.
5. Then, connect dengan HP pulak. 

InsyaAllah berkesan, wifi akan detect device yg kite dah save automatically connect tadi. So dua2 device akan dapat connect dari wifi yang sama. Kat bawah aku share cara register UKM Wifi untuk kemudahan bersama, terutama pelajar yg baru. Semoga berjaya.

PANDUAN/CARA REGISTER UKM WIFI

Diary UKM : Wifi UKM 2 device connected -Working trick!

Diary UKM : Wifi UKM 2 device connected -Working trick!

Share:

Saturday, January 21, 2017

Diary UKM : Easy Trick Ink Out Error Message Solved! Canon Pixma e400

Diary UKM : Easy Trick Ink Out Error Message Solved! Canon Pixma e400
Contoh masalah yang sama dari Printer yg berbeza - Google

Pernah jadi tengah syok2 print nih! Pop! keluaq Ink Out Error dan terhenti sudah proses printing. Masa ni korang akan nampak simpton lampu oren black ink dan warning secara bersamaan. Perghh sakit hati beb.. memula gelabah jugak sebab separuh jalan print dia stop, padahal aku dah refill ink cartridge (black) dua hari lepas. Keluarkan cartridge rasa berat lagik.. tak mungkin dalam masa 2 hari dah habis. Tengok pada info ink level, memang dia tulih dah habis. Ha sudah.. penyudahnye, aku buat cara gini..


Masa print tengah stuck tuh, HOLD STOP BUTTON 7-10 saat then lepaskan. Biarkan sekejap dan automatik printer korang akan run seperti biasa. Jangan pulak masa stuck tu korang cancel. Okeh? Gudluck. Opss.. lupe, trik ni aku guna untuk printer Canon Pixma e400. Untuk printer lain aku tak pasti boleh guna cara yang sama atau tak. 

Next aku akan share cara untuk refil cartridge canon pixma e400.
Share: