Showing posts with label Tokoh. Show all posts
Showing posts with label Tokoh. Show all posts

Tuesday, June 14, 2011

Hacker Anonymous Malaysia.


Korang baca tajuk jer macam wadud lak golongan dari Hacker Anonymous neh.. hahaha.. agak2 la beb.. kalau wadud dari golongan drang pon takkan la nak sebar2kan kat sini pulak.. musti la private ma.. tutor2 hacking yang penah wadud buat dulu sume tuh dah lapok.. dah tak gune lagik trik2 maca tuh.. hehehe.. nama pon Hacker Anonymous gelaran dunia tuh..

Hacker Anonymous Malaysia? wow jangan korang tak tau.. berkemungkinan besar web http://www.malaysia.gov.my/ akan di hack oleh Hacker Anonymous gang.. nama pon Anonymous, mesti la privacy habes data2 drang. Tapi kengkadang pikir baik jugak drang hack web tuh *err* sebab korang sendiri tahu macam mana pemerintahan di Malaysia skrang.. sebelum naik jadi PM macam2 heboh nak tu la ni la.. realiti dia macam skrang la.. hahahaha.. lain orang lain pandangan ^_^

Ada juga wadud baca info berkenaan dengan segelintir dari gang Hacker Anonymous di Spanyol pada Jumat (10/6) atas tuduhan melakukan serangan Cyber hacking. Salah seorang dari yang telah ditangkap tidak sempat utuk menenggelamkan segala aktiviti private group tersebut sehingga sebuah komputer disita dan dipercayai digunakan selama kegiatan mereka. Mereka juga menggunakan sebuah Web software Loic sebagai alternatif semasa melakukan kegiatan mereka.

Nama jer dunia maya mana nak pernah bebas bro.. kalau real world pon dah tak bebas ni kan dunia maya? hurm.. sebab setiap sesuatu yang dicipta macam software2, mesti ada kelemahan atau lubang dari software tersebut.. dan itu diketahui oleh si pembuatnya. Hacker ni la yang dok carik2 lubang tersebut untuk menjayakan operasi mereka.. hahahaha.. macam-macam..
Share:

Monday, May 30, 2011

Kuasa Manusia (Yang Yin)

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :




"Uroenyoe tanyoe hana tamong bu Musda, kurang sihat kene selsema" wah.. kesian bu Musda (Agama dan Politik II) selsema.. boring jugak takder kelas kan.. kalau tak otak ni fresh jer masuk ilmu baru.. tapi setengah orang akan cakap "horeyy!! takder kelas hari neh!!, ape lagi tido ler" tapi setengah orang jugak akan cakap macam gini "adoi.. sayang betol takder kelas, tapi takpe ada masa nak siapkan asingment" sebab ape boleh kontradiksi pulak mood orang? sebab dalam diri kita nyoe na kuasa positif na kuasa negatif.. tergantung pada diri seseorang nak guna yang mana.. sebab kuasa tu memang dah Allah bagi pada setiap manusia dan manusia pulak mempunyai kekuatan untuk mengawal kuasa tersebut..

Kalau korang baca buku China SImbol dan Mistik (Harry T Morgan) korang akan dapat gambaran yang jelas walaupun bagi kita ummat Islam itu hanyalah sebuah mitos.. sekadar penambahan, China keyakinan orang china lebih tertumpu pada Symbol2, warna2, tumbuh-tumbuhan (lama xdengo) kehidupan, binatang dan segala sesuatu yang ada di dunia ini. Itu pasai bile kita tengok citer China, drang menyembah gamba nenek moyang drang, sebab drang menyakini bahwa gambar nenek moyang mereka itu bukanlah gambar yang biasa melainkan ada roh yang masih hidup. Begitu jugak dengan kertas warna merah, kalau cerita hantu china kan banyak drang guna kertas merah untuk menghentikan pengaruh roh jahat pada hantu? menurut kepercayaan mereka warna merah adalah simbol kebahagiaan dan keselamatan. Jadi, dengan kepercayaan yang begitu kuat, sampai sekaranglah etnis China masih populer hingga sekarang.

Balik pada kuasa baik dan jahat tadi, kalau kita betul2 mengkaji tentang manusia mulai dari zahirnya hinggalah kajian pada mendalam pada kebatinan, ape yang akan kita dapatkan bahwa adanya kuasa2 tersebut pada diri seorang manusia. Pernah dengo Yang Yin? yep itu bukanlah sekadar keyakinan mitos semata, tetapi diakui juga oleh banyak ahli perubatan menyangkut masalah kebatinan manusia, asal kedua buah kuasa tersebut juga dari China. Inilah yang dinamakan dengan Agree In Disagreement, kalau mahasiswa Perbandingan Agama tau la neh.. hehehe.. (dah lari)

Jadi.. konklusi dia, korang sebenar ada kuasa tersendiri cume tak berapa reti jer nak gunakan.. sebagai contoh real kan, kita tengok orang silat? kesenian Melayu tuh? takkan korang tak tau? bila seseorang yang betul2 mendalami ilmu persilatan, dia akan tau macam mana nak guna kuasa dalaman (silat batin) untuk mengalahkan lawan dan apabila dia mengalami kesakitan, dia akan tau cara2 untuk menahan atau meredakan kesakitan tu.. macam gitu jugak kita, kuasa tersebut bersifat relatif pada diri manusia.. kalau dia nak mengutuk, kuasa negatif akan mempengaruhi pikiran dia begitu jugak sebaliknye.. tapi kebanyakkan manusia tak sedar yang drang sebenar jugak ada kuasa, hehe tapi tak reti camne cara nak gunakan atau keluarkan kuasa tersebut sampaikan rasa bahwa diri drang tu.. alahai.. baek han payah hidop kan? ekekeke.. jangan sampai macam tuh.. martabat korang sangat tinggi di sisi Allah (bila mengerjakan yang baik la) cuma sifat kurang percaya diri tuh kurang.. (eleh, same gak macam eden) so.. insyaallah same2 la menuju perubahan yang sebenarnya okie? sebab sesuatu yang baik tu ada sesuatu yang sangat susah dan harus mengalami kesusahan dulu.. barulah kita nikmati hasilnya.. ^_^
Share:

Sunday, May 29, 2011

Hujan...




Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
- Alahai, hujan laaagiiii
- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
- Payah nak buat apa2 kalau Hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :
"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepaih in bila hujan jangan ler bersungut ek. kita Berdoa ler banyak2..
Share:

Saturday, May 28, 2011

Barcelona Championship 2011.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


Dah start.. huhuhuhuhuh.... get ready la korang.. abg messi musti la maen.. hahaha.. Barcelona VS Man U.. mane korang sokong? awai lagi.. pe2 hal.. layan dulu.. lagipon sok cuti.. relax arr.. hehehe.. Go3 Messi.. ^_^

PS : wa layan kat umah jer walau geng2 Mesia sume konvoi gi kota.. malas siot..

[update]

First Half.

-- Mint 27 Pedro 1-0. (BCR - MU).

-- Mint 33 Rooney 1-1. (MU - BCR).

Second half.

-- Mint 53 Messi 2-1. (Bcr-MU).

-- Mint 69 D.Villa 3-1. (BCR-MU).

Siot.. dah aku agak.. hahahha.. memang kecoh la lepas neh.. kesian siot, takper nanti cube lagi okie.. ^_^ (yang tak tahan Daniel Alves siap ciom piala lagi, kompom panas.. eekekeke..)
Share:

[bharian.com.my]Dr Mahathir keluar IJN hari ini

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


2011/05/28

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini telah keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini setelah menerima rawatan jangkitan dada, menurut pegawai khasnya Sufi Yusoff.Beliau berkata Dr Mahathir yang keluar dari IJN pada 5 petang hari ini, bagaimanapun akan meneruskan fisioterafi dada dan latihan dari rumah. "Doktor juga menasihatkan Dr Mahathir untuk terus berehat supaya sembuh sepenuhnya."katanya dalam kenyataan di sini.

Menemani Dr Mahathir pulang ke rumah ialah isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 18 Mei lepas untuk rawatan jangkitan dada. -- BERNAMA

PS : MOga masih ada waktu bagimu untuk bertaubat, musti si isteri sedih.. sabar ea Abg Mahathir.. kalau aku diberi kesempatan ziarah beliau.. insyaallah pegi kot.. besar kenangan beliau untuk Negara malaysia.
Share:

Friday, May 27, 2011

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

Thursday, May 26, 2011

Jom merueno bahasa Aceh.



Hehe.. saje beboring.. ada la sikit2 bahasa Aceh yang dapat dipraktekkan kat sini.. mmm.. kira untuk kroang la jugak.. yela ilmu mana boleh simpan.. bukan boleh bawak mati kecuali ilmu tu ada pada orang lain.. kan2?? ^_9.

Loen : Saya.

Droen : Kamu.

Pajoh : Makan.

Bue : Nasik.

Jip : Minum.

Ie : Air.

kalheh : Sudah.

Golhom : Belom.

Terimoeng Genaseh : Terima Kasih.

Meuah : Maaf.

Kon : Bukan.

Tinggai : Tinggal.

Mahai : Mahal.

Ureng : Orang.

Nyan : Itu.

Nyoe : Ini.

Han : Tidak. (han ek loen : Takmau saya)

Peu : Apa.

Peugah : Apa katanya.

Mandum : Semua.

Mantong : Biasa.

Bacut : Sikit.

Get : Baik.

Han get : Tidak boleh.

Keumeung : Mahu.

Jak : Pergi.

Jakwo : Pulang.

Tuwoe : lupa.

That : Sangat.

Manoe : Mandi.

Kiban : Bagaimana.

Singoeh : Besok.

Uroenyoe : Hari ini.

Tu lah beberapa kalimat yang boleh kite kongsi same2.. nanti untuk geng2 dari Aceh.. tambah2 la ea.. hehehe.. sharing2 la kat sini.. banyak lagi perlu merunoe bahasa Aceh. Geng Malay.. korang beruntung tau dapat tau bahasa Aceh free2 jer cenggini.. wadud datang Aceh baru dapat tau.. mana aciiiii.. ^_^ gudluck allss..
Share:

Wajib baca. Penghinaan terhadap Islam.


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
12:08 am on May 26, 2011

Siapakah Illuminati yang sebenar? Mari kita siasat! Sebenarnya, Illuminati ialah pertubuhan konspirasi yang penuh dengan ajaran setan yang sesat. Antara ajaran setan yang paling sesat di dunia ini ialah ajaran yang berusul dari padang pasir sial Arab, yakni ajaran babi Muhammad yang penuh dengan perkara lucah dan sial, yakni Islam. Islam bermaksud “berserah” bukannya aman damai. Konsep aman damai yang dimaksudkan dalam Islam ialah, demi sesungguhnya kosep aman itu boleh dicapai dengan satu jalan setan, yakni, dengan cara kita menyerahkan diri kita sepenuhnya, memberi kuasa kepada rekaan babi Muhammad (Allah swt), mejadikan diri kita sial dan keji, yakni dengan menghambakan diri kita kepada setan yang bertopengkan tuhan yang bernama Allah swt. Islam ada jalan masuk tetapi tiada jalan keluar (kalau nak mampos, beranilah keluar). Ini sebiji macam konsep yang kita tahu tentang Illuminati dimana mereka mengucapkan perjanjian untuk taat sepenuhnya kepada prinsip-prinsip Illuminati. Sampai sekarang kita tak tau saper sebenarnya Illuminati. Jika kita membuat deduksi logik, dengan serta merta kita boleh lihat dan sedar bahawa inilah dia pusat yang terpenting sekali yang diasaskan oleh pertubuhan Illuminati!!


Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, megeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!

Artikel asli di sini.

Bagaimana perasaan korang bila dah baca blog dia? sebagai ummat Islam yang betol2 radikal (extrem) mesti terasa sangat tercabar.. Mekkah dan Nabi tersayang kita Muhammad telah diperlecehkan begitu sahaja. Walaupon kita ni bukanlah duduk sezaman dengan Nabi, tapi betapa kuatnya pengaruh kasih sayang kita pada Nabi dah bertahun2.. ye dak? bohong la korang tak rasa.. kalau tak rasa, cube tengok komen2 kat blog suspek tersebut.. banyak kan? sume berbau caci maki.. kalau boleh nak tu la.. nak ni la.. tu tandanya, walau kita ni ranggi.. rockers.. tapi bila hina Islam, mai sini.. sebab tu adalah muruah bagi seorang ummat beragama Islam. Macam tu jugak dengan penganut lain.. kalau kita pi caci maki Tuhan drang.. tak kene pelempang sebijik? macam tu lah..


PS : Jadi.. ni menurut pendapat wadud la, setelah terpikir2, dari pukul 6 AM tapi sampai la habis kelas pukul 2 PM pasal penghinaan secara terang-terangan pada Islam ni. Boleh tak wadud kata ni hanya provokasi? atau sengaja buat2 kontroversi? dalam buku AWAS, BIBEL MASUK RUMAH KITA tulisan Tim Fakta di Indonesia atau anti murtad, beberapa pastor Kristen telah diarahkan untuk mengKristenkan ummat Islam. Tidak kira sape orang yang diKristenkan tersebut, mungkin dikususkan pada umur2 yang dah boleh mengenali agama. Singkatnye.. seorang pastor telah berjaya memikat hati seorang janda beragama Islam, pada awal perkenalan mereka.. si pastor hanya bercerikan tentang kebaikan Islam dan kejernihan dalam Islam. Tapi.. setelah lama perkenalan mereka, si pastor mula perlahan mengubah haluan ceramahnya kepada aliran Kristen. Hanya berdalilkan mengikut quran secara tidak sempurna (pendek2) lalu melogikkan fikiran si janda tadi sehingga si janda tersebut hampir 100% masuk ke Kristen. Mujur adiknya sempat menghubungi Tim Fakta mengenai tingkah kakaknya, dan setelah Tim Fakta berkunjung ke rumah si janda tadi. Selesai lah masalah pemurdatan dari pastor tersebut, selamatlah si janda dari tusukan duri yang sungguh kecil yang akhirnya akan mereka sehingga ke jiwanya.

OK.. dari cerita tadi, wadud nak gambarkan pada korang.. kalau seseorang ingin memurtadkan orang lain, cara yang sangat efektif adalah dengan cara halus. Seperti Freemason, Illuminati dan lain2. Group di bawah pertubuhan mereka yang ada sehingga sekarang, famous di Malaysia dan di mana yaitu adanya etnis Punk, Skinhead, Nazi, dan macam2. Tapi bila kita tengok balik pada ayat2 suspek (makcikhajjah) itu disengajakan, hanya menginginkan kontroversial dari pihak Muslim, mungkin saja dia mendapat perlindungan di bawah puak2 Yahudi? wang yang banyak? korang sendiri pun tahu, dunia maya ni siapa yang berotonomi? Yahudi! Yahudi tu kalau korang nak duit.. buat lah macam ni, lagi2 korang join Freemason, mintak ape jer dah dapat. pernah tengok citer The Skull? haa.. tulah Freemason.. awal2 dia bagi kita macam2, last dia suruh bunuh budaya kita sendiri. Sanggup ke korang nak bunuh ummat Islam? same jugak dengan kes ni.. boleh jadi kan? tak de menda mustahil hidup kat dunia ni kalau betul nakkan dunia.. tersangat mudah, tambah lagi dengan jalan yang haram.. huh.. click jer.. dapat la sume..


Sekarang korang boleh masuk pada web dia.. tengok sendiri komen2 yang dilontarkan oleh Muslim2 Malaysia, mungkin ada jugak dari Negara lain.. 80% sudah berjaya si suspek menaikkan kemarahan drang, lagi 20% wadud tengok komen yang masih bersifat sabar dalam kemarahan. Bukan ape, bagi wadud la kan.. kalau dah macam ni web dia? kita sebagai Muslim terhormat, tak payah la maki2 hamun dia tu.. buang masa korang je.. lagipun kita bukan tau sape sebenar dia.. indentiti tak jelas, nama pon dalam dunia maya.. mana nak cari kan? bukan nak kata wadud ni baik.. tapi korang yang lagi berpengehuan dlaam hidup ni mesti lagi hebat.. tu la yang wadud nak korang kongsikan pendapat korang.. efektif ke cara kita ni? dok kata nak bunuh, nak cari la, caci maki habis2san.. kat situ si suspek dah berjaya dan boleh mengatakan bahwa Muslim era kini suka caci2 ni.. tapi buat idak jugak. Nak ke title tu ada pada kita? cube kroang selidik betul2 ape sebenar yang suspek tu nak? wadud baca sekali jer blog dia.. hum.. bukan nak kata hebat, tapi dah boleh baca orang2 macam ni.. terus terang menghina Islam. tak payah lain dan amik tindakan dengan membuat laporan pada pihak yang berwajib.

Kalau ikut kan hati ni.. memang wadud nak nak caci maki, tapi ape dapat? kalau kita ikut thread di blog dia.. kita komen dan dia balas.. tambah lagi sakit hati.. so, bagi wadud nak komen sebagai memberi pengajaran tak per.. doakan dia, tapi jangan sampai mencarut2.. tu dah bukan nilai murni dalam Islam. Dan boleh jadi jugak beliau ni bukan orang Islam sebab langsung tak de sensor sikitpun kan? Konklusi dari sume ni.. rasa korang sendiri faham inti dari koreksi2 wadud kat atas.. hope korang sume berfikir positif ea.. hehehe.. sebab insyaallah wadud jugak inginkan dunia Islam yang sebenar menjadi kekuasaan terbesar kat dunia ni.. baru betol.. satu lagi, korang boleh juga letakkan pandangan2 korang.. kita bincang sama2 kes2 macam ni.. nak biar memang tak boleh sebab dah menjadi kewajipan kita sebagai ummat islam.. tapi bukan dengan kekerasan melainkan dengan kebijaksaan seperti cerdiknya Muhammad S.A.W.
Share:

Wednesday, May 25, 2011

[harakahdaily.net]Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas.


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog dengan panggilan Makcik hajjah, dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

PS : Korang nak tengok ke blog dia? jap lagi wadud post dan koreksi mana2 yang boleh.. ikut pada kecetekan ilmu ni la.. korang pon boleh baca sendiri.. tapi ingat, dalam blog dia, macam2 provokasi yang dibuat atas alasan2 tertentu..khusus untuk ummat Islam.. kalau korang baca.. komperem bengang, panas, rasa nak hayun, nak tikam sikit2, nak carik2 kulit, nak siat2 dan macam2 lagi.. memang tu tujuan si penulis.. jap lagi wadud post.. amik satu artikel kemudian kita koreksi sama2.. korang jugak disarankan agar meletakkan persepsi masing2.. kita sharing untuk jatuhkan suspek tersebut, wawawawa.. suspek pulak.. sebab, berkemungkinan suspek adalah orang yang mempunyai populariti yang tinggi, sape tau? sampai skang ok jer? budak2 hacker pon senyap.. lagipon, memang susah nak jahanamkan blog tersebut.. tapi tu lah, kita gunakan akal sihat ni untuk jerumuskan suspek tu kepada kebaiakan.. moga2 dia berubah, sesal dengan perbuatan dia.. amin..
Share:

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan II.



Seperti yang diketahui pada artikel yang sebelum ini.. Protestan berkembang dari kelompok Khatolik Roma yang dipelopori King Luither, dengan berkembangnya aliran2 tersebut, aliran Orthodox Timur juga ikut berkembang pesat.. malah mengikut purata atau majoriti jumlah pengikut yang paling banyak adalah di Orthodox Timur setelah Khatolik Roma, bermaksud Khatolik Roma menjadi ranking pertama umat terbanyak.

Gereja Khatolik Roma memiliki satu Patriarch (tengok sini) yaitu Paus, pada tahun 2010 Patriarchnya adalah Paus Benidiktus XVI, begitu juga gereja Orthodox timur memiliki Patriarchnya masing2.

Gereja Orthodox timur membahagi Yuridiksinya (bahagian2) sebagai berikut :

1. Takhta ke patriarch an Apostolik Utama.

a. Ke patriarch an Kontantinopel yang berpusat di Turki, tahun 2010 oleh Patriarch Bartholomew I.

b. Ke patriarch an Alexendaria yang berpusat di Mesir. tahun 2010 oleh Patriarch Theodoros II.

c. Ke patriarch an Anthiokia yang berpusat di Suriah, tahun 2010 oleh Patriarch Agnatius IV Hazim.

d. Ke patriarch an Yerusalem yang berpusat di Israel, tahun 2010 oleh Patriarch Theophilus III


2. Takhta ke Patriarch an Wilayah.

a. Ke patriarch an Russia, tahun 2010 oleh patriarch Kiril I.

b. Ke patriarch an Serbia.

c. Ke patriarch an Romania.

d. Ke patriarch an Georgia.

e. Ke patriarch an Bulgaria.


3. Gereja2 Autochepalus.

Di mana gereja2 ini mendapat kepimpinan secara sendiri dan penuh, walaupun pemimpinnya bukan di kalangan Patriarch tetapi pemimpin gereja2 ini mempunyai kedudukan yang istimewa dan serata dengan patriarch.

a. Gereja Orthodox Yunani.

b. Gereja Orthodox Polandia.

c. Gereja Orthodox Albania.

d. Gereja Orthodox Ceko dan Slovakia.

e. Gereja Orthodox Siprus.

f. Biara Agung Sant Katarina dari gunung Sinai.


4. Gereja2 Otonomi.

Gereja2 tersebut ini diakui pada sendirinya, tetapi berdiri sendirinya gereja ini masih tidak diakui secara penuh oleh kePatriarchan Konstantinopel.

a. Gereja Orthodox Finlandia.

b. Gereja Orthodox Jepun.

c. Gereja Orthodox Cina.


5. Gereja Diaspora.

Terdiri secara sendiri juga diberikan wewenang secara sendiri juga. Dan diakui apostolitasnya oleh seluruh gereja Orthodox.

a. Gereja Orthodox Amirica.


6. Gereja Orthodox Russia, adalah gereja yang masuk ke Indonesia secara resmi dan berhukum dengan nama Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

PS : Amacam? ok kan.. ni sebenar ringkasan dari copy Kristien Forum, nak terang ape yang paham.. susah sebab kene jugak ada note2 dia untuk kepastian. Yela.. skang dah macam2 aliran lahir.. so orang skang musti pandai2.. tambah2 nak menilai mana baik buruk kan? hehehe.. (walaupun hakikatnya sebaliknye) jadi kene la ada note2 dari mana sumber yang dah wadud baca.. musti korang nak tau jugak kan.. baru la betol.. ni tak, main cakap je sume orang boleh cakap.. lagipon, bukan nak suruh korang hapai satu2.. ni nak bagi paham jer.. ^_^ nanti korang buleh la bandingkan dengan agama kita kan? so up to u la nak pilih yang mana, mana yang terbaik.. Allah sendiri kata, tiada paksaan pada untuk beragama, tetapi agama Allah itu adalah agama islam? kan?
Share:

Tuesday, May 24, 2011

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan.


Antara gereja Orthodox Timur dengan Khatolik Roma tidak ada perbezaan antara keduanya.. tetapi kedua2nya penganut Christian religion.. sebenarnya Orthodox ni serumpun ataupun satu.. pecahnya dua buah kelompok besar ni setelah gereja Roma menobatkan bahwa mereka adalah yang paling tinggi antara yang lainnya.. sehingga wakil dari gereja lainnya tidak menyetujui pernyataan tersebut.. gereja Roma di sebelah Barat dan gereja2 lain yang tidak menyetujui pernyataan tadi adalah gereja di Timur (ANthiokia, Kontantinopel, Yerusalem dan Alexanderia).

Dengan ketidaksefahaman tersebut, terjadilah skismatik (perpisahan) besar antara keduannya.. di gereja Roma menyebut diri mereka sebagai Roma Khatolik dan 4 gereja lainnya (Timur) menyebut diri mereka gereja Orthodox.

Di dalam penguasaan Roma Khatolik.. terjadi pula skismatik yang sangat dikenali dengan Protestan. Protestan dipelopori oleh seorang tokoh bernama King Luither atau martin Luither yang dimulai pada tahun 1517. Kemudian, terjadi pula perpisahan di kalangan Protestan sendiri yaitu pada tahun 2010 diperkirakan sekitar 33.800 Denominasi (sijil) gereja..

Jadi dapat gambaran kan antara beberapa buah gereja yang terpisah2 setelah masing2 dari mereka bersiskukuh tidak mahu bertolak ansur antara satu dengan lainnya. Tak boleh terang lebih2.. nanti wadud sendiri pon penin jugak.. tapi memang nak sambung jugak ni.. kebanyakkan orang tak minat baca pepanjang kan.. tu yang bagi sikit duliu (alasan) haahahaha.. lagipun mende ni penin.. cube paham dulu yang atas tuh.. dari Roma Khatolik, Orthodox Timur dengan Protestan.. Insyaallah boleh paham..
Share:

Kalau demo dalam stadium, baik tengok bola.


Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 24 Mei: Pemuda PAS Pusat menolak cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein agar demonstrasi diadakan di dalam stadium atas alasan keselamatan awam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan (gambar) berkata, tiada sebab KDN menghalang demonstrasi di tempat terbuka kerana penganjuran himpunan sebelum ini terbukti aman jka tiada gangguan polis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Hishammudin bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membawa usul demonstrasi tanpa permit di stadium ke Kabinet, bagi mengelakkan penganjurannya oleh pihak-pihak tertentu mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

"Pemuda memang tak bersetuju untuk (demonstrasi) buat di stadium. Kita bukan nak buat festival, bukan nak buat ekspo tapi kita nak buat himpunan yang berjalan untuk keadilan jadi kita akan bergerak dan tidak berkumpul setempat," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang merujuk kepada beberapa siri demonstari aman sebelum ini berkata, keadaan menjadi huru-hara kerana pihak polis dan FRU menggunakan kekerasan dengan menyembur gas pemedih mata dan meriam air yang didakwa bagi 'meredakan keadaan'.

"Kita harap pihak kerajaan tidak mengganggu sebaliknya memberi kebenaran kepada rakyat dan kita jamin ianya aman dan tidak menyumbang kepada apa-apa kerosakan sebab kita dah buktikan pada Bersih 1 dulu kita berjaya melakukannya cuma kita minta tak ada sebarang provokasi daripada polis dengan menggunakan water canon menyebabkan keadaan kucar kacir," katanya.

Tambahnya, hasrat rakyat untuk menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara tidak akan tercapai sekiranya dibuat di tempat tertutup dan menyifatkan tunjuk perasaan sebagai satu 'seni halus' yang perlu ditangani secara halus juga.

"Konsep demonstrasi ialah tunjuk perasaan ertinya kita nak tunjuk kepada masyarakat apa yang kita bantah.

"Kalau buat tempat tertutup tak mencapai objektif dan kita bukan nak tunjuk kekerasan, 'gedebe' dan samseng tapi nak tunjuk persaan rakyat yang mahu keadilan dan ketelusan.

"Sebenarnya tunjuk perasaan seni halus yang perlu ditangani dengan lunak, bukan dengan jentera water cannon dan FRU sebab berkait dengan perasaan. Kalau tangani dengan ganas ia akan dibalas ganas juga," katanya.

Pemuda sedia untuk Bersih 2

Sementara itu, Nasrudin menyatakan komitmen seluruh pemuda untuk menyertai himpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini bagi menggerakkan rakyat menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Kalau PAS kata akan turunkan 100, 000 ahli, sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah itu ialah pemuda," katanya.

Himpunan yang bertemakan "Walk For Democracy", menurut Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS Mohamad Sabu akan berlansung di Kuala Lumpur dan tempat yang spesifik akan diumumkan nanti.

"Tapi kalau buat di stadium kita tak mahu. Baik pergi tengok bola," katanya berseloroh.


PS : korang tau ape sebenar alasan drang tak nak bagi demo secara terbuka?? pandai2 la korang sendiri translate.. nama pun demo, mana pulak sorok2.. aku setuju sangat dengan kata2 wakil pemuda pas pusat pasai demotasi ini sebenarnye aman, tapi jadi tak aman sebab polis yang buat kacau.. polis pun sebenar bukan nak buat kacau, drang lagi sokong ada la(sebab kerja) tapi goverment ni haa.. pelak.. kalau hana problem? nak takot ape kan? wadud respect Indo, demon bebas dijalankan oleh sesiapa sahaja, kebanyakan mahasiswa la.. sebab drang punya hak la pasai demo, hak diganggu takkan tak blaja HAM? adoi PM2... pikio la sikit.. bile hak hidup (kebebasan dari Allah) diganggu, xkan la nak biarkan pulak. mesti la pertahankan, tambah2 kait pulak dengan maruah Islam.. lagi hangat la kan.. tu namanye umat Islam yang pesimis.. takder percaya diri, penakut.. bila orang buruk2 kan Islam.. boleh wat dont no.. baik jadi kapio.. ni pulak, nak provok2 polis.. huh.. polis zaman 90an dulu dah pandai berpikio la.. tambah lagi sekarang, orang cerdik pandai.. lagi la gelige otak drang, nak ngecong ape lagi??
Share:

Thursday, May 19, 2011

Anwar sekeluarga dicabar.



Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Mei - Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta anaknya, Nurul Izzah didesak melakukan empat perkara asas bagi membersihkan nama ketua pembangkang itu.

Empat perkara tersebut ialah:

1. Melakukan sumpah laknat menafikan Anwar bukan lelaki dalam video seks.

2.Menjalani ujian poligraf bagi membukti mereka tidak berbohong.

3. Menyaman Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

4. Tuduh Shazryl Eskay sebagai pembohong.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, jika empat perkara asas tersebut dilakukan, tiga anak-beranak berkenaan tidak perlu lagi bersusah-payah mengelilingi negara.

Bagaimanapun, beliau hairan mengapa tiga beranak itu begitu takut untuk melakukan empat perkara asas tersebut sedangkan semua mereka sedar jika dilakukan ia akan memberi keuntungan politik yang cukup hebat kepada Anwar.

“Mengenali Anwar ini bukan cara dia. Anwar sudah pasti akan menyahut seruan dan cabaran supaya melakukan empat perkara asas ini jika beliau tidak bersalah. Paling tidak Anwar akan melakukan salah satu daripadanya.

“Namun, sehingga hari ini bukan sahaja Anwar tetapi Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah juga tidak berani untuk melakukannya. Jika tidak bersalah mengapa takut,” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ezam berkata, rakyat kini boleh menilai dengan mata dan fikiran mereka sendiri, mengapa seseorang yang mendakwa dirinya tidak bersalah begitu takut untuk menyahut cabaran semudah itu, sedangkan maruahnya dicaci.

Katanya, Anwar sekeluarga hanya mampu dan berani menyalahkan pihak lain dalam skandal video seks tersebut tetapi ia tidak memberi kesan selagi persoalan pokok mengenai empat perkara asas tersebut tidak disahut dengan tindakan.

“Mereka hanya mampu bersandiwara kononnya ini satu konspirasi. Mereka cuba meraih simpati dengan tangisan dan air mata tetapi Anwar lupa rakyat sudah meluat dengan sandiwara lapuk ini,” jelasnya.


PS : Hmm.. ni la kerajaan, bile kite nak sembang pasal ni, hangin kan satu badan? tapi ape kuasa kita nak marah2 kerajaan? ntah2 mati kene bunuh.. dah banyak kes macam tu kat Mesia kan? so.. korang yang pandai2 mesti tau menilai.. ni wadud amik source dari Utusan, kata orang Utusan ini News Umno.. so kat mane2 sekalipun mesti la berpihak pada satu pihak jer kan? wadud dah cakap, korang boleh menilai sendiri.. nak terima 100% ke dari ape yang diutarakan kerajaan? kalau boleh nak kritik sikit kan, bukan pe.. banyak lagi kes yang besar2 kerajaan lepas tangan, tapi kes yang macam ni (dah banyak orang2 besar buat, tapi wat dono je) punye kecik (itu pon kalau betol) kenapa perlu kecoh2 kan? ha.. dah ada jawapan tuh.. satu lagi kan, ni my father la sembang, logik jugak.. Anwar dekat dengan Tuan Guru, Tuan Guru seorang ulama sufi.. habis selama ni Tuan Guru stedy jer? tak de pulak marah2 atau suruh Anwar keluar Keadilan? korang pikir la sendirik.. bende baik, mesti baik.. takkan kalah walau lambat sekalipun.. *SAJE AMIK DARI UTUSAN, NAK TENGOK CAMNE*
Share:

Wednesday, May 18, 2011

Kelantan akan bina stadium muat 40,000.





KOTA BHARU, 18 Mei: Kerajaan negeri Kelantan akan membina sebuah stadium yang memuatkan 40,000 orang di samping ruang masjid di merata-rata bahagiannya di Bukt Merbau, Pasir Puteh.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat dalam satu kenyataan media yang dibacakan selepas Mesyuarat Exco kerajaan negeri hari ini.

"Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini.

"Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh," kata beliau.

Katanya, kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium.

Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti, katanya.

Menurut Nik Aziz, cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

"Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah," katanya.


PS : Huh.. cemburu la aku ngan Negeri Kelantan, rasa baik letak Negara sebab pemerintahan dia dah macam pemerintahan berkonsepkan otoriter, mana dapat bantuan dari kerajaan.. hampeh betol.. satu lagi Negeri Perak, kaya2 dah.. tapi sip (kedeng, kedekot) betol lar.. buat malu dengan Negeri Kelantan jer.. mana Bro Zamri nie? kalo la Bro Nizar masih memegang jawatan kat Perak, kan best.. ingat lagi masa awal Bro Nizar pegang, sempoi jer.. tibe2 dapat berita kene turun jawatan secara paksa? giler.. relax jer Kelantan kan? contoh la sikit, kite pon tau kan.. bleh dikatakan Kelantan negeri yang di bawah jajahan Islam.. tapi ok jer kalau pasal2 sukan ni? tak de masalah pon? yang jadik problem tuh mamat2 yang kecoh2 pastu bajet2 alim tak pandang sukan la pulak.. Islam bukan cenggitu.. Islam ni agama yang bebas.. betol tak? hai.. mai sini wadud yang jadik menteri Perak.. kahkahkahkahkah...
Share:

Tuesday, May 17, 2011

Membongkar Aliran Sesat Millata Abraham.


Selama wadud tinggal kat Aceh ni.. tak asing lagi dengan seminar2 pasal aliran sesat, memang di Aceh ni khusus di Jawa Barat pesat berkembang aliran-aliran sesat. Sedangkan kita pun tahu kan, di Indonesia rata2 orang beragama Islam tapi boleh pulak lagi banyak timbul aliran sesat. Menurut Presiden Konferensi Dunia Agama-agama untuk Perdamaian (WCRP) itu, kelonggaran yang muncul sejak reformasi bergulir, juga memberi peran pada maraknya kemunculan aliran sesat. Data menyebutkan sejak 2001 hingga 2007, sedikitnya ada 250 aliran sesat yang berkembang di Indonesia, 50 aliran di antaranya tumbuh subur di Jawa Barat. Amacam? ok skang kita tumpu di tempat wadud study di Aceh. Sangat terkenal dengan aliran sesat yaitu Millata Abraham ataupun KOMA.




Pada 16/05/2011 wadud ada ikut seminar bertema 'Benarkah Millata Abraham/Mu'min mubaligh sesat?' bermula dari jam 9.00a.m sampai pukul 1.00pm. HUh.. lame kan? hehe.. sebenar kajian2 ni sangat berkaitan dengan jurusan wadud 'Perbandingan Agama'. Pengkaji2 yang datang adalah Ibu Eliza,Tengku Karimsyeikh ketua MPU, Ust Yusran Hadi MA seorang alumni Madinah. Mereka membongkar rahsia2 dari Millata Abraham ini dari cara mereka merekrut orang2 sampailah menyangkut iktikad atau keyakinan mereka. Kita akan dapat menilai sendiri setelah wadud berikan ciri2 mereka di bawah ini.

Sejarah singkat awal timbulnya aliran sesat Millata Abraham ini adalah bermula dari seorang tokoh dari France Roger garaudi, tetapi setelah sekian lama beliau beralih pula pada agama Islam. Ini bererti bahwa kayakinan Millata Abraham itu tidak benar, kemudian di Indonesia tokohnya bernama Ahmad Musodiq tetapi dengan perubahan nama dari Millata Abraham kepada Akidah Al-Islamiah, pada 3 Oct 2007 aliran tersebut dilegitimasi sesat lalu Ahmad Musodiq divonis penjara. Namun, ini tidak bererti bahwa aliran itu terhenti di situ sahaja, ianya diteruskan oleh seorang dari golongan KOMA bernama Muzakkir lalu di instrumenkan menjadi Millata Abraham.


Ciri2 dari Millata Abraham adalah :

1. Menggabungkan semua kitab suci lalu disesuaikan. Untuk ini, kita ketahui bahwa tiada kitab suci lain yang disahkan benar selain Al-Quran.

2. Lebih mementingkan Kiammulail, tetapi shalat itu dipandang tidaklah sepenting Kiammulail. Bererti Kiammulail sebagai pengganti pentingnya shalat.

3. Mengakui bahwa adanya Nabi Akhir tetapi tidak mengakui bahwa nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman. Umat Islam menyakini bahwa Allah adalah Tuhan semesta alam dan Muhammad adalah PesuruhNya yaitu Nabi akhir bagi segala nabi. Adakah mereka beragama islam?

4. Dari sepotong ayat Quran 'Bismillah' dari 'Isme' bukan bererti 'Nama' tetapi 'ideolodi' 'pahaman'. Bukan dengan nama Allah tetapi dengan ideologi manusia.

5. Mempercayai Ahmad Musodiq sebagai Messias yaitu Nabi Akhir.

6. Malaikat bukanlah makhluk ghaib melainkan kelompok manusia yang memahami Taurat dan Injil.

7. Allah itu mempunyai 3 peran Rabbu, Malik, Makbud.

8. Ciri orang beriman adalah orang yang menempatkan quran sebagai sumber utama tetapi menolak langsung ijtihad ulama, menolak Hadits dan lain2 yang menjadi penerjemah dari Quran.

9. Shalat mereka bersistemkan Taammul, yaitu merenung atau Meditasi.

10 (ciri2 mereka ada 11, tak semua wadud dapat)


Pada tahun 2009, sebanyak 700 orang ditangkap mengikut Millata Abraham dan kebanyakkan yang menjadi pengikutnya adalah kalangan Mahasiswa. Mereka menutup mata orang-orang dengan duit dan kemewahan yang begitu banyak mereka miliki. Seperti yang dikatakan oleh seorang Dosen di seminar tersebut, mereka juga memiliki kuasa pukau sehingga orang yang direkrut tersebut tidak melihat secara nyata apakah sebenarnya yang mereka inginkan. Mereka boleh memberi sejumlah wang yang begitu besar dan memberinya tanpa apa2 masalah. Dosen atau LEcturer tersebut juga menjelaskan bagaimana cara untuk menghindari dari pengaruh aliran ini, antaranya adalah seharusnya seseorang itu mempelajari dari ahlinya dan bukan hanya menyelidiki sendiri2. Jangan terlalu mudah terpedaya dengan muslihat mereka dengan sejumlah wang yang diberikan. Juga, landaskan lah apa-apa sahaja perkara dengan bersumberkan dari Quran dan Sunnah.

So korang.. hati2 la ea.. datang Indo, kene ada geng.. bahaya kalau korang pandai2 je.. tak pasal2 kang tak balik Mesia korang, haha.. lau datang Aceh.. call jer wadud ok.. ^_^
Share:

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru...... Murrabi!


selamat hari guru dari muallimah@mudarris asyi :)


Sesungguhnya seorang guru adalah insan mulia kerana mereka telah diamanahkan untuk menyampaikan ilmu dan mentarbiah masyarakat, mereka diibaratkan seperti bintang di langit yang menjadi penunjuk jalan bagi menerangi kegelapan di darat dan lautan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :

Maksudnya:"Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang di langit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan sama ada di daratan mahupun di lautan, apabila ia terbenam atau hilang dikhuatiri akan hilang arah tujuan".

Dalam menjana tranformasi pendidikan tugas guru bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi ia juga berperanan sebagai murabi untuk membentuk bangsa supaya menjadi insan yang berakidah, dinamik dan berkualiti di dunia dan di akhirat.Mereka berada di saf hadapan untuk membangun bangsa yang cemerlang yang akan menentukan sebuah negara yang maju, aman dan dihormati. Maka, dalam merialisasikan harapan yang tinggi ini, guru terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan dugaan termasuk perubahan dalam sistem penyampaian dan maklumat agar selari dengan kehendak yang diperlukan oleh masyarakat.

Bersempena dengan Sambutan Hari Guru pada tahun ini, marilah kita memanjatkan doa kehadrat Allah SWT agar matlamat kita untuk melihat generasi akan datang yang memahami tanggungjawab dalam membina negara bangsa terlaksana dengan sempurna melalui pendidikan berkualiti yang disampaikan oleh para guru sebagai pemacu tranformasi pendidikan. Marilah sama-sama kita mendokong usaha yang murni ini, mudah-mudahan segala usaha kita akan diberkati oleh Allah SWT.

Selamat Hari Guru Dari Muallimah Nor Asiah@asyi :).. tidak dilupakan warga2 murabbi SRI aman dan SMI Aman... muallim dan muallimah.. didiklah ank bangsamu dengan penuh kasih dan sayang.. moga2 akan mendapat keberkatan daripada ALLAH...

ingatlah wahai ank didikku... kami pelajar sri aman berjanji dan berusaha, membina diri dan keimanan limpahilah kerahmatan, ALLAH tuhanku yang essa dengarlah rayuan hamba.. jadilah insan yang mulia... di dunia dan akhirat amen!

Share:

Sunday, May 15, 2011

Nik Aziz nasihatkan Anwar banyak bersabar.


AMIN YA ALLAH..


KUALA LUMPUR, 16 Mei: “Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Saya diberitahu tentang keputusan mahkamah yang memerintahkan DSAI membela diri dalam kes liwat II.

“Nampak sangat bahawa DSAI cuba disabitkan bersalah dalam apa jua keadaan sekalipun,” tulis Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan di laman twitter.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.

Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.



PS : Wadud sendiri tak tau nak kata ape.. tuduhan yang tidak menunjukkan bukti yang jelas, sengaja buat krontroversial berpandukan pada kekuasaan kerajaan, ape sume ni? kalau orang Islam yang memahami Islam macam gini ke? bile tanya ngaku jer agama Islam, siap syahadat lagi. Tapi bile datangnye sebuah kepentingan atau dendam kesumat kewajipan Islam dah dilupakan, sanggup membuat tuduhan palsu, pastu pulak sanggup main 'sumpah laknat' lagi.. huh.. bukan nak kata wadud baek, tapi korang pon boleh pikir sendiri.. setakat nak buat video samar2, insyaallah wadud pon boleh wat.. not susah la semua tuh, tambah2 yang pakar komputer ne, huh.. click jer dah settle, masalahnyer bagi wadud la kan, komputer ke ape bukan jadik bahan utama tapi yang jadi bahan utama tu adalah keimanan seseorang.. bila dia dah beriman mana berani nak buat semua tu, tambah2 pulak yakin dengan hukum Allah.. tapi bila dan 'kurang iman' maka 'iman syaitan' lah yang menjadi pengganti dalam diri kita. Hmmm.. sory la geng, dah termasuk politik sikit.. bukan ape kan, dunia ni kalau nak bertahan dengan baik.. utama kanlah konsep ajaran Islam berlandaskan Quran dan Sunnah.. ^_^
Share:

Tuesday, January 11, 2011

Nasihat Lokman Kepada Anaknya...



Nasihat luqman kepada anaknya

PETIKAN DARI AL-QURAN (SURAH LUQMAN AYAT (12-19)

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji".

13. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya; "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".

14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun1181. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

16. (Luqman berkata); "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus1182 lagi Maha Mengetahui.

17. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.

19. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan1183 dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

1181) Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur 2 tahun

1182) Yang dimaksud dengan "Allah Maha Halus" ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimanapun kecilnya.

1183) Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat.

Share:

Saturday, December 18, 2010

Hidup Lama Atau Hidup Berjasa....


Penyakit wahan (cinta dunia, takut mati) telah menjerumuskan kebanyakan daripada kita ke dalam angan-angan yang panjang.

Kalau boleh, kita mahu dunia ni kekal. Kita mahu hidup selama mungkin di atasnya, mahu mengumpul segala harta dan kekayaan, mengecap segala nikmat dan kesenangan. Hakikatnya, kita tidak mungkin tahu berapa lama kita hidup. Namun, kita boleh memilih sama ada ingin melalui kehidupan dengan penuh berjasa atau pergi tanpa membawa atau meninggalkan bekal.

Ada orang yang masih hidup namun mematikan orang lain dengan kehidupannya. Ada orang yang telah mati namun masih menghidupkan orang lain.. Bukan soal fizikal, tapi soal hati.. Apabila seorang manusia berbuat sewenang-wenangnya seperti yang dia kehendaki, maka pasti akan ada orang yang dizalimi.

Dia hidup, namun mematikan semangat orang lain. Lebih parah kalau dia hidup lebih lama. Di sisi lain, ada ramai orang yang telah mati, namun membaca sejarah hidupnya dan mengkaji perjuangannya membuatkan jiwa sentiasa hidup, segar dan bertenaga.

Mereka itulah jika hidup walau sekejap, memberi impak maksima. Apatah lagi jika hidupnya lama. Rasulullah SAW hidupnya 63 tahun sahaja, namun risalah yang dibawanya terus tersebar selama beratus tahun. Akhlak dan cara hidup baginda tak pernah lapuk ditelan zaman.

Sejarah hidup baginda sentiasa evergreen untuk dikaji, diteliti dan diambil pelajaran. Hanya 23 tahun yang diberikan kepada baginda untuk menyebarkan Islam, namun beratus tahun Islam hidup dan berkembang.

Imam Syafi'i hidup selama 50 tahun lebih sahaja, namun keluasan ilmunya masih begitu bermakna kepada dunia hari ini dan akan datang. Mus'ab Umair telah membuktikan kesungguhannya berdakwah di Madinah hanya beberapa tahun, bahkan beliau syahid dalam usia yang begitu muda. Namun asas yang telah dipancangnya menjadi nukleus kepada perkembangan tamadun Islam.

Hassan Al-Banna cuma hidup 40 tahun lebih untuk mengasaskan sebuah gagasan yang membawa gelombang kebangkitan Islam, sebelum beliau syahid dibunuh musuh. Namun kata-kata beliau masih menjadi rujukan para Da'i hari ini dan pemikiran beliau menjadi bahan kajian di seluruh dunia.

Salahuddin Al-Ayyubi cuma hidup lebih kurang 55 tahun, namun kejayaannya membebaskan bumi Palestin tercatat sehingga kini dan menjadi inspirasi para pejuang Islam. Begitu juga dengan Sultan Muhammad Al-Fateh, hidup beliau tidak sampai 50 tahun, namun kegemilangan yang telah diukir dalam pembebasan Konstantinopel akan terus menjadi sebutan.

Mereka adalah wira-wira dan pahlawan yang telah menumpahkan bakti yang begitu besar kepada seluruh dunia. Mereka hidup berjasa, biarpun hidup mereka tidak lama. Golongan seperti mereka, jika hidupnya lebih lama tentu lebih besar manfaatnya.

Banyak lagi nama-nama yang boleh kita sebutkan, ada yang singkat umurnya, ada yang panjang. Intinya, jasa mereka begitu besar jika direlatifkan dengan umur yang diberikan kepada mereka. Bagi kita, apakah sebenarnya yang kita kejar?

Memanjangkan tempoh hayat atau memaksimumkan amal dan jasa?

Tak salah kita berdoa agar dipanjangkan umur, bahkan ia akan lebih bererti jika umur yang dianugerahkan itu kita gunakan sebaik mungkin untuk menumpahkan bakti kepada Umat. Selama manapun kita hidup, berjasalah! Supaya kita 'hidup' untuk beratus-ratus tahun lagi. Semoga kita hidup dengan petunjuk Allah.

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." - Al-An'am: 125

Share:

Saturday, November 13, 2010

Friedich Schleiermacher ~1768 - 1834~

Salam semua kepada ibu2, bapak2, adik2, kakak2, abg2.. moga korang semua dirahmati Allah di dunia dan akhirat.. amin.. =) pagi2 ni, jom kita reramai tambah ilmu.. bior getar sikit otak kita neh, hehehee..


Disebabkan wadud dah mula cuti untuk " raya Haji " walau wadud belum naik haji.. so.. bleh la wadud kerap2 update, lepak2 blog korang dan sewaktu dengannya.. hee..


Tapi x leh seronok sangat.. sebab lepas jer seminggu cuti, terus ada exam.. jadi dalam cuti2 ni, wadud bukan jer update blog, lepak2, makan atau minum, tapi mesti jugak concrentrate pada plajaran, huh.. korang doakan la yer.. doa korang adalah satu penghargaan yang sangat besar bagi wadud, sebab korang antara orang2 yang mulia di sisi Allah.. jadi doakan la wadud yer, hehehe.. time kasih..


Rini nak tulis pasal seorang tokoh teologi Kristien Modern, dalam ideologinya yang mengembangkan lagi agama mereka yaitu Kristien, ideologinya yang menjadi pegangan, malah pertentangan yang begitu sengit, kemudian akhirnya secara tidak sedar, dunia sekarang juga masih memakai ideologi2 dari tokoh itu..


Sebab pe dunia sekarang masih memakai ideologi yang dahulu kala? sebab ideloginya begitu efektif, unik dan bleh katakan jugak bagus untuk pengembagan suatu negara.. tapi yang paling pelik, kenape eh wadud asyik2 sembang pasal Kristien, Hindu, Buddha.. agama Islam apsal x sembang? padahal wadud jugak orang Islam..?


Yes.. sebaiknya memang kita selaku ummat Islam, lebih memberi perhatian kepada agama Islam itu sendiri, tapi ape salahnyer kalau wadud cuba untuk mengupas, memberi penjelasan tentang agama2 yang selain dari agama Islam? dan bagi wadud, tu adalah salah satu cara untuk kita mengetahui apa yang terkandung dalam agama2 mereka, siapa tahu, menjadi satu keperluan bagi kita pada masa akan datang?? lagipon, study wadud sekarang adalah Perbandingan Agama, jadi agama yang wadud blaja tuh, tidak hanya pada Islam, tapi lebih tertumpu pada agama2 yang ada di dunia neh.. err.. kalau ada blog yang mengajarkan tentang agama2 selain agama Islam.. sila bagitau ekh.. sebab wadud mesti nak follow.. hehehe.. insyaallah dari apa yang dah wadud kongsikan bersama neh, menjadi pelajaran, dan akan bertambah ilmu pengetahuan serta kukuhnya iman kita.. :-) amin..




( Perkembangan Teologi Dalam Dunia Kristien Modern )

- LIberalisme -

Apakah itu liberalisme? klik sini ( ingat, skip ads )


Friedrich Schleiermacher ( sebutan : fredish seklemacer, hee ) 1768 - 1834.

Teologi beliau, dikatakan dengan Teologi Perasaan.


Dasar pemikiran kepada :

1.) Teologi.

2.) Perasaan.

3.) Emosi yang didasari pada :

- Iman.

- Konklusi dan Konsekuensi - Pemikiran - Individual - Kitab Suci.


Teologisnya didasari/berdasar pada :

1.) Seorang tokoh bernama : Christian Faith.

2.) Trinitas - Teologi Konklusif - Triteisme.

3.) Konklusi Konsili Necia = Fanatisme Golongan.

4.) Yesus = Guru pilihan.

5.) Kristus = Fungsional = Sifat ketuhanan.

6.) Penyaliban dan Kebangkitan ( tidak disebut )


Serba Sedikit mengenai friedich Schleiermacher :

>> Seorang Pendeta muda, yang lahir dan dibesarkan dalam kota kecil di Jerman, Pindah ke Berlin pada 1796.

>> Di Berlin, ditugaskan untuk memberi bimbingan rohani di salah satu rumah sakit di sana, di Berlin juga beliau bergaulsecara luas di kalangan tokoh sastra, seniman dan budayawan.

>> Bukunya yang diterbit pada 1799 dengan judul : ~bahasa jerman~ ( Uraian2 tentang agama para cengdekiawan, yang menghinaagama itu )

>> Dalam bukunya yang lebih tebal, beliau merumuskan perasaan sebagai : ~bahasa Jerman~ ( Manusia merasakan selalutergantung pada benda2 dan manusia2 lain, dan akhirnya merara tergantung pada sang Mutlak. )

>> Bukunya yang tebal dan lebih sistematis berjudul : Dar christtliche Gluebe ( Akidah Kristien, diterbitkan pada 1821 ),dikutip dari pandangan tokoh besar seperti, Augustinus dan calvin, dari injil Markus hanya lima kali, dan injil Yohanessebanyak 132 kali.


Agama :

Menurut Schleiermache, agama adalah suatu perasaan yang konkrit, agama harus mempunya fungsi dan relevansi yang konkritdalam kehidupan kita sekarang ini, agama harus membebaskan manusia.


FootNote, dikutip dari :

1.) Buku berjudul Perkembangan Teologi Dalam DUnia Kristien Modern, karangan Karel A. Steenbrink.

2.) Bapak Hussien Wahhab. ~Sessi Kuliah~
Share: