Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Saturday, November 16, 2013

Peniaga pasar malam maut ditembak

Syukurlah Malaysia Masih Aman.. ~ ~


Syukurlah Malaysia Masih Aman... ~ ~


Amacam ada bran nak keluar sengsorang ke? ada bran ke nak biar anak isteri tinggal rumah tanpa kehadiran anda di sisi? Syukurlah Malaysia masih aman.. selagi belum kene batang hidung sendiri, selagi tulah kite takkan nampak realiti kehidupan..

Tu saye amik dari keratan surat khabar.. tak khatam pun Metro hari ni.. rase malas nak baca sebab bukak tiap page ade jer kes.. esh2..

Kadang-kadang terfikir, mana ea diorang ni dapat senjata? mudah sangat.. sekarang ni entah-entah mat-mat "rempat" pon ada pistol tak?

Tepuk pipi tanya sakit tak? kalau sakit Alhamdulillah masih normal lagi..

Peniaga pasar malam maut ditembak


BACHOK - Seorang peniaga pasar malam menjadi mangsa terbaharu kes tembakan di Kelantan apabila maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa dalam perjalanan pulang daripada berniaga di Kampung Pengkalan Petah di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata, Alias Yusof, 58, ditembak beberapa das yang tepat mengenai kepala dan perut dalam kejadian kira-kira 8.45 malam.

"Mangsa ditembak individu yang menaiki motosikal kira-kira jarak 250 meter dari tapak pasar malam itu ketika sedang menunggang motosikal bersama anaknya berumur enam tahun dalam perjalanan pulang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Lai berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk bedah siasat dan menurutnya kes akan disiasat secara terperinci.

Sementara itu isteri mangsa, Jawiah Che Mat, 41, berkata ketika kejadian dia yang memandu van berada tidak jauh di hadapan suaminya sebelum terdengar bunyi tembakan.

"Saya lihat suami saya dalam keadaan tertindih dengan motosikal manakala anak saya Che Muhamad Danial berada di sebelahnya dalam keadaan pucat.

"Sewaktu alihkan motosikal, suami saya masih bernyawa sebelum meninggal dunia," katanya yang yang berniaga air minuman di pasar malam berkenaan.

Anak pasangan itu kelihatan trauma kerana terkejut.

Sementara itu seorang saksi, Fazli Mahmood, 30-an, berkata pada mulanya dia menyangka tembakan itu adalah bunyi mercun tetapi kemudiannya melihat sebuah motosikal yang dinaiki dua individu memecut laju.

"Tetapi motor jenis apa saya tidak tahu dan mengetahui arwah kena tembak selepas itu," katanya.

Pada 30 Oktober lepas, seorang peniaga emas cedera parah terkena tembakan di bahagian bahu dalam kejadian di Kampung Sering, Kota Bharu. - Bernama


Jom Bersama Nyanyi Lagu Negaraku !! Semangat !!

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
Share:

Friday, November 15, 2013

11 Gambar Pembentukan Kalimah Allah

Marilah bersame kite "mencuci" mata dan hati dengan melihat kekuasaan dan kebesaran Allah SWT dengan mengucapkan Subhanallah setelah kite melihat gambar di bawah ini.

Walaupun terkadang kite terlupe atau tidak punyai masa untuk beristigfar, mudah-mudahan dengan melihat gambar-gambar kalimah Allah ni akan membuka dan membersihkan jiwa kita.

Paling tidak.. mesti ada rasa "Maha Kuasa Allah" "Ya Allah" Maha Suci Allah".. 

Kalau takde tu.. buat la bagi ada.. hehe.. orang yang ikhlas kepada Allah, Allah akan membantunya dari sudut manapun ia.. 

So ikhlas-ikhlas kan lah pada Allah.. (^_^)












Gambar diperolehi dari berbagai sumber hasil penjelajahan di Google (^_^)
Share:

Wednesday, November 13, 2013

Raja Ema: " Tak Nampak Buah Dada Pun, Bukannya Ketat Sangat "

Bacaan Untuk 18 tahun ke atas sahaja.

Apakah yang dimaksudkan berpakaian ketat tidak sama dengan maksud penampakan bentuk tubuh? atau mungkin dengan berpakaian ketat ni dapat difahami sama dengan istilah "menutup aurat?" 

Memang kalau dilihat, Raja Ema ni berpakaian.. tapi menampakkan bentuk tubuh, menampakkan bentuk payu dara. Secara logiknye, manusia manapun lelaki maupun perempuan kalau jumpe dengan Raja Ema berpakaian macam ni, ape dalam otak kite yoep?

Confirm-confirm la dah dapat detect "bentuk" payu dara dia.. bentuk tu lah yang menggambarkan macam mana keadaan atau liku-liku tubuh dia.. kene paham tu..

Saye bukan nak cerita lucah, tapi bengang dengan statement Raja Ema nih.. sebenarnye dia tahu je ape maksud ketat tu, tapi sengaja berani keluar statement macam tu.. hai... kalau sape-sape tengok sekalipun, budak umo 12 tahun pon boleh ghairah dengan pakaian dia, tak ke nama ketat ke tu?

Pikio-pikio la.. awok mude lagi nak negor, kang kalu tego.. terasa pulak, tak tego kabonye tak tahu.. idak ke runsing namenye tu? dunia artis ~ ~

Tak nampak pun!


Raja Ema: " Tak Nampak Buah Dada Pun, Bukannya Ketat Sangat "

Kuala Lumpur: “Baju itu OK, tak ketat sangat pun. Bukannya saya tak pakai bra (coli). Cuma garis bra saja yang nampak, tak adalah sampai nampak buah dada pun,” kata penyanyi dan pelakon Raja Ema menjawab cemuhan peminat di beberapa forum laman sosial kerana penampilannya ketika menghadiri majlis pelancaran sebuah jenama fesyen, di sini, baru-baru ini.

Raja Ema Raja Ibrahim, 45, berkata, kontroversi itu tercetus kerana kesilapannya bergaya ketika mengambil gambar dan tiada kaitan dengan pakaian rekaan pereka fesyen baru berkenaan.

Raja Ema: " Tak Nampak Buah Dada Pun, Bukannya Ketat Sangat "

“Benda ini tak patut jadi hal. Baju itu bukan ketat sangat pun, cuma saya tahu kesilapan berlaku kerana gaya saya bercekak pinggang ketika gambar diambil membuatkan dada saya terlalu menonjol.

“Kebetulan pula material baju itu daripada getah sebab itu nampak garis bra saya. Kalau saya buat gaya lain, mungkin perkara ini tak jadi isu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Raja Ema: " Tak Nampak Buah Dada Pun, Bukannya Ketat Sangat "

Penampilan Raja Ema dengan baju berwarna keemasan diperbuat daripada getah ketika hadir pada majlis itu mengundang cemuhan peminat yang menggelarnya dengan pelbagai panggilan negatif.

Raja Ema berkata, bagaimanapun dia tidak berkecil hati dengan kritikan itu kerana menganggap ia perkara lumrah sebagai anak seni berpengalaman sepertinya.

“Sebab saya tak nak gaduh atau besarkan hal, saya tak rasa apa pun sebenarnya. Cuma malas nak layan orang begitu. Orang yang bijak takkan cakap begitu pada orang lain.

“Siapalah kita nak hukum dan hentam orang lain dengan teruk., kita bukan tuhan pun. Yang penting jadi diri sendiri dan niat kena bersih dalam tindak-tanduk kita,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Raja Ema berkata, dia baru selesai menjalani penggambaran siri 26 episod berjudul Pulang Sayang.

Katanya, dalam masa terdekat dia menolak semua tawaran lakonan kerana mahu menumpukan perhatian pada anaknya, Putera Alkashah, 17, yang kini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Anak tengah SPM, sekarang, jadi saya mahu beri perhatian kepadanya dan keluarga dulu. Saya terpaksa tolak beberapa tawaran daripada kawan-kawan rapat seperti Erma Fatima dan Melissa Saila,” katanya.

Share:

Friday, August 2, 2013

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan

Update 2013! Pengiktirafan IAIN, JPA Setuju Dengan Perubahan
Pada 29 / 07 / 2013 pukul 9.00 a.m saya mendapat panggilan telefon dari Ayah, time tu tengah mengajar (tasme') dan still bugar walaupun malam semalam "dipaksa" overnight. Ayah telefon bukan sebarang nak sembang pasal biase-biase, tapi Ayah telefon nak talk pasal pengiktirafan IAIN yang sekarang masih dalam proses penyelarasan oleh pihak JPA. Gulp !

Kenape saye mesti tibe-tibe berdegup? mana tidaknye, dah lame saye lambai tangan dan buat donno tentang masalah ni, masalah ape tu? anda boleh rujuk tulisan saya yang sebelum-sebelum ni di SINI. Saye bukan taknak jelaskan kat sini, tapi rasenye tak perlu sebab kalau saye jelaskan masalah ni dari awal, saye malas ! hahah !

Saye dah lame terasa nak update pasal pengiktirafan IAIN ni lepas beberapa sahabat tanyakan masalah yang same pada saye, masa diorang tanya tu, seriously i dont know anything, saye hanya tahu ape yang pernah saya tulis pada artikel yang sebelum-sebelum ni. 

Lepas Ayah call dan talk pasal pengiktirafan IAIN, saye jadi semangat balik nak update walaupun kebanyakkan pelajar IAIN (malaysia) tak pernah nak amik port dengan ape yang cube saye sampaikan, dan yang paling sakit hati, lepas dah Grad, baru lah tertatih-tatih tanya saya dan sebagainye, tapi bagi saye tu bukanlah satu masalah, masalahnye adalah senang tak nak bersama, bile susah tahu pulak menempek. tak bagus perangai gitu......

Bukan nak kate perlu sujud atau minta tolong pada saye, paling tidak amik tahu dengan ape yang seharusnya perlu untuk diketahui, wajib untuk dia tahu. Ni tak, bile aku tanye, boleh kate "Aku tak amik port bab ni la dud".. "Aku keje swasta jer bro".. "Relax la dud, aku datang nak ilmu bro, lagipun aku tanak keje dengan krajaan".

Sedikit sebanyak, hal-hal tu lah yang banyak menjatuhkan semangat saye tuk teruskan usaha demi kebaikan bersama.. tapi ape yang saye dapat? jawapan yang tak sepatutnye keluar dari mulut seorang yang bakal memikul gelar Ijazah Sarjana Muda, seriessss bukanlah satu jawapan yang matang.

Berita yang saye dapat dari Ayah adalah satu berita gembira yang rasenye perlu saye kongsikan bersama di sini, tak kisahlah kalau ada yang nak amik port atau tidak, niat saye bukan untuk menunjuk-nunjuk macam saye tahu semuanye, tapi ape yang saye tahu.. إنشَØ£ِ اللهَ saye akan kongsikan pada semua.

Seperti yang diketahui (sebelum ni kalau tak salah saya ada bagitahu yang pihak JPA ada tubuhkan satu organisasi khas untuk masalah ni), pihak JPA telahpun berbincang masalah ni dan hasil dari perbincangan tersebut telah menghasilkan jawapan yang menurut saya satu berita baik.

Dari info Ayah berdasarkan info Encik Shahrul, pihak dari organisasi (JPA) yang ditubuhkan telahpun bersetuju untuk mengikuti perubahan drastik yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggunjawap IAIN, saye berani keluar statement begitu sebab memang pihak IAIN tidak bertanggugjawap dengan ape yang telah menjadi kewajipan kepada mereka (IAIN) selepas MOU/syarat yang telah mereka setujui sebelum Malaysia membuat link dengan Indonesia, IAIN Banda Aceh khsusnya.

Tetapi ada satu lagi masalah, dari kefahaman saye, Ayah mengatakan bahwa ada masih ada satu sekatan lagi untuk mendapat persetujuan penuh mengenai masalah ni, pihak JPA perlu mengadakan mesyuarat dengan pihak tertinggi JPA, maybe "otai-otai" kementerian, jadi itu bukan lah satu perkara yang mudah.

Mereka-mereka ni (otai-otai) bukan orang biasa, ada kerja khusus dan sebagainye. Dari segi masa seperti yang dimaklumkan Encik Shahrul, mereka ni memang terlalu sibuk, jadi sahabat sume boleh bayangkan la sendiri betapa "senangnye" nak panggil mereka ni demi untuk menghadiri mesyuarat yang tak sepatutnye, sebeb ape saye kate tak sepatutnye? meh tengok point saye :

1. Pertukaran/pengambilan pelajar dari Malay -> Indo salah satu income besar buat IAIN.

2. IAIN telah setuju dengan syarat-syarat lalu membuat MOU dengan Malaysia.

3. IAIN mengubah sekaligus melanggar syarat yang sebelum ni disetujui bersama tanpa ada notice sedikit pun kepada Malaysia tentang perubahan yang dilakukan.

4. IAIN dengan berani tetap juga mengambil pelajar dari Malaysia untuk meneruskan pengajian di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry Banda Aceh. (yang ntah katenye nak tukar kepada Universiti)

5. Pengurusan yang sangat-sangat-sangat lembab. Hal ni diberitahu sendiri oleh Encik Shahrul, setelah berkomunikasi dengan baik dari kedua belah pihak (JPA -> IAIN), sampai sekarang IAIN tetap sunyi sesepi tanpa ada sebarang update berkaitan masalah yang timbul.

Cukup rasenye 5 point penting yang "berjaya" saye senaraikan kat atas, saye bukan nak buka AIB atau memburuk-burukkan lagi keadaan tapi inilah realitinye yang sangat-sangat-sangat perlu kita tahu, PKPMI wajib turun padang demi menyelesaikan masalah ni. Saye juga ex-student IAIN.

Tak malu ke PKPMI yang GAH PERKASA tak boleh nak handle masalah kecik ni? hehe saye gurau je, bukan ape, menurut saye, kalau kita "bersama", insyaallah masalah ni selesai. Perlu ada satu big power dari group, yang saye maksudkan PKPMI.. serius saye cakap, kalau saye sorang handle masalah ni, confirm takkan selesai, saye takde kuasa macam kuasa dimiliki organisasi PKPMI, jadi PKPMI adalah antara jalan terbaik untuk lebih mengukuhkan dalam meyelesaikan masalah ni.

Akhir kata, mohon doa dari semua mahasiswa, terutama mahasiswa di Bidang Ushuluddin Jurusan Tafsir Hadis, Akidah Filsafat, Perbandingan Agama dan Sosiologi Agama, Allah SWT lah penentu nasib bagi setiap makhluk di dunia ni.. takde salah ehh nak doa, tambah-tambah di bulan Mulia Ramadhan, 10 malam terakhir lagi, سبحان الله, nak tak nak je, hehe.. (^_^)

** PS : (feeling gak lagu Raya ni -Salam Aidilfitri Jamal Abdillah)
Share:

Kontroversi Isu Perayaan Menyambut Aidilfitri Bersama Anjing

Kisah bagaimana Maznah mula ‘bekerja’ dengan anjing


Salah satu adegan Maznah Yusif menjamu anjing peliharaannya dengan kuih raya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

PETALING JAYA – Jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof berkata, mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.

Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.

Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram.

“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam. Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.”

Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing, Maznah berkata, kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya.

“Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.

Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.

Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan.

“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang. Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut, dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati.

Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).

“Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga. Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.

“Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya.

Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni, Golek, Ciku, Oren dan Ross.

Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.

“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,” katanya.

Ekoran itu, dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.

“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,” katanya.

Justeru, Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.

“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki. Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.

Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke  Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.


Kontroversi Isu Perayaan Bersama Anjing
Jakim: Video Maznah beraya bersama anjing hina Islam

Tidak ada isu anjing itu haram atau tidak tetapi isunya ialah menghina Islam.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memutuskan status klip video ’1 Hari Di Hari Raya’ yang disebarkan di laman sosial baru-baru ini adalah menghina Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pihaknya telah mengarahkan Jakim memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek berkata SKMM akan merujuk kepada Jakim mengenai video itu sebelum membuat sebarang keputusan.

Ahmad Shabery berkata kes itu akan diserahkan kepada Peguam Negara jika Jakim memutuskan ia mencemar kesucian agama.

Maznah Mohd Yusof, 38, yang dikenali sebagai Chetz menjadi sasaran kritikan selepas video itu yang memaparkan dirinya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas telah dimuat naik di YouTube baru-baru ini.

Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.

Dia direman pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke  Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.


Ape saye nak kate?
Ntohhhh ler yoppppp... bende-bende macam ni kalau takde penegasan yang sebenarnye tegas dan tindakan keras dari pihak atasan, aku buleh confirm masalah yang sama bakal terulang kembali..
Share:

Saturday, July 27, 2013

KBM New Interface + Hot Fm Online

KBM New Interface + Hot Fm Online

Salam sejahtera sahabat sume yang budiman, baik hati, hensem, comey terime kasih sudi mai lawa / ziarah KBM (Kehidupan Blogger Malaysia) yang tak seberapa nih.

Saye cume nak memberitahu pada sesape saje yang mengunjungi atau tersesat termasuk dalam KBM nih, KBM baru je pasang SCRIPT Hot Fm online di bahagian kanan atas, bawah Follower widget.

So jangan terkejut bile jengah KBM.. interface pon dah baru, maybe design je je yang berubah, background color tetap jugak same, keh3.. (^_^)

Disebabkan boring lepas siap imam tarawih, tangan pulak menggatai nak search script untuk Hot Fm online, terjumpe sudah di sebuah blog.. dan ape lagi.. ter copy suda.

kadang nak mencari dan join ke web Hot Fm sendiri, connection office aku ni kureng.. pikir punye pikir, pakai script / widget Hot Fm online ni, tepek kat KBM.. settle masalah, tiap kali view KBM.. terus boleh layan lagu.

Hmmm.. tak perlu risau, script ni jugak menyediakan function on/off button.. jadi, sahabat sume boleh click off button untuk stop kan lagu dari Hot Fm.

Jangan pulak lari dari KBM.. hehehehe.. saye tahu memang ramai blogger atau stalker tak suke blog yang tibe-tibe bising gitu je, ntah lagu ape yang diorang tanam, lagi-lagi lagu rock.. betullah tu blog diorang, tapi bagi saye yang menghargai pengunjung yang datang melawat ke blog saye, saye mesti akan pikir panjang punye..

Pikir punye pikir.. saye buat keputusan untuk tanam script Hot Fm online di KBM.. dan saye rase function widget tu pun OK.. so rasenye takde masalah sangat, hehee.. 

Selamat mendengar buat penggemar Hot Fm.. Salam Ramadhan buat semua pengunjung Kehidupan Blogger Malaysia (^_^)
Share:

Monday, July 8, 2013

Ramadhan : Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1434 H Rabu 10 Julai

Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1434 H Rabu 10 Julai

Assalamualaikum kepada semua sahabat yang menjengah atau terjengah di blog yang tak seberapa ni (KBM). Di masa, hari dan bulan yang mulia ini, saya ingin memberi sedikit kata-kata sebelum bertemunya di bulan Ramadhan pada 10 Julai 2013 hari Rabu.

Esok adalah harapan.. 
sekarang adalah pengalaman..
kemarin adalah kenangan..yang tak luput dari kekhilafa.. 
marhaban ya ramadhan...........
mohon maaf lahir dan batin 
Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu.. 
amin….

Erkkk.. saye dah lame tak update, so kalau sekali update terus buat ucapan sambut Ramadhan.. hehehe.. tapi kalau sesuatu yang baik ape salahnye kite same-same ingat mengingati antara satu sama lain kan? tak perlu tunggu tahun depan, bulan ni pun dah boleh kalau nak mula azam baru (^_^)

bangun untuk bersahur walaupun hanya meneguk segelas air, banyakkan solat sunat dan bersujud selama 1 mint selepas membaca doa (subuh), buatlah jadual harian yang lebih difokuskan beribadat kepada Allah, berzikir, membaca al-Quran, solat-solat sunat dan amalan lainnye.

Semoga pada bulan Ramadhan pada tahun ini akan lebih memberi kepada kita kekuatan, semangat untuk menyempurnakan kewajipan sebagai seorang islam dalam menunaikan ibadah wajib dalam rukun Islam yang ke 4. Amin ya Rabb
Share:

Friday, June 28, 2013

Jerebu: PAS cadang kertas putih

(Jerebu di Kuala Lumpur semalam....hari ini keadaan semakin baik selepas hujan)

KUALA LUMPUR: PAS mengesa kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam sidang Dewan Rakyat berhubung masalah jerebu yang berlarutan di negara ini.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, langkah tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar pencemaran itu termasuk dakwaan penglibatan beberapa syarikat Malaysia dalam pembakaran di sekitar Riau dan Jambi, Indonesia.

“Isu jerebu ini perlu segera dibincangkan dan tiada tempat paling baik bagi tujuan itu melainkan di Parlimen,” jelasnya.

Ikuti laporan penuh dalam Harakah edisi Isnin ini.

(Sumber : harakahdaily)

** P.S : Ok jugak cadangan tuh, menampakkan lagi professional dalam mentadbir kerajaan. Tak salah eh bagi pandangan, PM yang Pro sepatutnye buka mata dan pasang telinga dengar pandangan, keluhan, kutukan sekalipun, mana yang baik dijadikan kebaikan untuk semua. Kan lebih bagus?
Share:

Wednesday, June 26, 2013

Jerebu: Susilo mohon maaf kepada rakyat Malaysia, Singapura

Jerebu: Susilo mohon maaf kepada rakyat Malaysia, Singapura
Sumbermelvister


JAKARTA: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono memohon maaf kepada Malaysia dan Singapura susulan kebakaran hutan di negara itu sehingga menyebabkan berlakunya jerebu di kedua-dua negara jiran.

Permohonan maaf secara rasmi Susilo kepada rakyat Malaysia dan Singapura dilakukan menerusi satu sidang media, malam tadi.

Beliau berkata, pihaknya berharap rakyat kedua-dua negara jiran dapat memahami situasi yang sedang dihadapi dan menegaskan Indonesia bertanggungjawab atas kejadian jerebu dan sedang berusaha keras untuk memadamkan kebakaran yang berlaku. - AP

Sumberbharian
Share:

Monday, June 24, 2013

Jerebu: Indonesia Boleh Ambil Tindakan Jika Syarikat Malaysia Terlibat

Jerebu: Indonesia Boleh Ambil Tindakan Jika Syarikat Malaysia Terlibat
Sumber : peraktoday

KUALA LUMPUR: Kerajaan Indonesia boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak berkuasa negara itu mendapati syarikat-syarikat yang ada kaitan dengan Malaysia terlibat dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang kelapa sawit di Riau.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel berkata, undang-undang Malaysia tidak boleh dikenakan kepada syarikat yang didapati terlibat kerana kesalahan berkenaan dilakukan di negara seberang.

“Jika ada salah, Indonesia boleh ambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

“Undang-undang kita tak boleh dikuatkuasakan di sana,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini, Isnin.

Bagaimanapun menurut Palanivel, beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut sewaktu kunjungannya ke Indonesia Rabu ini.

“Tapi ada di kalangan syarikat berkenaan mengatakan mereka tiada kaitan.

“Namun kita tetap akan jumpa dan kenal pasti jika berlaku perbuatan yang salah,” katanya.

Palanivel dijadual akan bertemu rakan sejawatannya di Indonesia pada Rabu bagi membincangkan cara untuk menangani situasi jerebu yang melanda beberapa negeri di Malaysia dan Singapura.

Antara perkara yang akan dibincangkan termasuk mewujudkan pembenihan awan di sana.

-mStar

Pembakaran terbuka di Riau bukan perbuatan syarikat Malaysia
Sumber : bharian

JAKARTA: Syarikat-syarikat Malaysia tidak terbabit dengan sebarang pembakaran terbuka di kawasan ladang sawit di Riau, yang sudah menjejaskan dengan teruk kualiti udara di sebahagian wilayah di Semenanjung Malaysia dan Singapura, kata Persatuan Pelabur Perladangan Malaysia di Indonesia (Apimi).

Setiausaha Eksekutif Apimi Nor Hazlan Abdul Mutalib berkata walaupun ada kejadian pembakaran terbuka dalam kawasan ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, ia dilakukan oleh pekebun kecil di kawasan tanah yang mereka usahakan sendiri.

"Ingin saya maklumkan bahawa di dalam ladang milik syarikat Malaysia (Inti- atau pemilik ladang) telah diperuntukkan sebanyak 20 peratus untuk masyarakat di sekitar ladang Inti yang dimiliki oleh syarikat Malaysia itu.
"Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat untuk melakukan pembakaran terbuka untuk kegiatan penanaman semula tanaman mereka," katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Alam Sekitar Indonesia Balthasar Kambuaya yang mengatakan bahawa lapan syarikat Malaysia adalah antara 14 syarikat dikenal pasti terlibat dalam kejadian pembakaran terbuka di kawasan ladang mereka di Riau.

Nor Hazlan berkata pihak syarikat Inti tidak mempunyai kuasa untuk menahan masyarakat pekebun kecil daripada melakukan pembakaran terbuka dan apa yang dapat mereka lakukan ialah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan tentang kegiatan itu supaya tuduhan tidak dikenakan ke atas mereka.

"Namun demikian, apabila telah berlaku pembakaran itu, pihak Inti masih menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan kebakaran dari terus merebak ke tempat lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua lapan syarikat yang dinyatakan oleh menteri Indonesia itu adalah milik syarikat pelabur Malaysia kerana ada juga syarikat yang dimiliki pelabur dari negara lain.

Nor Hazlan berkata syarikat Malaysia yang mengusahakan ladang sawit di kawasan terbabit adalah anggota Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO) yang melarang keras pembakaran terbuka dalam kegiatan penanaman semula, sebaliknya RSPO mementingkan alam sekitar dan amalan perladangan yang mesra alam.

"Sekiranya mereka melakukan kegiatan pembakaran terbuka, sijil RSPO yang dimiliki oleh mereka akan ditarik balik. Sijil ini adalah amat penting bagi syarikat-syarikat ini kerana tanpanya mereka tidak dapat menjual minyak sawit ke pasaran Eropah," katanya.

Nor Hazlan berkata sebagai anggota RSPO, kegiatan penanaman semula yang diamalkan ialah menerusi kaedah pemotongan dan pembersihan menggunakan traktor dan sebahagian daripada bahan yang dipotong seperti pelepah sawit digunakan semula untuk tanah di ladang itu sebagai baja.

Pada tahun ini, tidak ada sebarang kegiatan tanaman semula di ladang-ladang sawit milik syarikat dari Malaysia, katanya.

Pihak Sekretariat Apimi, katanya pada setiap awal tahun memberi peringatan melalui "APIMI Bulletin" kepada semua anggota persatuan itu tentang permasalahan kebakaran yang sering berlaku di dalam ladang sawit.

Antara lainnya ia mengesyorkan langkah-langkah yang patut mereka ambil jika berlaku kebakaran di dalam kawasan ladang milik mereka, yang tidak dimulakan oleh mereka, katanya. - BERNAMA

** P.S : Adakah ini bala dari Allah S.W.T ? mungkinkah kerana maksiat yang tiap hari meningkat dan semakin meningkat di Malaysia ?
Share:

Saturday, June 22, 2013

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’
Sumberbharian

London: Seorang graduan matematik menghasilkan coklat yang dianggap sebagai snek versi menyihatkan pertama dunia dan didakwa dapat membantu pengamal diet mengurangkan berat badan. 

Kepingan coklat 20 kalori itu yang dapat membantu pengguna menghilangkan berat badan, dibekalkan kepada restoran Michelin dan hotel di London.

Coklat yang dinamakan ‘The Chocolatier’ itu dicipta oleh Aneesh Popat, menggabungkan air berperisa koko untuk menghasilkan snek kalori rendah yang dapat membantu pengamal diet daripada memakan coklat berkalori tinggi. 

Ia tidak mengandungi bahan berlemak seperti mentega, krim, gelatin dan telur serta mempunyai pelbagai perisa. 

Dicipta graduan matematik 

Popat, graduan matematik berusia 25 tahun, berkata: “Sejak mula saya memang sukakan coklat. Jika semua dalam dunia dihasilkan daripada coklat, saya sudah memakannya. 

“Cinta saya pada coklat membawa kepada keasyikan dan menggunakan latar belakang matematik dan saintifik untuk menghasilkan gabungan perisa paling unik dengan tepat dan penuh kreativiti.
“Saya belajar sendiri dan sejak itu mendapat ilham daripada ramai pembuat coklat dan cef hebat. Saya mengembara ke seluruh dunia dari Brugges ke Mumbai mencari resipi terbaik.” 

Coklat menyihatkan itu dihasilkan dengan air berperisa seperti cola bergas, strawberi pudina, teh dan kekacang epal. 

Pakar pemakanan, Dr Sarah Schenker, berkata coklat berkalori rendah itu dapat membantu penggemar coklat yang mempunyai berat badan berlebihan. 

“Disebabkan coklat ini dapat berbangga dengan paras rendah kalori dan kandungan air tinggi, ia memberi manfaat kepada orang ramai yang mahukan makanan sihat selain sosej gulung atau coklat biasa. 

“Ia menjadi penggalak kepada orang ramai beralih kepada coklat menyihatkan ini sebagai snek tetapi perlu dimakan dengan berhati-hati kerana kita jangan lupa coklat sebenarnya boleh dinikmati sekali-sekala. 

“Sudah pasti faedahnya dapat membantu mengurangkan berat kerana mudah menjauhi snek tidak menyihatkan,” katanya. 

Popat berharap dapat membuka kedai pertamanya di stesen St Pancras di London pada musim luruh ini. 

“Reaksi orang ramai mengagumkan. Selepas mengambil resipi awal dan menghasilkan kumpulan pertama coklat ini saya tahu ia berpotensi mengubah hidup saya. 

Mahu buka restoran 

“Saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap sekarang dan ia masih belum jauh. Proses seterusnya ialah membuka kedai dan memulakan hubungan dengan restoran. 

“Memang menyeronokkan mengetahui orang ramai menikmati apa yang anda hasilkan. Ramai bergelut dengan berat badan tetapi saya rasa saya di sini untuk menyelamatkan hari dan bentuk badan mereka,” katanya. - Agensi


** P.S : Ape lagik.. moh makan coklat bebanyak.. hehehehe.. tapi my advice, selidik lah molek-molek dulu makanan tuh.. jangan main bedal jer ape yang dah ada depan mate (^_^) aku bukan Majimbuu (pemakan coklat)
Share:

Friday, June 21, 2013

ATTENTION! Delayed response from 22 June until 23 June 2013! (netkl.com)

Perhatian kepada pengguna Netkl.Com, KBM baru je menerima email dari Netkl.Com berkaitan beberape hal yang rasenye perlu bagi user @ bakal user Netkl.Com tahu. Tapi takde lah hal besar sangat, takde lah Netkl.Com di Hacked.. tu dah melampau, hahahaha..



Dear valued clients,
Please be informed that; from 22 June (12noon) until 23 June (10pm), NetKL's calls/SMS service will not be available.

Therefore, kindly send all your enquiries/request/payment proofs via email ( support@netkl.com ), and expect delayed response within 24-36 hours.

Please read the Frequently Asked-Questions (FAQs) below, in case, it helps.

We are really sorry for any inconvenience caused.

Should you need further info/assistance, please do not hesitate to contact us back.



-------------
Thanks, and best regards,

NetKL Hosting | Quality Hosting at a Budget Price

Hotline: 1700-804-800
Voice/SMS: +6019-33 63855 ( +6019-33 NETKL)
Fax: +603-9171 9260

Frequently-Asked Questions (FAQs) :

1) I forgot my cPanel password. How to retrieve/change my cPanel password?

2) This page can't be displayed

3) "Your connection to this server has been blocked in this server’s firewall"

4) 'Bandwith limited exceeded'

5) Disc Space over quota

6) How to use cPanel?

7) How to create website?

8) How to create/view/send/receive email?

9) How to install WordPress?

10) How to change my blogspot URL (eg. xxxx.blogspot.com) to custom domain (eg. www.mydomain.com) ?


Share:

Thursday, June 20, 2013

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Giler killer punye cara penyembelihan ayam KFC di Negara Barat, peri kemanusiaan yang ada dalam diri manusia dah hilang.. yelah, mungkin terlalu banyak ayam yang perlu di handle menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menggunakan bermacam-macam cara.. hangpa tengok lah sendirik ea..

Video 1 : Kentucky Fried Cruelty 2007 - 4:38 Youtube


Video 2 : Jika anda setuju menyakiti binatang adalah perbuatan yang salah, jadi jangan makan KFC, memboikot syarikat (pengeluar KFC) adalah jalan terbaik untuk membantu - KFC Cruelty (2:49) - Youtube 3:16.


Video 3 : Animal Cruelty In McDonalds Slaughterhouses Youtube 0:55
Quote "Tell MCDonald's To Stop The Cruelty - 4:49

Tuh cite kat Barat, kalau deme (Barat) arak pun macam soft drink, apetah lagi nak sembelih ikut cara Islam ke hape.. ape cerr pulak kat Asia? xspecially Malaysia lah, bak kate Ust Azhar Idrus.. Ayam KFC di Terengganu Kelantan halal, orang yang menyembelih ayam-ayam di Ganu dan Klate di adalah orang Islam begitu juge syarikat penyembelihannye. 

Tapi kalau kat Negeri lain.. Kolumpo, Johor, Ipoh, Pulau Pinang diragukan, sebab dah banyak bercampur Melayu Cina.. India tak pasti (^_^) Moh kite dengo ape kabonye Ust Azhar Idrus berkaitan masalah Ayam KFC.


Video 4 : Ustaz Azhar 2010 - Hukum makan di KFC,Mc Donald - 2:50


Ape pulak kate mereka ? :

Sumber

Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya  pendapat ustaz tentang restoran -restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya, adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan penyembelihannya tidak mengikut syarat islam.?
Zue, Air Hitam

Jawapan:
Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual di pasaran bererti an makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya.

Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik ditinggalkan.Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak halal memakannya.

Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.

Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim.

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

1.) Aduan : KFC - Haram dimakan...
Tarikh Aduan : 09/12/2008 - 11:31:11
Maklumat Lanjut, baca di : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aduan-halal
(Gomen punyer web tu)

2.) Soal Jawab Agama
Sumber : alhafiz.net

A’kum Ustaz, apakah keputusan siasatan Jakim tentang kebenaran berita mengenai ayam-daging di Malaysia yang di suntik dengan bahan enzyme daripada khinzir.Adakah ini meliputi product daripada Ayamas dan KFC?

admin | March 17, 2012 | Leave your comment

Pihak JAKIM sentiasa memantau mengenai perkara tersebut, jika benarkenyataan dan dakwaan seperti di atas sila hubungi untuk penjelasan keBahagian Pemantauan dan Penguatkusaan Hub Halal JAKIM dengan alamat:Bahagian Hub Halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,G & 3 rd Floor,Blok 2200,Enterprise 3 Building,Persiaran APEC,53000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.No.Tel : 03-83150200Fax : 03- 83187044

3.) Sijil Halal Bagi Pengeluaran Daging Mcdonalds & Kfc
Kod Rujukan Soalan : a4z5p

Soalan : assalamualaikum...disini, saya ada kemusykilan berkaitan dengan pengeluaran daging lembu dan ayam bagi mc donalds dan kfc. adakah pengeluaran daging tersebut diiktirafkan halal oleh pihak jakim bagi kelulusan sijil halalnya. diharap pihak jakim memberi penjelasan yang jelas tentang status daging tersebut, di mana majoriti di negara kita ini adalah umat islam yang gemar memakan makan fast food.

Jawapan : Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sehingga ke hari ini, KFC dan Mcdonalds masih memegang sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dari itu, semua produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera ini adalah terjamin kehalalannya.

Ringkasnya, JAKIM sentiasa memantau produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera tersebut. untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan Bahagian Halal JAKIM di talian; 03 83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.

Kesimpulannye : Tanye lah pada diri anda sendirik.. tepuk dada tanya selera.. tepuk member tanya number.. OK? Untuk keshahihan, hangpa boleh rujuk pada sumber yang aku dah sertakan pada setiap rujukan yang dibuat @ diambil
Share: