Showing posts with label Info Dunia. Show all posts
Showing posts with label Info Dunia. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury
 
Para pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan kesediaan untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury Confectionery Sdn Bhd bagi membuktikan status halal produk berkenaan.

Laporan laman Astro Awani menyebut, pengarah kanan bahagian hab halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah berkata ia bagi menunjukkan bahawa jabatan itu berpegang kepada keputusan yang dikeluarkan semalam.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya seperti dipetik dalam laporan Astro Awani pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan hasil ujian Jabatan Kimia yang tidak menemui sebarang DNA babi dalam dua jenis produk terbabit.

"Untuk keputusan pensijilan halal ini, pihak Jakim hanya menggunakan makmal Jabatan Kimia yang dibenarkan sahaja.

"Standard dan prosedur yang Jakim gunakan untuk memberikan pensijilan halal ini adalah sama dengan apa yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia," katanya.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/264587

Pegawai Jakim sedia makan coklat Cadbury

Amacam? ada bran ke nak makan? walau demo macam mane sekalipun.. terbukti jelas lagi nyata adanya DNA porcine dalam Cadbury tuh, confirm2 aku tak makan... apetah lagi nak was-was.. BABI kot ~
Share:

Tuesday, June 3, 2014

Yakinkah anda dengan sijil dan logo halal JAKIM?

Astro Awani | Kemas kini: Jun 03, 2014
(Diterbitkan pada: Jun 03, 2014 11:10 MYT)

KUALA LUMPUR: Perkembangan isu DNA babi yang ditemui dalam dua produk coklat keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd yang berlaku dengan pantas menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna.

KKM pada 24 Mei lalu mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua produk coklat susu Cadbury Dairy Milk.

JAKIM pula pada 26 Mei berkata, keputusan rasmi berhubung status halal coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.

Sementara itu, Majlis Fatwa Kebangsaan pada 29 Mei mengesahkan bahawa hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan'.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.



Mula-mula KKM mengesahkan adanya DNA babi dalam kandungan Cadbury..


Pastu JAKIM pulak nak bersoal siasat dari keputusan KKM yang mengatakan Cadbury terdapat DNA babi...


Alih-alih Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan Hukum sekaligus fatwa mengatakan Cadbury yang telah dikaji selidik oleh KKM Halal.. apekah kegilaan ini?


Terang lagi bersuluh terbukti adanya DNA babi dalam ramuan coklat Cadbury ni.. tibe buleh kate Halal? bukannye ni makanan asasi rakyat Malaysia.. tapi tetap jugak nak pertahankan keHalalan coklat tersebut.. serius kalau bagi offer/free sekalipun.. confirm aku tak makan ~


Semua ni menimbulkan keraguan sekaligus memberi persepsi buruk Malaysia terhadap negara Islam yang lain.. kalau dah babi tu haram dan jelas-jelas terbukti adanya campuran DNA babi dalam coklat tersebut, kenapa susah sangat nak tolak dan katakan Haram untuk mengomsumsi coklat nih?


So nak makan ke tak? nak ke tak? tak makan tak mati pun.. makan kang was-was.. tapi ni offer baik punye Rm1, tapi banyak ceklat lain yang murah dan best.. nape mesti amik yang was-was? so jawapannye.. 

Memang dulu aku pun bedal jer.. almaklum full chocolate plus nut, pergh memang menjilat jari.. ingat lagi abg aku makan Cadbury, nampak aku sorok terus.. padahal bukan tak nampak mulut penuh coklat? nak kate feeling kesedapan Cadbury tuh.. dari kesedapan tu sebenarnye tersimpan seribu rahsia.. hahahaha ~ 

Ada babi rupanya, patut bebal pun aku (^_^) ape-ape pun.. Islam itu mudah, Allah takkan menganiaya hambanya jika hambanya tidak tahu dan tidak sengaja dalam menjalani kehidupan.. Allah Maha Tahu, jadi tak perlu lah nak cuak2 kate seluruh badan ni wajib disamak dan sebagainye.

Ingatlah.. walaupun bermacam cara puak kafir cuba untuk menjatuhkan Islam.. satu hari Islam akan bangun dengan sendirinya menghalangi setiap seluk beluk kejahatan dan menjadikan Islam adalah agama resmi dunia. Insya Allah, Amin.
Share:

Monday, June 2, 2014

IDMcc for Firefox Update

Salah satu Add Ons yang paling penting dan berguna bagi pengguna software IDM untuk mengunduh @ download sebarang file menggunakan software tersebut. Aku jugak antara pengguna tegar software nih, sampaikan line member sebelah pon aku tarik ~

IDMcc for Firefox Update

Yang best untuk Add Ons IDM ni adalah, memberi kite kemudahan untuk mengunduh video apabila butang PLAY ditekan, contoh seperti gambar di atas. Kebanyakkan video yang dimainkan secara online akan dikesan oleh Add Ons IDM nih..

Jadi tak perlu susah payah nak copy and paste URL di tempat mengunduh seperti keepvid dan sebagainye.. PLAY je lemudian akan keluar icon Download This Video then download like usual. 


Keepvid pun sebenarnye bagus bagi downloader mengunduh video file.. sebab banyak pilihan format yang boleh kita pilih untuk download, 3gp, FLV, MP4, WEBM dan yang terbaru ada converter untuk MP3 lak, tapi bukan under Keepvid lah.

Add Ons ni aku jumpa di sebuah website dan diupdate dari semasa ke semasa.. contoh kalau kita pakai Mozilla 30.0 atau yang latest, Add Ons yang diinstall dari website ni pun turut akan terupdate mengikut the latest version.. tu yang best, jadi tak perlu susah payah kite nak cari Add Ons yang ngam dengan SE yang kite gunakan.

IDMcc for Firefox Update

Masuk ke website INI, kemudian ikut arahan dan cara yang ditetapkan.. simple jer caranya, jangan kata tak reti english sebab tutorial dalam bentuk gambar disediakan.. ok mah? selamat berpirate (^_^) Software IDM boleh download di SINI. Saya dah sediakan yang fullversion, kalau link tak ok.. tolong bagitahu, insyaallah saya betulkan.
Share:

Sunday, June 1, 2014

Bile Malaysia Naik Gile ~

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~
Siap ada Perkhidmatan Bayar Saman lagik, berdiskaun2 lagi.. hahaha.. abg2 polis traffic hebat dalam menjalankan tugas bagi pengguna kenderaan yang melanggar peraturan, contoh paling best.. penggunaan tinted dan memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan.

Sebagai rakyat, biasalah.. akan mengeluarkan bermacam cadangan nasihat yang bagi mereka ianya "logik" dan buleh diterima pakai.. walaupun "kerajaan" merasa bahwa kelogikan tersebut tidaklah logik. 

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~

Belumpun  habis isu MH370 dipersoalkan isu lain pula yang hangat dibualkan.. mana tidaknya, semua isu yang bangkit adalah suatu yang tidak boleh diterima akal sihat manusia.. akhirnye Malaysia menjadi Negara yang dipandang remeh Negara lain, Negara yang tidak mahu bertanggungjawap dan selalu buat keputusan yang.. OMG ~


Tak dan-dan.. timbul pula isu tarif letrik naik, itu naik ini naik, GST lagik, padahal hakikatnye TNB tak mengalami kerugian malah keuntungan berjuta ringgit.. itu lagi mau naik ka?  lagipun takde pulak penerangan rinci berkaitan naiknye tarif elektrik pada rakyat, tau2 buat announce dah akan @ dah naik ~

 Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~ 

Belum jugak sempat nak relax.. datang pulak isu Panda ntah ape name Panda tu Fengyi dan Fuwa ke ~ ? dengan menghabiskan berjuta ringgit semata untuk beruang tersebut? dengan kemelut yang melanda Malaysia, dengan katenye TNB rugi bagai, tibe2 buleh habiskan berjuta RM untuk dua ekot Panda yang asalnye dari China tuh?

Kalau betul kenape tak dijelaskan pada rakyat? kenape mesti habiskan berjuta RM dengan keadaan Negara sekarang? aku sendiri takmo la nak tengok Panda tu, lebih baik RM yang berjuta tu bagi pada rakyat yang miskin atau digunakan pada sesuatu yang berfaedah?

Dan pulak, berjuta Rm tu bukan beli.. pinjam 10 tahun je kot ~ apekah kegilaan ini? tu belum cite kos pembiayaan yang lain-lain.. kome buleh baca kat sini http://www.bharian.com.my/articles/TNBcatatuntungbersihRM4_61bilionbagitahunkewangan2013/Article/. Idak ke gile namenye? ini lagi nak pulun duit rakyat?

Belum ape-ape.. Isu saman pulak ~

Panda oh Panda ~
Share:

Tuesday, May 27, 2014

Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi

Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Baru-baru ni kita digegarkan dengan berita Cadbury Hazel Nut mengandungi lemak babi, antara coklat kegemaran aku jugak sebenarnye.. almaklum coklat + kacang bile dimakan begitu saje memang sedap rasenye.. tapi, dari kesedapan tu sebenarnye menyimpan 1000 satu rahsia.

Sepatutnye kes macam ni seawalnye dah ditangani oleh pihak berwajib.. betul jugak kata bapak aku, tak mungkin sesuatu benda tak kiralah ape benda sekalipun.. yang diimport ke Malaysia sepatutnye dah ditapis dan haruslah berkeyakinan bahwa barang tersebut yakin dan selamat untuk digunakan, apatah lagi menggunakan Cop Halal.

Sebenarnye ni menunjukkan betapa lemah Kerajaan Malaysia dalam menangani masalah HALAL dalam setiap produk makanan, tempatan maupun import. Rakyat? label HALAL itulah yang menjadi keyakinan kepada Rakyat, kerena mereka yakin bahwa JAKIM atau pihak tertentu yang bertanggunjawap terhadap Cop HALAL mempunyai kejujuran dan ketelusan dalam menjalankan amanah yang dipikul.

Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi

Cube tengok gambar diatas, setiap sudut dari tubuh babi tu diguna pakai dalam berbagai produk makanan maupun kosmetik.. bayangkan dah berape banyak Cadbury Hazel Nut yang kita dah telan? sekarang baru dapat kesan ada kandungan babi dalam coklat tuh?

Di bawah ada beberapa senarai makanan yang biase kite konsumsi yang mengandungi babi didalamnye.. dan banyak lagi, tak larat nak search.. tapi kenape lepas dapat tahu Cadbury Hazel Nut mengandungi babi, nak tarik lesen dan saman bagai.. makanan lain kenape tak nak selidik balik? takkan lepas dah kantoi baru nak selidik? buat la satu operasi khas banteras makanan yang punyai Cop Halal tapi hakikatnye tidak HALAL.

Macam mane rakyat nak yakin dengan makanan yang ada sekarang? tambah2 makanan segera.. susah dah nak yakin dengan Cop Halal yang sedia ada, kita sendiri kene berhati2 dalam memilih makanan..

Salah satu cara adalah, dengan melihat kandungan dari setiap jenis barang yang kite beli.. terutama makanan, ada COD TERTENTU BABI DALAM MAKANAN, rajin2 la selidik balik ape yang kite makan.. bak kate bapak aku, patut la orang sekrang banyak yang bebal, ngeee ~

Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
(KOD PRODUK MAKANAN MENGANDUNGI LEMAK BABI)

Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Makanan Yang Mengandungi Lemak BabiMakanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
(tiada COP HALAL)

 
 
Makanan Yang Mengandungi Lemak Babi
(COP HALAL vs COP HALAL PALSU)
Share:

Sunday, May 25, 2014

Piala Thomas: Ulangi sejarah 1992

Piala Thomas: Ulangi sejarah 1992

APAKAH sejarah 1992 dapat diulangi kembali pasukan badminton negara menjelang pertembungan akhir dengan Jepun pada kempen Piala Thomas di New Delhi, India hari ini.

Kelmarin, Datuk Lee Chong Wei dan rakan-rakannya membuktikan semangat melawan Malaysia belum padam apabila melakar kejutan menewaskan Indonesia 3-0 di separuh akhir.

Kini, peluang kembali beraksi di pentas final sejak 12 tahun lalu jangan harus dipersia-siakan begitu sahaja jika tidak mahu episod kegagalan lalu berulang.

Namun, sukacita diingatkan bahawa berdepan Jepun yang dibarisi Kenichi Tago, Kenichi Hayakawa-Hiroyuki Endo. Kento Momota satu lawan liat yang perlu dihadapi kem negara.

Apa tidaknya, mereka menyingkirkan juara bertahan, China di peringkat separuh akhir dan dijangka mampu mencipta kejutan terbesar menjulang trofi buat pertama kali dalam sejarah andai menewaskan pasukan Malaysia.

Begitu pun, Chong Wei melaungkan amaran tekad saji permainan terbaik untuk tamatkan badi tanpa gelaran 22 tahun.

“Kita akan melakukan yang terbaik di pentas final,” katanya.

Dalam pada itu, Tan Boon Heong berkata keyakinan dirinya bertambah selepas mengalahkan beregu terbaik dunia dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan.

“Semangat kita memang cukup bagus.

"Walaupun kami ada keyakinan sekarang tetapi kami perlu lebih bersedia untuk berdepan dengan Jepun,” katanya.

Jika rekod pertemuan Malaysia dan Jepun menjadi ukuran, pasukan negara memegang kelebihan 3-1 ke atas negara Matahari Terbit itu.

Namun Jepun, yang menunjukkan peningkatan sangat ketara di bawah bimbingan Park Joo Bong mengejutkan pasukan negara pada pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada 2010.

Kali terakhir Malaysia layak ke perlawanan akhir adalah di Guangzhou 2002, di mana kita tewas 2-3 kepada Indonesia.


Aku tengah layan Astro Arena nih.. third game.. Malaysia 1 Jepun 2, nampak ada harapan nak menang game ketiga nih, kot mane pun mesti kene menang, sebab kalau game ketiga ni kalah, automatik Malaysia tak dapat nak raih kemenangan Piala Thomas.

Dari petang tadi aku layan time Lee Chong Wei menang first game.. second game, beregu Malaysia kalah.. so skang penentuan untuk dapatkan game terakhir, seterusnye dapat kembali raih Piala Thomas untuk Malaysia.

Berharap.. berharap.. ape2 pun manusia tak punya kuasa untuk mengubah ape yang telah Allah tetapkan, inilah dikatakan manusia itu lemah, hanya berharap dan berharap.. tetapi Allah lah yang menentukan segalanya.. setiap yang berlaku ada hikmahnya (^_^)
Share:

Thursday, May 15, 2014

16 Mei Sejarah Hari Guru

16 Mei Sejarah Hari Guru16 Mei Sejarah Hari Guru
16 Mei Sejarah Hari Guru


16 MEI - SEJARAH HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Tema hari guru

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2010 Guru Pembina Negara Bangsa

2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara

2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Share:

Wednesday, May 14, 2014

Adjust Distributor + Tukar Clutch Cable Iswara Aeroback 1.3

Semalam tukar Cable Clutch Iswara Aeroback aku kat bengkel depan sekolah aku nih. Memule tak terpikir pun nak tukar Cable Clucth. Melayang Rm60 aku tuk Cable tu saje.. hayyak manyak mahal wo.. bile aku tanya sorang brader kat situ, dia kate memang standard harga tu.

Semua ni gara-gara lepas aku tanya something happen kat kereta aku.. masa naik bukit gear 5 @ 4 akan keluar bunyik ...kring... kring... kring.. , kalau top pegi 100 memang tak keluar bunyi tu, dia keluar bunyi kalau gear 5 pegi 80 - 90, merimaskan dan meloyakan.. huhu..

Dan.. bile masuk gear 1, 2 dan gear Reverse akan keluar bunyi ...krak... bunyiknye macam berasal dari gearbox.. macam clutch tak cukup tekan, padahal dah tebenam clutch tu kebawah aku tekan.. dan.. setiap kali tekan clutch akan keluar bunyi macam spring dah lama ...krekkkk...

Sebelum aku pegi bengkel tuh, memang aku dah buat research pasal bunyik2 nih.. baca pandangan dan forumer yang penah mengalami situasi macam yang aku alami.. ade yang kate masalah gearbox, ada jugak kate masalah minyak gear kene tukar mungkin dah kering atau dah lama. Kebanyakkan pendapat kate masalah gearbox.

Adjust Distributor + Tukar Clutch Cable Iswara Aeroback 1.3

Gile ape nak servis gearbox.. ni pun dah rabak poket aku.. so untuk kepastian, lepas jer kelas.. aku pegi bengkel tu buat2 tanya.. sebab kang suh dia baiki terus, buatnye mahal, idak ke naya aku? last2 dia kata.. "itu macam adjust saja" (aku rase dia adjust distributor). Oh yeke.. so, ok lah uncle.. adjust kasi ngam!

Lepas adjust confirm dia akan try to confirm ok la kan.. lepas try tulah bermulanya duit aku bakal rabak lagi.. "abg.. u punya cable clutch dah keras, kene tukar la.." eh yeke? kalau tak tukar ape risiko uncle? harga brape?

Adjust Distributor + Tukar Clutch Cable Iswara Aeroback 1.3

"kalau tak tukar, nanti boleh putus lagi susah.. itu cable 60 saja..."

Putus? susah? hah aku dah mengelabah.. first, aku pikir pasal duit, second aku tak nak ditipu.. aku tanya balik, kalau tukar, masalah masuk gear berbunyi tu settle ke uncle? "aah.. tu pasal u masuk gear ada bunyi kasar kan?" so.. terbanglah Rm60 aku.. aku tanya brader situ pun, dia kata rega cable tu memang mahal.. so ape boleh buat, dari putus di tengah jalan.. huhu..

Tukar cable tu tak lame pun.. tak sampai 15 mint. Lepas adjust confirm uncle tu try, then dia kata "OK". So aku dengan confident, gerak terus ke pejabat pos.. urusan penting, lupe pulak hari tersebut adalah hari Wesak! hayyak dah sampai baru ingat.. gomen cuti daa..

Nak jadik cerita, masa OTW ke pej.Pos.. clutch jadi keras + pendek, gear sangat susah nak masuk tambah2 gear 1 - 2 - 3. Dah la Ipoh jalan jem.. memang jem + bengang la aku.. ape cite buat keje tak cantik maa! so aku cargas ke bengkel tu balik, dah la Pos tutup, duit terbang, kete wat hal!

Sesampai kat bengkel, memang nekad nak sound, tapi disebabkan masih ada sikit keimanan di dada nih.. aku slowtalk, gtau gear susah masuk.

"Hayya! sory la abg, lupa nak adjust cable, itu sikit punya hal.."

Sempat aku sound yang aku kat town masa tu.. jalan sesak.. tapi ok lah uncle tu, dia mintak maaf.. aku tarak hal punya, jangan dah buat hal, tak ngaku hal sendirik.. yang best, kereta aku dah settle semua.. clutch tak bunyi, naik bukit gear 4 @ 5 takde bunyi, siap tambah pickup lagik! tq uncle.
Share:

Friday, May 2, 2014

Aku Buat Macam Ni Kalau Follow Ladydriver

Bukan semua pemandu wanita tidak cekap dalam mengawal stereng/kereta, kadang2 mereka ni lebih berhati-hati dan perasaan cuak tu selalu datang dan bermain difikiran mereka. Sampaikan nak amik corner pun brek macam ada traffic light kat depan.. gile tak cuak aku follow belakang dia bai? confirm2 aku pun menjaja.

Bukan nak memburukkan, tapi ni realiti kehidupan setelah brape tahun aku dok bawak kete dan berhadapan dengan karenah2 pengguna jalan raya yang lain. Ingat lagi bapak aku pesan mase first time blajo krete dengan bliau :

Ayah : ko kene hati-hati dengan beberapa individu ni bile ko bawak kete..

Aku : sapekah mereka itu wahai ayahku?

Ayah : mereka adalah golongan india, wanita dan warga emas.

Aku : baiklah ayah.

Bile dapat pesan macam tu dari ayah, aku jadi berhati2 bile follow individu2 tersebut.. dan memang, memang bahaya tetambah bila ada traffic light yang warna hijau kedip2 tu nak tukar pade warna kuning kemudian tak sampai 4 saat tukar warna merah, confirm time hijau kedip2 tu pemandu india yang bawak laju akan brek betul2 depan grisan putih, idak ke menyeret tayar aku!

Ape aku akan buat kalau jadi macam ni? tengok mood la.. kalau agak moody sikit, masa masuk gear satu aku potong dan main masuk line depan pastu brek sikit kasi keluar itu lampu merah.. kompom terkejut, paling tidak pun aku cucuk angin jela.. tapi, sekarang ni dah tahu perangai2 drang ni, aku nak marah pun tak lalu.. sikit maki ada la (^_^)

Tapi tak semua individu terkait macam gitu.. ladydriver skang banyak yang power2, tapi kengkadang yang terlebih power ni pun menyakitkan hati gak... hehehe.. macam itu hari, aku dari Kota Bharu nak ke Grik ikut  Jeli, kau paham la kebengkokan jalan Jeli macam mana.. ade sorang minah ni, naik MYVI 1.3 kalau tak salah, kete baru, die potong Honda SM4 bapak aku macam tengah race jer! gilo!

Last2 dalam setengah jam cenggitu, ada sorang eksiden kat tepi jalan, bapak aku suh aku stop kete, ntah katenye nak tolong ape yang patut dan aku mengiyakan. Lastly dapat info, yang eksiden tu sebenonye yang bawak kete macam pelesit tuh, sorang mamat ni tak puas hati sebenarnye.. hahahaha! sebab dia dipotong begitu saje, eksiden sampai berpusing kereta, tayar keatas..

(gambar hiasan dan guarauan)

So pengajarannye, berhati2 lah dalam memandu, setekat mana sangat kita nak pandu laju walau kita expert bawak krete sekalipun.. dah eksiden baru nak menyesal memang tak jadi bos.. kene ingat dulu sebelum terkene. Sebab kalau dah kene, nak menangis darah pun bende dah jadi, kalau kete je hancus takpe.. ni orang-orang pun habis hancus.. Minta Allah Jauhkan. Amin.
Share:

Thursday, November 21, 2013

Kes Kehilangan Villa Nabila Palsu??


** Layan lagu sepam ** Di villa indah ini.. Pernah menjadi saksi.. Temasya yang gemilang.. Suasana meriah.. Termetri di hatiku kau yang memiliki.. Kehebatannya di malam itu ~ ~

Zaman sekarang ni kalau nak fames maca-macam cara diorang buat.. selagi tak kene betul-betul batang idung, selagi tulah tidak mengenal erti lelah.. aisehhh..

Sembang pasal kisah seram Villa Nabila di Johor ni memang tak kan habis.. selagi tak terungkai, selagi tulah jadi buah mulut orang-orang, tambah jadi buah mulut lagi bila ada kes berlaku kat situ?

Saye memang dah lame terdetik nak post pasal Villa Nabila ni, tapi rase macam tak berape nak best.. sebab nampak beno tal logiknye... keh3.. ape tak logiknye, memule kate hilang sampai 23 orang ke ape (tak pasti), last-last polis kate hanya satu laporan kehilangan saje telah dibuat.

Dan pulak lepas tu ~ ~ dah jumpe budak tu kat rumah member die.. hadoyai.. ni cerekarama ke filem arahan sape eh?


Jangan la dok buat keje bodoh pegi melepak tempat-tempat terbiar macam Villa Nabila tuh! tempat terbiar memang akan dihuni oleh makhluk halus dan dijadikan sebagai rumah tumpangan "mereka".

Itulah bile orang masuk rumah baru, diorang akan panggil ustaz-ustaz baca Yasin dan sebagainye, dengan harapan untuk menghalau (cara baik) makhluk-makhluk yang pernah bertapak di rumah mereka.


Kalau betul anda nak sangat tengok makhluk halus ni, mintak terus dengan Allah.. bukan susah, mesti Allah bagi punye.. takut jadi orang gile pulak lepas tu. Buat shalat hajat, mintak doa Allah supaya dibuka pandangan untuk tengok makhluk-makhluk ni.

Kalau beno lah rasenye nak nengok jugak "bende" tu..tak susah, pegi jela kat kubur pukul 3-4 pagi.. hah pastu berzikir kat situ.. confirm keluar "bende" tu.

Ni tak.. main-main dengan masalah kehilangan ni, menyusahkan keluarga, menyusahkan masyarakat, menyusahkan pihak berkuasa.. menyusahkan diri sendiri, tak pepasal jadi buah mulut orang. Kalau orang suke takpe, kalau orang maki? idak ke best namenye tu?




Mungkin betul budak tu nampak "bende" tu, biase lah.. kite bertandang rumah orang, jadi wajib la orang rumah melayan tetamu.. macam itulah jugak "bende" tu.. same jer konsep kehidupan diorang ni macam manusia, cume berbeza dari segi keadaan jep!

Tak payah la nak kaji sangat bab-bab ghaib ni.. lagi-lagi berkaitan makhluk halus, salah cara, salah lah jalan kita.. Nauzubillah.. kalau betul nak kaji jugak bab makhluk ghaib nih, belajar la ilmu agama dulu, dalam Islam semua dah diajar, bukan setakat cara ibadah je.. sampai lah cara dalam menempuhi liku-liku kehidupan ni..

Kome je takmo belajar.. setan ni kalau kite nak tahu pasal "dia".. mesti dia datang punye.. untuk mengukuhkan lagi penafian, saye sertakan video penafian tentang kehilangan tue kat bawah :

Baca versi-versi cerita seram Villa Nabila di sini : http://adfoc.us/2890035492674

Misteri kehilangan 23 pelajar di 'Villa Nabila' Palsu!
Layan sepam lagu Spring Villa Nabila (^_^)
Share:

Wednesday, November 20, 2013

Siapa Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Siapa Ahmad Ahmad Azam?

Allah mengetahui apa yang tidak diketahui manusia, Allah juga yang telah menetapkan segala takdir kehidupan manusia yang tidak akan pernah bisa manusia merubahnya. Allahuakbar ! Allahuakbar ! Allahuakbar !

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan seluruh isi di muka bumi ini, yang telah menjadikan manusia dari setitis air menjadi segumpal darah, menjadikan keindahan dan kesenangan bagi hambanya di muka bumi ini.

Allah jualah yang menghidupkan dan mematikan, Maha kuasa Allah atas segala sesuatu. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. 

Begitulah betapa uniknya Allah, menghidupkan dan mematikan apa sahaja yang dikehendakiNya. Ahmad Ammar Ahmad Azam seorang manusia yang diciptakan Allah mempunyai kehebatan dan kelebihan, seorang yang dikenali ramai, berjuang menegakkan Agama Islam di serata dunia, mempunyai azam untuk mati syahid, kepandaian pemberian Allah kepadanya adalah satu rahmat yang besar buat semua makhluk di muka bumi ini.

Pemergiannya tidak disangka-sangka, niatnya untuk syahid ketika menyertai misi kemanusiaan tidak kesampaian, namun meninggal dalam keadaan yang tidak diduga.

Allah maha mengetahui setiap yang terjadi di muka bumi ini, tidak mesti seseorang dikatakan syahid setelah mati di medan perang, walaupun perang itu adalah perintah Allah dan mendapat ganjaran syahid, jangan lupa menuntut ilmu juga adalah sebahagian dari berjuang menuju syahid.

Semoga Allah menempatkan beliau di tempat yang selayak baginya, tidak mudah kalau tidak susah dahulu, tidak susah kalau mudah dahulu. Bersama kita mencontohi apa yang diajarkan Nabi kepada kita, begitu jugak beliau, mempraktekkan budi pekerti Nabi dalam kehidupannya. Insya Allah.

Siapa Ahmad Ahmad Azam?

Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.

Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.


Gambar pengebumian Ahmad Ammad di Turki

Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?
Siapa Ahmad Ahmad Azam?


Video pengebumian Ahmad Ammad di Turki

Share: