Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hati. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

Kebaikan dan Kelebihan Buah Pisang

Kebaikan dan Kelebihan Buah Pisang

Orang selalu lebih pentingkan makanan buatan luar2 negara, yang mahal2, baru keluar dari ladang dan terbaek, tapi drang dah macam terlupe bahan2 dari makanan buatan tu sebenarnye diambil dari negara kita sendiri (misalnye).. contoh pisang.. dah banyak minuman2 buatan negara luar yang popular menggunakan pisang sebagai bahan utama dalam diet, untuk kesihatan dan sebagainya.. drang pakai pisang je pown (ada ke tidak pisang kat tempat drang).. lepas tu jual mahal gebadak, kite pulak LIKE la barangan drang.. HUH! terasa macam bukan warganegara sendiri dah ^_^.. padahal kalau korang tengok sendiri balik, kandungan dari setiap barangan makanan drang, cube kaitkan dengan sumber makanan asli di tempat kte, ada tak? hehehe.. takpe2.. slow2.. jangan terpaku sangat dengan bahan makanan import.. jom baca kejap Kebaikan dan Kelebihan Buah Pisang sebagai menambah wawasan kite sekaligus menjaga kesihatan dari termasuk golongan orang yang tidak tahu ^_^..

1. Sebagai sumber tenaga
Pisang dapat dicerna dengan mudah, gula yang terkandung di dalamnya diubah menjadi sumber tenaga yang bertindak secara cepat dan berkesan. ia baik untuk pembentukan tubuh, fungsi otot dan sangat berkesan untuk menghilangkan penat.

2. Penderita anemia.
Pesakit anemia disarankan untuk menikmati 2 biji pisang setiap hari kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.

3. Penyakit usus dan perut Pisang yang dicampurkan dengan susu cair dijadikan sebagai usaha untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan usus. Selain itu ia juga disarankan untuk pesakit yang mengalami masalah sakit perut dan angin demi menyeimbangkan semula jumlah asid dalam perut.

4. Mengubati luka akibat terbakarDaun pisang juga boleh digunakan untuk mengubati kulit yang terbakar dengan cara menyapu campuran abu daun pisang yang telah dicampurkan dengan minyak kelapa. ia mempunyai kesan yang menyejukkan kepada kulit.

5. Kecantikan wajah
Pisang yang telah dihancurkan dan dicampurkan pula dengan sedikit susu serta madu boleh disapukan pada wajah setiap hari secara rutin selama 30-40 minit. Kemudian basuh wajah kamu dengan air suam dan diikuti dengan membilasnya mengggunakan air sejuk atau ais. jika ingin melihat keberkesanannnya,
lakukannya selama 15 hari berturut-turut.

6. Atur berat badan
pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan dan penambahan berat badan kamu boleh menurunkan berat badan dengan mengamalkan pengambilan 4 biji pisang dan

4 gelas susu tanpa lemak atau susu cair setiap hari. jumlah kalori yang terkandung dalam menu tersebut hanyalah sejumlah 1250 kalori sahaja. malah menu ini juga memang sangat menyihatkan

7. Kecantikan semula jadi
Selain itu, diet dengan buah pisang juga boleh menjadikan kulit wajah kamu tidak berminyak dan bersih. Dengan menikmati segelas ‘bana milk-shake’ yang dicampurkan dengan madu, buah-buahan, kacang dan mangga setiapkali selepas makan ia boleh membantu menambahkan berat badan. bagi kamu yang berhasrat untuk menambah berat badan, kamu boleh cuba resepi ini.

8. menambah nafsu makan
Nikmati 2 biji pisang berserta satu sudu besar madu untuk menambah nafsu makan dan menguatkan kembalin tenaga.

9. Pisang yang popular di seluruh dunia hotel anti kerut. Mengolesi campuran pisang di kulit wajah anda membolehkan pori-pori untuk mendapatkan kembali kelembapan hilang.

10. Bahagian dalam kulit pisang dapat digunakan untuk menenangkan kulit dan mengurangkan jerawat dan jerawat.

11. kulit pisang dapat digunakan untuk menutup kutil dan memberikan bantuan dari iritasi kulit.

12. Bahagian dalam kulit pisang telah digunakan untuk merawat psoriasis selama bertahun-tahun.

13. Pisang mengandungi tryptophan, sejenis protein yang diubah tubuh menjadi serotonin, diketahui dapat membuat relax, memperbaiki mood dan secara umum membuat anda merasa lebih bahagia.

14.Lutein ditemui di kulit pisang atau kulit yang depresi mudah membantu.

15. Menurut tinjauan yang dilakukan oleh MIND diantara pesakit pesakit depresi, banyak orang merasa lebih baik setelah makan petai.

16. Serotonin hadir dalam pisang mempunyai kesan menenangkan pada otak dan bertindak sebagai ubat penenang ringan.

17. Pisang bekalan kalium ke otak, yang membantu untuk menjaga kadar oksigen biasa dan juga mempromosikan isyarat kuat antara sel.

18. Penyelidikan membuktikan bahawa kalium dalam pisang membantu untuk meningkatkan kewaspadaan mental dan meningkatkan daya otak.

19. Kalium dan Vitamin B6 yang ditemui dalam pisang baik untuk tenang mabuk anda.

20. kalium yang ditemui dalam pisang juga boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang.

Sumber :

Share:

Thursday, November 10, 2011

Tips Body Tegap ~Bahaya Steroid~

Tips Body Tegap ~Bahaya Steroid~

Nak tought? boleh jer, bagi aku sendiri, lelaki tak mactured kalau badan macam lembik jer, ekekke.. (bagi aku ok) tak tak semestinyer.. ada jugak pompuan yang aku tanya, kata taste drang suka lagi guy yang kurus keding, ada jugak yang suka tinggi lampai, ada jugak yang gempal dan len2..

Tapi bagi eden, malu la kalau pompuan tengok badan aku kurus keding jer.. hahaha, takleh2.. that not me.. tak salah pon kalau nak bagi body chantek kan.. hehe..

Tapi perlu ingat jugak, banyak yang salah jalan bile rasa nak body yang cool, nak cepat badan cantik, so keputusan dia amik drug.. maksudnyer steroid.. huh.. pikir baik2 bro, lebih baik, biar lambat asal kekal.. lagi bagus, protein pon aku sarankan amik protein yang asli.. contoh macam telur ayam, susu, milo, ikan, daging dan lain.. tu semua membantu dalam proses metabolisme kiter.. tak perlu keluarkan duit yang banyak untuk beli protein yang dah dicampur adukkan..

Aku just nak kongsi dengan korang video dari Youtube, side effect penggunaan steroid bagi seseorang.. hah.. korang tengok, tapi ni tak bahaya lagi (kira bahaya la jugak) tengok biceps dia.. gelik aku! haha..

Steroid ni macam2, ada yang pil, cecair dan macam2.. kisah nyata dari sedara aku sendiri, seorang pegawai polis pangkat tinggi la jugak (aku da lupe), badan dia aku tengok stedy jer, biasa je, satu hari aku dengau beliau masuk spital, kerosakan buah pinggang, sebab berlebihan amik steroid.. amende ntah steroid, setelah dikaji selidik, ropenyer steroid tuh sejenis dadah yang membantu bagi ahli bina badan untuk pembentukan otot dengan cepat.. hui.. macam best? hah.. pikir la korang, sampai rosak la buah pinggang dia.. ^_^..


Yang ada asma, sakit jantung, darah tinggi.. jangan tengok ea hehehe ~~~~... ^_^...
Share:

Tuesday, September 20, 2011

Mediafire Tak Boleh Upload @ Download

Apesal Mediafire tak boleh Upload ye? alahai tensen betol la.. huhuhu.. baru nak kongsi macam-macam dengan korang sume, tapi apekan daya kan.. try la jugak search kat Google, memang ada yang jadi macam wadud gak, Mediafire tak boleh Upload, bukak jer My Files, page untuk Upload dan file2 kite memang tak keluar.. jadi tak boleh nak Upload.. tapi ada jugak yang kata sedang Maintenence? maybe jugak kan, hostng yang besar boleh jer jadi cenggitu, nak kelola memang susah ^_^

mediafire problem
Mungkin kalau lepas ni wadud Up pown pakai Fileserve atau Megaupload, atau kalau kengkawan ada yang nak kasi tips pon ok.. hosting mane yang best lepas Mediafire.. ape2 pown mesti buat research dulu kan?? hehehe.. so skang neh memang tengah penin nak pakai yang mane.. kadang kalau Hotfile pon, lembab sangat nak download nanti.. takper2.. wait and see jer k ^_^
Share:

Tuesday, September 13, 2011

Raya Ada Lagi!!

Salam untuk semua warga blogger, dah lame rasa tak berblog, almaklum duduk kat rumah tak dapat pun online.. bile dah balik Aceh baru buleh on balik.. hehe..

Rase2nyer raya ada lagik kan? hehehe bukan ape, just nak wish Raya jer dalam KBM neh.. alang2 buleh jugak sebagai pembuka untuk n3 pertama lepas dah lame tak ngupdate.. hehehe

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, kalau2 ada tersalah bahasa, perbuatan mohon maaf ea.. kalau2 nak balas balik pown bagitahu la, mana la tau ada yang tak puas hati.. ^_^


Akhir kata, untuk bulan2 yang seterusnyer.. moga kita semua diberi Allah semangat ntuk menjalani hidup2 yang bakal tiba, dan mesti akan ada bermacam2 lagi dugaan.. tambah2 bulan2 lepas Raya neh.. ^_^
Share:

Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa Bulan Ramadhan 1432 H

Sahur-sahur! dah pukul empat ^_^.. semangat lebih neh.. jam Indonesia kalau pukul empat di Malaysia pukul lima, lambat sejam. Ape sahur kali ni? nampak gaya macam MEGGI jer? hehe.. no hal.. yang penting nak amik berkah di sebalik SAHUR tuh, air masak pon jadi. (budak asrama)

Ingat lagi kat rumah di Malaysia, huh! makanan.. jangan sembang, best! same jugak kalau di tempat-tempat wadud Imam Tarawih, makanan memang kaw-kaw, tak kire lagi yang orang bagi. So.. kene tengok tempat kat mana kiter stay, jugak keadaan kat situ macam mana, hidup budak bujang ^_^ macam biasa la..

Kat bawah wadud sertakan Niat atau Doa Puasa Ramadhan, takde yang beza dengan bulan Ramadhan lepas dan insyaallah tetap sama selamanya.

Artinya :
Sahaja aku berpuasa pada esok hari fardhu bulan Ramadhan ini kerana Allah Taala.

Semoga untuk Ramadhan kali ini bersame la kite puasa penuh ea.. hehehe.. jangan ponteng wadud, umo dah 22! dah tue! nanti mati nak jawap ape? nauzubillah.. untuk sahabat jugak, jangan ponteng-ponteng ea.. hehehe.. kalau nampak member bawak air dalam baldi tu, tengok-tengok dulu kot-kot air panas ^_^
Share:

Saturday, July 9, 2011

Cara Shalat Sunat Dhuha Dan Kelebihannya

Assalamualaikum sahabat sume.. sihat ke untuk hari ni? alhamdulillah untuk sesiapa saje yang sihat dan alhamdulillah jugak untuk sesiapa saje yang kurang sihat. Rini nak ajaks sahabat sume menunaikan shalat sunat Dhuha. Alang-alang wadud dah hafal untuk final exam, dari biar camtu je baik kongsikan kat sini kan. Untuk mengerjakan shalat sunat Dhuha ni sangat mudah, jom zass kat bawah :

1. Niat :

-Sahaja aku shalat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah ta'ala.

2. Bacaan dalam Shalat sunat Dhuha :

-Rakaat pertama, Al-Fatihah, Surah Asy-Syams.

-Rakaat kedua, Al-Fatihah, Surah Adh-Dhuha.

3. Bacaan doa :

-Boleh tengok di bawah ea.


Artinya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagunan-Mu, keindahan adalah keindahan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu, Wahai Tuhanku, apabila rezekiku berada di atas langit maka turunkanlah, apabila berada di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila sukar mudahkanlah, apabila haram sucikanlah, apabila jauh dekatkanlah dengan kebenaran dhuha-Mu, kekuasaan-Mu (Wahai Tuhanku), datangkanlah padaku apa yang Engkau datangkan kepada hamba-hambaMu yang soleh”.

Sedikit perkongsian mengenai shalat Dhuha, shalat sunat ini boleh dikerjakan sebanyak 2,4,8 atau 12 raka’at dalam satu salam. Shalat sunat dilakukan setelah matahari terbit kira-kira pukul 7 pagi hingga waktu zuhur. Fadhilatnya juga sangat banyak, diantaranya dosa kita diampuni, memberi kesihatan tubuh badan, dihadiahkan syurga dan banyak lagi. OK.. untuk maklumat lanjut boleh lanjutkan pembacaan pada link di bawah ini. Selamat berbuat kebaikan ^_^

Share:

Saturday, June 25, 2011

Pengakuan Datuk T Terhadap Kes Anwar |2.13 mint|

Tak puas ati!! lantok le orang nak kata per, aku memang tak puas hati!! kang kalau lebey-lebey tak pepasal aku kene saman lak, Video Asli Seks Anwar? dengo pon bederau darah, kenal ke sape Datuk T? haa meh tengok pengakuan 'mereka-mereka'. Aku hangat giler.

Video Seks Tulen

2011/06/25



Dua pakar sahkan pelaku adegan lucah mirip Anwar

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik ‘super impose’ dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Keterangan juga mendapati rakaman video itu diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang, di sini dan selepas polis mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari apartmen itu, mendapati kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan video itu kepada 13 editor dan wartawan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, di sini dan ketika penayangan beliau menerangkan gambarnya turut terakam sebelum rakaman hubungan seks antara seorang lelaki mirip Anwar dan perempuan warga China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik hotel itu.

Itu adalah fakta kes yang dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret kepada Eskay, Shuaib dan Abdul Rahim selepas masing-masing mengaku salah menayangkan dan bersubahat menayangkan secara terbuka bahan lucah berkenaan membabitkan perlakuan seks antara lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.
Mereka semua memahami dan mengakui fakta kes yang dibacakan itu, bagaimanapun Eskay berkata: “Ia bukan menyerupai Anwar tetapi memang Anwar”, merujuk kepada perenggan terakhir dalam fakta kes berkenaan.

Sehubungan itu, Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Eskay dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara ke atas Shuaib selepas mereka mengaku salah menayangkan video itu secara terbuka.

Sementara Abdul Rahim pula didenda RM1,000 atau sebulan penjara selepas mengaku salah bersubahat dengan Eskay dan Shuaib menayangkan video berkenaan.

Pertuduhan ke atas Eskay dan Shuaib mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Aizatul berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Penayangan rakaman video selama 20 hingga 25 minit terbabit turut dilakukan dalam prosiding semalam selama kira-kira 10 minit selepas Aizatul membenarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Muhammad Shafee berkata, walaupun ketiga-tiga tertuduh terbabit dengan penayangan bahan lucah, motif mereka bukan untuk menjejaskan moral awam tetapi mendedahkan perilaku Anwar selaku pemimpin politik pembangkang yang tidak bermoral.

Beliau berkata, sifat hipokrit Anwar selama ini yang sering kali dikaitkan dengan pemimpin politik kebangsaan dan Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dulu ‘secara bahayanya’ hampir bakal menjadi Perdana Menteri.

“Saya menggunakan perkataan ‘secara bahayanya’ bukan untuk menyatakan sikap berat sebelah pada pihak saya terhadap pilihan pemimpin politik tetapi itulah yang diguna pakai oleh Hakim Lord Denning ketika menangani isu berkaitan keselamatan kebangsaan membabitkan bekas menteri England, John Profurmo.

“Pemimpin berprofil tinggi yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam negara tetapi menjalani kehidupan seperti ‘Jekyl and Hyde’ yang akan berkompromi mengenai apa saja dengan sesiapa supaya salah lakunya tidak didedahkan selepas penemuan oleh pihak ketiga, di situlah letaknya keselamatan negara yang saya maksudkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, orang ramai sepatutnya berterima kasih atas keberanian trio itu mendedahkan rakaman berkenaan, malah tidak mendapat keuntungan wang atau kepentingan lain, selain hanya golongan dewasa berfikiran matang saja diundang ketika pendedahan rakaman dilakukan.

“Kita tidak perlu mengingatkan mahkamah ini dengan laporan pakar di hadapan Yang Arif bahawa laporan polis oleh Anwar adalah satu kesalahan jenayah kerana ia adalah laporan palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192, 193 dan 199 Kanun Keseksaan, sebaliknya individu yang salah berada di mahkamah hari ini,” katanya.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita, berkata imej gambar Anwar dianalisis oleh dua pakar Amerika Syarikat menunjukkan 99.9 peratus persamaan dengan pelaku seks lelaki dalam imej rakaman video seks terbabit.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Eskay pula dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam. Shuaib diwakili peguam Suhaimi Salleh.


p/s : Sampai babit-babitkan pulak orang luar Negara, buat malu Malaysia jer majoriti masyarakat Islam, tapi tetap jugak ada kes macam ni konon betol la perlakuan Anwar tentang masalah seks neh. 'Pi bagi orang tak kenai memang la dia dia tak kenai' yang pihak berkuasa Malaysia, tak kan dah kenai pon nak kepastian dari orang yang tak kenai atau sebab ada agenda lain, yelah America sebuah negara maju dari segi teknologi khususnyer, sape tak tahu America ni macam mana kan, tengok jer film-film drang.. pergh!! kaw.. memang la dia kata macam tuh sebab mana dia nak kenai dengan Datuk Anwar Ibrahim, kalau guna software@teknologi canggih sekalipun kalau dah dijolok-jolok dengan duit sape tak mau? korang caya ler nanti America akan gunakan kelemahan dari Malaysia ni untuk agenda tersembunyi diorang. Malaysia akan hancur satu hari nanti kalau dari sekarang takde usaha untuk membetolkan ape yang dah salah selama ni, betulkan jalan-jalan busuk supaye suatu hari kebusukan tuh tak merebak terlalu besar. Barulah aman Malaysia oiiii... (sampai sekarang aku tak paham kenapa masih ada orang yang menyokong ****) Huh!!
Share:

Tuesday, June 21, 2011

Ni Ke Negara Malaysia

Neh la Kehidupan Malaysia sekarang, setengah orang kata Negara Malaysia Negara maju dengan mengikut perubahan zaman.. tapi wadud setuju jugak dengan pendapat tuh, cume dari segi pelaksaan tu yang masalah. tengok la kes-kes banyak sangat terjadi kat Malaysia, bukan setiap Tahun, Bulan, tapi Hari beb.. setiap hari ada jer masalah.. ada jer kes buang bayi la.. bunuh la.. rogol la.. tak kan la kita nak jadikan contoh bagi Negara lain bahwa Malaysia adalah contoh Negara Islam.. malu aku jadi Rakyat Malaysia.. yelah nak salahkan rakyat semata pon tak boleh.. nak salahkan Pemimpin pon tak boleh jugak.. so nak salahkan sape?

Baru jer bukak berita.. Pap! timbul kes baru lagik.. gile la Malaysia.. macam dah tak der hala tuju wadud tengok.. sikit-sikit kes dera, sikit-sikit kes bunuh.. mana la pulak letak maruah kesopanan dan keislaman dalam diri kita.. yep memang tidak dinafikan lagi setiap Negara mesti ada masalah.. mesti ada kes-kes besar dan kecik, tapi untuk ape kita tengok dari segi negatif dia kan? amik la yang positif.. baru la boleh bangga dengan Malaysia. Rakyat Malaysia.

Sumber : Hmetro.Com.My

Parkir asmara ‘berdarah’

Oleh Mohd Sabran Md Sani dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my


(PARAH...Hazita dirawat di HRPZ II, semalam.)

KOTA BHARU: ‘Parkir asmara’ sebuah pasar raya di sini, seperti didedahkan muka depan akhbar ini 8 Jun lalu, bertukar ‘parkir berdarah’, apabila seorang pelatih salun parah ditikam sekurang-kurangnya tujuh kali di kepala, leher dan muka menggunakan gunting oleh bekas suaminya dipercayai kerana gila talak, semalam.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu disedari petugas pasar raya berkenaan sejurus terdengar jeritan wanita berusia 28 tahun itu ketika dia cuba melarikan diri daripada ‘ditawan’ bekas suami yang memandu kenderaannya.

Dalam keadaan yang tidak bermaya dan berlumuran darah, mangsa, Hazita Mohamad memberitahu kejadian berkenaan kepada petugas pasar raya itu bahawa dia ditikam bekas suaminya dan memberitahu lelaki berusia 30-an terbabit melarikan diri dengan berjalan keluar dari parkir berkenaan.

Melihat keadaan mangsa yang parah, kakitangan pasar raya berkenaan menghantarnya ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan rawatan segera di wad kecemasan.


(DI SINI...saksi menunjukkan tempat mangsa ditikam.)

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian menimpa mangsa dan wanita itu dipercayai diekori bekas suaminya dari sebuah pusat beli-belah di sini, sehingga ke lot parkir pasar raya itu.

“Bekas suaminya menerpa masuk ke dalam kereta dan menikamnya menggunakan gunting hingga menyebabkan dia cedera di belakang kepala, leher kiri dan kanan serta muka.

Takder koje laen dah.. nak menikam jo kejo e.. tak pepasai koma kawen tuh.. kosian den nengok e.. lahai.. putih lopak tapi berparot-parot.. mano nak cekau duit buek pombodahen plastik? hehehe.. sanggup kan si suami menikam isterinye sendiri dengan gunting.. ada ke patut, ni kata suami? menjadi teladan untuk family? huh.. sebenat takot gak cakap.. wadud pon nanti insyaallah ada jugak family.. ekekeke.. amin.. ^_^ 
Share:

Monday, June 20, 2011

|Info| Rokok Membahayakan Kesihatan (beserta gambar)


Merokok bagi kaum Lelaki adalah satu perkara yang biasa.. boleh dikatakan majoriti perokok adalah dari kaum Lelaki berbanding wanita. Tapi bile tengok pada keadaan sekarang, hampir-hampir wanita setara dengan keadaan lelaki dalam kes perokok. Why not kan? dunia sosial tersebar luas, remaja sekarang macam dah mengamalkan budaya barat. Umur 18 dah terlepas dari penjagaan keluarga, mak ayah tak boleh nak halang ape saje diorang nak buat. Jadi, pengaruh lingkungan tu lah yang membuatkan diorang nak mencube benda 'baru'. Its ok kalau benda 'baru' tersebut membawa faedah, tapi kalau dah songsang ke arah lain? bukan ke bahaya tuh?


BUkan nak gebang lebey2.. tapi tu lah kenyataannyer.. cube korang search sendiri dengan keyword 'kandungan rokok' tengok bermacam-macam ada dalam tuh.. euii.. walaupun wadud ni dikategori perokok jugak (ada usaha nak brenti), dah salah jalan, ikut kawan, nak cube bende 'baru'.. kata best ntah ape-ape.. yang paling sedih bile tengok satu artikel ni mengisahkan seorang anak yang masih kecil dah pandai merokok.. kalah orang besar kan? macam mana mak bapak diorang ngajar anak-anak kecil maca nie? kesian.. bukan satu berita yang 'gempak' atau membanggakan.. tapi satu budaya yang tersangat bahaya.

Berapa banyak da zat-zat yang kita dah simpan dalam badan? pergh tak dapat dibayangkan.. penah dengau tak pepatah ni? 'yang buruk adalah yang best' tak penah? itulah pepatah dari ciptaan wadud sendirik (ekeke).. saje jer terpikir pasal rokok, bukan per.. rasanye dunia ni dah tak tahan dengan asap-asap yang tersangat banyak dari tangan manusia, tunggu masa jer Bumi kata 'aku dah tak larat'.


Wadud sendiri.. bila dah merokok, ape yang best? takde maknanyer.. yap memang ada makna, rasa dia best, feeling je kan.. tapi cube same2 kite pikir.. dah berapa kepoi asap dok tenggek dalam jantung? waaa... cuak siot.. so.. same2 la kita usaha (bagi perokok) ada perasaan nak berenti rokok.. slow down pon dah ok, wadud tau.. bukan senang nak berenti, pengaruh kuat.. hehehe.. dah mengalami sume neh.. agaknye kan, ape ke cara nak settle masalah rokok neh? ada satu Idea!! boikot barangan rokok!! ^_^

Untuk melihat perbagai kerosakan jika kita merokok boleh lawat beberapa blog yang wadud dah baca. Tak rugi korang amik tahu sebab benda macam ni penting.. ^_^


Share:

Sunday, June 19, 2011

Kerana mereka kamu masih berdiri...


membina insan yang mulia di dunia dan akhirat...

Melangkah ke alam perjungan bererti selamanya dalam kepahitan.

Biarlah menangis, terluka, terjatuh dan kecewa kerana ALLAH.daripada mati tanpa Mujahadah.kita tak sanggup selamanya terluka,

Tapi ingatlah,

tiap air mati dan peluh yang jatuh,
itulah Mahar kita menuju ke syurga.Apabila ditanya ditanya,Kenapa Perjuangan ITU PAHIT???maka jawablah...Kerana SYURGA ITU MANIS.




kewajipan kita besar... masa yang terus beredar!! kekalkan kami dalam keimanan.. limpahilah kerahmatan...


Andai kau ingin berteman, Janganlah kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kau akan membencinya....

Andai kau inginkan sahabat yang satu, Janganlah kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kau mungkin akan memfitnahnya....

Andai kau inginkan seorang teman,Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan, Kau mungkin akan menyalahkannya....
Andai kau ingin bersahabat, Terimalah dia seadanya, Kerana dia seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna, Kerana kau juga tidak sempurna, Tiada siapa yang sempurna.. Tapi bersahabatlah kerana Allah... "
Share:

Friday, June 17, 2011

Takleh! nak tengok sendirik Maharaja Lawak minggu 12.


Adoi sembang pasal Maharaja Lawak aku tak sempat tengok lagi.. nak tengok kat Youtube internet lembab macam sipot.. terpaksa pi CC download.. baru puas tengok tak sangkut-sangkut. Weits.. wadud follow tau Maharaja Lawak dari awal sampai minggu 11.. huhuhu..

Besok baru nak pi cilok kat kengkawan, kompom drang dah download.. hahahah senang hati aku.. (pandai kan). Takde habis duet.. kekekeke..


Dari minggu pertama.. respek la kat Jambu, Jozan ngan Nabil.. R2 pon ok.. tapi wadud vote Jambu lar.. hehehe.. lawak dia memang best walaupun Jozan mendapat perhatian ramai, sebab drang kan pengulas Raja Lawak? of cos fames.. (jangan marah peminat Jozan) hehehe.. tapi yang pelik.. Jambu boleh dapat rangking ke-4 pada minggu ke 11. padahal drang best per.. huhuhu ^_^

So ape2 pon besok baru nak pi amik kat budak-budak.. hahaha.. get ready my pendrive untuk mengisi kekosongan dalam diri engkorang.. ehehehehe.. tak tau minggu 12 ni sape pulak yang kene reject.. harap2 bukan la Jambu (^_^). Tak moh search sape yang best.. nak nengok sendirik.. :thumbs:.
Share:

Sunday, June 12, 2011

Hari Kiamat Untuk Semua. ~Khutbah Jumaat~

10 June 2011 hari jumaat suatu waktu yang dinanti-nantikan oleh roh berpakaian manusia untuk menunaikan perintah Allah yaitu berjemaah bersama-sama di tempat masing-masing bagi melaksanakan kewajipan besar sebagai hamba kepada sang Khalik yaitu Allah swt. Kebanyakkan manusia merasakan bahwa hari Jumaat adalah hari yang paling penting untuk ke Masjid dan shalat secara jemaah, dan yang paling sedih apabila seseorang mempunyai persepsi bahwa shalat yang paling penting adalah shalat Jumaat, sekiranya tidak ikut hadir maka laknat Allah akan turun padanya. Jangan lupa bahwa Allah juga telah mewajibkan kepada hambanya 5 waktu shalat dalam sehari dan dilakukan secara berjamaah.

Sebenar.. bukan tu yang saya nak kongsi, tapi berkenaan dengan masalah kehidupan di hari akhir nanti. Khutbah jumaat yang dikhatibkan oleh seorang Dosen terkenal. Dalam khutbahnya beliau menekankan tentang kehidupan di akhirat nanti, diawali dengan surah Waqiah ayat satu hingga ayat ke sembilan.


Bermaksud :

1. Apabila terjadinya hari kiamat.

2. Terjadinya tidak dapat didustakan.

3. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain.

4. Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya.

5. Dan gunung2 dihancurluruhkan sehancur-hancurnya.

6. Maka jadilah ia debu yang bertebaran.

7. Dan kamu menjadi 3 golongan.

8. Yaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu.

9. Dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu.

(Surah Waqiah : 1-9)


Dalam beberapa surah yang tak sempat saya ingat dalam kotak fikiran ini mengenai tergoncang nya air laut, langit-langit. Semua itu terjadi apabila dunia ini sudah bertemu dengan akhir ajalnya yaitu kiamat, gempa berlaku selama 40 hari 40 malam, angin beliung yang begitu agresif menghancurkan segala sesuatu dihadapannya, bukit-bukit dan gunung-gunung yang terkenal dengan utuhnya berdiri sebagai tiang penegak langit dan yang tertinggal hanyalah sebuah damparan datar berlantaikan debu-debu penghancuran.

Setelah berlakunya penghancuran total pada dunia ini dan hanya tinggal tanah lapang, Tuhan pula menurunkan hujan 40 hari 40 malam lalu memanggil malaikatnya Jibril dan memberikan tugas kepadanya untuk melihat kira-kira masih ada manusia yang tersisa lagi di dunia setelah berlakunya kiamat yang begitu dahsyat. Jibril lalu mengatakan bahwa tidak ada seorang manusia pun yang tersisa di dunia ini dan yang tinggal hanya beliau selaku saiyidul malaikat, penghulu kepada seluruh malaikat. Allah kemudian bertanya " Di manakah perginya keangkuhan dan kesombongan mereka semua sewaktu di dunia? " tiadalah Tuhan yang layak di sembah melainkan Allah s.w.t.

Allah s.w.t menghidupkan malaikat Israfil sebagai peniup sangkakala dan bangunlah kembali manusia yang pernah hidup di dunia menuju jenjang pertemuan antara Allah dengan semua hambanya sejak ummatnya Nabi Adam sehingglah ummat terakhir yaitu Nabi Muhammad s.a.w. Dalam pertemuan itu Allah bertanya kepada manusia beberapa hal yaitu mengenai :

1. Umur.

2. Jasad.

3. Ilmu Dan Harta.

Suatu ketika, Umar bertanya kepada Nabi tentang keadaan di padang mashyar nanti. Nabi Muhammad lalu menjawap bahwa akan adanya kelompok-kelompok di antara mereka dan masing-masing dari mereka tidaklah sama. Kelompok tersebut seperti berikut :


1. Kelompok yang disifati dengan berkeadaan tangan dan kaki berkata-kata.

2. Kelompok yang disifati dengan perubahan pada wajahnya kepada khinzir kerana tidak melaksanaka kewajipan shalat lima waktu sehari.

3. Kelompok yang disifati dengan keadaan kepala dibawah dan kaki diatas kerana terlibat dalam Riba dunia.

4. Kelompok yang disifati dengan perut yang memboyong besar kerana kesalahannya yang makan, minum dan tidur hasil harta anak yatim.


5. Kelompok yang disifati dengan sifat-sifat menawan, tampan wajahnya, berseri-seri seperti serinya seorang yang disayangi Allah. Kelompok ini tidak pernah berpaling dari Allah, melaksanakan segala perintah wajib maupun sunnat kerana ALlah semata-mata. Kelompok ini juga antara kelompok yang sempat melakukan pertaubatan kepada Allah s.w.t sebelum menjelang ajalnya.

MOga.. sekilas dari tulisan kecil ini bersama kita mendapat manfaat darinya. Tulisan ini bukanlah hasil copy paste dari mana-mana sumber sekalipun, ini adalah hasil dari catatan saya selama mendengar khutbah jumaat di Banda Aceh Indonesia. Sekiranya sesiapaun merasakan bahwa tulisan ini bererti, sudilah kiranya berkongsi-kongsi dimana pun ingin dikongsikan dan mohon artikel ini di linkkan pada link blog (KBM) ini. Terima Kasih.
Share:

Saturday, June 4, 2011

Nikmat Sakit...


Assalamualaikum semua.. asyi harap semua sahabat sentiasa sihat dan ceria... klo ade yang sakit haa cepat2 la makan ubat... cerita pasal sakit sebenarnya ada nikmat jom baca n3 kt bawah nie..

Kadang kadang Allah berikan kita nikmat sakit supaya kita menghargai betapa mahalnya nikmat sihat itu.. Ramai manusia alpa bila diberikan kesihatan yang begitu baek oleh Allah..dan mereka ramai yang melupakanNya..ada juga yang jenis tidak tahu bersyukur..namun ada juga yang mengeluh bila ditimpa ujian sakit ke atas diri mereka..merungut rungut marah pada kesakitan yang dialami..seandainya rungutan itu digantikan dengan zikir kepada Allah bukankah itu satu perkara yang bermanfaat...

Sakit tanda Allah menguji kita..sakit menjadikan kita sentiasa mengingati mati..sakit menjadikan kita kuat..insyaAllah..semoga sakit itu tidak menjadikan kita dalam kalangan hambaNya yang kufur..malah mejadikan kita hambaNya yang sentiasa bertawakal dan berdoa padaNya..segala kesembuhan dan kebaikan itu milikNya..

Ada orang cakap sakit itu datang untuk menghapuskan dosa dosa kecil kita.. alhamdulillah.. sungguh kasih Dia kepada hambaNya...hargailah nikmat sihat dan bersyukurlah dengan nikmat sakit yang dikurniakan..mudah mudahan kita menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya..

Kita perlu sedar bahawa kita adalah manusia. Dinamakan manusia kerana fitrah manusia adalah pelupa. Ada antara kita berilmu luas, ada pula antara kita harta melaut, ada pula kita kebolehan tak tertanding, dan 1001 nikmat lagi. Tetapi dengan sakit, semuanya itu seakan tidak berguna langsung. Yang kita mahu adalah sihat.

Ketika itu kita akan tersedar. Kalau ilmu, harta, kebolehan dan kebanyakan nikmat material lain kadangkala boleh menjauhkan kita daripada Allah SWT apabila disertai bongkak, angkuh, riya’ dan sebagainya, sakit membuatkan kita beringat.

Kadangkala kita akan terfikir, apakah yang telah kita lakukan atas tubuh kita yang sihat sebelum ini? Kadangkala kita akan teringat, perbuatan-perbuatan kita yang tidak sepatutnya kita buat semasa kita sihat.

Ada pepatah berkata:

“Hanya orang yang miskin tahu nikmat kekayaan, hanya orang sakit tahu nikmat kesihatan, dan hanya orang mati tahu nikmat kehidupan”

Sakit, mampu menjadikan kita beringat. Seakan-akan bila kita sakit, Allah SWT berbisik kepada kita:

“Sesungguhnya Aku mampu menarik nikmatKu bila-bila masa sahaja”
Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.

Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya? Ada antara kita menyumpah Allah kerana menyukarkan kehidupan kita.

Namun Allah SWT berfirman:

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.

Untuk wadud moga cepat sembuh ea.. final dh dekat nie so jaga kesihatan okey
terutama dlm pemakanan klo boleh masak sendiri hehe.. no matter where you are, may god bless you.. are in good health always. I will always pray for you amen.........


Share:

Saturday, May 28, 2011

Pengasas Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


Tersebarnya pengatuh Kristen di Indonesia adalah bermula dari seorang bernama Byantoro yang ang pada awalnya adalah seorang penganut agama Islam, beliau selalu pergi ke masjid sejak berumur 5 tahun di bawah bimbingan Atuknya. Ketika sudah meningkat dewasa, Byantoro mula mencari dengan bersungguh-sungguh khusunya mengenai Allah yang sejati

Semasa beliau berumur belasan tahun, is bertemu dengan seorang suami guru sekolahnya yang telah berpindah ke Kristen. Lalu terjadi perdebatan antara kedua mereka, antaranya mengenai Trinitas, Inkarnasi Yesus Kristus dan sebagainya. Dalam perdebatan tersebut Bayntaro telah berjaya mengalahkan penganut Kristen tersebut dan tetap juga tidak percaya pada kebenaran Injil.

Pada suatu malam ketika Byantoro asyik membaca al-Quran dan berdoa, tiba2 Kristus telah menampakkan dirinya dengan satu cahaya yang terang. Dia mula meragukan fikirannya, dan mula bertanya-tanya siapakah itu sebenarnya Yesus Kristus?

Setelah itu, dia mula mendalami hal-hal yang berkaitan dengan Yesus Kristus sehingga ia terjumpa sebuah Firman yang berbunyi : "Allah, firmannya yang disebut anaknya dan rohnya bukan tiga Allah yang berbeda, namum realitas di dalam satu Allah. tanpa roh tidak ada yang hidup dan tanpa firman adalah bisu. Jadi itulah satu Allah" kemudian dia mula membuat analisa dari kajian2nya, "jika diantara manusia, komunikasi dilakukan dengan kata2, maka demikian dengan ALlah, bahwa hanya dengan melalui satu firman yaitu Yesus Kristus maka komunikasi antara Allah dan manusia akan terjalin. Dengan itu, konklusi yang ia dapatkan adalah "sekiranya ingin mengenal Allah tidak lain kerana ia tidak mengenal firmannya yaitu Yesus Kristus. Dengan demikian ia memutuskan untuk percaya kepada Yesus Kristus seraya berkata bahwa ia percaya kepada Yesus kristus dengan sepenuhnya keyakinan. lalu Byantoro dibaptis dalam Kristen Protestan Reformasi dan diberi nama Baptis Daniel.

Ps : So?? dah baca kan.. kebanyakan yang wadud perati, mantan Islam yang masuk ke Kristen tuh, tak dapat memberikan alasan yang kukuh mengapa boleh berpindah dari Islam ke Kristen, macam2 video boleh korang tengok perdebatan antara Islam dengan Kristen. Bila ditanyakan mengapa boleh bertukar agama? kebanyakan alasan drang sume nyer lebih kepada imijinasi.. huh.. mimpi tu, mimpi ni.. sedangkan dia sendiri tau kebaikan dan kesempurnaan dalam Islam tu.. tapi sebab pe? dunia la beb.. ape lagi..
Share:

Friday, May 27, 2011

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

Wednesday, May 25, 2011

[harakahdaily.net]Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas.


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog dengan panggilan Makcik hajjah, dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

PS : Korang nak tengok ke blog dia? jap lagi wadud post dan koreksi mana2 yang boleh.. ikut pada kecetekan ilmu ni la.. korang pon boleh baca sendiri.. tapi ingat, dalam blog dia, macam2 provokasi yang dibuat atas alasan2 tertentu..khusus untuk ummat Islam.. kalau korang baca.. komperem bengang, panas, rasa nak hayun, nak tikam sikit2, nak carik2 kulit, nak siat2 dan macam2 lagi.. memang tu tujuan si penulis.. jap lagi wadud post.. amik satu artikel kemudian kita koreksi sama2.. korang jugak disarankan agar meletakkan persepsi masing2.. kita sharing untuk jatuhkan suspek tersebut, wawawawa.. suspek pulak.. sebab, berkemungkinan suspek adalah orang yang mempunyai populariti yang tinggi, sape tau? sampai skang ok jer? budak2 hacker pon senyap.. lagipon, memang susah nak jahanamkan blog tersebut.. tapi tu lah, kita gunakan akal sihat ni untuk jerumuskan suspek tu kepada kebaiakan.. moga2 dia berubah, sesal dengan perbuatan dia.. amin..
Share:

Roma Khatolik, Orthodox Timur, Protestan II.



Seperti yang diketahui pada artikel yang sebelum ini.. Protestan berkembang dari kelompok Khatolik Roma yang dipelopori King Luither, dengan berkembangnya aliran2 tersebut, aliran Orthodox Timur juga ikut berkembang pesat.. malah mengikut purata atau majoriti jumlah pengikut yang paling banyak adalah di Orthodox Timur setelah Khatolik Roma, bermaksud Khatolik Roma menjadi ranking pertama umat terbanyak.

Gereja Khatolik Roma memiliki satu Patriarch (tengok sini) yaitu Paus, pada tahun 2010 Patriarchnya adalah Paus Benidiktus XVI, begitu juga gereja Orthodox timur memiliki Patriarchnya masing2.

Gereja Orthodox timur membahagi Yuridiksinya (bahagian2) sebagai berikut :

1. Takhta ke patriarch an Apostolik Utama.

a. Ke patriarch an Kontantinopel yang berpusat di Turki, tahun 2010 oleh Patriarch Bartholomew I.

b. Ke patriarch an Alexendaria yang berpusat di Mesir. tahun 2010 oleh Patriarch Theodoros II.

c. Ke patriarch an Anthiokia yang berpusat di Suriah, tahun 2010 oleh Patriarch Agnatius IV Hazim.

d. Ke patriarch an Yerusalem yang berpusat di Israel, tahun 2010 oleh Patriarch Theophilus III


2. Takhta ke Patriarch an Wilayah.

a. Ke patriarch an Russia, tahun 2010 oleh patriarch Kiril I.

b. Ke patriarch an Serbia.

c. Ke patriarch an Romania.

d. Ke patriarch an Georgia.

e. Ke patriarch an Bulgaria.


3. Gereja2 Autochepalus.

Di mana gereja2 ini mendapat kepimpinan secara sendiri dan penuh, walaupun pemimpinnya bukan di kalangan Patriarch tetapi pemimpin gereja2 ini mempunyai kedudukan yang istimewa dan serata dengan patriarch.

a. Gereja Orthodox Yunani.

b. Gereja Orthodox Polandia.

c. Gereja Orthodox Albania.

d. Gereja Orthodox Ceko dan Slovakia.

e. Gereja Orthodox Siprus.

f. Biara Agung Sant Katarina dari gunung Sinai.


4. Gereja2 Otonomi.

Gereja2 tersebut ini diakui pada sendirinya, tetapi berdiri sendirinya gereja ini masih tidak diakui secara penuh oleh kePatriarchan Konstantinopel.

a. Gereja Orthodox Finlandia.

b. Gereja Orthodox Jepun.

c. Gereja Orthodox Cina.


5. Gereja Diaspora.

Terdiri secara sendiri juga diberikan wewenang secara sendiri juga. Dan diakui apostolitasnya oleh seluruh gereja Orthodox.

a. Gereja Orthodox Amirica.


6. Gereja Orthodox Russia, adalah gereja yang masuk ke Indonesia secara resmi dan berhukum dengan nama Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

PS : Amacam? ok kan.. ni sebenar ringkasan dari copy Kristien Forum, nak terang ape yang paham.. susah sebab kene jugak ada note2 dia untuk kepastian. Yela.. skang dah macam2 aliran lahir.. so orang skang musti pandai2.. tambah2 nak menilai mana baik buruk kan? hehehe.. (walaupun hakikatnya sebaliknye) jadi kene la ada note2 dari mana sumber yang dah wadud baca.. musti korang nak tau jugak kan.. baru la betol.. ni tak, main cakap je sume orang boleh cakap.. lagipon, bukan nak suruh korang hapai satu2.. ni nak bagi paham jer.. ^_^ nanti korang buleh la bandingkan dengan agama kita kan? so up to u la nak pilih yang mana, mana yang terbaik.. Allah sendiri kata, tiada paksaan pada untuk beragama, tetapi agama Allah itu adalah agama islam? kan?
Share:

Siap Jugak Weyh!!!


HUh.. penin memang penin.. nak buat sikit jer.. sampai berjam2 dok depan laptop.. korang tengok.. sebenar saje nak ngedit add comment dari FB ke blog.. tapi disebabkan banyak sangat baca dari blog orang len.. macam2 la persepsi drang.. ada yang edit sendiri.. ada yang amik kesempatan la.. hampeh.. tapi biasa la kan, blogger mana pon mesti alami masalah ni jugak.. nak edit2 ni kene betol2 teliti.. kang dah salah, tension siot.. ni pon ada backup, kalau xder nak curik celah mana.. tu pasal, backup template tuh penting.. ehehehe..

So skang dah siap pon.. sebenar tak susah kalau betol2 kita ikut step dia, tapi kalau dah edit2 tuh yang jadik penin.. tapi ape yang wadud perati.. kalau kita amik sejibik plugin dari FB memang nak wait dia lama la.. tapi kalau yang edit.. sempoi jer nak load.. tuh yang kompius, ingat2 nak edit jer.. tapi ntah kang rosak lagi template.. kene buat balik.. betoi dak? ehehehe.. ngetes je neh..


Korang.. xmo cube ker? nak seribu daya kan? xmo seribu dalih.. hahahaha.. ce tengok tu.. SS atau yang real ada kat bawah artikel neh.. rasa2 ni pon dah bezaman orang tau kan.. den jo yang baru nak buat.. hehehhe.. tapi ok lah jugak dari yang dok bajet2 jer hebat.. padahal hampeh (lari tajuk) kan? mm.. ni pon disebabkan ngetes je.. kalau agak nyesok.. buang jer.. kan2.. dari sakit mate jer ngusha.. tapi buat masa ni nampak la stedy lagi.. ekekekeke.. tunggu dulu lama sikit.. agak nyusahkan wadud, kompem buang jaoh2.. ^_9
Share: