Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts
Showing posts with label Solusi Isu. Show all posts

Monday, February 20, 2012

PRU 13 Kucar Kacir? Sape Yang Patut Memerintah?

Aku tak tahu why i must to publish anything about PRU 13.. yelah, masalah politik negara sebelum bermulanya PRU 13 dan macam perang sedara aku tengok, kenapa tak.. ada dua parti besar yang paling diwar-warkan kehebatan mereka satu PAS dan satu lagi UMMO. Yap.. memang kalau kite tengok secara garis besar, PAS adalah satu parti yang sebenarnye memperjuangkan ajaran dan agama Islam berpandu Quran dan Sunnah dan sangat jelas UMMO pulak sebagai penolakan dari perjuangan PAS dalam memperjuangkan agama Islam. Jelas2 tanpa perlu aku panjangkan cerita, kaum ape yang tak nak Islam diperjuangkan? jenis manusia ape yang bile kata hudud wajib dilaksanakan mereka2 ni menolak dengan dalil yang sangat tidak masuk akal.. walaupun pernah aku dengar sorang kawan aku kata, "hudud wajib dilaksanakan menurut hukum Islam tapi buat masa sekarang tak pantas lagi dijalankan di Malaysia" kenapa tak? at least tekankan pada warga Malaysia yang hukum hudud wajib dilaksanakan demi kebaikan semua, walaupun pasti ada segelintir orang takkan mahu terima, sape sanggup mencuri potong tangan? macam aku cakap tadi.. hudud sangat efektif kalau diterapkan dalam sistem penghukuman dunia sekarang tetamboh Malaysia.. tengok lah, harian metro, berita harian, ape lagi? setiap hari mesti ada kes rogol, pecah rumah, simbah asid, kes bunuh, buang bayi dan macam2.. 

Biler sesuatu yang baik itu jelas baik, kenape kite mesti tolak? mesti ada cari dalih untuk menundukkan bende baik tu.. tapi bile perkara jahat, ok jer, tambah2 bab duit.. baru2 ni aku rajin layan berita2 terbaru dari Harakah.. tengok betapa banyak provokasi dan perbuatan2 tak normal diperlakukan pada PAS dan PKR, jujur cakap 100% aku menyertai PAS, kalau ada orang tanya.. kenapa hg sokong PAS? first aku jawap, Islam adalah agama Allah.. PAS memperjuangkan agama Allah, kenapa mesti aku tolak dan ikut serta dalam parti yang jelas2 mengajak kemungkaran? disebabkan cemburu, takut dan sebagainya drang sanggup belasah sedara seislam, pecahkan sana sini, polis buat sekatan jalan tibe2 time ada ceramah pulak tuh.. ape nak jadik? politik penting diserapkan pada masyarakat, dan wajib disebarkan kepada semua warga, untuk ape sorok2 pulak kalau dah mende betul kan? sepatutnye mende betul dikedepankan la baru namanya politik bersih, ni pakai baju BERSIH pown kene lockup? hahaha.. nak tegelak pon ada.. padahal perhimpunan bersih adalah perhmpunan kearah mencapai kemajuan negara kan? untuk ape la pi pukoi2 pulak bro.. kesian kawan tuh.. alahai.. sape ketua kerajaan? tak tahu lah.. cube search google dengan keyword "ketua kerajaan Malaysia" nanti dapat la result dia dari google.. google pon tahu mana baik mana buruk, prove? korang pakai browser ape? movilla? bile masuk satu2 website yang bercontent sesuatu yagn sensitif atau porno, google akan bagi warnig untuk teruskan atau tidak.. padahal dalam tu cume kata2 jer tapi dianggap virus... kan?

Entry aku ni memang nak kempen pon (join PAS jom), ajak korang pikir balik, mana pi jati diri korang yang sebenar? dah bermacam artikel korang boleh dapatkan kalau betol2 nak tahu isu semasa kat Malaysia sekarang macam mana, masyarakat sekarang pon dah boleh nampak dengan jelas mana baik mana buruk, jangan sembang la mahasiswa yang berpelajaran tinggi.. tengok la kes menuntut hak mahasiswa hari tuh? betaburan polis dok kawal drang, yelah.. menuntut hak kan? contoh la, kite amik pen orang lain tanpa kebenaran, tuan punye pen tu berhak buat tuntutan atau pi tumbuk je terus sebab dia ada hak dan pen tu milik die.. macam tu lah konsep hak, bile jadi tak berhak ni apabile seseorang mempunyai prerogrative atau kuase victor dalam satu2 hal, ha dalam kes ni.. istilah hak bertukar kepada tak berhak sebab hanya dia yang berhak segalanye.. cube dikaitkan dengan masslah kat atas korang akan nampak jelas antara hak dengan tak berhak. Bukti lagi korang boleh tengok, dari usaha PAS dan PKR untuk mengajak orang2 kerajaan ni berdebat mengenai isu2 semasa, ada tak respon? dan banyak kali Anwar ajak Najib debat pasal hal semasa, takder jawapan sampai sekarang, DAP dengan MCA pon berani, buat malu je Melayu oi !! jawapan ada pada korang, dah terjawap pon kat atas tuh dan pikir la mana baik buruk demi kemajuan negara kita kedepan nanti.. ingat le pepatah ni "Jahat dibalas jahat, baik dibalas baik".
Share:

Tuesday, November 15, 2011

Nyamuk Aedes, Tanda-Tanda, Cara Pencegahan Dan Cara Mengatasi


Jom cari tahu amende Aedes tuh sebenarnyer.. kalau terang panjang lebar kat sini Aedes tu, nanti ada yang mengantok lak ^_^.. so kat bawah tersedia point2 penting pasal Aedes, dari pengenalan, cara pencegahan sampailah cara mengatasi.. aku dapat idea wat pasal Aedes ni lepas tengok iklan Nuffnang kat Leaderboard blog aku, hahaha.. macam menarik jer Aedes ni, so bermulalah galian demi galian dan nilah hasilnyer.. hehe.. hasil ni jugak adalah dari encarian di Google, dari Blog2 peribadi orang lain.. aku jugak sertakan sumber dari mana aku dapatkan ni sumer.. so kalau ada yang terkena dari blog sape2, mohon maaf la aku copy paste (edit sikit2), niat cume nak sebar dan kongsi pada orang laen.. ^_^..

Apakah Itu Aedes :

Namanya diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang bererti "tidak menyenangkan",kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi.

Ae. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia.
Kakinya berbelang hitam putih.

Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Tabiat nyamuk Aedes :

- Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya.

- Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja.

- Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah.

Tempat pembiakan nyamuk aedes :

- Dalam Rumah
- Akuarium
- Perangkap semut
- Pasu Bunga
- Timba
- Tempayan
- Kolam (kolah) mandi
- Tempat air peti sejuk
- Luar Rumah
- Tayar buruk
- Tempurung kelapa
- Botol/gelas pecah yang mengandungi air
- Salur air hujan
- Pokok Pisang
- Pokok Keladi
- Longkang yang tersekat
- Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes :

- Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.

- Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk.

- Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur.

- Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam.

- Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir.

- Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.

- Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tanda-Tanda Demam Denggi :

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Cara Mengatasi Demam Denggi :

- Minumlah air putih minimal 20 gelas berukuran sedang setiap hari (lebih banyak lebih baik).

- Cubalah menurunkan panas badan dengan minum obat penurun panas.

- Beberapa teman dan dokter menyarankan untuk minum minuman ion tambahan (tapi banyak juga yang tidak menganjurkannya).

- Minuman lain yang disarankan: Jus jambu merah untuk meningkatkan trombosit (ada juga yang menyarankan: daun angkak, daun jambu, dan sebagainya).

- Makanlah makanan yang bergizi dan usahakan makan dalam kuantitas yang banyak (meskipun biasanya minat makan akan menurun drastis).

 Sumber :
Share:

Wednesday, July 27, 2011

ilmu,iman dan amal..


Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda:
Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia.

Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput.

Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”


Tarbiyah (pendidikan) yang semestinya dilalui oleh setiap muslim cukup banyak. Berbagai tarbiyah yang telah dilalui oleh para sahabat Rasulullah SAW sehingga menjadikan mereka memiliki iman yang teguh, bahkan membentuk mereka menjadi generasi terbaik.

Allah berfirman: “Dan sesungguhnya jika mereka melaksanakan nasihat yang diberikan kepada mereka, tentulah hal yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (hati mereka di atas kebenaran).”
An Nisa : 66

Maka mempelajari ilmu agama adalah termasuk medan jihad yang paling mulia di mana daripada ilmu tersebut seseorang itu dapat berdakwah (menyebarkannya) kepada orang lain yang sekaligus menjadikan imannya semakin kukuh dan bertambah.

Dia menyuruh manusia melakukan perkara–perkara kebaikan dan melarang daripada melakukan perkara kejahatan (maksiat) dalam ertikata bahawa ia bukanlah ulama’ bisu yang berlepas diri daripada apa yang berlaku di sekelilingnya sepertimana sabda Rasulullah s.a.w:
“Di antara manusia, ada orang yang menjadi kunci kebaikan dan penutup kejahatan.”
Ibnu Majah

Orang seperti ini juga sentiasa bergaul dengan para ulama’ untuk mendengarkan nasihat mereka. Inilah sifat orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang dipelajarinya dan dengan itu mereka mendapat pahala di dunia dan balasan yang baik di akhirat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Share:

Wednesday, June 29, 2011

8 Protokol Yahudi... 4S N 4F! |edited|


Assalamualaikum semua...
Hari ini 27 Rejab.. yang berpuasa tahniah!! semoga ALLAH rahmati kita semua.. sedikit perkongsian ilmu.. pagi tadi Sekolah Rendah Sri Aman Wakaf Bharu ade buat majlis sambutan israk mikraj.. jadi disini nk kongsi la sedikit input daripada penceramah yang menceritakan tentang 8 protokol cara yahudi merosakkan islam antaranya adalah.......

1.. Song....
Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa.....
berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...

3...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..

4...Sport..
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL......
Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh....
Masha Allah..

5...Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6...Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yahudi ketawa lagi....
Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....

8...Food..Makanan..
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .

Ini hanya baru sedikit yang di ambil dari protokol yahudi.. protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi.. bersama kita cegah... membangun bersama islam! sedikit cacatan.. wat asal akk nk masuk gambar xleh eh?? xbesh laaaaaa..

** the answer : Boleh jer akak.. maybe info ni akak tak letak dulu di notepad, so secara default text yang akak amik akan terdetect oleh blogspot jadi macam gini, bila nak masuk gambar kadang tak boleh, nak edit kadang sangkut-sangkut. Kan? so.. kan saya dah gtau akak awal-awal lagi.. edit dulu di Notepad baru post kat sini.. hehehehe.. okie kak??
Share:

Saturday, June 25, 2011

Pengakuan Datuk T Terhadap Kes Anwar |2.13 mint|

Tak puas ati!! lantok le orang nak kata per, aku memang tak puas hati!! kang kalau lebey-lebey tak pepasal aku kene saman lak, Video Asli Seks Anwar? dengo pon bederau darah, kenal ke sape Datuk T? haa meh tengok pengakuan 'mereka-mereka'. Aku hangat giler.

Video Seks Tulen

2011/06/25



Dua pakar sahkan pelaku adegan lucah mirip Anwar

KUALA LUMPUR: Dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) yang menjalankan analisis mengenal pasti wajah (Facial Recognition Analysis) terhadap pelaku seks lelaki dalam rakaman video seks didedahkan trio Datuk T Mac lalu, mengesahkan lelaki itu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Analisis dijalankan Profesor Hany Farid dan Profesor Lorenzo Torresani dari Dartmouth College, Handover, New Hampshire, AS itu juga mendapati rakaman video itu adalah tulen tanpa diubah suai atau menggunakan teknik ‘super impose’ dan berasal daripada alat perakam video digital (DVR) yang dirampas daripada ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Keterangan diambil polis daripada trio Datuk T yang mengaku bertanggungjawab menayangkan video itu iaitu Eskay, bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuaib Lazim dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, menunjukkan rakaman video mengandungi adegan aksi lucah iaitu perbuatan menghisap kemaluan lelaki oleh seorang wanita dan persetubuhan antara seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan kedua-duanya berbogel.

Keterangan juga mendapati rakaman video itu diambil dalam sebuah bilik apartmen di Ampang, di sini dan selepas polis mendapatkan rakaman melalui kamera litar tertutup (CCTV) diperoleh dari apartmen itu, mendapati kehadiran Anwar bersama Eskay di lobi apartmen berkenaan pada 21 Februari lalu.

Pada 21 Mac lalu, Eskay menayangkan video itu kepada 13 editor dan wartawan akhbar di Hotel Carcosa Seri Negara di Jalan Mahameru, di sini dan ketika penayangan beliau menerangkan gambarnya turut terakam sebelum rakaman hubungan seks antara seorang lelaki mirip Anwar dan perempuan warga China. Shuaib juga hadir sepanjang masa penayangan di bilik hotel itu.

Itu adalah fakta kes yang dibacakan jurubahasa Mahkamah Majistret kepada Eskay, Shuaib dan Abdul Rahim selepas masing-masing mengaku salah menayangkan dan bersubahat menayangkan secara terbuka bahan lucah berkenaan membabitkan perlakuan seks antara lelaki dan perempuan di bilik Seri Makmur, Hotel Carcosa Seri Negara di sini, antara jam 10 pagi hingga 12 tengah hari pada 21 Mac lalu.
Mereka semua memahami dan mengakui fakta kes yang dibacakan itu, bagaimanapun Eskay berkata: “Ia bukan menyerupai Anwar tetapi memang Anwar”, merujuk kepada perenggan terakhir dalam fakta kes berkenaan.

Sehubungan itu, Majistret Aizatul Akmal Maharani mengenakan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Eskay dan denda RM1,500 atau dua bulan penjara ke atas Shuaib selepas mereka mengaku salah menayangkan video itu secara terbuka.

Sementara Abdul Rahim pula didenda RM1,000 atau sebulan penjara selepas mengaku salah bersubahat dengan Eskay dan Shuaib menayangkan video berkenaan.

Pertuduhan ke atas Eskay dan Shuaib mengikut Seksyen 292 (A) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 292 kanun sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Abdul Rahim pula didakwa mengikut Seksyen 292 (A) Kanun keseksaan (Akta 574) dibaca bersama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Aizatul berkata, mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam, pengakuan salah dan latar belakang ketiga-tiga tertuduh tetapi pada masa sama, faktor kepentingan awam perlu diseimbangkan.

Penayangan rakaman video selama 20 hingga 25 minit terbabit turut dilakukan dalam prosiding semalam selama kira-kira 10 minit selepas Aizatul membenarkan permohonan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Abdul Rahim.

Sementara itu, dalam hujah rayuannya, Muhammad Shafee berkata, walaupun ketiga-tiga tertuduh terbabit dengan penayangan bahan lucah, motif mereka bukan untuk menjejaskan moral awam tetapi mendedahkan perilaku Anwar selaku pemimpin politik pembangkang yang tidak bermoral.

Beliau berkata, sifat hipokrit Anwar selama ini yang sering kali dikaitkan dengan pemimpin politik kebangsaan dan Ketua Pembangkang yang pada satu ketika dulu ‘secara bahayanya’ hampir bakal menjadi Perdana Menteri.

“Saya menggunakan perkataan ‘secara bahayanya’ bukan untuk menyatakan sikap berat sebelah pada pihak saya terhadap pilihan pemimpin politik tetapi itulah yang diguna pakai oleh Hakim Lord Denning ketika menangani isu berkaitan keselamatan kebangsaan membabitkan bekas menteri England, John Profurmo.

“Pemimpin berprofil tinggi yang mendakwa dirinya sebagai pemimpin Islam negara tetapi menjalani kehidupan seperti ‘Jekyl and Hyde’ yang akan berkompromi mengenai apa saja dengan sesiapa supaya salah lakunya tidak didedahkan selepas penemuan oleh pihak ketiga, di situlah letaknya keselamatan negara yang saya maksudkan,” katanya.

Muhammad Shafee berkata, orang ramai sepatutnya berterima kasih atas keberanian trio itu mendedahkan rakaman berkenaan, malah tidak mendapat keuntungan wang atau kepentingan lain, selain hanya golongan dewasa berfikiran matang saja diundang ketika pendedahan rakaman dilakukan.

“Kita tidak perlu mengingatkan mahkamah ini dengan laporan pakar di hadapan Yang Arif bahawa laporan polis oleh Anwar adalah satu kesalahan jenayah kerana ia adalah laporan palsu yang boleh dihukum mengikut Seksyen 192, 193 dan 199 Kanun Keseksaan, sebaliknya individu yang salah berada di mahkamah hari ini,” katanya.

Muhammad Shafee ketika ditemui pemberita, berkata imej gambar Anwar dianalisis oleh dua pakar Amerika Syarikat menunjukkan 99.9 peratus persamaan dengan pelaku seks lelaki dalam imej rakaman video seks terbabit.

Peguam Zamani Ibrahim yang mewakili Eskay pula dalam hujahnya berkata, anak guamnya tidak mempunyai niat jahat dan tindakan itu adalah untuk kepentingan awam. Shuaib diwakili peguam Suhaimi Salleh.


p/s : Sampai babit-babitkan pulak orang luar Negara, buat malu Malaysia jer majoriti masyarakat Islam, tapi tetap jugak ada kes macam ni konon betol la perlakuan Anwar tentang masalah seks neh. 'Pi bagi orang tak kenai memang la dia dia tak kenai' yang pihak berkuasa Malaysia, tak kan dah kenai pon nak kepastian dari orang yang tak kenai atau sebab ada agenda lain, yelah America sebuah negara maju dari segi teknologi khususnyer, sape tak tahu America ni macam mana kan, tengok jer film-film drang.. pergh!! kaw.. memang la dia kata macam tuh sebab mana dia nak kenai dengan Datuk Anwar Ibrahim, kalau guna software@teknologi canggih sekalipun kalau dah dijolok-jolok dengan duit sape tak mau? korang caya ler nanti America akan gunakan kelemahan dari Malaysia ni untuk agenda tersembunyi diorang. Malaysia akan hancur satu hari nanti kalau dari sekarang takde usaha untuk membetolkan ape yang dah salah selama ni, betulkan jalan-jalan busuk supaye suatu hari kebusukan tuh tak merebak terlalu besar. Barulah aman Malaysia oiiii... (sampai sekarang aku tak paham kenapa masih ada orang yang menyokong ****) Huh!!
Share:

Isra' Mikraj


Teman2 KBM sudi2 lah dengar lagu walaupun sedekit kurang minat uhuhuhu...


Kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang telah berlaku suatu peristiwa penting iaitu Isra’ dan Mikraj pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam menjalankan diri Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya Nabi SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dan menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.


Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah SWT serta bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW, kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya.

Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.


Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami.

Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya.
Share:

Friday, June 24, 2011

Final Maharaja Lawak 2011 |Nak Tengok Sendirik|


Tak moh baca-baca lagi Final Maharaja Lawak, kene tengok sendiri baru puas hati.. eheheheh.. dah tau sape juara.. nanti lepas tengok baru sedap sikit nak kritik.. kot mana pon, menang kalah adat permainan.. nak tensen sana sini pon bukan gune.. kita dapat ape kalau sampai lebih-lebih kan? drang lain la dapat macam-macam, duit, populeriti dan lain-lain.. bukan nak dengki dengan orang lain.. tapi tu lah hakikatnyer.. kadang sampai terkahak-kahak dok sokong, last-last hampa.. so baik kita tengok, relax, cool dan tenang (amboi) mesti lagi OK ^_^

Same jugak dengan lagu-lagu peberet kiter.. naper sampai nak goyang-goyang kepala, siap tercabut rambut palsu lagik? padahal penyanyi dia relax jer? tak dinafikan la.. sumer orang ada lagu peberet masing-masing, macam wadud sendirik.. Awie.. hahahaha.. tapi sebagai diri kita sendiri.. kene la matured sikit, tengok pada usia kiter, keadaan kita camner, tak kan la dah tua-tua pon nak ber Rockers? nak kencan-kencan pulak.. bukan maksud wadud bagi orang muda buat macam tuh.. maksudnyer kita kene tengok diri ni macam mana gaya..

Eshhhh.. entry ni bukan nak maki hamun ke ape.. tapi sajer tengok keadaan semasa.. dunia sekarang, kalau ada yang terasa wadud secara peribadi mintak maaf sangat-sangat.. mungkin ada orang kata 'eleh wadud, bajet bagos' yap memang aku bajet bagos.. dari orang yang tak reti bahasa kan? ape masalah kalau tibe-tibe orang jahat berubah jadi baik walau dalam masa second jer? patutnyer kene la support.. mungkin dia nak berubah dari masa silam dier.. ni tak.. lagi mengutuk ada la, macam mana dunia nak berubah?

Tak boleh pon nak salahkan artis ke, penyanyi ke, pelakon ke, ape ker.. tapi kene ingat la kan.. tengok dunia kita, untuk ape sangat kita terlalu kedepan untuk kejat artis? tangkap gambar rapat-rapat dan kalau boleh nak pelok pulak? mintak sign? eleh setakat sign, mintak dekat mak ayah lagi besar manfaat dia.. hahaha.. gurau-gurau.. ni sebab.. macam satu budaya tau.. budaya dari dulu lagi, sampai penyakit ni dah tak boleh nak tinggal.. dah jadi candu setiap manusia.. kalau dapat sign Awie (contoh) pergh!! mesti kecoh satu dunia.. padahal Awie pon takde la suka sangat orang mintak sign dia ekekekeke..

Entry ni macam.. emm.. setakat sedar-sedar la.. hehehe.. yela.. wadud pon merasa jugak macam sape-sape kan.. nama jer manusia.. semua tuh mesti ada dalam diri drang, cume kadang tak perasan yang kiter ni dah terlebey suda, tapi bile kite dah sedar yang kite ni hanya pelakon di atas pentas jer.. mesti kita rasa 'oh sebenarnye macam ni' yeps.. memang susah nak rasa macam tuh.. +_+

Pape pon.. moh le kite sedo-sedo kan diri neh.. harapnye ada le mase lagik kan ^_^ (ikhlas wadud wat entry neh) ekekeke.. jangan la pulak ada rasa tak puas hati kat wadud ea.. hehehe..
Share:

Thursday, June 23, 2011

Kipas Berhantu |Real Record|



Penah tak tengok Hantu Kipas? serius neh.. kalau tengok mesti terbeliak punye bijik mate korang.. masalah bukan hantu biase jer, dia dah lama dok dalam kipas tuh.. ada time jer dia akan keluar.. dan satu saat ni, dalam ruang kuliah wadud.. dia keluar.. yap.. ni la peluang untuk snap kelakuan hantu tuh.. ~ ~ ~ ~ takot.. meremang bulu roma.. sume budak-budak kecoh dalam kelas.. tapi lepas hantu tuh tahu yang wadud dok sedap rakam, dia stop!

Pap!! Hp samsung monte wadud tibe-tibe terpadam.. pergh.. alhamdulillah diri ini masih ada dua malaikat penjaga.. (hehehehe poyo jer).. gempak weh.. usha jom.. bagi paham. kalau tak paham preview lain.. takot ~ ~ ~ ~ pesan wadud, sebelum tengok amik la air sembahyang dulu.. huuu ~ ~ ~
Share:

Teman sejati...


Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya dapat mengecapi kenikmatan dan kekhusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w. menyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham. Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata?

Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat berasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti.

Menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan Rasul-Nya. Alangkah indahnya suasana ini.

Dan carilah iman dan persahabatan atas dasar iman............

Carilah prinsip perjuangan yang Allah reda, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit.

Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa (surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia. Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman sejati.
Share:

Tuesday, June 21, 2011

Khasiat Habbatus Sauda...


Habbatussauda merupakan ubat herbal yang sangat besar manfaatnya, ubat herbal ini sering di sebut dengan jintan hitam si raja obat. khasiat dan manfaat habbatussauda.. telah lama di sebutkan oleh Nabi Muhammad..

Rasullullah SAW pernah bersabda: "Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati "(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Meh nk citer ckit nieh.. pagi tadi sebelum asyi masuk kelas masa pertama.. ade seorang pelajar tuh dia tanya soklan.. erm the question is... Muallimah, ana nk tanya satu soklan nie. tau tak apakah khasiat habbatussauda?? heehe so asyi kne la jawab hampir kantoi ngn soklan diorg haha..

Baca lgi kt bawah nie ya....

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan dlm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dgn pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dlm Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin.

Habbatus sauda mempunyai khasiat yang amat tinggi. Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Habbatus sauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Insyaallah ia membantu mengubati!!

Which is....

Mengatasi gangguan tidur dan stress n membersihkan racun dalam tubuh perr hebatnya so conclusion is... Selain menjelaskan khasiat-khasiat dari Habbatus Sauda dari sisi lain yang patut untuk dijadikan bahan renungan kerana ia merupakan salah satu contoh dari untaian hikmah terhadap apa-apa yang datang dari Allah dan rasul-Nya...

Hah satu lagi renew pasal yang wadud bgtau lam n3 beliau tentang info-rokok-membahayakan-kesihatan ape ke cara nak settle masalah rokok neh? hehe ada satu idea baru baek punya!!suka diri ini berpesan salah satu cara nk hilangkan stress try la ambik habbatus sauda campur dengan madu ganti kepada rokok? masyaALLAH insyaALLAH.. anda semua mampu mengubahya acehhhh heheh... yoshh kawan2 KBM good luck and we all get blessings god amen!
Share:

Thursday, June 16, 2011

Siapakah Nora Elena? |Beserta Gambar|

Adoi tensen betol.. apehal orang dok kecoh-kecoh sangat pasal Nora Elena neh? Ape yang best sangat samapi kat mana-mana musti ada nama Nora Elena. Buh la nama wadud ke.. hehe (kes cemburu neh). Tak bukan cemburu tapi mau tahu jer kes di sebalik kefamesan beliau.

Ropenyer Nora Elena tuh adalah sebuah tajuk cerita dalam Slot Akasia, sebuah cerita yang di adaptasi dari Novel Karya Meen Zulaikha. Tengah dok krobek-krobek google terjumpe lak biodata beliau (Nora Elena) comel gak.. heeeee... (^_^)

Biodata Siti Saleha / Nora Elena :


1. Nama : Siti Saleha Mohd Baharum.

2. Panggilan : Siti Saleha atau Saleha.

3. Tarikh Lahir: 14 Mac 1990.

4. Umur: 20. (muda lagik)

5. Tinggi: 165 sentimeter.

6. Berat: 50 kilogram.

7. Drama: Kasut Tumit Tinggi (2008), Farah, Kapten Boleh (2008), 5 Jingga (2008), Zaleha, Kecuali Cinta Mu dan Awan Dania musim 2.

9. Telemovie: Puaka Topeng Putih (2009), Hati Batu (2009), Raya Mona (2009), Kau Laksana Bulan (2009).

10. Teater: Stage Therapy (2009).

11. Iklan: Celcom, Wrigley’s DoubleMint (2008), Gillette (2008), Maggi (2008), Nestle (2007), Honey Soft (2006), Pantene (2005), F&N (2005) dan Nescafe (2009).


Sebenar banyak lagi gambar nak share.. tapi seksi sangat lor.. tapi comel lak.. heehehehehe.. (korang jangan jeles). 
Share:

41 laman web kerajaan digodam (51 serangan sebelumnya)

Kebanyakan orang kata 51 laman web kerajaan digodam tapi lepas wadud dok baca MalaysiaKini fakta mengatakan bahwa hanya 41 laman web kerajaan berjaya digodam. Sebenarnyer 51 laman web yang telah diserang tapi hanya 41 laman web sahaja yang berjaya digodam. Kene beza tuh.. mana sama.. karang orang tanya, tak pasal-pasal salah bagi info.. hehehe.. ^_^

Ada jugak beberapa alasan dari Hacker Group tersebut dilampirkan pada laman-laman yang telah berjaya digodam oleh mereka, sesuai dengan pemberitaan di MalaysiaKini mengenai kejadian yang belum pernah berlaku lagi di Malaysia. Kalau setakat web2 biasa itu, takde lah jadi panas macam ni.. sebab dah libatkan pihak Kerajaan. Review Malaysia kini di bawah :


Sekurang-kurangnya 41 laman web kerajaan dan agensinya diserang dan digodam mulai awal pagi hari ini oleh penggodam yang membalas tindakan sekatan kerajaan ke atas beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Menurut kenyataan akhbar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekurang-kurangnya 51 laman web diserang dan 41 berjaya digodam. Laman SKMM - www.skmm.gov.my. juga diserang tetapi tidak berjaya.

“Pemantauan kami terhadap situasi itu mendapati berlaku penurunan tahap serangan menjelang 4 pagi tadi dan selepas penilaian lanjut, kami mendapati ia hanya memberi kesan kecil terhadap pengguna di Malaysia," menurut kenyataan SKMM.

Bagaimanapun, SKMM tidak menyatakan laman web yang menjadi sasaran serangan.


Bermula pagi tadi penggodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan tidak kurang 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

-SabahTourism.com

-ASEAN connect

-Bomba

-Perbendaharaan Malaysia

-Parlimen Malaysia

-JobsMalaysia

-Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan

-Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodam itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” menurut kenyataan dalam bahasa Inggeris itu lagi.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.

PS : hahahaha.. siap bagi kata pemanas lagi.. kerajaan pon satu la.. hai.. susah nak cakap.. lepas ni segala mende free tak dapat dah la.. waaa.. jangan sampai blog KBM lak kene sekat.. amin.. ^_^
Share:

Tuesday, June 14, 2011

Wordless Wednesday.

Rasanyer sume orang dah tahu ape tuh WW atau Wordless Wednesday.. so walaupun agak terlambat dan terkene pulak dengan hari ini hari Rabu (Wordless "Wednesday") jadi membuatkan wadud terasa ingin menyampaikan sesuatu.. ^_^ -ayat skema-


Indahnyer... Ciptaan Allah.. Khusus kepada semua makhluknye..
Share:

Bukti rezeki dari allah..

Bukti rezeki dtg dari ALLAH..

rezeki dari Allah..

Pernah atau tidak anda mengajak kawan anda makan? Dan anda memang berniat untuk membelanjanya pada waktu itu. Dan anda telah membuat temujanji untuk bertemu di Restoran A. Malangnya apabila sampai di situ anda dapati Restoran A tutup pada hari berkenaan. Jadi anda pun pergilah ke Restoran B.

Di Restoran B ketika makan dan berborak-borak anda ternampak seorang rakan yang anda kenali baru tiba dengan seorang rakannya. Anda mempelawanya duduk sekali tetapi dia menolaknya dengan baik dengan alasan dia bersama rakannya tidak mahu mengganggu perbincangan anda.

Sedang anda rancak berbincang anda dapati rakan yang anda kenali tadi menegur anda kerana mereka berdua telah selesai makan dan berbisik kepada anda 'semua dah settle'. Anda tersentak tetapi dalam masa tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepadanya. Rupanya dia dah bayar bil makanan anda.

Sekarang marilah kita perhalusi perkara ini. Anda merancang hendak makan di Restoran A tetapi restoran tersebut tutup. Maknanya tak ada rezeki anda di situ dan Restoran A tak dapat rezeki dari anda pada hari itu sebaliknya rezeki anda ada di Restoran B. Anda ingin membelanja rakan anda sebaliknya anda berdua pula dibelanja oleh kenalan anda yang kebetulan anda temui di Restoran B. Anda merancang tetapi Allah yang menentukan.

Jadi bagaimana pula bagi anda yang bekerja dan makan gaji? Bukankah rezeki anda di tangan majikan? Kerana majikan yang membayar gaji anda setiap bulan. Jawapannya tetap Allah juga yang menentukan rezeki anda. Allahlah yang membuka pintu hati orang yang menemuduga anda untuk memilih anda. Allah juga yang memelihara kesihatan anda supaya anda dapat bekerja dengan sempurna. Sekiranya Allah mencabut nikmat kesihatan sudah tentu anda terlantar sakit dan akhirnya anda terpaksa diberhentikan kerja.

Jadi walaupun anda bekerja, jangan silap faham kuasa mutlak rezeki anda tetap di tangan Allah SWT. Bersyukurlah kepadaNya di atas kemurahan dan nikmat yang tidak terhingga yang dikurniakan kepada anda... peringatan juga untuk diri ini.. terlalu banyak kekurangan..


Share:

Friday, June 3, 2011

Kawan? boleh pakai ke?


Kadang.. bile diperlukan, baru nak calling2.. kalau tak.. haram nak nampak diam semedang.. padahal kalau la setakat takder no HP tu bukan tak boleh mintak kan? sebab sifat H**A* tu ada lagi.. macam yang korang tau sendiri, manusia ada batas2 sabar dia kan? tapi korang bayangkan betapa banyaknyer mendalah2 dia nak tahan.. tak terfikir ke nak meletop? kadang jugak.. bukan dia yang xnak calling, tapi ada setan yang dok tarik2 bahu dia, panas2 kan dia, ingat kisah2 lama.. kembali pada zaman dulu, sepatutnye kalau dah beso.. mesti la terus beso.. ni tak.. jadik bodoh jugak macam dulu.. nak jadik budak kecik yang tak reti nak lap hingus sendirik.. biler tak dapat satu2 mende.. mula la merengek2.. masalah kalau betol2 kecik takpe la jugak kan.. ni dah beso gedabak.. boleh pikir mana baik buruk.. tapi tetap jugak nak mik buruk.. otak ada kat kepala ke kat kepala lain? waa panas siot.. tapi takper.. buat macam entry ni invisivle jer, offline gitu.. sebab entry ni dibuat pon atas *kesebaban* atas suatu sebab.. kang nak mintak suh masuk neraka kang.. tak pepasal aku yang jadik api bawah tanah.. tapi tu la manusia.. sifat2 prmitif susah nak tinggalkan.. tak pernah pikir seorang tuh baik.. asyik pikir nak hancurkan jer.. setan ke ape nak hancur2 ni? pikir la sendiri beb.. jangan pulak sampai orang yang sampaikan, ye dok? cube pikir sebelum nak buat tuh, kene kat diri kita ape rasa? best tak.. mungkin yang buat tu pon tak tau erti perasaan kot.. atau mungkin jugak ada asbab2 tertentu yang sape2 pon xtau.. bajet nak buat macam illiminati geng la? banyak la ngko.. setakat mana sangat secret tu? hengat la bahwa kita bukan sape2, tercipta dari air je pun.. air jer.. dah beso nak tunjuk lagak.. ape kes, kalau la beno nak nunjuk sangat lagak tuh.. challange la God kan? lepas dah dapat title tuh.. aku pon respek.. kalau dah dapat.. 1 juta peratus xkan pernah, tapi kalau rasa nak cuba.. silakan.. dah dapat mai bagitau sini.. tengok dapat ape.. sebab tu la den kato jangan nak tunjuk lagak.. tak payah lor.. menyemak masyarakat jer.. camne nak ending ney.. adoi.. ok geng.. ape2 pon, korang memang da best.. ^_^

-- Lame dah xupdate.. xberapa sihat.. nuffnang pown sunyi sepi jer.. hehehehe..
Share:

Saturday, May 28, 2011

Pengasas Gereja Orthodox Indonesia (GOI).

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


Tersebarnya pengatuh Kristen di Indonesia adalah bermula dari seorang bernama Byantoro yang ang pada awalnya adalah seorang penganut agama Islam, beliau selalu pergi ke masjid sejak berumur 5 tahun di bawah bimbingan Atuknya. Ketika sudah meningkat dewasa, Byantoro mula mencari dengan bersungguh-sungguh khusunya mengenai Allah yang sejati

Semasa beliau berumur belasan tahun, is bertemu dengan seorang suami guru sekolahnya yang telah berpindah ke Kristen. Lalu terjadi perdebatan antara kedua mereka, antaranya mengenai Trinitas, Inkarnasi Yesus Kristus dan sebagainya. Dalam perdebatan tersebut Bayntaro telah berjaya mengalahkan penganut Kristen tersebut dan tetap juga tidak percaya pada kebenaran Injil.

Pada suatu malam ketika Byantoro asyik membaca al-Quran dan berdoa, tiba2 Kristus telah menampakkan dirinya dengan satu cahaya yang terang. Dia mula meragukan fikirannya, dan mula bertanya-tanya siapakah itu sebenarnya Yesus Kristus?

Setelah itu, dia mula mendalami hal-hal yang berkaitan dengan Yesus Kristus sehingga ia terjumpa sebuah Firman yang berbunyi : "Allah, firmannya yang disebut anaknya dan rohnya bukan tiga Allah yang berbeda, namum realitas di dalam satu Allah. tanpa roh tidak ada yang hidup dan tanpa firman adalah bisu. Jadi itulah satu Allah" kemudian dia mula membuat analisa dari kajian2nya, "jika diantara manusia, komunikasi dilakukan dengan kata2, maka demikian dengan ALlah, bahwa hanya dengan melalui satu firman yaitu Yesus Kristus maka komunikasi antara Allah dan manusia akan terjalin. Dengan itu, konklusi yang ia dapatkan adalah "sekiranya ingin mengenal Allah tidak lain kerana ia tidak mengenal firmannya yaitu Yesus Kristus. Dengan demikian ia memutuskan untuk percaya kepada Yesus Kristus seraya berkata bahwa ia percaya kepada Yesus kristus dengan sepenuhnya keyakinan. lalu Byantoro dibaptis dalam Kristen Protestan Reformasi dan diberi nama Baptis Daniel.

Ps : So?? dah baca kan.. kebanyakan yang wadud perati, mantan Islam yang masuk ke Kristen tuh, tak dapat memberikan alasan yang kukuh mengapa boleh berpindah dari Islam ke Kristen, macam2 video boleh korang tengok perdebatan antara Islam dengan Kristen. Bila ditanyakan mengapa boleh bertukar agama? kebanyakan alasan drang sume nyer lebih kepada imijinasi.. huh.. mimpi tu, mimpi ni.. sedangkan dia sendiri tau kebaikan dan kesempurnaan dalam Islam tu.. tapi sebab pe? dunia la beb.. ape lagi..
Share:

Friday, May 27, 2011

[harakahdaily]Nik Aziz akan raikan 200 ahli Umno sertai PAS.

Jangan terlepas membaca entry di bawah ini :


SELAYANG, 27 Mei: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka akan meraikan hampir 200 ahli Umno yang menyertai PAS malam ini di Kampung Setia, Kuang.

Hampir 200 ahli Umno dijangka akan menyerahkan borang menyertai PAS malam ini kepada beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu.

Ia akan diketuai oleh bekas Ketua Umno cawangan Kampung Setia, Mat Senin Mat Lana.

Mat Senin telah lebih 10 tahun mengetuai Umno cawangan di situ dan beliau juga adalah pengasas kampung Kuang itu sendiri.

Fenomena kemasukan ahli dan pemimpin Umno tempatan ini menjadi rancak apabila kampung jiran mereka, Rahmat Jaya, Kuang memilih seorang wanita untuk mengetuai cawangan PAS di situ.

PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.

Malam ini, kesemua mereka akan diraikan sendiri oleh Mursyidul Am yang juga Menteri Besar Kelantan ini.


PS : Suatu yang tak disangka2.. semua ketentuan ilahi kan? 200 ahli umno (korang tau sendiri) sertai pas.. kira tukar angin la ni.. satu berita baru yang baik dan mengejutkan.. wadud baca mula macam caya tak caya jer, tapi agak la sampai harakah nak cong pulak? sampai tuan Guru sendiri turun.. betol2 eahmat Allah.. tak lama dah ni.. tak lama dah, tengok la satu hari nanti dunia ini akan diperintah total oleh Islam. Aminn..
Share:

Beza Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru, Siapakah Paulus?


1. Apakah yang menjadi perbezaan antara Perjanjian Baru dengan Perjanjian Lama?


Jawapan :

- Perjanjian Lama dikenali dengan Taurat, ummat yang berpegang pada kitab Taurat adalah ummat Yahudi. Rasul atau Nabi yang membawa Kitab Taurat adalah Nabi Musa Alaihissalam. Perjanjian Lama juga diperkuat oleh kitab lain yaitu Talmud malah Talmud menjadi kitab utama berbanding Kitab Taurat. Kitab2 dari Perjanjian Lama antara lain adalah dari cerita2 awal, puisi dan ramalan2. Antara fasal yang ada pada Perjanjian Lama adalah Taurah, Fasal Kenabian, Fasal Syair dan Hikmah. Perjanjian Baru pula dibawa oleh Nabi Allah Isa as kitab yang dibawa beliau dikenali dengan Injil. Di dalam Injil termuat sebanyak 27 judul, dari 27 judul tersebut pula terdapat empat bahagian penting darinya yaitu ( Gospels, Act Of Apostles, Epistles dan Apocalypse ). Sebagai penambahan nabi Isa duga dikenali dengan Yesus atau Jesus sebagai nabi kepada umat Israel.


2. Bagaimana bisa terjadinya panggilan Christian terhadap umat Kristen sendiri?


Jawapan :

- Pada awalnya, Kristen dipanggil dengan Early Christians berarti pengikut Yesus yang paling awal sekali. Mereka juga dipanggil dengan Nazareth oleh kaum2 Yahudi, Nazareth pula adalah sebuah tempat tinggal keluarganya Nabi Isa. Kemudian Nazareth diterjemahkan mengikut terjemahan bahasa Indonesia maka jadilah ia Nasrani. Setelah wafatnya Nabi Isa @ Yesus, bermulalah ajaran2 dari Paulus dan Barnaba. Dalam ajaran2 mereka, mereka seringkali mengatakan bahwa Yesus itu Kristos (Almasih) disebabkan seringnya mereka dengan pembawaan begitu, masyarakat setempat mula memanggil mereka dengan panggilan Kristos (Christians). Apabila diterjemahkan mengikut bahasa Indonesia adalah Kristen.


3. Siapakah Paulus?


Jawapan :

- Paulus adalah seorang manusia yang dinobatkan sebagai Rasul pengganti Yesus, setelah berimannya beliau dari ajaran agama Yahudi. Nama asal Paulus adalah Saul, pada waktu kecil beliau telah dibawa oleh keluarganya agar disekolahkan di sekolah Yahudi. Selama di sekolah Yahudi, Paulus begitu fanatik dengan agama Yahudi sehingga beliau sangat bermusuh dengan pengikut Yesus. Lalu rahib Yahudi yang terlihat begitu extrem jih si Paulus, beliau dikerah agar mengepalai pasukan untuk menyerang pengikut Yesus dan membunuh habis dari kalangan mereka. Setelah semua habis dibunuh, lalu ada segelintir dari pengikut Yesus yang lari ke Damaskus dan dikejar oleh Paulus dan kelompoknya ke Damaskus. Mengikut kajian di buku Bible, Quran dan Sains Modern karangan Dr Maurice Brucaille, Paulus terlihat cahaya yang begitu terang dan bunyi yang sangat kuat. Di situlah Paulus bertaubat dan berimana kepada Yesus Kristus.

PS : sebenar ni tugas wadud jer.. hehehe mengikut dari asemen yang dibuat.. kan mudah jer dah jawap kalau kita kuasai? kiranya soalan2 tu wadud dah ringkaskan, kiranya tak macam dalam asemen panjang lebor kan.. ^_^
Share:

Thursday, May 26, 2011

Wajib baca. Penghinaan terhadap Islam.


Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara
12:08 am on May 26, 2011

Siapakah Illuminati yang sebenar? Mari kita siasat! Sebenarnya, Illuminati ialah pertubuhan konspirasi yang penuh dengan ajaran setan yang sesat. Antara ajaran setan yang paling sesat di dunia ini ialah ajaran yang berusul dari padang pasir sial Arab, yakni ajaran babi Muhammad yang penuh dengan perkara lucah dan sial, yakni Islam. Islam bermaksud “berserah” bukannya aman damai. Konsep aman damai yang dimaksudkan dalam Islam ialah, demi sesungguhnya kosep aman itu boleh dicapai dengan satu jalan setan, yakni, dengan cara kita menyerahkan diri kita sepenuhnya, memberi kuasa kepada rekaan babi Muhammad (Allah swt), mejadikan diri kita sial dan keji, yakni dengan menghambakan diri kita kepada setan yang bertopengkan tuhan yang bernama Allah swt. Islam ada jalan masuk tetapi tiada jalan keluar (kalau nak mampos, beranilah keluar). Ini sebiji macam konsep yang kita tahu tentang Illuminati dimana mereka mengucapkan perjanjian untuk taat sepenuhnya kepada prinsip-prinsip Illuminati. Sampai sekarang kita tak tau saper sebenarnya Illuminati. Jika kita membuat deduksi logik, dengan serta merta kita boleh lihat dan sedar bahawa inilah dia pusat yang terpenting sekali yang diasaskan oleh pertubuhan Illuminati!!


Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, megeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!

Artikel asli di sini.

Bagaimana perasaan korang bila dah baca blog dia? sebagai ummat Islam yang betol2 radikal (extrem) mesti terasa sangat tercabar.. Mekkah dan Nabi tersayang kita Muhammad telah diperlecehkan begitu sahaja. Walaupon kita ni bukanlah duduk sezaman dengan Nabi, tapi betapa kuatnya pengaruh kasih sayang kita pada Nabi dah bertahun2.. ye dak? bohong la korang tak rasa.. kalau tak rasa, cube tengok komen2 kat blog suspek tersebut.. banyak kan? sume berbau caci maki.. kalau boleh nak tu la.. nak ni la.. tu tandanya, walau kita ni ranggi.. rockers.. tapi bila hina Islam, mai sini.. sebab tu adalah muruah bagi seorang ummat beragama Islam. Macam tu jugak dengan penganut lain.. kalau kita pi caci maki Tuhan drang.. tak kene pelempang sebijik? macam tu lah..


PS : Jadi.. ni menurut pendapat wadud la, setelah terpikir2, dari pukul 6 AM tapi sampai la habis kelas pukul 2 PM pasal penghinaan secara terang-terangan pada Islam ni. Boleh tak wadud kata ni hanya provokasi? atau sengaja buat2 kontroversi? dalam buku AWAS, BIBEL MASUK RUMAH KITA tulisan Tim Fakta di Indonesia atau anti murtad, beberapa pastor Kristen telah diarahkan untuk mengKristenkan ummat Islam. Tidak kira sape orang yang diKristenkan tersebut, mungkin dikususkan pada umur2 yang dah boleh mengenali agama. Singkatnye.. seorang pastor telah berjaya memikat hati seorang janda beragama Islam, pada awal perkenalan mereka.. si pastor hanya bercerikan tentang kebaikan Islam dan kejernihan dalam Islam. Tapi.. setelah lama perkenalan mereka, si pastor mula perlahan mengubah haluan ceramahnya kepada aliran Kristen. Hanya berdalilkan mengikut quran secara tidak sempurna (pendek2) lalu melogikkan fikiran si janda tadi sehingga si janda tersebut hampir 100% masuk ke Kristen. Mujur adiknya sempat menghubungi Tim Fakta mengenai tingkah kakaknya, dan setelah Tim Fakta berkunjung ke rumah si janda tadi. Selesai lah masalah pemurdatan dari pastor tersebut, selamatlah si janda dari tusukan duri yang sungguh kecil yang akhirnya akan mereka sehingga ke jiwanya.

OK.. dari cerita tadi, wadud nak gambarkan pada korang.. kalau seseorang ingin memurtadkan orang lain, cara yang sangat efektif adalah dengan cara halus. Seperti Freemason, Illuminati dan lain2. Group di bawah pertubuhan mereka yang ada sehingga sekarang, famous di Malaysia dan di mana yaitu adanya etnis Punk, Skinhead, Nazi, dan macam2. Tapi bila kita tengok balik pada ayat2 suspek (makcikhajjah) itu disengajakan, hanya menginginkan kontroversial dari pihak Muslim, mungkin saja dia mendapat perlindungan di bawah puak2 Yahudi? wang yang banyak? korang sendiri pun tahu, dunia maya ni siapa yang berotonomi? Yahudi! Yahudi tu kalau korang nak duit.. buat lah macam ni, lagi2 korang join Freemason, mintak ape jer dah dapat. pernah tengok citer The Skull? haa.. tulah Freemason.. awal2 dia bagi kita macam2, last dia suruh bunuh budaya kita sendiri. Sanggup ke korang nak bunuh ummat Islam? same jugak dengan kes ni.. boleh jadi kan? tak de menda mustahil hidup kat dunia ni kalau betul nakkan dunia.. tersangat mudah, tambah lagi dengan jalan yang haram.. huh.. click jer.. dapat la sume..


Sekarang korang boleh masuk pada web dia.. tengok sendiri komen2 yang dilontarkan oleh Muslim2 Malaysia, mungkin ada jugak dari Negara lain.. 80% sudah berjaya si suspek menaikkan kemarahan drang, lagi 20% wadud tengok komen yang masih bersifat sabar dalam kemarahan. Bukan ape, bagi wadud la kan.. kalau dah macam ni web dia? kita sebagai Muslim terhormat, tak payah la maki2 hamun dia tu.. buang masa korang je.. lagipun kita bukan tau sape sebenar dia.. indentiti tak jelas, nama pon dalam dunia maya.. mana nak cari kan? bukan nak kata wadud ni baik.. tapi korang yang lagi berpengehuan dlaam hidup ni mesti lagi hebat.. tu la yang wadud nak korang kongsikan pendapat korang.. efektif ke cara kita ni? dok kata nak bunuh, nak cari la, caci maki habis2san.. kat situ si suspek dah berjaya dan boleh mengatakan bahwa Muslim era kini suka caci2 ni.. tapi buat idak jugak. Nak ke title tu ada pada kita? cube kroang selidik betul2 ape sebenar yang suspek tu nak? wadud baca sekali jer blog dia.. hum.. bukan nak kata hebat, tapi dah boleh baca orang2 macam ni.. terus terang menghina Islam. tak payah lain dan amik tindakan dengan membuat laporan pada pihak yang berwajib.

Kalau ikut kan hati ni.. memang wadud nak nak caci maki, tapi ape dapat? kalau kita ikut thread di blog dia.. kita komen dan dia balas.. tambah lagi sakit hati.. so, bagi wadud nak komen sebagai memberi pengajaran tak per.. doakan dia, tapi jangan sampai mencarut2.. tu dah bukan nilai murni dalam Islam. Dan boleh jadi jugak beliau ni bukan orang Islam sebab langsung tak de sensor sikitpun kan? Konklusi dari sume ni.. rasa korang sendiri faham inti dari koreksi2 wadud kat atas.. hope korang sume berfikir positif ea.. hehehe.. sebab insyaallah wadud jugak inginkan dunia Islam yang sebenar menjadi kekuasaan terbesar kat dunia ni.. baru betol.. satu lagi, korang boleh juga letakkan pandangan2 korang.. kita bincang sama2 kes2 macam ni.. nak biar memang tak boleh sebab dah menjadi kewajipan kita sebagai ummat islam.. tapi bukan dengan kekerasan melainkan dengan kebijaksaan seperti cerdiknya Muhammad S.A.W.
Share:

Wednesday, May 25, 2011

[harakahdaily.net]Hina Islam: Abim gesa ambil tindakan tegas.


sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Mei: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

Dalam kes ini, Abim merujuk kepada penyebaran beberapa bahan penulisan dalam blog dengan panggilan Makcik hajjah, dan laman Facebook menggunakan nama 'Makcik Hajjah Sitt Al Wuzara'.

Setiausaha agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikannya, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut.

“Tindakan ini amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi.

Menilai daripada itu, katanya Abim menuntut agar pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci insiden yang sangat mendukacitakan ini.

Katanya, Abim menuntut agar dakwaan dan tindakan tegas dikenakan terhadap beliau dan mana-mana pihak yang bersubahat.

“Abim juga dengan ini mendesak agar pemohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh beliau terhadap seluruh umat Islam,” ujarnya.

Abim, tambahnya mengambil kesempatan ini untuk menyeru mana-mana pihak agar tidak menyalahgunakan kebebasan ruang maya untuk menghina agama Islam.

“Sebagai agama Persekutuan, kesucian dan kehormatan Islam haruslah dipertahankan dari sebarang unsur-unsur atau usaha untuk mencemarkannya,” ujarnya.

PS : Korang nak tengok ke blog dia? jap lagi wadud post dan koreksi mana2 yang boleh.. ikut pada kecetekan ilmu ni la.. korang pon boleh baca sendiri.. tapi ingat, dalam blog dia, macam2 provokasi yang dibuat atas alasan2 tertentu..khusus untuk ummat Islam.. kalau korang baca.. komperem bengang, panas, rasa nak hayun, nak tikam sikit2, nak carik2 kulit, nak siat2 dan macam2 lagi.. memang tu tujuan si penulis.. jap lagi wadud post.. amik satu artikel kemudian kita koreksi sama2.. korang jugak disarankan agar meletakkan persepsi masing2.. kita sharing untuk jatuhkan suspek tersebut, wawawawa.. suspek pulak.. sebab, berkemungkinan suspek adalah orang yang mempunyai populariti yang tinggi, sape tau? sampai skang ok jer? budak2 hacker pon senyap.. lagipon, memang susah nak jahanamkan blog tersebut.. tapi tu lah, kita gunakan akal sihat ni untuk jerumuskan suspek tu kepada kebaiakan.. moga2 dia berubah, sesal dengan perbuatan dia.. amin..
Share: