Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’

‘Coklat bantu kurangkan berat badan’
Sumberbharian

London: Seorang graduan matematik menghasilkan coklat yang dianggap sebagai snek versi menyihatkan pertama dunia dan didakwa dapat membantu pengamal diet mengurangkan berat badan. 

Kepingan coklat 20 kalori itu yang dapat membantu pengguna menghilangkan berat badan, dibekalkan kepada restoran Michelin dan hotel di London.

Coklat yang dinamakan ‘The Chocolatier’ itu dicipta oleh Aneesh Popat, menggabungkan air berperisa koko untuk menghasilkan snek kalori rendah yang dapat membantu pengamal diet daripada memakan coklat berkalori tinggi. 

Ia tidak mengandungi bahan berlemak seperti mentega, krim, gelatin dan telur serta mempunyai pelbagai perisa. 

Dicipta graduan matematik 

Popat, graduan matematik berusia 25 tahun, berkata: “Sejak mula saya memang sukakan coklat. Jika semua dalam dunia dihasilkan daripada coklat, saya sudah memakannya. 

“Cinta saya pada coklat membawa kepada keasyikan dan menggunakan latar belakang matematik dan saintifik untuk menghasilkan gabungan perisa paling unik dengan tepat dan penuh kreativiti.
“Saya belajar sendiri dan sejak itu mendapat ilham daripada ramai pembuat coklat dan cef hebat. Saya mengembara ke seluruh dunia dari Brugges ke Mumbai mencari resipi terbaik.” 

Coklat menyihatkan itu dihasilkan dengan air berperisa seperti cola bergas, strawberi pudina, teh dan kekacang epal. 

Pakar pemakanan, Dr Sarah Schenker, berkata coklat berkalori rendah itu dapat membantu penggemar coklat yang mempunyai berat badan berlebihan. 

“Disebabkan coklat ini dapat berbangga dengan paras rendah kalori dan kandungan air tinggi, ia memberi manfaat kepada orang ramai yang mahukan makanan sihat selain sosej gulung atau coklat biasa. 

“Ia menjadi penggalak kepada orang ramai beralih kepada coklat menyihatkan ini sebagai snek tetapi perlu dimakan dengan berhati-hati kerana kita jangan lupa coklat sebenarnya boleh dinikmati sekali-sekala. 

“Sudah pasti faedahnya dapat membantu mengurangkan berat kerana mudah menjauhi snek tidak menyihatkan,” katanya. 

Popat berharap dapat membuka kedai pertamanya di stesen St Pancras di London pada musim luruh ini. 

“Reaksi orang ramai mengagumkan. Selepas mengambil resipi awal dan menghasilkan kumpulan pertama coklat ini saya tahu ia berpotensi mengubah hidup saya. 

Mahu buka restoran 

“Saya tidak pernah menyangka akan berada di tahap sekarang dan ia masih belum jauh. Proses seterusnya ialah membuka kedai dan memulakan hubungan dengan restoran. 

“Memang menyeronokkan mengetahui orang ramai menikmati apa yang anda hasilkan. Ramai bergelut dengan berat badan tetapi saya rasa saya di sini untuk menyelamatkan hari dan bentuk badan mereka,” katanya. - Agensi


** P.S : Ape lagik.. moh makan coklat bebanyak.. hehehehe.. tapi my advice, selidik lah molek-molek dulu makanan tuh.. jangan main bedal jer ape yang dah ada depan mate (^_^) aku bukan Majimbuu (pemakan coklat)
Share:

Thursday, June 20, 2013

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Kentucky Fried Chicken. Boleh Ke Dimakan ??

Giler killer punye cara penyembelihan ayam KFC di Negara Barat, peri kemanusiaan yang ada dalam diri manusia dah hilang.. yelah, mungkin terlalu banyak ayam yang perlu di handle menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan menggunakan bermacam-macam cara.. hangpa tengok lah sendirik ea..

Video 1 : Kentucky Fried Cruelty 2007 - 4:38 Youtube


Video 2 : Jika anda setuju menyakiti binatang adalah perbuatan yang salah, jadi jangan makan KFC, memboikot syarikat (pengeluar KFC) adalah jalan terbaik untuk membantu - KFC Cruelty (2:49) - Youtube 3:16.


Video 3 : Animal Cruelty In McDonalds Slaughterhouses Youtube 0:55
Quote "Tell MCDonald's To Stop The Cruelty - 4:49

Tuh cite kat Barat, kalau deme (Barat) arak pun macam soft drink, apetah lagi nak sembelih ikut cara Islam ke hape.. ape cerr pulak kat Asia? xspecially Malaysia lah, bak kate Ust Azhar Idrus.. Ayam KFC di Terengganu Kelantan halal, orang yang menyembelih ayam-ayam di Ganu dan Klate di adalah orang Islam begitu juge syarikat penyembelihannye. 

Tapi kalau kat Negeri lain.. Kolumpo, Johor, Ipoh, Pulau Pinang diragukan, sebab dah banyak bercampur Melayu Cina.. India tak pasti (^_^) Moh kite dengo ape kabonye Ust Azhar Idrus berkaitan masalah Ayam KFC.


Video 4 : Ustaz Azhar 2010 - Hukum makan di KFC,Mc Donald - 2:50


Ape pulak kate mereka ? :

Sumber

Soalan:
Assalamualaikum. Saya nak tanya  pendapat ustaz tentang restoran -restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya, adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan penyembelihannya tidak mengikut syarat islam.?
Zue, Air Hitam

Jawapan:
Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual di pasaran bererti an makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya.

Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik ditinggalkan.Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.

Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak halal memakannya.

Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.

Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim.

Aduan Berkaitan Makanan dan Barang Gunaan Islam (HALAL)

1.) Aduan : KFC - Haram dimakan...
Tarikh Aduan : 09/12/2008 - 11:31:11
Maklumat Lanjut, baca di : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/aduan-halal
(Gomen punyer web tu)

2.) Soal Jawab Agama
Sumber : alhafiz.net

A’kum Ustaz, apakah keputusan siasatan Jakim tentang kebenaran berita mengenai ayam-daging di Malaysia yang di suntik dengan bahan enzyme daripada khinzir.Adakah ini meliputi product daripada Ayamas dan KFC?

admin | March 17, 2012 | Leave your comment

Pihak JAKIM sentiasa memantau mengenai perkara tersebut, jika benarkenyataan dan dakwaan seperti di atas sila hubungi untuk penjelasan keBahagian Pemantauan dan Penguatkusaan Hub Halal JAKIM dengan alamat:Bahagian Hub Halal,Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,G & 3 rd Floor,Blok 2200,Enterprise 3 Building,Persiaran APEC,53000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan.No.Tel : 03-83150200Fax : 03- 83187044

3.) Sijil Halal Bagi Pengeluaran Daging Mcdonalds & Kfc
Kod Rujukan Soalan : a4z5p

Soalan : assalamualaikum...disini, saya ada kemusykilan berkaitan dengan pengeluaran daging lembu dan ayam bagi mc donalds dan kfc. adakah pengeluaran daging tersebut diiktirafkan halal oleh pihak jakim bagi kelulusan sijil halalnya. diharap pihak jakim memberi penjelasan yang jelas tentang status daging tersebut, di mana majoriti di negara kita ini adalah umat islam yang gemar memakan makan fast food.

Jawapan : Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sehingga ke hari ini, KFC dan Mcdonalds masih memegang sijil perakuan halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Dari itu, semua produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera ini adalah terjamin kehalalannya.

Ringkasnya, JAKIM sentiasa memantau produk makanan yang dikeluarkan oleh kedua syarikat makanan segera tersebut. untuk keterangan lanjut, sila berhubung terus dengan Bahagian Halal JAKIM di talian; 03 83150200. terima kasih. Wallahu 'Alam.

Kesimpulannye : Tanye lah pada diri anda sendirik.. tepuk dada tanya selera.. tepuk member tanya number.. OK? Untuk keshahihan, hangpa boleh rujuk pada sumber yang aku dah sertakan pada setiap rujukan yang dibuat @ diambil
Share:

Wednesday, June 19, 2013

Warga asing maut ditembak


KLANG: Seorang lelaki warga asing berusia 25 tahun maut ditembak sewaktu cuba menyamun RM50,000 seorang pengurus sebuah kilang dalam kejadian di Jalan Kapar, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari itu, suspek maut ditembak pengawal peribadi pengurus berkenaan selepas kereta yang dinaiki suspek menghalang kereta yang dinaiki pengurus berkenaan dan suspek cuba memecahkan cermin penumpang belakang untuk melarikan wang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, pengawal peribadi terbabit keluar dan terus melepaskan dua das tembakan di mana tembakan kedua tepat mengenai belakang kepala suspek.

Selepas menyedari rakan mereka ditembak, rakan suspek yang menaiki dua kereta berasingan terus memecut melarikan diri menuju ke jalan utama tanpa sempat menyamun wang berkenaan.

Suspek maut serta merta ditempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.
Sumber : hmetro

** P.S : Biler dah terlampau ramai pendatang @ warga asing di Malaysia, inilah yang sering terjadi.. bukan tak boleh nak kawal, tapi keadaan dah memang tak terkawal.. mereka (warga asing) ni bukan rakyat luar, tapi 'rakyat malaysia' ?? mana tidaknye, warga asing Malaysia sekarang ni masing-masing dah ada IC.. so takde masalah lah nak kesana kesini.. (^_^)

Bace pendapat mereka tentang pendatang asing di Malaysia :

Share:

Sunday, June 16, 2013

Mursi Memutuskan Hubungan Diplomatik Dengan Syria

Subhanallah.. mari sama-sama kita saksikan video pengumuman yang dibuat oleh Prime Minister Baru Mesir Muḥammad Muḥammad Mursī ‘Īsá al-‘Ayyāṭ membuat keputusan memutuskan hubungan diplomatik dengan Syria.


Kairo, ISLAMICGEO-Presiden Mesir Muhammad Mursi mengumumkan pemutusan total hubungan diplomasi dengan rezim Suriah, dan menyerukan mengadakan kenferensi darurat untuk menolong rakyat Suriah, di samping itu ia juga meminta oposisi Suriah untuk bersatu dan bersiap membangun Suriah baru.

Dalam pidatonya di depan ribuan orang yang menghadiri konferensi "Menolong Suriah" di Stadion Kairo, Sabtu (15/6), Mursi mengatakan Mesir telah memutuskan hubungan dipolmatik secara total dengan rezim berkuasa saat ini di Suriah, dan menutup kedutaan Besar Suriah saat ini di Mesir, dan menarik seluruh diplomat Mesir dari Suriah.

Mursi mengganggap apa yang berlangsung saat ini di Suriah adalah pembantaian massal, Mursi berjanji akan menjalin komunikasi yang intens dengan negara-negara Arab dan Islam untuk memperkarsai dan mengatur konferensi untuk menyelamatkan Suriah. Ia juga menegaskan bahwa Mesir meminta masyarakat internasional untuk memberlakukan zona larangan terbang di atas Suriah untuk menghentikan pertumpahan darah.

Ia juga meminta kepada Hizbullah Libanon untuk meninggalkan bumi Suriah, dan menekankan bahwa negerinya Mesir berdiri melawan Hizbullah atas "agresi Hizbullah" terhadap bangsa Suriah.

Presiden Mesir juga menganggap bahwa saat ini tidak ada lagi tempat dan ruang bagi Rezim Suriah untuk masa depan, karena telah melakukan kejahatan terhadap kemanusiaan.

Ia juga mengajak rakyat Mesir untuk memperlakukan pengungsi Suriah yang ada di Mesir seperti rakyat Mesir pada umumnya.

Mursi juga memesan rakyat Suriah untuk berpegang teguh pada kebebasan karena kebebasan tak tergantikan kecuali "kehinaan", ia mengajak rakyat Suriah menyatukan shaf dan meninggalkan perbedaan-perbedaan, dan bersiap secara bersama-sama dengan seluruh elemen rakyat Suriah untuk bekerja keras, bersusah payah untuk hari-hari yang akan datang yang menuntut kesungguhan penuh untuk membangun Suriah yang baru. (Anas/Alj)

Sumber : islamicgeo
Share:

Wednesday, June 12, 2013

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Saya la Penulis Baru Itu..hahaha

Shaz.. Saya la tu..hehe..Firstly, terima kasih kepada admin KBM a.k.a Mr.Wadud di atas kesudian dan keizinan beliau untuk membiarkan saya menconteng di blog nya ini. Saya bukanlah penulis (dan saya pun tak tau apa yang patut saya tulis).. Saya juga bukanlah seorang bijak pandai.. Saya bukan sesiapa.. Saya hanyalah seorang pelajar, yang baru belajar, dan akan terus belajar hinggalah otak saya ini tidak mampu lagi untuk belajar..heheh.. 

Apa pun sedikit pembetulan di atas cerita Wadud tadi.. Kami berkenalan di UKM (bukan UMK) semasa Prog Study Tour tersebut dan perkenalan tu berpanjangan sehingga sekarang.. Wat masa ni saya tak tau nak share apa kat sini sebabnya saya sekarang ngah cuba untuk fokus pada final exam (cuba je).. So In Sha Allah saya akan cuba untuk menulis atau mengarut setelah saya abis exam ok!

Pada korg semua, selamat berkenalan dan terima kasih sekali lagi kepada Mr. Wadud.. Doakan saya sukses dalam imtihan kali ni ye! PEACE!!
Share:

Thursday, May 16, 2013

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Lahir sudah anak hasil hubungan penyanyi terkenal Ning Baizura dengan pasangannye Omar Dalton setelah berape lame mereka bergelar suami isteri (aku pon tak ingat). Kemudian anak tersebut diberi nama dengan Ryan Sky Dalton, Dalton adalah nama ayahnya A.K.A suami Ning Baizura.

Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya

Tu kat atas Gambar Anak Ning Baizura Ryn Sky Dalton bersama suaminya Omar Dalton -pergh nama! =)

Youtube : Kontroversi baju Linda Onn dijawab 2:10

KUALA LUMPUR, 16 MEI 2013: Setelah sekian lama menanti, hari ini penyanyi popular Ning Baizura dan suaminya, Omar Dalton telah menunjukan bayi sulungnya, Ryan Sky Dalton pada sidang media yang telah diadakan di Restoran Neo Tamarind, di sini sebentar tadi.

Dengan rasa syukur, Ning Baizura berterima kasih kepada pihak media yang sabar menanti detik istimewa itu sejak dia melahirkan Ryan Sky Dalton pada 31 Januari lalu iaitu tarikh ulang tahun kelima perkahwinannya.

Sebelum ini Ning Baizura pernah memberi tahu bahawa dia merancang untuk menghantar gambar Ryan Sky kepada pihak media dalam bentuk kenyataan media, tetapi berubah fikiran untuk melaksanakan dalam sebuah majlis sidang media yang lebih terancang dan sempurna.

Ning Baizura tampil menyerlah dengan persalinan rekaan Datuk Farah Khan dan sedang aktif melangsingkan tubuhnya sebelum kembali menyemarakan dunia seni tanah air.

Turut diadakan pada majlis berkenaan iaitu pelancaran video lagu terbarunya, Pelangi Untukmu yang dicipta dan ditujukan khas buat buah hati sulungnya itu.

Penyanyi hitam manis itu juga turut berkongsi kepada pihak media tentang agendanya sepanjang tahun 2013 serta projeknya bersama syarikat rakaman Universal Music Malaysia.

Nak buat macam mane kalau sudah artis masalah yang mesti timbul adalah mulut-mulut dan "penjagaan kain orang lain" selalu terjadi.. haha gelak lah sikit, kontroversi yang timbul baru-baru ini berkaitan artis terkenal Ning Baizura adalah nama yang diberi kepada anaknya sekaligus menjadi pilihan pasangan suami isteri ini adalah Syan Sky.

Tapi kengkadang, kesian pulak den tengok Ning Baizura ni, bukan takde Ust. atau Ustzh. kat dunia nih? atau tak terfikir nak bertanya pada kawan-kawan? ataupun takde masa untuk online? kontroversi berkaitan pilihan nama anaknya dijawap oleh Ning dalam fanpage nya.


Gambar Anak Ning Baizura dan Kontroversi Terhadapnya 
Please Click For Full Image

Boleh tahan lah Ning ni.. haha sikit, mak saye pon kate "dah takde name Islam ke?" kadang betul jugak kan.. awak tu orang Islam dan awak bakal bergelar ibu pasti tahu kebaikan dari nama anak yang akan digunakan selama hidupnya. 

Ape lah salahnye combine kan Omputeh dengan Islamic name kan lebih lembut + modern lah katekan, banyak nama Islam yang modern, yang nak ke arah Omputeh la ke ape ke, tapi full 100% u choose tu use Barat name, hehe.. suke hati engkau la Ning..

Share:

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013
16 Mei 2013 - 4.00 a.m Selamat Hari Guru pada setiap guru yang telah banyak berbakti kepada masyarakat terutama bagi golongan sekolah rendah, tinggi dan di peringkat Universiti. Teringat pula nak update pasal Hari Guru ni sebab adik saye pagi-pagi lagi dah bising ada sambutan Hari Guru di sekolahnya. Dan mengingatkan kepada saye bahwa, saya tidak perpeluang untuk merasakan kegembiraan seperti yang dirasakan adik, sebab dulu saye sangatlah malas dan tak ambil tahu langsung Hari-Hari keramat sedunia.

Tapi saye pernah merasakan bahwa satu saat nanti saya akan menjadi guru dan mempunyai anak didik di suatu tempat pada suatu saat nanti, saye jugak mempunyai cita-cita untuk menjadi Pensyarah di sebuah Universiti dan hati masih kuat menekan perasaan supaye sambung belajar setinggi yang boleh.. bukan tinggi pokok ye. Dan insyaallah itu menjadi dorongan mental maupun fisik saye untuk terus belajar dan belajar.


Saye tahu saye masih tidak layak untuk menjadi seorang guru yang berkewajipan untuk mendidik pelajar agar mereka berjaya di dunia maupun di akhirat, dengan menggalas sedikit gelaran dari Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry hasil empat tahun setengah di bumi Aceh, Ijazah Sarjana Muda bukanlah menjadi benteng pertahanan Parti Barisan Nasional untuk menahan saye dari bertekad sambung belajar bagi program Master Pengajian Islam.

Ini bukanlah suatu kebanggaan bagi diri saye yang sangat masih memerlukan nasihat-nasihat dari sesiapa pun. Orang yang mendengar nasihat orang lain adalah seorang yang mempunyai hati yang ikhlas dalam mengharungi kehidupan seharian dan secara tidak disedari sifat bongkak dan tinggi diri akan terhapus sedikit demi sedikit. Bukanlah saye ingin menggambarkan bahwa saya adalah orang seperti itu, malah itu menjadi suatu yang menghalan saye dari melakukan sesuatu, tetapi itulah realiti dunia sekarang begitu orang bersemangat memberi nasihat, kata belakang dan ejekan menjadi panutan kehidupan manusia.


Saye pernah bersembang dengan ayah dan kadang-kadang sangat akur dengan keputusan ayah mengenai Hari Guru. Ayah pernah cakap, gaji bagi setiap guru sangat besar walaupun Gred yang dicapai tidaklah menyamai Gred 41 tetapi banyak bukti dan contoh yang diberikan ayah menunjukkan ketidak tulusan guru dalam mendidik pelajar, akurlah menjadi reaksi utama saye bile ayah bersuara.

Kadang guru terlupe yang mereka telah meng anak tirikan pelajar yang kurang berkebolehan dalam ruang belajar, sehingga guru terpaksa memendam ilmu di dada setelah deskan demi desakan oleh pelajar memprotes tingkah guru dalam menjalankan tanggungjawap sebagai seorang guru, maka timbullah rasa putus harapan dan berkeinginan untuk melepaskan kewajipan sebagai seorang guru terhadap anak didiknya.


Tapi saye tahu bukankan hal yang mudah memikul beban seorang guru apatah lagi diwaktu malanya pula mengajar ditempat lain dan semua guru tidak mahu anak didik mereka gagal dalam mengharungi kehidupan serta berdepan dengan bermacam ragam karenah bakal terjadi di masa hadapan. Saye tahu setiap guru mempunyai tekad yang kuat dibekalkan dengan pengalaman penuh di dada untuk tidak kalah dalam perjuangan memberi didikan seharusnya kepada setiap anak didik di sekolah.

Saya juga tidak mahu sifat busuk dan buruk mendiami jiwa saye bile saye diberi tanggungjawap sebagai guru. Dan prinsip hidup saye adalah, tidak mahu orang lain tidak tahu ape yang saye tahu, sebab disiplin hidup saye adalah semua ilmu kepunyaan Allah semata tiada siapa berhak mengakui ilmu datang darinya dari jerih payah mengharungi lumrah kehidupan. Semoga Allah Merahmati Kita Semua. Amin.

Selamat Hari Guru 16 Mei 2013.

Yang Ikhlas : Duad Zainal (Syamil Salmanovich Basayev).
Share:

Wednesday, May 15, 2013

Belajar Polygons.. haha je

Ntah ape ke mimpi aku tetibe nak join belajor Math walaupun dari dulu aku mhemhang boleh dikatekan fail la bab-bab Math nih, bapak aku memang kerap ngajo adik aku, dan tuk hari nih.. aku pulak yang join, almaklum, orang kurang cerdik jadi kene lah banyak belajo.

SDC14261 

Tapi seriously, aku paham ape yang bapak aku ajarkan adik aku tentang Polygons tuh.. yelah sebelum nih, cukup liat otak aku nak memikir bab-bab Math nih, maybe dah sampai mase aku kene belajo Math? kot? tak tahu lah.. so kesimpulan yang aku dapat dari tuisyen Math tadi :

  1. Wajib hafal formula dan step-step nye.
  2. Formula Polygons (n-2) x 180.
  3. Tambahkan (+) kesemua Interior Polygons n-sides.
  4. Tolakkan (-) kesemua jumlah Interior Polygons n-sides dengan jumlah dari Formula (n-2) x 180.

Isyallah dapat lah jawapannye kalau betol lah step dan kiraan yang benar.. kih3.. kalau saye salah, sile tunjuk ajarkan, kalau saye betul.. sile lah beri sokongan yang memberangsangkan supaye saye mendapat semangat yang membarooo tuk belajo Math lagik.. hehe..

Owh aku teringat, aku ada sorang member yang hebat bab-bab Math nih, die kate.. cume perlu hafal formula jep? i think she right lah.. hehe.. tapi aku tak tahu la kan, sebab, beliau lagi lame belajar Math ni banding aku.. so banyak kesimpulan yang boleh die buat dari pengalaman bertimbun-timbun dalam otak beliau.

Share:

Friday, May 3, 2013

Rosmah Perjelas Dakwaan Miliki Cincin Mewah

My first entry in this Month.. bukan takde idea nak tulis, idea tu insyaallah banyak.. tapi kalau bab-bab berita ni, sebaiknye saye kene pakai footnote jugakn baru shahih dan bonarrr.. kalu idak, nanti kene pada saye balik, so mereke-mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkaitan ape yang saye nak share kan ini.. boleh lah refer pada link yang telah saye sertakan.. yep?

Owh.. ade pulak terbace satu artikel berkaitan Rosmah Cincin yang sampai sekarang terkial-kial nak menafikan segale ape yang telah jelas terpampang dengan bukti yang nyate lagilah jelas.. lain lah kalau orang yang melihat itu tidak mempunyai deria yang cukup.. maybe buta atau tuli atau pun sebagainye.. i dont know.. kebenaran tetap kebenaran, tapi takpelah.. kite tunggu dan lihat saje ape jadi dengan PRU-13 kali nih.. whos the winner? wait and see.. (^_^)


KOTA BAHARU, (Bernama) - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata fitnah kononnya beliau memiliki cincin mewah adalah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap pemimpin.

Rosmah sekali lagi menjelaskan bahawa cincin tersebut dibawa masuk selama tiga hari untuk dilihat oleh bakal besannya yang berada di Malaysia ketika itu.

"Itu (cincin) bukan saya punya. Dia (besan) kenal orang tu sebab dia good customer (pelanggan yang baik) jadi dialah yang tengok dan cincin tu terpaksa di alamatkan ke Seri Perdana.

"Bila cincin tu masuk ditunjuknya borang Kastam, tapi bila cincin keluar tak tunjuk borang cincin keluar. Tapi kami mempunyai semua bukti kami tidak pernah memilikinya dan ia hanya untuk dilihat dan bukan untuk dibeli," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan replika cek mesin hemodialisis kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian di sini, hari ini.

Rosmah sebelum ini ditohmah kononnya memiliki cincin mewah bertatahkan berlian yang mencecah jutaan ringgit.

Anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Rosmah, Nooriyana Najwa bertunang dengan Daniyar Nazarbayev, warga Kazakhstan pada 2011. (LINK)
Share:

Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak

Gua tengok belita ha, itu tembak-tembak sana sini.. Hayya apa tembak-tembak ma.. yang u tembak tu manusia woo, bukan binatang ma.. apa pasal ini dunia sudah mau kiamat, nyawa dah boleh beli satu singgit, gilow lah ini dunia.. libih baik tarak hidup ma, libih baik mati wo dari mati ditembak oleh nye.. hayya, ini macam ka dunia sekalang? views this article :

Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak

PUTRAJAYA, (Bernama) - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran (link).
Share:

Tuesday, April 16, 2013

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

3 orang mati dan 100 - 140 orang (sumber dari TV3) cedere parah selepas berlaku pengeboman di Boston kemarin pagi semasa acara Maraton yang dihadiri oleh begitu ramai orang. Semua yang hadir di acara Maraton tersebut berteriak dan berlari mencari tempat yang lebih selamat, dah bahaya pulak America skang yep, boleh meletop macam tu jer ! huh ! baca berita dari Boston di bawah :

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Two explosions struck one of America's top sporting events Monday, killing at least three and wounding more than 100 as the Boston Marathon erupted in a maelstrom of blood, screams, smoke and panic.

As cities from New York to Los Angeles went on high alert, Americans with ever-vivid memories of the September 11, 2001 suicide airliner attacks automatically wondered if the country had been hit again by terrorists.

President Barack Obama went on national television to say it was not yet clear who was behind the blasts. He said the perpetrators would pay. He did not utter the word "terror."

"We still do not know who did this or why. And people shouldn't jump to conclusions before we have all the facts," Obama said. "But make no mistake, we will get to the bottom of this, and we will find out who did this, we'll find out why they did this."

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

A senior White House official, speaking on condition of anonymity, said later that "any event with multiple explosive devices -- as this appears to be -- is clearly an act of terror."

At the blast scene, a horrific chorus of high-pitched wailing and screaming rang out as bewildered runners and spectators fled the carnage and debris.

News reports said one of the fatalities was an eight-year-old boy and that some of the injured lost limbs. One woman told CNN the blast was the loudest sound she had ever heard, and it made the ground shake.
The thunderous blasts struck near the finish line of the marathon, long after the winners had crossed. Competitors who were still running when the blasts rocked downtown Boston were diverted elsewhere. Some 27,000 people were entered to take part in the event.

Video footage on American TV showed the moment when the first blast apparently struck: the detonation came on the left side of the course, behind spectators and a row of colorful national flags showing how runners come from around the world to take part.

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Security people in yellow jackets threw their hands to their ears as the blast took place and at least one runner was thrown to the ground as white smoke billowed upward. The already waving flags whipped violently with the shockwave of the explosion.

Grisly accounts abounded. "We saw people with their legs blown off," Mark Hagopian, owner of the Charlesmark Hotel, told AFP from the basement of a restaurant where he had sought shelter.

"A person next to me had his legs blown off at the knee -- he was still alive."

"It was bad, it was fast," he said. "There was a gigantic explosion... we felt wind on our faces... Police were saying: 'Get out, get out, leave, leave there may be more bombs.'"

Three dead, over 100 hurt in Boston Marathon blasts

Boston police chief Ed Davis raised the death toll from two to three at a late evening news conference at which other officials fended off a barrage of questions about the investigation into the explosions.

FBI special agent Rick DesLauriers did say: "It is a criminal investigation that is a potential terrorist investigation."

More than 100 were injured, Massachusetts governor Deval Patrick said, without giving an exact figure. The Boston Globe said it was at least 125.

NBC News, citing officials, reported that police had found "multiple explosive devices" in Boston, raising the possibility of a coordinated attack.

The twin explosions come more than a decade after nearly 3,000 people were killed in airplane strikes on New York, Washington and Pennsylvania on September 11, 2001.

The sense of panic in the immediate aftermath of the blasts, and fear of more explosions, was so acute that Boston authorities urged people not to congregate in large crowds.

Senator Dianne Feinstein, chair of the Senate Intelligence Committee, said she believed the blasts were in fact an attack but it was unclear if the perpetrators were homegrown or foreign.

Asked if this was terrorism, she told reporters: "It looks that way."

Security was stepped up in New York and Washington -- both sites of 9/11 attacks -- as well as in Los Angeles and San Francisco.

In the Big Apple, police said they were boosting security at hotels and "other prominent locations in the city."

The blasts in Boston rattled US markets, sending the Dow and the S&P 500 down at the close.

The Boston Marathon is one of the biggest annual athletic events held in the United States. Racers must qualify to compete and there are tens of thousands of spectators.

The race attracts world-class athletes, most of whom would have likely completed the race a couple of hours before the blast went off. The video clip of the blast showed the marathon timeclock at 4:09:44.

Hours later, the flag at the majestic white dome of the US Capitol in Washington was lowered in honor of the blast victims. (LINK)
Share:

Monday, April 15, 2013

Anak Lelaki Pertama Fasha Sandha

Hari tu aku ada tengok kat MHI kalau tak salah, ke kat MELODI ntah pasal Fasha Sandha yang bakal melahirkan anak pertamanye bersama pasangan Rizal Ashram (aku pon tak kenal), ape-ape pon first tahniah la dari KBM ye. Aku teringat Fasha ni sebab tak sangke aku dia jadi bapak besar masa dalam TV, so bile aku terbace satu artikel pasal kandungan dia, dan sudah pun melahirkan anak lelaki pertama Fasha Sandha. Nama anak lelaki Fasha Sandha dan Rizal Ashram? aku pon tak tahu.. (^_^)

Anak Lelaki Pertama Fasha Sandha

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2013: Hari ini, tanggal 15 April 2013 telah meleraikan segala pertanyaan dan penantian daripada semua peminat kepada aktres sensasi Fasha Sandha, apabila dia telah selamat melahirkan bayinya pada pagi ini.

Tahniah diucapkan buat pasangan Fasha dan Rizal Ashram daripada Murai.com.my.

Menerusi laman Facebook rasmi peminat Fasha Sandha iaitu We Love Fasha telah memberikan info mengenai kelahiran ini termasuk sekeping gambar memperlihatkan Fasha mendukung bayinya sambil tersenyum.

Menurut status yang diletakan di Facebook rasmi peminatnya, Fasha Sandha telah selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 9.21 pagi ini di Prince Court Medical Centre.

Tiada sebarang maklumat mengenai nama atau info lain yang dapat dikongsi buat masa ini.

Murai.com.my ada menghubungi pengurus Fasha Sandha bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai berita gembira ini.

Bagaimanapun pengurusnya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa kebenaran daripada suami Fasha, Jejai.

Namun dia berkata, Fasha berada dalam keadaan sihat dan begitu juga bayinya.

Jejai juga melalui Twitter miliknya telah meletakkan status menyatakan rasa gembira dengan kelahiran warisnya bersama aktres tersebut.

"Baby boy safe delivered. Another one for my small beautiful family. Wifey did a great job. Alhamudlillah, syukur kepada Allah.", merujuk kepada status Twitter Jejai itu.

Sekali lagi sekalung ucapan tahniah buat Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli diatas kehadiran ahli baru.

Haish mengkome pon boleh ape masuk paper bile dah berjaya melahirkan, asal lak artis je yag boleh? keh3.. tapi maw taw la ape yang perlu dibuat, bukan susah pon.. masuk jela paper.. gura-gurau tengahari. Sumber : http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=14520&c=1&s=1
Share:

Sunday, April 14, 2013

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

Bile dah tahu tarikh penting PRU-13 (baca sini) kali ni, jadi tepatlah mase untuk saye share kan kepade anda semue cara untuk semak pendaftaran dan maklumat peribadi anda berkaitan PRU-13. Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi Untuk PRU-13 boleh disemak secara online. Jadi tak perlu pening untuk pegi di setiap bilik gerakan untuk semak maklumat diri tentang PRU-13.

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

Caranya sangat mudah, anda hanya perlu kan connection (internet) dan IC untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Semakan Pemilih dan Lokasi Mengundi Untuk PRU-13. Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 secara online :

1. Klik link ini : http://daftarj.spr.gov.my/.

2. Isi no IC anda di kotak yang tersedia (di sebelah butang SEMAK).

Cara untuk membuat semakan secara online PRU-13 Secara Online

3. Klik butang SEMAK untuk mengetahui maklumat anda berkatitan PRU-13 selepas anda meletakkan no IC anda di tempat yang disediakan.

Kalau no IC anda benar dan valid.. segala maklumat berkaitan PRU-13 seperti lokasi tempat anda mengundi, tarikh dan masa mengundi, no siri, daerah mengundi dan lain-lain. Anda juga boleh membuat semakan untuk sesiapa sahaja warganegara Malaysia selagi tidak berlaku masalah hosting atau connection anda. Kalau berlaku runtime error, itu tidak bererti maklumat anda tidak valid walaupun sebelumnye anda sudah mendaftar, tapi kadang-kadang masalah website SPR tuh sendiri. So saran saye, rajin-rajin la check yer.. (^_^).
Share:

Thursday, April 11, 2013

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Jacket tuh adalah hasil seni dari aku sendiri. Smart tak? walaupun anda sume kate tak smart.. tapi aku tetap kate jacket tersebut smart.. sebab aku akan berbangge dengan ape yang telah aku hasilkan walaupun buruk dimate orang. Owh aku bukan nak kongsi dengan anda tentang jacket yang aku buat, tapi nak share sikit how to create jacket kat atas tuh. Serius very simple steps.

Untuk pengetahuan, aku tidak membuat jacket tersebut menggunakan aplikasi atau software-software yang mane memerlukan sedikit kepakaran dan keahlian dalam meng install software tesebut. Design untuk jacket tersebut aku buat secara online, maknenye.. anda jugak boleh menghasilkan jacket atau baju atau seluar atau yang berkaitan secara online.

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Memule, silekan anda untuk masuk ke website yang bagus ini : http://www.customink.com/. Kemudian sila ke bahagian Category atau Product (http://www.customink.com/categories/). Pilih jenis atau product yang anda ingin buat secara online di Customink.com, kemudian klik. Di sini product yang aku akan gunakan adalah T-Shirt (http://www.customink.com/categories/t-shirts/4/). Lepas kite dah pilih T-Shirt product, kite kene pilih yang lebih spesific, kat sini aku akan amik Long Sleeve. So klik kat situ (http://www.customink.com/categories/long-sleeve-t-shirts/17/styles).

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Kemudian pilih warna (pick color) yang anda mahukan. Kat sini aku akan pilih Gildan Ultra Cotton Long Sleeve T-shirt, klik pick. Kemudian Select a Color, Then Start Designing (http://www.customink.com/lab?PK=06100). Then anda akan dibawa ke page khusus untuk memulakan design mengikut selera atau kretivitas anda. Aku tak kretif sangat, tu pasal jacket yang aku buat tuh busuk jep (^_^). Owh lupe, kat situ, disediakan fasilitas seperti - Add Text - Add Art - Add Names. Hmm.. pandai-pandai lah anda ye, klik pada mane-mane yang rasenye boleh di klik ye. 

Buat Design Baju Secara Online. Terbaek ~

Lepas dah siap seme.. jangan lupe untuk Save/Send. If you dont understand, u can see SS kat atas ea. Create Design Name, your Email (sangat penting) untuk dihantarkan design yang telah anda siapkan ke email yang anda isi tadi, kemudian klik Save Design. Buka Email anda, dan anda akan dapat email dari CustomInk.com . Selamat ber design !! (^_^)
Share:

Korea Surgery ~ Anda Yang Suke Sangat Korea

Jangan terlalu taksub dengan kecantikan @ keunikan wajah-wajah orang Korea, anda semue takkan percaya kalau artis Korea yang anda suka tidak seperti yang anda sangkakan, bukan nak kate ape.. bende dah jadi dengan sangat jelas dan berlaku di depan mata semua orang.. KPOP lah, ape lah, nyaris sanubari saye tidak menyukai artis-artis Korea ni, lain lah mereka betul beriman pada Allah. Dan kalau mereka ini beragama Islam dan memahami Islam.. mereka tidak akan melakukan perkara yang haram seperti di bawah ini, anda yang sedang makan atau mood dalam keadaan baik, saye sarankan jangan tengok ye.. hehe :
Surgery 1 -31.

Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea
Korea Surgery ~ Kome Yang Suke Sangat Korea

Amacam still ada bran lagi dengan mereka nih? haha.. anda perasan tak bentuk muka orang-orang Korea nih guane? bentuk muka drang banyak yang petak dan muncung ke depan, so boleh dikatekan yang bentuk muka orang Malaysia lagi comey dan bagus.. tu pun tetap jugak nak buat surgery, cucuk sane sini.. macam-macam.. tak syukur dengan ciptaan Allah.. Nauzubillah.

Share: