Showing posts with label Free. Show all posts
Showing posts with label Free. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Wajah Baru Nuffnang + Entry Lenger

Wajah Baru Nuffnang + Entry Lenger

Aku rasa mende ni dah lama orang tahu.. tapi disebabkan aku rase nak post jugak pasal ni, so ape boleh buat. Terkesima jugak bile tengok template baru Nuffnang. Aku tanya dalam hati aku, eh ni drang create sendirik ke? wow  hebat lah.. sebab nampak simple tapi unik (simple+unic). Nak boleh tak en.Nuffnang? omG tidak boleh lah begitu.. kalau nak belilah..

Hahahaha.. kalau beli takpelah, aku lagi suke rope blog aku sekarang, walau ramai yang kata blog aku macam hantu tak puasa, its OK dan ianya tetap blog aku, lantak kome nak cakap ape pon.. kah3.. jangan risau, ini hanya en3 spontan dari aku melalui hati nurani nih.. aiseyhhh.. err.. macam da larik tajuk..

Sebenarnye aku agak pelik sikit sebab dah lama Nuffnang tak bagi BE kat aku.. hehe.. sebenarnye jawapan dia dah ada, yelah sejak dua menjak nih, kemalasan untuk menulis semakin menjadi-jadi, maybe sebab adanya streamix nih kowt.. aku download tak kire mase dan tempat, nyaris hafalan untuk imam tarawih tak boleh downlaod, kalo idak lah..

Aah la.. aku ni jenis yang gila internet, dari dulu sampai lah sekarang... walaupun dalu aku bengong tahap lipas bab2 internet nih, tapi dengan kesungguhan, kecekalan, kesanggupan nak belajo bab-bab IT nih, terbukti sudah hasilnyer.. alhamdulillah boleh la sikit2, banding dulu tak tahu langsung, folder pon aku tak tahu amende, sampai la satu tahap aku dok main2 dengan duit kat internet..

Best woo kalau sape yang tahu carik duit melalui internet.. tetambah pulak dapat withdraw lagi.. lagi lah tambah semangat nak carik sampai tak tercarik. Carik bukan carik kain ye, carik tu cari atau dalam bahasa inggeris search, andersten? bagus.. takut nati orang pikir, camne dalam en3 lenge nih ada perkataan carik kain pulak? dari banyak timbulnye masalah, lebih baik aku jelaskan awal-awal..

Hmm.. itu je kot? selamat berpose lah ye.. hahaha.. jangan marah kalau starting dengan ending macam tak kene dan tak betul.. sebab aku dah kata dari awal lagik, en3 ni hanyalah untuk mengisi keboringan dan membersihkan segala hubuk dalam blog nih.. so, almaklum lah macam mane gayenye (^_^)
Share:

Monday, August 6, 2012

Bacaan Doa Qunut

Panduan Dan Bacaan Doa Qunut 
Panduan Dan Bacaan Doa Qunut

Maksudnya :

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Note :

1.) Bila dibacakan untuk para makmum (imam), maka NI jadi NA. Contoh "Allah hummah diNI" (untuk seorang) "Allah hummah diNA" (untuk ramai orang.
2.) Hukum membaca qunut adalah sunnah Nabi SAW. Beliau membaca doa qunut setiap subuh sewaktu jadi imam.
3.) Boleh ikut, boleh jugak tak ikut. Ikut dapat pahala, tak ikut tak dapat ape-ape. Jangan jadikan hal yang remeh, (boleh buat dan boleh jugak tak buat) dijadikan hal besar. Perbalahan sana sini sampai sesuatu yang halal jadik haram.
Share:

Saturday, August 4, 2012

Software Pembuat Banner *GIF

Nak share software pembuat banner Ulead Gif Animator 5 (Full Version). Ahh.. sungguh tidak sanggup ku menahan kesakitan ini (resdung). Software ni bagi aku OK lah banding Photoshop, PS agak susah dan banyak tools2 yang perlu kite belajar untuk paham kan fungsi dia.


Software Ulead Gif Animator 5 (Full Version) lebih kurang macam PS, cume lebih simple dan mudah digunakan. Tak perlu rasenye aku sediakan tutorial cara menggunakan software Ulead Gif Animator 5 (Full Version). Tetambah bagi pengguna PS yang PRO.. huh tak pandang dah..

Aku pun dalam proses menaiktarafkan kekretifan dalam membuat banner. So alang2 nak share lah kat korang-korang yang berminat. Software nih 100% full version, jadi tak perlu risau nak carik crack atau patch dia, so tunggu ape lagik.. silekan download di bahagian bawah ye. Feedback anda sangat dihargai (*_^)


PS = Aku menerima tempahan create banner dari sape-sape lah (468 x 60 & 125 x 125) secara PERCUMA!!. Yang berminat, sila emailkan tempahan anda di ( duad1989@gmail.com)
Share:

Saturday, July 28, 2012

Software Pencari Driver Extrem

Mane BE nih!! alahai abg Nuff.. takkan bulan pose pon dekut nak bagi duit pose? bagi la satu due macam harituh.. lepas nih bagi ea.. (*_^)

Aku nak share software carik driver yang rasenye macam best.. sebelum ni pon aku pakai software Driver Magician untuk search driver, tapi tadi tetibe ada member aku mintak tolong carikkan driver untuk PC dia.. search punye search, terjumpe satu software yang menarik..

Kah3.. astagfirullah, bulan posa.. malas nak gebang lebih2, sebab banyak mende lagik aku kene buat. Ok software ni portable, size pon kecik, freeware lagik.. so takde masalah kalau nak carik yang fullversion ke ape, pakai yang ni je pon dah ok..

Software Pencari Driver Extrem

Aku dah try, cara keje software ni adalah mendetect driver dan hardware kite, biasanya automatic, so tinggal klik mana2 driver yang kite perlukan, nanti akan dibawa ke satu page/website, kat situ lah tempat untuk download driver tadi. Kalau tak salah dalam bentuk ZIP.

Aku rasa macam lebih menarik pakai software nih, dari pakai software ntah ape2 tuh.. ape2 pon try cube dulu, kalau ada masalah.. boleh roger kat aku atau comment jer kat bawah tu, lagipon aku nak remove dah intense debate, nak pakai yang default (*_^)

Share:

SendBlaster 2 Pro Edition |Update|

Sendblaster 2 Professional link tersedia di bahagian bawah. Update dari Sendblaster Pro Edition, untuk maklumat lebih lanjut.. sila lihat pada post terdahulu tentang sendblaster (DI SINI), kegunaannnya, cara menggunakan dan manfaat dari menggunakan software tersebut.

Tersedia dalam bentuk RAR tanpa password, di upload pada Mediafire filehosting, protecter by Linkhat @ Umediafire. If u want see the Link, Adf.ly and Adfoc.us will be appears, klik the SKIP ADS button and your download link will be appears by Linkhat.

Segala pertanyaan, sila tanyakan di Formspring - wadud89 (inbox) di bahagian kiri atas. Segala komen dan masukan anda sangat dihargai. Terima kasih.

Share:

Sunday, July 15, 2012

Cara Hantar Email Banyak Dalam 1 Klik

Hantar Email Banyak Sekaligus

Sebuah software yang membantu user untuk menghantar email yang banyak dalam satu klik, disediakan dalam bentuk RAR. Sendblaster ProEdition terupload di Mediafire dan berbasic Fullversion, bagi penggunaan software ini ada beberapa setting yang harus diperhatikan bagi tidak terjadi kesalahan semasa menghantar email.

Untuk features boleh dilihat di SINI. SendBlaster Fullverion akan di share di sini dalam masa terdekat. Pengguna boleh menggunakan SendBlaster ProEdition yang tersediadi bawah sebagai penggunaan awal sebelum menggunakan SendBlaster 2 Fullversion.

Tutorial cara menggunakan SendBlaster akan di bahas pada posting yang akan datang. Sebagai langkah awal, pengguna boleh mencari di mana2 search engina bagaimana cara menggunakan software ini. SendBlaster 2 boleh didownload di laman web SendBlaster namun masih berbasic trial. Untuk mendapatkan software SandBlaster Pro Editon, boleh download di bahagian bawah.

Share:

Friday, July 13, 2012

Engine Promoter Yang Mudah Dan Berguna

Selain dapat sen dari LoginWang.com.. boleh manfaatkan jugak fasilitas yang disediakan oleh owner website tersebut. Fasilitas yang dimaksudkan di sini adalah, engine promoter, di Loginwang mereka (admin) menyediakan fasilitas ini demi untuk memberi keselesaan kepada pengguna terutama mereka yang mencari engine promoter yang boleh diguna pakai dengan mudah dan sempurna.

Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
 Hanya dengan login sahaja boleh dapat wang. Daftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini




Cara menggunakan engine promoter ini sangat mudah, memerlukan sedikit kredit di account Loginwang untuk mempamerkan banner yang dipromote. Biasanya account di Loginwang bertambah dengan aktiviti login setiap hari di Loginwang, makin tinggi tingkatan seseorang di Loginwang, makin besarlah jumlah harian setiap login.

Bagi pengguna atau sesiapa sahaja yang ingin mencuba menggunakan fasilitas engine promoter di Loginwang, sila daftarkan diri anda DI SINI. Sebarang pertanyaan atau kemuskilan, sila bertanya di bahagian comment atau untuk lebih privasy boleh hantarkan soalan dan emailkan di duad1989@gmail.com. Admin hanya akan menjawab soalan yang dianggap rasional dan berkaitan Loginwang.com.
Share:

Thursday, July 12, 2012

Cara Unlock Huawei Broadband

Cara Unlock Huawei Broadband

Huawei Unlocker Fullversion adalah sebuah software yang di share untuk membantu mencari unlock code bagi pengguna broadband yang menggunakan simcard yang berbeza dari broadband asal. Contoh seseorang menggunakan Celcom broadband tetapi ingin menggunakan simcard maxis di Celcom Broadband tadi, jadi Huawei Unlocker Fullversion adalah pilihan terbaik untuk mencari unlock code bagi pengguna Huawei broadband.

Cara menggunakan Huawei Unlocker Fullversion sangat mudah, install hingga selesai, hafal code  IMEI Huawei di belakang badan Broadband contoh (hj123423kj3), pastekan pada software Huawei Unlocker Fullversion kemudian tekan tombol OK/SUBMIT/UNLOCK. Copy code di NCK dan pastekan pada Broadband Unlock Code, sudah dicuba dan berhasil.

Tersedia dalam bentuk RAR, sila extract di desktop untuk lebih mudah. Terupload di Mediafire filehosting, diprotect oleh LinkHat dan terhiden dengan Adf.ly & Adfoc.us. Skip Ad dari Adf.ly dan Adfoc.us untuk melihat mediafire file.

Share:

Saturday, June 23, 2012

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Pernah tak terjadi file yang tak boleh di delete? kalau orang komputer mesti dah lali dengan bende2 macam tuh. Kadang no Access atau access denied lah dan macam2 lagi.. macam kes yang baru aku alami, tapi salah aku jugak sebab ada file yang aku letak password atau aku block user nak bukak file tu. Kebanyakkan orang akan guna software Unlocker, tapi yang aku pakai ada satu software File Assassin.

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Bagi yang memerlukan, aku dah sediakan dua sftware kat bawah dalam satu folder. Satu Unlocker dan satu lagi File Assassin. Software FA tu sebagai alternatif lain.. kalau2 unlocker tak boleh pakai, cube pakai pulak FA untuk delete atau unlock file. Selamat mencube.. kalau ada masalah lain, share2 lah ye +_^. 

Opss cara nak guna ea? first install dulu kedua2 software atau salah satu software tadi, tiap kali nak guna software tu, klik kanan pada file atau folder yang tak boleh di delete / hapus, nanti dalam banyak senarai2 kat tepi tu, cube cari file nama UNLOCKER atau FILE ASSASSIN.. then, klik dan akan muncul "Are Sure For This Action?" lebih kurang macam tu lah, ok, ok dan ok. Siap.

Download : ** Mediafire
Share:

Thursday, June 21, 2012

Internet Downloader Manager 6.11Build 5 + Patch |Fullversion|

Internet Downloader Manager 6.11Build 5 + Patch |Fullversion|

Sajer nak share IDM 6.11Build 5 + Patch |Fullversion| kat sini. Mana tahu ada yang perlu, tap sekarang kalau nak carik IDM yang latest dan fullversion dah tak susah.. tinggal taip jer kat Google, dah settle. Tapi kene lah pandai sikit carik link2 yang power.. baru sedap nak download tanpa ada sekatan.. ^_^ Rasenye tak perlu aku jelaskan macam mana cara untuk Patch kan? yup.. selamat berdownload lah ye.

Download : ** Mediafire
Share:

Monday, June 18, 2012

Diary KPM 8 (PAR/PRA) Cara Mencari Masalah Penelitian

Diary KPM 8 (PAR/PRA) Cara Mencari Masalah Penelitian

Apabile kite boleh beradaptasi dengan baik di suatu tempat, itu menjadi hal yang bagus dan tepat untuk kite mencari masalah untuk dijadikan penelitian. Banyak cara boleh dipraktekkan untuk mencari permasalahan yang ada di suatu Kampung, dari sedikit pengalaman yang ada, aku lebih rasa senang dan seronok di Kampung yang agak pendalaman, sebab yang pertama kita dapat mengetahui budaya2 mereka, sangat jauh berbeza dengan budaya kite.. dan kedua, kebiasaannye, Kampung yang teletak jauh dari pusat bandar (pendalaman) mempunyai masalah yang boleh kite jadikan sebagai bahan penyelidikan dan itu lah yang tepenting.. kite dapat suatu masalah yang boleh kite teliti dan mencari solusi agar masalah tersebut teratasi.

Cube cari ruang dan masa yang sesuai dengan keadaan yang selesa.. maksudnye, jangan kite hanya pikirkan diri kite semata, tapi pikirlah keselesaan dalam kumpulan. Buat perbincangan antara kelompok dan buatlah keputusan yang tepat supaye penyelidikan kite berjalan dengan sempurna. Kekompakan dalam kelompok sangat penting dan menjadi perkara utama untuk menyelesaikan masalah di Kampung tersebut. Apa yang harus kite lakukan untuk mencari masalah-masalah di suatu tempat / Kampung? :

1.) Survey Awal.
Survey awal adalah membuat semacam penyelidikan secara umum. Artinye dalam survey awal tersebut, kite hanya melakukan aktiviti dengan berjalan, melihat kemudian menganalisis.

2.) Interview / Wawancara.
Tidak semua orang boleh diwanwancara atau interview, jadi untuk lebih mengenal pasti masalah di suatu Kampung tersebut, kite harus bertatap muka dengan orang2 ternama di situ. Misalnye Pak Geuchik, Ket. Pemuda atau Guru-guru dan setiap dari wawancara tersebut haruslah direcord sebagai bahan bukti dan Fieldnote.

3.) Study Group.
Setelah beberapa langkah yang kita lakukan dan hasilnya berjaya, barulah team atau kumpulan wajib membuat keputusan dari beberapa masalah yang ditemukan semasa melakukan survey awal dan interview. Ambil satu masalah dan fokuskan masalah tersebut menjadi masalah utama.

Dengan keputusan muktamad dari team, hasil dari keputusan bersama atas masalah yang diangkat harus menjadi tanggungjawap dan berani untuk mencari solusi walau dengan apa cara sekalipun. Menjadi perkara wajib bagi setiap team menolong antara satu dengan lainnya sekiranya berlaku perkara tidak diduga. Itulah yang dikatakan tadi, team harus pandai dalam mencari masalah penelitian dan berfikir jugak apakah solusi kedepan terhadap masalah tersebut, dengan itu barulah team boleh membuat penelitian dengan sempurna atas kesepakatan yang telah diakui bersama tadi.
Share:

Sunday, June 17, 2012

BlogWalking Dah Tak Macam Dulu?

BlogWalking Dah Tak Macam Dulu?

Pertame, trime kasih lah pada follower2 blog ini ntah sape2 aku pon tak kenal.. sebab bagi aku, kalau nak follow sekadar nak tambah member blog, lebih baik tak payah buat blog.. blog bukan sekadar untuk mencari kawan, tapi bagi aku yang lebih utama blog digunakan untuk menambah wawasan dan memberi masukan2 yang bermanfaat pada semua. Tu menurut aku.. tapi aku yakin, folower yang dah memfolow blog ini adalah orang2 yang suka sharing pengalaman, itu memang terbaik.. dan trime kasih la pada mereka2 ye.. ^_^

Kedue, aku nak ucap terime kasih jugak pada Nuffnang kerane still bagi jugak BE untuk Kehidupan Blogger Malaysia nih.. hihi.. walaupun aku sejak due menjak ni memalas je kojenye, tapi BE tetap berjalan. First BE UIP Madagascar 3 dan second BE DiGi Samsung S3. Ntah aku pon tak perasan yang ada BE baru, yela bukak pon dah jarang jadi nak hidang teh buat tetamu tu yang jadi problem sikit.. 

Mungkin aku nak bahas sikit topik padal BW ni lepas dah rase muak dengan sikap2 mereka yang melakukan aktiviti BW ni dengan cara yang salah. Bukan salah ape pon, takdelah sampai membunuh atau Meng Hack.. tapi cara yang dilakukan tu adalah untuk kepentingan peribadi yang jelas2 peribadi, aku ulang dua kali tu.. dulu kalau dalam SB (ShoutBOx) aku, ada orang BW mesti drang akan kata 'hi.. BW cini..' atau 'singgih sini' atau 'salam kenal' dan sebagainye, walaupun pada dasarnye aku rasa asyik menda yang sama je.. tapi OK lah sebab masih rasa nak jalan2 kat blog dia pulak..

Ni tak.. kadang aku bukak je blog ni, jarang sangat nak pandang SB.. sebab bile pandang jadi macam tension, padahal kalau diikutkan lantak la kan.. hah tu lah yang aku maksud kan dengan etika tadi, ble tak de kesedaran dalam diri, macam2 lah drang buat.. padahal kalau misalnye kite nak tukar link lah dengan blog dia, tapi sebenar link yang die bagi tu link ke arah lain, kebanyakkannye pada Ads atau yang berkaitan dengan duit, haishh.. sekali orang dah kene, dua kali orang pikir, dua kali dah kene, tige kali orang pikir.. dah kalau 10 kali kene, tak ke menyampah?

Jangan sampai satu hari nanti orang gunakan blog ni suatu yang tidak ada ape2.. sekarang pon kite dah boleh tengok, orang banyak amik jalan mudah untuk dapatkan duit, salah satu cara dengan traffic.. nak tarik traffik bukan perkara susah, cube pikir ape yang pengungjung suke? mudah nye.. traffic sangat mudah datang adalah dengan perkara2 berbau PORNO.. aah.. bukan tipu, memang betol.. tapi masalahnye, betol ke cara tuh? pikio lah sendiri ye.. kite buat, orang terlalai, orang terpengaruh.. hmm.. jawaple nanti.. kalau perkara baik takpe.. same2 la pikir ye.. ^_^..

Share:

Wednesday, May 23, 2012

Bahan Tausiyah Subuh #2

Bahan Tausiyah Subuh #2

Nih nak kongsi sikit pasal KULTUM TENTANG KEMATIAN, aku dah upload di Mediafire tinggal untuk di download jer.. KULTUM TENTANG KEMATIAN aku dapatkan dari berbagai sumber dan tambahan mengikut kata2 aku sikit. So kalau nak letak link tuan tanah tu rasa tak sanggup kot.. haha..

Kalau rasa nak tambah tolak silekan.. atau nak kongsi sekalipun terserah, cume kalau buleh dilinkkan lah pada entry pasal ni. Ok? paling2 gtau aku kalau nak amik (download).. kan mudah (^_^)

KULTUM TENTANG KEMATIAN
(Mediafire)
Share:

Monday, May 21, 2012

Doa Ringkas Selepas Shalat

Lamenyer tak update blog.. jari pon dah keras nak taip keyboard nih.. biasalah bukan semua blogger tegar macam Ben Ashaari, pergh masuk jugak nama beliau dalam blog aku. Tak dinafikan lah bro tersebut sangat ppular di kalangan para blogger lahen.. nak dibanding kan dengan aku? jauh la babe.. lagipon blog aku ni khusus buat sharing ilmu2, insyaallah tak termasuk mslh peribadi, kalau ada pon selingan jer.. hihihihi..

Kat bawah aku kongsikan Doa Ringkas Selepas Shalat. Korang boleh save as di laptop sebab aku kongsikan Doa Ringkas Selepas Shalat dalam bentuk Pic/Gambar, jadi mudah untuk korang save.. jadi jangan carik alasan susah nak carik Doa Ringkas Selepas Shalat.. kat internet berlambak (^_^)

Doa Ringkas Selepas Shalat

Doa Ringkas Selepas Shalat

Kalau rasa bermanfaat.. silakan kongsi entry atau Doa Ringkas Selepas Shalat ni pada orang lain.. skrang sangat mudah untuk share dengan kawan2.. ape yang xde? Facebook? Twitter? Myspace? Yahoo m? ntah macam2 malas nak tulis semua.. (^_^)
Share:

Thursday, April 26, 2012

Diary KPM 7 (PAR/PRA) Cara Beradaptasi

Diary KPM 7 (PAR/PRA) Cara Beradaptasi

Baru semalam aku ikut tahlil di tempat KPM, satu pengalaman besar bagi aku bile tahlil kali ni di Pondok Sayur (nama tempat bagi KPM). First time di pondok baru, sebelum2 ni kat desa Janarata jer.. bukan masalah tahlil atau masalah budaya ke ape, ni masalah keadaan semasa. Rasanya nanti akan membantu korang kalau2 mengalami keadaan seperti ini.

Pernah ada sorang bapak bagitau aku, orang sini majoriti ahli hisab.. terkejut aku, hahahahaha.. ahli hisab adalah ahli menghisap rokok, ceitss.. itu point yang pertama, masyarakat sini sering dengan rokok.. untuk point yang kedua, weather kat sini sejuk yang amat.. tambah2 subuh, jadi kalau time sembang berasap keluar dari mulut tu perkara biasa..

Point yang ketiga, masyarakat sini tak takut dengan asap.. serius kot, drang maybe lebih suka dengan asap. kenape aku cakap macam tuh? ni lah yang aku nak tulis kat sini, pengalaman first time bekawan dengan asap. Ape maksud berkawan denga asap ni?

Berdasarkan cerita aku kat atas tadi, lepas shalat maghrib berjamaah.. pak imam ajak kami (group KPM) semua pergi ikut dia tahlil, aku memang dah dapat gambaran jelas tentang tahlil tetsebut sebab dah 3-4 kali aku ikut majlis doa samadiyah kat sini. Biasanya dalam majlis tahlil sini, pertama Imam akan berselawat kira-kira 15 mint, lepas tu doa dan kemudian ada sedikit lagi selawat terakhir doa penutup.. tu semua aku dah nampak walaupun belum pernah lagi aku 'bawak' majlis tersebut..

Sesampainye aku kat Pondok Sayur, macam biasa lah rumah drang dan keadaan sekeliling semuanya aku dah biasa.. orang kampung lah katakan, tapi jangan sombong lagi. Melangkah lah kaki kami ke masuk ke dalam rumah yang dituju.. setengah jalan menuju ke hujung rumah, pak Imam berhenti dan bertanya "sini ke?" pada sorang lelaki tua.. rasanye pemilik rumah tu kot.. dia jawap, "ke hujung lagi pak.." kami pon berjalan sampai ke hujung. Tap!! terhenti aku bile sampai di sebuah pintu masuk, bior betol..

Tarmizi menolok ku dari belakang.. ertinya die suruh masuk lah.. aku pon tak pasti samada perasaan dia sama jugak. Setelah bersalaman dengan orang2 di rumah tersebut, aku pon duduk di sebelah pak Imam sebab aku tahu dia takkan suruh aku. Dari first aku kenal dia, aku dah bagitahu adat orang malaysia memang agak jauh beza dengan adat Gayo maupun adat Aceh, tapi tu bukan bererti aku tak belajar dari semua tuh.. semua tu sangat2 berguna untuk aku kedepan nanti..

Aku bersila dengan sedikit kekok ke kiri dan kekanan.. terkadang aku bersandar dan kadang sedikit membengkokkan badan ke depan, Sambil dalam hatiku berkata 'cepatlah habis', aku cuba kawal keadaan badan aku untuk menerima keadaan seperti itu.. ahhh.. mereka masih bersembang ntah apa topiknya, sebab semua dalam bahasa Gayo, aku cuba untuk memahami perbualan mereka.. tapi malaslah.. walaupun kondisi saat itu sangat2 membuatkan aku tidak selesa, tapi aku cube untuk beradaptasi dengan keadaan ketika itu.

Selepas 5 minit barulah sampai beberapa hidangan di hadapan kami.. sebenarnye aku bukanlah nak makan sangat, sebab waktu tu aku masih tak dapat kawal lagi kestabilan tubuh.. lastly aku cube cara kedua yaitu menghantar pesan sms pada kawanku.. 'kau ok ke?' dia menjawap 'aku tak boleh bernafas' dalam hati aku ketawa sambil menutup mulut rapat2.. artinya perasaan dia sama jugak seperti aku. Dipendekkan cerita, habis lah sudah majlis tahlil arwah tadi.. kami pun berangkat pulang dengan membawa perut yang agak membujut sikit ke depan.

Macam mana tadi, ok ke? hafni menjawap 'ok lah sangat' dalam hati aku ketawa, mane tak oknyer, berasap satu rumah.. dalam rumah boleh buat unggun api, kalau api saje takpe, ni dengan asap2 sekali.. wow, betul2 mencabar, yang aku pelik, drang relax jer padahal dalam rumah tu dah penuh dengan asap.. subhanallah.. siap lepas makan boleh rokok lagik, memang betol2 bersahabat dengan asap lah, dari atuk, ayah, mak, abg, kkk, sampai ke adik dia.. sumer relax, macam bukan nafas oksigen lagi dah..

Kesimpulan kat sini, walau macam mane pon keadaan yang kite tempuhi atas sebab nakkan ilmu.. tempuh la dengan sesungguhnye.. walau macam mane cara yang akan kita gunakan, tak kisah la ape sekalipun, yang penting matlamat kita tercapai demi mendapatkan secebis ilmu, kalau aku blah jer masa tuh.. sampai bile2 pon aku tak dapat rasakan oksigen asap selama aku hidup kat dunia nih.. (^_^)..
Share:

Monday, April 23, 2012

Diary KPM 6 (PAR/PRA) Contoh-contoh Aktiviti Dan Penelitian

Diary KPM 6 (PAR/PRA) Contoh-contoh Aktiviti Dan Penelitian

Lepas korang dah kenal dengan Pak Kechik, masyarakat dan orang2 penting di Kg tersebut.. sekarang adalah masa tepat untuk korang realisasikan tujuan atau matlamat sebenar kite di Kg tersebut. Sebelum sampai ke tempat KPM pon, kite mesti dah ada sedikit buah pikiran ape saje activity yang perlu dilakukan di Kg tersebut. Aku sarankan, setiap dari idea yang terlintas atau memang ada, catat di buku harian masing2, tak kisah la aktiviti ape sekalipun, yang penting berkaitan dengan KPM.

Pengalaman aku kat sini, selama berada kat Bener Meriah ni perjalanan aktiviti dan penelitian aku agak tersangkut.. kenape boleh jadi macam tu? first kroang kene ingat ni, setiap dari group wajib ada ketua, second kompak lah bersama group korang dan buat satu jadual harian, misalnya hari ni nak pegi survey, besok nak jumpa pak imam, bosok pulak nak gotong royong, besok nye lagi nak itu dan ini.. kalau jadual tak ditentukan, hasilnye korang akan malas dan projek KPM mesti tersangkut.

Biar kerja lebih menarik dan sempurna, lantik lah ketua yang betul2 boleh bekerja dengan baik, ini memang penting sebabnye kalau ketua korang pon mereng.. anak buah pon mereng la, dah ketua, anak buah mereng.. kerja jadi ke? bukan ape, aku dah serik kalau macam tu.. rasenye korang semua pon dah penah rasa.. jadi, kalau rasa tak nak rasa macam mana rasanye perasaan semua tuh, buat la sesuatu yang boleh menghilangkan rasa tu ^_^..

Contoh aktiviti yang boleh korang buat sangat banyak, opss.. ni bukan penelitian ok, ni aktiviti harian, kalau penelitian tuh lain lagi, itulah kalau korang ikut KPM (PAR/PRA) akan diminta dua buah laporan, satu laporan aktiviti harian kita dan satu lagi laporan group yaitu berkaitan penelitian yang kita buat. Ok ape je aktiviti yang boleh kita buat? meh tengok sini :

1.) Jadi Imam @ Muazzin @ Tausiyah.
2.) Mengajar di TPA/TK (sekolah2 rendah @ menengah)
3.) Berbaur dengan masyarakat, snap ape saje gambar yang rasanya penting sebagai bahan bukti pengabdian kite.
4.) Aktiviti dengan masyarakat (terserah), contoh gotong royong, interview ketua2 di Kg tersebut, ziarah rumah ke rumah, tolong keluarga misalnya petik kopi (Bener Meriah), DLL.

Kalau dari segi penelitian, sebenarnye lebih fokus pada Kg masing-masing, kene peka, buat sedikit survey nanti barulah kita tahu ape saje masalah yang dialami oleh orang kampung. Misalnye, kite buat penelitian mengenai :

1.) Faktor ekonomi.
2.) Faktor keagamaan.
3.) Faktor kemashalatan masyarakat (budaya).

Fokuskan pada satu je penelitian yang rasanya mudah, kalau kami (group KPM aku) buat penelitian mengenai TPA. TPA di tempat kami memang ada, tapi kestabilan pengurusan TPA tu kurang.. antara faktor lain, kurangnye tenaga pengajar, gaji takde bagi pengajar, sedengkan ruang khusus TPA memang ada.. itu antara masalah yang harus kami cari solusi agar TPA tetap teguh dan berjalan setiap hari. Bermacam lagi masalah yang ada di setiap Kg, group KPM wajib mainkan peran, ertinye haruslah rajin, banyak fikir, ramah tamah, kalau datang KPM untuk tidor je lebih baik tak payah datang.. makanya pake kartu AS.. ^_^

Kesimpulan.. group korang mestilah kuat, mesti kene ada persamaan dalam membuat keputusan, baru2 ni je aku dah naik angin.. yelah, team aku buat derk je, bile kite bagi idea, no respon.. bile dah sampai tahap, baru nak pandai2, ajak bincang buat macam haram, bile takde kegiatan baru cuak nak buat tu ni.. pandai cakap, tak pandai buat, kalau aku ni jenis pentingkan diri sendiri, dah lama aku buat diam je.. nak kata bodo, team aku jugaks.. penyudahnye, kene sound baru tegak kepala.. ape2 pon, pandai lah korang tackle group korang.. yang penting, jangan harapkan drang sangat, buka fikiran korang luas2 dan tetapkan tujuan sebenar kite kat sini, ada perancangan insyaallah settle permasalahan. ^_^.
Share:

Sunday, April 22, 2012

Diary KPM 5 (PAR/PRA) Ape Perlu Buat Pada Hari Pertama?

Diary KPM 5 (PAR/PRA) Ape Perlu Buat Pada Hari Pertama?

Pertama berharaplah kepada Allah supaya Dia memberikan kenikmatan, kebaikan dan kesejahteraan kepada kita apabila ditempat orang nanti.. mohonlah kepada Allah agar diberikan Pak Kechik dan keluarganya yang baik2 supaya senang nanti kita nak berinteraksi dan menjalankan tugas KPM. Hubungan baik dengan Pak Kechik sangat2 penting bagi mahasiswa KPM, sebab nanti Pak Kechik lah yang akan merekemen (recommend) perilaku baik dan buruk kita selama KPM.

Alhamdulillah, aku Tarmizi dan Hafni (group KPM) dapat Pak Kechik yang sempoi, baik, peramah DLL.. ada dengar cerita dari dak KPM yang lain, dapat Pak Kechik yang agak kaya buts agak selfish cikit.. hurmm.. mana yang kroang pilih, behavior or material? kalau aku, aku lebih memilih yang baik walaupun dalam kalangan keluarga yang sederhana.. ok ape, makan cukup sampai tak larat, tidor puas, kerja KPM mudah, keluarga semua baik2.. time kasih ya Allah..

Berbalik pada pembahasan kita, ape je sebenarnye yang perlu kita buat atau fikirkan bila dah sampai ke destinasi KPM? takkan nak cover macho? nak mengkedarah? atau nak usha kot2 ada la awek2 yang cun? weyyy... awek2 cun pon ada bende yang drang nak pikir, jadi jangan salah2.. hehe.. nanti di tempat KPM, korang telah ditetapkan oleh P2M tempat2 atau desa2 tertentu, nanti kat situlah Pak Kechik akan menyambut korang untuk dibawa ke desa (KPM) dimana desa tu lah korang duduk 45 hari..

Sebagai pembukaan, kenal-kenalan lah dulu dengan Pak Kechik dan keluarga beliau.. jangan terlalu pikirkan project yang akan kita buat, tapi jangan pulak tak pikir langsung, sambil menyelam minum air.. maksudnye, lihat dan pegang lah ape saje yang dirasakan boleh menjadi bahan penyelidikan kite. Dalam pada masa yang sama, sifat ramah tamah dah menjadi perkara yang wajib bagi setiap mahasiswa KPM.. korang kene pandai tackle Pak Kechik, ikutlah macam mana cara sekalipun, sebab kekuatan terlaksananye project kita 90% ada pada Pak Kechik..

Dan jugak, jangan lupe.. antara matlamat lain korang adalah tackle masyarakat, paling tidak ada lah LINK dengan jiran2 terdekat. Alhamdulillah sampai saat ni, kami (group aku) dah berjaya tackle orang2 besar kampung Benar Meriah.. contoh : Pak Kechik, Pak Imam, Ketua tu dan ketua ini.. maksudnyer, insyaallah desa Bener Meriah ni kenal adanya anak KPM di Kg Bener Meriah ni.. nampak tak?

Untuk hari yang pertama, antara pekerjaan lain selain tackle menackle, cube santaikan diri. Contohnye tido, makan ke, sembang2 dengan kawan yang penting relax sebab besok dan seterusnye otak kite dah kene bekerja kuat berfikir masalah dan jalan penyelesaian. Untuk ape jer kegiatan yang boleh kompromi dengan masyarakat, nanti kite akan bahaskan di Diary KPM yang selanjutnya.. (^_^)
Share:

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Aku ada terdengar dari kawan2 Aceh tentang L300, drang cakap L300 ni setan jalanan sebab pemandu2 L300 semuanya bawak macam besok dah nak kiamat, laju giler bapaknye adoi pon ter ber (pengaruh johan la ni).. sampaikan, bile dengar L300, mesti akan ada anggapan yang negatif, mana taknyer.. nampak cantik jer dari luar, tapi time bawak die dah tak cantik lagi, nak masuk simpang main terjah jer.. signal punya smart bapak..

Saper yang tinggal @ belajar @ penah datang Aceh tak asing lah dengan istilah L300 nih.. labi-labi lain lagi, 85% baik labi2 berbanding L300 nih.. ok ape sebenarnye L30 ni ye? makanan untuk dikunyah ke, atau shotgun new brand? atau sejenis mamalia pemakan pisang? L300 adalah sejenis Van pengangkut, biasanya L300 digunakan untuk travel yang jauh. Tapi kan dah tahu susah naik mendalah tu, nape naik jugak?

Baik soklan tuh.. ini berkaitan dengan 'kemurahan hati' (harga) berbanding kenderaan pengangkut yang lain.. lebih murah, lebih laju dan lebih melebihi dari ape pun kenderaan kat dunia nih. Bagi aku, kalau bukanlah disebabkan kenderaan penangkut mahasiswa KPM ni telah ditetapkan naik jugak L300 ni, aku dah sewa innova atau kijang. Bagi aku biarlah mahal sikit tapi selesa sebab perjalanan yang kita tempuh akan membuatkan rase sesal tu hilang.. jauh sangat (Bener Meriah = 8jam 30mnt)..

Dengan keadaan jalan lagi yang sangat baik.. highway oldskull yang korang akan melihat sendiri suatu saat nanti.. thats cool, aku dah penah pegi Medan, so merasa lah dulu naik L300 sebelum KPM ni.. ^_^.. jadi persoalannye.. perlu ke kite pikir pasal L300 ni? kan banyak lagi yang perlu di pikir? adakah L300 akan menjadi suatu yang akan menghantui kita pada masa akan datang? cewah soklan dia..

Jawapannye adalah, ni menurut pandangan aku, lain orang lain cara pandang.. kan? bagi aku, kite (dak2 KPM) jangan banyakkan pikir tentang L300, sekadar bawak sembang untuk tahu takper.. ni dah sampai menyangkut masalah hati, hahahaha.. sebenarnye, L300 tu ok2 jer.. yang jadik masalah adalah keadaan luar, lagipun aku tengok, bukan masalah macam mane, tapi masalah jalan yang bengkang bengkok, lubang sana sini.. tu jer, ok ape drang bawak laju.. cume tu lah, kene banyakkan zikir (^_^) mintak dilindungi.. aku buat entry ni, cume nak betulkan persepsi kite.. banyak lagi yang perlu difikirkan..

Dari kome sume mikir pasal L300 nih, lebih bek pikir ape je yang perlu korang buat nanti dah sampai.. dan ready ke segala macam mende2 yang diperlukan untuk penelitian nanti, tu lebih bagus dari dok pikir L300.. enjoy lah sikit, bile lagi nak merasa kan? pengalaman semua tu.. berharga woo..

Seat dalam L300 ada 10.. jadi, nasihat aku dapatkan lah tempat duduk di bahagian tengah. Aku dah cukup seksa dapat tempat duduk kat belakang sekali, alhamdulillah nyaris sebelum ni dah penah rasa.. so dapat la kawal2 sikit pening jalan tu.. lagi satu, untuk menyingkat waktu perjalanan, korang tido jer start dari awal perjalanan.. biasanya akan ada R&R, tapi tergantung pemandu jugak.. jadik, janganlah takut tak menentu ye.. L300 je pon bukan keter kebal bro.. ape2 pon, sebelum berangkat makanlah sampai kenyang, jangan nanti mintak kat bro L300 tu berenti sat nak makan.. kalau tak pon, bawak la makanan sikit, kacang ke ape ker.. enjoy jer bro. hihihihi..
Share:

Thursday, April 19, 2012

Perhatian Kepada Semua Nuffnanger !!

Balik jer dari kebun kopi terus aku bukak gmail dan ternampak sudah email dari Nuffnang.. macam ada mende baru.. Nuffnang ada bagi berita kepada semua Nuffnanger agar menukar code@Ads kepada code yang baru. Dari yang aku paham, code yang baru ni lebih "ringan" load dia berbanding code yang lama. Blog aku baru jer tukar kepada code yang baru, pihak nuffnang jugak menasihati kepada semua Nuffnanger agar menukar code yang lama kepada code yang baru. 

Untuk menukar kepada code yang baru, korang boleh masuk di bahagian Ads di Nuff Profile masing2, cara pemasangan sama dengan cara yang dulu.. hanya code jer agak berubah sedikit.. Gudluck guys.. ada masalah, sound je kat bawah yer..

Perhatian Kepada Semua Nuffnanger !!

Email dari Nuffnang :

Dear Nuffnanger,

We at Nuffnang are always looking to make your blogging experience smooth, flawless and of course much much better. ;)

With the constant need to be better, we are launching brand new Ad Codes! These new Ad Codes are optimized to load without affecting the rest of your blog’s content to load. You can find these new codes at the Add Ad page in the blogger area at http://www.nuffnang.com.my/blogger/add-ads/.

The existing Ad Codes will be functioning as per usual but we do advise all bloggers to change to these new codes.

If you ever need any help from any of us, please feel free to use our Nuffnang Help Desk and we will be responding to your issues quicker and more effectively than ever.

Thank you so much for your cooperation! :)

Cheers,
Community Relations,
Nuffnang Sdn. Bhd.

Nuffnang - Asia Pacific's First Blog Advertising Community

Sekian sedikit berita terbaru dari aku kepada semua blogger yang menggunakan iklan dari Nuffnang, mana la tahu ada blogger yang tak tahu?.. kalau dah drang mintak tuko, ape salahnyer tukar.. mana tahu lebih baik.. hehehe.. boleh lah jek2 cikit Nuffnang.. kui2.. Opss.. kalau nak translate boleh ke http://translate.google.co.id/

Credit :
Share:

Thursday, April 12, 2012

Bilakah Hari Kiamat?

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk jelas

Saje bukak2 Nuffnang statistic di blog aku dengan kata kekunci yang power atau sering dicari, memang terkejut jugak sebab antara keyword yang top pencarian di blog aku adalah KIAMAT.. maksudnyer, bukan nak kata blog aku fames dengan artikel2 kiamat, tapi pencarian orang ke arah tu.. drang mencari apakah KIAMAT tu? tanda2 KIAMAT? bile berlaku KIAMAT? ini sangat terkait dengan terjadinya gempa bumi di serata dunia. Bukan hal bohong kalau kata gempa susulan selepas gempa di Bumi Acheh adalah di Mexico, macam mana aku tahu? boleh cube tengok kat sini..

Kalau korang perasan, semasa berlakunya gempa2 ni, cuaca tak menentu.. angin sejuk, bintang banyak penuh satu langit, lambat gelap walau dah pukul 7.30.. ni bukan aku saje reka cerita, tapi ada rasa perasaan tuh semacam suatu yang pelik.. sekali bala datang, tubi2 Allah bagi.. serius aku memang takut gile.. almaklum dosa tersangat banyak.

Aku submit artikel ni antara lain sebab rasa penting untuk kite semua selami jiwa masing2, kearah mana tujuan kita yang sebenar kat dunia nih.. ape matlamat hidup di akhirat? jangan pikir dunia dah.. macam2 dah berlaku kat dunia ni, dunia pun dah tua sangat dan tak sanggup nak menampung kehidupan manusia.. tambah2 kejahatan yang semakin bermaharaja-lela kat mana-mana.. esh takut aku nak tulis.. teringat pulak dosa2 aku, dengan Tuhan (Allah), diri sendiri, mak ayah, sedara mara, sahabat karib, kawan-kawan.. tak sanggup nak pikir lagik dah.. banyak sangat..

Bile teringat KIAMAT akan jadi hari ni (jumaat)? aku rasa tak tentu arah.. ape je barang yang aku dah prepare, kelengkapan2 dan simpanan aku cukup ke.. comfirm2 kene bantai dengan Malaikat sebab tak cukup simpanan.. arghhh.. meremang bulu roma, kalau lah jadi KIAMAT hari ni.. serius cakap aku tak de ape2 nak jawap depan Tuhan nanti.. sangat2 mohon sangat dilepaskan azab akhirat. Hari Kiamat sape yang tahu bile berlaku? takde sape yang tahu walaupun ada ramai yang kata berlaku hari jumaat, tapi itu semua kehendak Allah.. anytime.. gilo hang.. cuak bapaknye..

Bilakah Hari Kiamat?

Klik gambar untuk lebih jelas

Korang boleh tengok gampa2 susulan yang berlaku baru2 ni.. aku ada letak SS kat atas.. tengok betapa banyak? dalam satu hari 24 jam, bepuluh2 gempa berlaku kat seluruh dunia.. so.. sape tahu bila KIAMAT berlaku? dengan keadaan manusia yang tak tentu atah, cuaca pon jadi takut dengan kuasa Allah.. anytime jer KIAMAT akan jadi.. walau aku main cakap ikut sedap mulut, tap betol tak ape yang aku sampaikan? tak mustahil hari ini, besok, lusa, tulat? minggu depan? lebih baik aku cepat2 muhasabah balik diri nih.. terlalu dunia sangat rupenye aku.. astagfirullahal azim.. mudahan2 Allah menerima taubatku dan kalian semuanya.. AMin..

Credit :
Share: