Showing posts with label Promote. Show all posts
Showing posts with label Promote. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Engine Promoter Yang Mudah Dan Berguna

Selain dapat sen dari LoginWang.com.. boleh manfaatkan jugak fasilitas yang disediakan oleh owner website tersebut. Fasilitas yang dimaksudkan di sini adalah, engine promoter, di Loginwang mereka (admin) menyediakan fasilitas ini demi untuk memberi keselesaan kepada pengguna terutama mereka yang mencari engine promoter yang boleh diguna pakai dengan mudah dan sempurna.

Program terbaru dan Pertama di Malaysia!
 Hanya dengan login sahaja boleh dapat wang. Daftar Percuma.
Hadiah menarik lagi. Ada iPhone, DELL Laptop, Vivaz Sony Ericsson.
Jadi yang terawal. Saya telah berdaftar di sini




Cara menggunakan engine promoter ini sangat mudah, memerlukan sedikit kredit di account Loginwang untuk mempamerkan banner yang dipromote. Biasanya account di Loginwang bertambah dengan aktiviti login setiap hari di Loginwang, makin tinggi tingkatan seseorang di Loginwang, makin besarlah jumlah harian setiap login.

Bagi pengguna atau sesiapa sahaja yang ingin mencuba menggunakan fasilitas engine promoter di Loginwang, sila daftarkan diri anda DI SINI. Sebarang pertanyaan atau kemuskilan, sila bertanya di bahagian comment atau untuk lebih privasy boleh hantarkan soalan dan emailkan di duad1989@gmail.com. Admin hanya akan menjawab soalan yang dianggap rasional dan berkaitan Loginwang.com.
Share:

Thursday, July 12, 2012

Cara Unlock Huawei Broadband

Cara Unlock Huawei Broadband

Huawei Unlocker Fullversion adalah sebuah software yang di share untuk membantu mencari unlock code bagi pengguna broadband yang menggunakan simcard yang berbeza dari broadband asal. Contoh seseorang menggunakan Celcom broadband tetapi ingin menggunakan simcard maxis di Celcom Broadband tadi, jadi Huawei Unlocker Fullversion adalah pilihan terbaik untuk mencari unlock code bagi pengguna Huawei broadband.

Cara menggunakan Huawei Unlocker Fullversion sangat mudah, install hingga selesai, hafal code  IMEI Huawei di belakang badan Broadband contoh (hj123423kj3), pastekan pada software Huawei Unlocker Fullversion kemudian tekan tombol OK/SUBMIT/UNLOCK. Copy code di NCK dan pastekan pada Broadband Unlock Code, sudah dicuba dan berhasil.

Tersedia dalam bentuk RAR, sila extract di desktop untuk lebih mudah. Terupload di Mediafire filehosting, diprotect oleh LinkHat dan terhiden dengan Adf.ly & Adfoc.us. Skip Ad dari Adf.ly dan Adfoc.us untuk melihat mediafire file.

Share:

Wednesday, July 11, 2012

PDF Panduan Shalat Tarawih


PDF Panduan Shalat Tarawih di bawah lengkap disediakan termasuk cara imam dan bilal semasa menjalankan tugas selama shalat tarawih berlangsung. Termasuk juga pengertian dari setiap bacaan imam dan bilal, Niat, Doa Imam, dan bacaan bilal.

Diambil dari sebuah website dan dikongsikan di sini sebagai panduan orang ramai dan terkhusus pada Pelajar Tahfiz, Para imam dan bilal. Disediakan dalam bentuk PDF dan diupload di Mediafire filehosting dan diprotect oleh Linkhat @ Umediafire.

File di bawah juga ditindih oleh Adf.ly dan Adfoc.us. Untuk membuka dan mula mendownload file PDF Panduan Shalat Tarawih, sila klik SKIP dibahagian atas Adf.ly dan Adfoc.us supaya file PDF Panduan Shalat Tarawih terlihat.

Share:

Saturday, June 23, 2012

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Pernah tak terjadi file yang tak boleh di delete? kalau orang komputer mesti dah lali dengan bende2 macam tuh. Kadang no Access atau access denied lah dan macam2 lagi.. macam kes yang baru aku alami, tapi salah aku jugak sebab ada file yang aku letak password atau aku block user nak bukak file tu. Kebanyakkan orang akan guna software Unlocker, tapi yang aku pakai ada satu software File Assassin.

Delete File Yang Tak Boleh Didelete

Bagi yang memerlukan, aku dah sediakan dua sftware kat bawah dalam satu folder. Satu Unlocker dan satu lagi File Assassin. Software FA tu sebagai alternatif lain.. kalau2 unlocker tak boleh pakai, cube pakai pulak FA untuk delete atau unlock file. Selamat mencube.. kalau ada masalah lain, share2 lah ye +_^. 

Opss cara nak guna ea? first install dulu kedua2 software atau salah satu software tadi, tiap kali nak guna software tu, klik kanan pada file atau folder yang tak boleh di delete / hapus, nanti dalam banyak senarai2 kat tepi tu, cube cari file nama UNLOCKER atau FILE ASSASSIN.. then, klik dan akan muncul "Are Sure For This Action?" lebih kurang macam tu lah, ok, ok dan ok. Siap.

Download : ** Mediafire
Share:

Wednesday, May 23, 2012

Bahan Tausiyah Subuh #2

Bahan Tausiyah Subuh #2

Nih nak kongsi sikit pasal KULTUM TENTANG KEMATIAN, aku dah upload di Mediafire tinggal untuk di download jer.. KULTUM TENTANG KEMATIAN aku dapatkan dari berbagai sumber dan tambahan mengikut kata2 aku sikit. So kalau nak letak link tuan tanah tu rasa tak sanggup kot.. haha..

Kalau rasa nak tambah tolak silekan.. atau nak kongsi sekalipun terserah, cume kalau buleh dilinkkan lah pada entry pasal ni. Ok? paling2 gtau aku kalau nak amik (download).. kan mudah (^_^)

KULTUM TENTANG KEMATIAN
(Mediafire)
Share:

Thursday, April 5, 2012

Buffered Earning Lagik.. wa...

Buffered Earning Lagik.. wa...

^_^ hek.. betol lah orang cakap, baik di bals baik.. jahat dibalas jahat, hari tuh aku ada sound orang.. hari ni aku pulak kene sound.. betol2, hari tu aku tolong Nuffnang, hari nih Nuffnang lak tolong aku.. baru jer bagi buffered earning kemarin.. dah ada yang baruh.. baruh dan baruh.. hehe thanks Nuff..

Kalo ada perasan, ritu nuff bagi BE Honda Hybrid Launch kan? (check kat sini) kali nih Nuff bagi BE Magnum Fashion Royale pulaks.. hahai.. rezeki jangan ditolak, nanti susah dapat jodoh.. yeke? ntah ler..

Yang ponting, entry ni khusus ucapan time kasey pada Nuffnang sebab dah bagi BE baru lagik kat aku.. ^_^ senyum itu sedekah, amik konsep orang niaga, walau satu sen.. itu adalah hasil titik peluh dia dalam mempromosikan hasil jualan drang..

Macam aku.. dah Nuff nak bagi, aku dengan tangan terbuka la.. takkan nak tolak pulak, bodo namanyer.. hehehe.. okeh lah.. thanks yer Nuffnang dah bagi BE Magnum Fashion Royale kat blg nih.. masyuk lagi aku.. alhamdulillah.. (^_^)

Credit :
Share:

Monday, April 2, 2012

Cara Menguruskan Jenazah Lengkap ~Software~

Cara Menguruskan Jenazah Lengkap ~Software~
 
Tadi time pembekalan untuk peserta KPM (PAR) tentang pengurusan jenazah aku rasa fail la.. cara dia tunjuk pada kita tuh tak memberi kesan yang positif pada peserta.. maksudnyer peserta takkan boleh buat macam mana diajar kat depan tadi melainkan praktis sendiri.. paling2 pon diorang buat la secara teratur, terbuka, ni tak.. mahasiswa/i duduk sampai kat belakang.. macam mana nak nampak? kalaupun berdiri, takkan habis semua orang nak berdiri, mesti kucar kacir.. esh2.. belajar dari kesalahan, taklimat tu kat Lab School Unsyiah, aku terbaca ada satu tulisan "Make Mistake And Learn From Them" .. gud ~ ~..

Alang2 aku dah tak puas hati dengan pembekalan tantang tahjiz mayit tadi.. serius aku nak share satu software menarik yang aku dapatkan dari satu forum popular (Syok.org).. nama software dia I-Jenazah Full Mediafire. So ape kelebihan dari software ni? jom usha2.. : -

1.) Diajarkan secara lengkap step by step cara pengurusan Jenazah dari Mandikan jenazah sampailah mayat diKuburkan.
2.) Tersedia dalam bentuk animasi/gambar dan suara.
3.) Mudah digunakan (mesti ada flash player) untuk gunakan software ni. (kalau takder boleh request)
4.) Diawal, disediakan jugak Pengenalan, Modul dan Persoalan.
5.) Size 68 Mb (extract menggunakan Hjsplit).

Aku rasa software ni sangat2 pentng bagi setiap orang apetah lagi mahasiswa, di jurusan agama lagi tu.. kalau rasa malu nak praktek, boleh jer tengok@guna software ni sebagai tembahan ilmu korang.. tak rugi, bukan perlu bayar pada aku pon.. ok? tentang cara menggunakan software I-Jenazah ni.. kalau rasa pening nak guna.. boleh tanya di bahagian comment.. gudluck ^_^..

Cara Join software I-Jenazah :

1.) Download Hjspilt.
2.) Letakkan file2 yang korang download tadi di desktop.
3.) Open Hjspilt, klik pada Join, cari file yang di download tadi (dekat desktop) dan klik pada 001.
4.) Tunggu hingga selesai, dan joinning complete.

Kalau rasa penin camne cara nak join.. boleh request kat aku tutorial dalam bentuk video.. rasanya tak perlu bagi yang expert2.. haha.. okeh.. pkul 8.30 aku nak gi taklimat KPM lagik.. kali nih pasal PAR dan PRA.. terbaek2.. selamat besengkang mate lah ye.. hehehe..

Download From Mediafire :


Share:

Sunday, March 25, 2012

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link

Cara untuk follow balik orang yang follow kite, tapi tak balik link pada Shoutbox.. banyak kali terjadi, sejak dua menjak nih ada jugak blogger yang follow blog aku tapi tak bagi link ke blog dia.. untuk aku balas balik jasa dia, dan boleh jugak sharing2 ilmu.. aku follow dan bagitahu "we a friend" hehehe.. maybe aku kurang beramah mesra dengan blogger lain, yelah.. banyak lagik keje yang perlu den settlekan.. lagipon, my blog ni tempat aku share segale macam ilmu yang terdetik aku nak share.. software of cos la kan..

Yap.. jadiknyer.. nileh aku nak share, camne cara untuk follow orang yang tak bagi link pada kita? mudah jer sebenar step dia dan simple, rasa ramai dah tahu.. tapi tetap jugak den nak bagitahu.. ilmu jangan disecret? dosa2? okeh aku malas nak buat tutorial dalam bentuk tulisan.. sebab kat sini aku nak bebel jer kat korang.. kikiki.. ada aku buat tutorial dalam bentuk video kat bawah.. usha2 lah yer.. jangan lupe LIKE @ ThumsUp.. tapi kalu ada jugak yang nak request tutorial dalam bentuk tulisan.. buleh jer.. ^_^..

Cara Follow Blog Orang Yang Tak Bagi Link

Share:

Thursday, March 15, 2012

Doa Lihat Cermin, Doa Keluar Masuk Rumah

Macam janji aku sebelum ni, nak share Doa Tengok Cermin lepas aku share hari tu pasal Doa Pakai dan Buka Baju kan? sekadar sharing, bile aku search kat google pasal Doa Tengok Cermin ni.. belambak dia kuar sampai terhang2 laptop 1Malay adik aku nih.. maksd yang nak disampaikan kat sini, tak susah kalau nak cari satu2 info tu, tambah2 zaman sekarang.. korang boleh jugak try search dengan keyword "Doa Lihat Cermin" "Doa Keluar dan Masuk Rumah".. carik yang shahih lah, tapi kebanyakkan orang share mende baik ni mestilah baik jugak kan, macam yang aku share kat bawah ni, banyak lagi Doa Tengok Cermin yang berbeza, boleh jer amalkan selagi tak melanggar batasan Iman kite kan? kat bawah tu doa yang berformat JPEG, so korang boleh save as pada HD atau laptop korang.. 

Jadik jangan kata takder cara untuk hafal doa.. siap boleh save2 lagik, haha.. anytime bolehh usha, bukan susah nak hafal, ape mende sekalipun yang berkaitan dengan hafalan ni mudah, cume nak ngingat jer yang agak susah la sikit.. hafalan ni hanya perlukan ketekunan, concentrate, hari-hari.. tu jer, pengalaman aku hafal quran ada cara paling mudah untuk hafal quran.. aku pernah try dan ust aku jugak rekemen cara ni pada orang yang agak susah nak lekat ayat quran kat kepala dia.. satu muka penuh quran, korang hanya baca 40 kali tanpa menghafal.. sebelum sampai 40 kali pon korang akan dapat hafal dengan mudah.. series.. tapi tu bukanlah hafalan di hati, tu hafalan di lidah jer.. macam doa ni jugak, hari2 korang tengok, bangun tido, sarapan, kat opis, atas kete, tengah jalan.. last2 tengah sembang pon korang akan teringat ayat2 ni.. sebab mende tu terbiasa.. itu jer konsep dia..

بسم الته الرحمن الرحم

Doa Lihat Cermin, Doa Keluar Masuk Rumah
Gambar : Encek Google

Doa Lihat Cermin, Doa Keluar Masuk Rumah
Gambar : Encek Google

[27] HR. Abu Dawud 4/325,dan Al-‘Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar, no. 28. Dalam Kitab Shahih: “Apabila seseorang masuk rumahnya, lalu berdzikir kepada Allah ketika masuk rumah dan makan, syaitan berkata (kepada teman-temannya), ‘Tiada tempat tinggal dan makanan bagi kalian (malam ini)’.” Muslim, no. 2018.

Amik lah sikit masa, atau luangkan masa untuk hafal doa2 harian yang sangat berguna nih.. macam yang aku cakap hari tuh, kegunaan dia bukan kat akhirat jer. kat dunia ni pon berguna.. bende yang dianggap remeh ni lah satu hari nanti akan menjadi penting.. kalau tak penting sekalipun, ape la salahnye kite mengingati Allah.. Dia bagi kite macam2.. sikit punye hal da kalau nak hafal doa nih, atleast ada jugak pencerahan dalam dada nih.. cerah ape! semua perbuatan yang kita buat mintak pada Allah, semua ada doa.. agama lain mana spesial macam Islam ok.. so jangan salah anggap.. Islam adalah agama yang paling2 sempurna dan spesial dari mana2 agama sekalipun, Allah kata "Sesungguhnya Agama Di Sisi Allah Itu Adalah Islam". (QS.3:19) ^_^

Credit :
Share:

Wednesday, March 7, 2012

Cara Resume File Internet Download Manager

Cara Resume File Internet Download Manager
Gambar dari Google

Cara untuk sambung atau resume file dari IDM sangat mudah, hanya memerlukan beberapa skill jer dah boleh paham konsep dia. Aku malas nak gebang lebih, teruskan pada tutorial berbentuk tulisan dan video aku selitkan kat bawah.. benonyer penting kalau orang yang suke download2 ni, tambah2 download movie sebab file movie bukan macam file software, size dia gedabak besar. Okeh.. khatam tutorial ni ye :

Cara Pertama :

1.) Macam biasa, wajib ada software Internet Download Manager latest.
2.) File yang tersangkut tadi (ter stop) dalam kotak IDM (tengok video tutorial), jadi ape yang perlu dibuat dengan file tu? yang terpenting file yang tersangkut tadi jangan dibuang atau delete sebab kalau dah terdelete link dari file tuh kira dah BURN. Yang kite nak adalah link dari file tadi, jadi wajib kene ada file tu dalam kotak IDM.
3.) Bukak kotak IDM di Start - All program - Internet Download Manager.
4.) Klik pada link (klik sekali tanpa terbuka pop up) yang kita nak sambung download tadi, lihat option di bahagian atas ada button RESUME, klik di situ dan kalau bernasib baik file tadi akan terdownload secara outomatik, kalau tak bernasib baik.. korang kene baca pulak cara kedua kat bawah.

Cara Kedua :

1.) Klik pada link yang kita nak sambung download tadi sehingga timbul kotak baru (pop up).
2.) Copy di bahagian address, dan pastekan di browser yang korang gunakan, atau boleh jugak klik link di bahwa perkataan "the web page from which this file was obtained". 
3.) Lepas kita dibawa ke tempat di mana kita paste link tadi, yang perlu kita buat adalah copy link dari Mediafire tadi, dan paste kan di address. Untuk lebih paham sila lihat video tutorial. Insyaallah, last trick ni korang dah boleh resume file korang. Gudluck ^_^.

Tips~ :

Kalau file dari Mediafire tak dapat download, korang boleh pastekan link dari address tadi di browser yang lain. Contohnye first korang paste di Firefox tapi Mediafire tak dapat download, so pastekan pulak di Chrome atau browser yang lain. Biasa aku buat menjadik, atau second trick, boleh jugak menggunakan Disk Cleanup bawaan window Start - All program - Accessories - System tools - Disk Cleanup. Jangan takut untuk mencube Try And Error ^_^.

Video Tutorial Cara Resume File Internet Download Manager

Share:

Tuesday, March 6, 2012

Kod Gitar Lagu BPR - Dari Sinar Mata

Jom feeling lagu BPR - Dari Sinar Mata. Tapi aku bukan nak soh download MP3 tapi nak share chord BPR - Dari Sinar mata. Chord dia basic dan mudah, so newbie macam aku ni pon dah boleh catchup cord-cord dia, tambah lagi korang yang dah ashler. Aku malas nak letak video recorder aku main gitar sebab composer takder, so tak brape kemas. Tapi kalau ada yang nak aku boleh share lepas aku carik sorang komposer yang boleh blah suara dia nyanyi lagu ni ^_^. Kalau nak main, boleh Pluking atau Strumming ikut sedap korang lah.. nak lagi sedap sorang Pluking sorang Strumming. Gudluck.

Kod Gitar Lagu BPR - Dari Sinar Mata
Download BPR - Dari Sinar Mata MP3 Mediafire

Guitar Chord BPR - Dari Sinar Mata :

E                Am              G           C
   Keunggulan cinta dari sinar mata Yang bergelora
     Dm              G          C           Am
   Hati ditaman berbunga Satu impian satu harapan
            Dm            E          E
   Sudah pasti ada sebaliknya Satu rahsia


                 Am            G     C
   Engkau di mataku adalah cahaya Perjalanan ku
     Dm                G           C   
   Terang menyuluh segala Yang tersembunyi
            Am        Dm            E
   Lama kucari Sudah pasti ada jawapannya
               Am
   Kemungkinan itu


                    Dm                  Am
   Datang hampir senja sedang aku Merangkak dan kehausan cinta itu
                    Dm                  Am
   Kau hulur tangan mu Membawa ku ke atas semula
A             Dm        G         C          Am
   Berdoalah aku kesyukuran Tercantum cinta jadi satu
           B               E
   Biar ku tebus segalanya Agar di teman cinta yang suci itu

Download TXT BPR - Dari Sinar Mata Chord
Share:

Saturday, March 3, 2012

Pemimpin Islam

Pemimpin Islam

Tuan Guru Nik Aziz pernah cakap “Mereka yang ada wang, menderma.  Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” dalam pertemuan dengan pelbagai agama termasuk Kristen dan Buddha. Mereka memberikan kata terima kasih kepada Mursyidul Am PAs tersebut atas sikap toleransi beragama yang ditunjukkan kerajaan Kelantan kepada agama-agama yang lain. Dah jelas kalau drang pun suke dengan setiap kebijakan dari Tuan Guru dalam mentadbir kerajaan Kelantan.

Ahh~ ~ itu baru betol pemimpin Islam, berkonsepkan Quran dan Sunnah Nabi bukan sampai membakor @ merosakkan gereja2 tempat ibadah orang lain walaupun drang bukan agama Islam. Dah salah persepsi kalau kata kita wajib menghancurkan tempat ibadat umat selain Islam dengan beralasan untuk menegakkan agama Islam.. walaupun dalam Quran Allah dah kata, "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Agama Islam" tapi dalam situasi sekarang ni, hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang kaum, berbagai agama tak boleh saling menyalahi tambah2 lagi Kerajaan dipimpin oleh pemimpin Islam. Dan terbukti sekarang, Kelantan berjaya membuka mata para ahli agama mengenai konsep toleransi beragama dalam kehidupan bermasyarakat seperti yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Tapi bile tengok pemimpin Negara (Malaysia) memimpin dengan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah tu dah wajib kita selaku umat Islam menegur agar pemimpin tersebut sedar dari kesalahannya. Aku ada baca dalam Harakah, satu hadist tentang jihad, jihad juga diterima Allah apabila seseorang mempertahankan Negara supaya dipimpin oleh Pemimpin Islam. Pikir logik la ha.. contoh satu kelompok yang dipimpin oleh Ahmad seorang yang beragama islam tapi dia main judi, kaki pompuan, rasuah, selfish ape jadi dengan kelompok tu? sepatutnye yang menjadi tonggak utama si ketua sebagai contoh teladan baik kepada anak buah dia.. ni tak, dia pulak lebih2.. macam tu jugak dengan pemimpin dalam sebuah Negara, kalau dah pemimpin pon halal lesen judi, arak, Lynas ape cer brow? memang lah nama Islam tapi tak mengikut konsep Islam guane? (Ust. Azhar Idrus)

Pemimpin Islam

1 syarat je yang dia pass yang lain hampas tu bukan nama pemimpin dan tak layak memimpin, lebih baik bagi pada orang yang betul2 boleh memimpin untuk bawak rakyat kepada arus Islam yang sebenar. Biler cakap macam gini marah.. tapi tak pikir pulak marahnye KAMI (rakyat) macam mane, itulah orang cakap jangan asal belajar tinggi tapi tak tahu menilai mana baik buruk, kalo image ko sorang je lucah takpe bro ni sampai KAMI2 pon lucah pe kes? cepat2 le turun dan muak KAMI nengok muke keme nih. Janji bagai nak rak, nak bagi gunung la, sebutir pasir pon tarak.. nak bagi langit la, yang pi amik sisa radioaktif dari Australis tuh buat ape dengan tertubuhnye Lynas last nak pulangkan balik kat syarikat Australia drang tak moh dah.. bodo giler, nampak sangat mende tuh tak berguna, berbahaya.. omputih ni pandai, melepas batuk ditangga jer.. bukan macam N****, ni dah lepas batuk hg pi ngadap pulak memang kene la.. apparaaa..

Baru2 ni aku ada terima komen dari sorang blogger dngan nickname najib, tak tahu la PM beno ke ape kan lantok le BN nak terkubur pon.. yang peliks, dia boleh sokong Lynas nih dari artikel lepas aku tentang Info Lynas. Hahahaha.. dia boleh bandingkan dengan orang merokok lagi, cerdik, padahal dia terlupa pulak nak tanya PM sape yang bagi lepas lesen rokok.. aku masuk blog dia, tengok betollah beliau ni orang BN.. its ok.. aku takde masalah selagi tarak kacau hal aku ^_^.. serius cakap, kalau layan orang2 yang cerdik macam ni susah. Drang ni banyak sangat pengalaman yang membuatkan drang taksub sampai terkial2 nak membenorkan jugak hal yang salah.. kih3.. pikir logik sudah, cube jawap dengan soklan pasl baru2 ni ada perhimpunan Hijau 2.0 save malaysia anti Lynas sampai beratus ribu orang mai.. drang sume tu bodo ke? ke hg sorang jer yang belajo tinggi sampai tak buleh nak beza mana baik buruk? ^_^

PRU 13 ni harapkan pada setiap individu mengambil keputusan (mengundi) yang benar dan jelas supaye pemimpin baru akan datang ini lebih membawa Negara kepada jalur Islam yang sebenar, aku macam dah rasa confirm Islam (PAS & Pakatan) menang walau tak habis satu Malaysia, tapi nampak majority semasa sekarang.. orang tak bodo lah beb.. sume cerdik2.. banyak sangat dah hal2 negatif @ buruk terealisasi dengan jelas dalam Malaysia nih, kalau bukan license dari Kerajaan yang memerintah sape lagi? tokkan rakyat pulak bagi lesen? kah3.. sebenar suara dalam memilih pemimpin adalah dari tangan rakyat, drang yang melihat, meneliti, membuat kajian untuk kebaikan Negara pada masa akan datang.. bukan men2 punya cerita, salah pilih gelap la masa depan negara, tap aku yakin ramai orang yang dah ada pilihan awal dalam memilih (mengundi) pemimpin yang bakal menggerakkan hukum2 Allah.. cume, paham2 lah kalau orang yang nak tetap jugak memang ni, ape je drang sanggup buat asal menang, yang penting HEPPI ~ ~.. last kecundang di tengah jalan (akhirat)..

Renung2kan lah ayat di bawah ni >>

“(yaitu) orang-orang yang jika kami berikan kedudukan kepada mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan hanya kepada Allah kembali segala urusan.” (QS Al-Hajj: 41).

Credit :
Share:

Wednesday, February 22, 2012

Software Detect Cuaca Yowindow Fullversion + Serial Number

Software Detect Cuaca Yowindow Fullversion + Serial Number

Satu lagi software menarik yang boleh korang cube.. software ni untuk detect cuaca semasa, yang best dia boleh detect sampai satu dunia.. haha.. yang lagik best, boleh defaultkan cuaca semasa yang kita dah set pada desktop atau screensaver laptop.. serius menarik.. software ni dah lama ada.. aku jer baru perasan..

Yowindow lastest fullversion.. tersedia serial number, maksudnyer fullversion la, bagi aku kalau korang pakai patch atau crack agak susah sebab nanti AV detect bile kite on9 atau yowindow ni terupdate..video tutorial tersedia kat bawah.. silekan tengok ea..

Untuk tetap aktiv menggunakan yowindow nih, korang mesti terconnect lah.. tu yang penting, kalau tak macam mana dia nak update cuaca semasa. Okeh.. bebel panjang2 pon tak guna, korang boleh download kat bawah Mediafire filehosting confirm.. yang pasti, software ni membantu dan fullversion, tu yang orang carik, kan? almaklum, software mane yang bertahan lama? ni lah dunia maya ^_^..

<< Download From Mediafire >>

-  YoWindow Unlimited Edition 3.0 Build 18 Alpha : Download

- Yosetup.exe Lastest : Download
- Serial Number ada dalam folder YoWindow Unlimited Edition 3.0 Build 18 Alpha, boleh digunakan di Yosetup.exe Lastest

Video Tutorial Cara Menggunakan Software YoWindow Alpha 

Share:

Saturday, January 28, 2012

Video Tutorial Cara Tune Tali Gitar Secara Mudah Dan Praktis

Video Tutorial Cara Tune Tali Gitar Secara Mudah Dan Praktis

 َوَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ ۙ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ عَظِيمٌ
Allah telah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan yang beramal saleh, (bahwa) untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. (al-Maidah, Ayat : 9)

Pada pesan Allah di atas, jangan kita merasa takut tidak akan mendapat balasan atau merasa bahwa setiap dari perbuatan baik yang kita lakukan tidak bermakna apa-apa, sebagai seorang umat Islam, setiap orang harus menyakini bahwasanya Allah adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah, wajib menyakini bahwa adanya alam setelah alam manusia. Maka ingatlah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala sesuatu dan setiap dari perbuatan kita pasti akan dicatat lalu diperganggunjawapkan oleh manusia itu sendiri. -Wallahu a’lam-

Sebaiknyer korang baca la sikit kat atas tu pesan penting dari Allah kepada kite OK? ^_^ Aku baru buat satu video tutorial pasal cara untuk tune Gitar korang secara manual dan efektif.. malas nak bebel panjang2 sebab lebih bek korang tengok jer video ni, rasa dah boleh paham kowt step2 dia.. banyak tutor pasal tune Gitar ni, tapi sume ber format text, so tu sebab aku cube buat dalam bentuk video ^_^ owh.. korang buleh jugak pakai software Guitar Tuner yang berlambak kat tenet.. pandai la korang, kalau ada yang request, buleh gak.

Ape yang penting sebagai cacatan otak korang :
- Tali E (paling atas) adalah penentuan kepada tali setelahnye. Kalau rasa tali E terlampau tegang, kendurkan sebab nak tune tali selepas tu, limit pulak dah boleh putus.
- Pastikan fret yang perlu ditekan.
- Hanya tali B je perlu ditekan pada fret keempat (G).
- Mainkan beberapa lagu yang boleh dimainkan untuk mengetahui kesempurnaan tali yang ditune tadi.

Video Tutorial Cara Tune Tali Gitar Secara Mudah Dan Praktis

Share:

Friday, January 27, 2012

Software Pencari Kod Gitar Fullversion Tutorial Berbentuk Video

Software Pencari Kod Gitar Fullversion Tutorial Berbentuk Video

3. Ikatan Perkahwinan :

Musa dan Muhammad menikah dan mempunyai anak, tetapi Yesus tetap menjadi bujang selama hidupnya. "Apakah hal ini benar?" saya bertanya kepada Dominee. Dominee menjawap: "Ya."

Saya berkata, "Karena itu Yesus tidak seperti Musa, tetapi Muhammad seperti Musa." -Admed Deedat, The Choice, hal... 13.

Diatas adalah dialog antarumat beragama yang dipelopori oleh Admed Deedat dan sorang Dominee. Antara lain mereka membahas masalah persamaan antara Yesus dan Musa, sedangkan dibahagian Deedat sendiri, mengatakan Muhammad adalah seperti Musa.

Tuh selingan jer.. saje2 nak ngupdate pasal Perbandingan Agama sikit... ^_^ sebenar nak publish satu software pencari kod-kod gitar yang efektif dan fullversion la, lagi2 dalam Mediafire kan? tahu dah korang.. butsss.. sopwer neh ramai yang dah tahu, dan aku rasa kalau krang yang dah x-pert pasal kod2@chord2 nih, tak perlu pown sopwer nih..

Sebab? ntoh ler.. hehe.. maybe newbies jer yang pakai kowt.. yelah baru nak menceburi dalam satu2 bidang, kene la slow2, kene ada banyak bantuan, dorongan, skongan dan macam2 la.. same jugak macam sopwer nih, membantu kan? okeii.. bagi yang berminat nek mencuber.. buleh la donlod file dia kat bawah ea.. 

Nama software ni? Chord Pickout Fullversion. Dah penah dengo? tapi tak penah try? okeh this time u must try Chord Pickout Fullversion ^_^ opss luper nak bagitahu, tutorial berbentuk video cara menggunakan Chord Pickout Fullversion aku sediakan kat bawah.. made by me la :)


Share:

Tuesday, January 24, 2012

Free Script Float Facebook

Free Script Float Facebook

Dah lamer aku nyimpan URL nih dalam list update N3 terbaru aku nati.. masalahnye banyak keje kene siapkan, sampai nak uruskan rumah yang kedua ni pon dah tak sempat, kesian kat KBM besarang dan berabok dah aku tengok, apetah lagi kalau orang lain yang tengok kan? tak ke malu tuan rumah dia?

Abaikan rumahku yang berabok ni, okeh URL blog yang aku nak bagi tahu kat korang ni adalah satu mende yang best untuk dicuber maupun disimpan sebagai koleksi tutorial korang nanti. Ape ade dalam tuh ea? hah kan aku dah bagitahu tadi, tutorial.. so.. ade aku kisah? 

Secara singkat, tutorial dari blog yang aku jumpa nih sangat berguna bagi korang-korang yang rasa nak mencuba atau tercari-cari Script Float Facebook yang free alias gratis, terbeliok mate membace ea.. so kay.. untuk pengetahuan, Script Float Facebook nih dijual dan bukan buleh dapat free2 jer, so yang ni free? ape lagi..

Butsss... Script Float Facebook ni telah diedit oleh tuan rumah yang bahek hati nak jugak kongsi mende ni, kalau korang tak percaya Script Float Facebook ni masih dijual, boleh search kat internet.. ok ape, kite amik mende free tapi ada balikan pada tuan tanah? yela.. jasa dia bagi, ingat senang2 ke? 

Mulass nak membebel pepanjang.. korang buleh tengok link kat bawah ni.. serius aku cakap, Script Float Facebook ni Free, okeh? dan dah di testing pada KBM, hasilnyer 100% menjadik, cume tu jela, telah diedit sikit oleh tuan rumah.. ^_^..

Share:

Tuesday, January 17, 2012

Ubah Id Facebook Menjadi Milik Sendiri

Ubah Id Facebook Menjadi Milik Sendiri

Jenuh mencari cara mengubah id FB menjadi id sendiri kat Google neh.. sebenar mudah jer, dan dari dulu lagi aku memang pelik kalau2 aku masuk dalam profile FB seseorang, id dia jadi macam milik peribadi pulak. Contoh, bila kita klik pada profile kita akan keluar macam ni :

1.) http://www.facebook.com/profile.php?id=100000657849240. betol dak? okeh skang cube tengok pulak kat FB den, dia keluar macam ni :
2.) http://www.facebook.com/duadz.

So mendalah2 yang bertele-tele tuh takder bile sape2 je yang tengok profile kite, ataupun kite sendiri. Nak buat macam gane? hah nak bagi tau la nih..

Pertama, klik sini >> http://www.facebook.com/username.

Korang akan dibawa pada satu page di mana, pihak FB akan meminta persetujuan untuk create ID di FB mengikut selera peibadi la, tak payah la aku nak tunjuk step2 dia, simple je cara dia dan mesti buleh paham, walaupun interface FB dah len sikit ^_^..

Kedua, klik la pada link korang >> http://www.facebook.com/duadz

Dah siap.. mende lapok macam gini aku baru nak buat sekarang, haha!.. tak lawak tapi malu sikit. Lagipon aku bukan minat sangat FB-FB neh, mambazio masa jer. Tuh pasal pic 1staon sekali baru update.. standard, lame2 Fb pon down jugak macam FS, yeke? tengok jela..

Sumber :
Share:

Friday, January 13, 2012

Tips Tarik Follower

Tips Tarik Follower

Follow cepat follow!! lagi dua orang dah cukup 400! pergh hebat la sangat, tak pikio pulak blogger lain yang sampai 1k la katakan? ahh lantak la drang, dah x-pert + sifu nak kate ape lagi, tapi betol ke sipuk2 ni dengo kate drang sombong ea? ntoh ler.. yang penting aku tak sombong, kan? bukan beb, gua tensen + penin pasal gua punya judul skripsi ma.. tuh pasal merapu dan berterabor je KBM neh.. tak kisah la korang nak kater pe, yang penting aku hepy dan hepy ^_^..

Rasenyer, banyak follower ni, drang ikut tak update n3 kiter? tu aku takleh nak cakap ape la kan, sebab content penting kalau nak suh orang ikut update blog kiter.. macam KBM neh, dah lame tak diuruskan, tengok berabok sana sini, orang pon takder.. tapi Nuffnang tetap bagi BE.. kuah3.

Tips selama aku berblog untuk mendapatkan follower? ahh.. sume orang dah tahu trik nih, tapi aku nak bagi jugak :

-Blogwalking.
-Entry terbaru dan HOT.
-4Low blog drang dan kabo kite dah 4Low blog dia.
-Update new entry kat FB.
-Sesekali buat Contest (ak xpnh buat)
-Buat Award.
-Create group/pages kat FB.
-YM style. (ni best).

Huh.. banyak lagi cara korang bleh guna, tak semestinya pakai tips2 aku nih, korang lagi creative.. :) kalau pasal YM style tuh, sebab ape aku kata best, sambil2 promote kite leh kenal2lan.. hehehe... tapi ape2 pown, terserah korang la nak gune ke tak cara kat atas tu yer :) gudluck..
Share:

Thursday, January 12, 2012

Mail Bomber Full Version ~Suke Software Ni~

Mail Bomber Full Version ~Suke Software Ni~
MAIL BOMBER V8.6 FULLVERSION


Haips.. korang tahu ke pemendalah benda yang aku share kat tas tuh? hah.. makanya kalau hana jelas, tanyoeng ngn ureng yang tuepu ok? maksudnyer tanya la dengan orang yang tahu.. dont buat tahu ye, sebab sampai bile takkan pandai.. ^_^, bukan nak kata aku ni tahu sume, tapi nak bagitahu la ape yang aku tahu pasal software ni, tu maksud eklas aku.
A mail bomb is the sending of a massive amount of e-mail to a specific person or system. A huge amount of mail may simply fill up the recipient's disk space on the server or, in some cases, may be too much for a server to handle and may cause the server to stop functioning. In the past, mail bombs have been used to "punish" Internet users who have been egregious violators of netiquette (for example, people using e-mail for undesired advertising, or spam).

Mail bombs not only inconvenience the intended target but they are also likely to inconvenience everybody using the server. Senders of mail bombs should be wary of exposing themselves to reciprocal mail bombs or to legal actions.

Secara singkat, software ni akan membantu korang untuk mengirim email secara banyak atau kalau dalam mana-mana forum yang kita join, drang akan gelar dengan panggilan SPAMMER! standard dan kebiasaanyer software ni digunakan bagi orang yang niaga secara online, tujuan promosi barang melalui email, atau sebagai kerja yang memerlukan pengiriman email yang banyak dalam satu masa.

Kalau kirim gune page gmail @ yahoo, mana boleh, nanti dianggap spam jugak dan tidak akan terkirim melainkan korang pedajai ornag lain dengan software nih, terbahek kan? so.. pandai2 la komen dan sebar luaskan entry ni ye ^_^.

Credit : Quote
Share:

Wednesday, January 11, 2012

Salasilah Nabi/Rasul

Salasilah Nabi/Rasul


Aku ada baca satu buku tajuk Sejarah Agama Yahudi (Dr. Muhammad Khalifah Hasan) yang membahaskan sejarah awal mula Yahudi, secara detail mengenai Yahudi dan sebagainye la..

Jadi kaitan dengan aku nak kongsi Salasilah Nabi/Rasul kat atas tuh, aku cume nak mencari kepastian dari banyak sangkaan buruk orang atau salah paham orang terhadap salasilah @ keturunan Nabi ni, tertutama bile aku baca buku Sejarah Agama Yahudi ni.. panduan kat atas tu sangat penting.

Korang kalau ada masa, tengok2 la balik salasilah nabi/rasul utusan Allah ni.. masa untuk makan, minum, sembang ada jer.. tapi ni sikit punya hal pon tak boleh nak luang ke? hehe ^_^.. bukan marah, nasihat.. 

Satu lagi, kalau korang dah Open In New Tab pada gambarajah atas tu tapi tak jugak besar atau kabur, aku dah uploadkan gambar tuh pada Mediafire, so download jer dan boleh bukak besar2 dalam lappy korang ea.. nak seribu daya, taknak seribu dalih ^_^..
Share: