Sebagai seorang manusia, tidak akan terlepas dari sifat lupa.. dan ianya menjadi lumrah kehidupan manusia, kalau manusia yang tak lupa tu, abnormal la sifatnya. Jadi, di sini, aku nak share sedikit beberapa keperluan harian kita apabila berada di tempat orang (KPM) berdasarkan dari pengalaman aku selama berada di sini (Bener Meriah).
Antara lain yang perlu disediakan adalah :
++ Al-Quran, Al Mathurat, Yasin/Tahlil dan beberapa buah buku bacaan @ rujukan sebagai siaga untuk memberi tausiah.
++ Pakaian yang secukupnye, cube dapatkan info tentang keadaan semasa tempat kita dipertanggungjawapkan (KPM). Sekiranya tempat yang sejuk :
1.) 2 helai Jacket, baju yang secukupnya, paling2 5 helai termasuk
3 seluar harian dan 1 baju dan seluar untuk berkebun.
2.) Snow cap, mafela sebagai pakaian tambahan nanti apabila diperlukan.
3.) Selimut dan tuala yang tebal. Selimut sangat penting sebab nanti malam dan subuh korang akan sangat memerlukan beliau. Begitu jugak tuala, tuala yang nipis akan membuatkan korang malas nak mandi. (^_^)
4.) Stokin @ kaus kaki dan sarung tangan (perempuan).
++ Barang keperluan harian, seperti Ubat gigi, Berus gigi, Sabun mandi (sediakan bekas sabun) dan basuh pakaian (feb), Syampoo, Minyak angin, Minyak but2 (untuk luka), Minyak rambut, Minyak wangi, Loysen nyamuk DLL.
++ Barang2 tambahan yang lain seperti Laptop, Broadband, MP3/MP4/Ipod/Ipad (sukehati kroang lah), Gitar DLL (tanya dulu ketua P2M), buku catatan harian. Semua barang diatas adalah tergantung pada individu, sebab kalau dah ada kat sini, jangan risau, takkan boring dan banyak aktiviti yang bertimbun2 akan datang.
++ Makanan. Aku buat last sekali sebab makanan bagi aku antara yang paling remeh. Maksudnyer, insyaallah kat tempat korang walaupun dikatakan pendalaman, kedai tu tetap ada. Cube untuk save kan budjet kepadatan beg korang, pikirkan barang2 yang betul2 perlu untuk dibawa, kalau dah makanan satu beg penuh, baju satu beg penuh, beg laptop lagi.. alhasil, malu pada orang dan susahkan diri sendiri. Tapi penting tu tetap ada, ok contoh makanan yang rasanya perlu dibawa :
1.) Meggi (instant noodles), Biscuit, Kerepek @ keropok. Dah cukup, kalau rasa nak bagi barang dari Banda Aceh ke Pak Kechik, takde masalah, cume pikirkan betul2 adakah perlu aku bawak ini atau itu.
Semua keperluan diatas adalah berdasarkan pengalaman aku selama kat Bener Meriah, datang rasa menyesal sebab tak bawak barang2 yang sepatutnye.. hehe.. tapi syukur dan alhamdulillah semuanya beres. Jadi, same2 kite saling ingat mengingati. Aku dah rasa, insyaallah korang (dak2 IAIN) akan rasa jugak, pengalaman pahit aku share kan kat sini bukan nak suruh kroang rasa, tapi kene siap sedia dengan segala macam situasi mendatang.
Insyaallah, kalau ada ape lagi barang yang aku teringat nak update.. akan aku updatekan kat atas, mungkin saat tulis ni ada terlupa beberapa barang penting selama berada dalam lingkungan KPM. Dan boleh jugak saranan dari kawan2, kalau rasa ada yang perlu ditambah atau tolakkan, sama2 kita sharing kat sini. Last word.. selamat bergumbira lah yer.. sebab tak lama lagi engkorang pulak, ngeh2.. (^_^)