Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Senang Je Kalau Nak Traffic

Senang Je Kalau Nak Traffic

Nak traffic? nak pengunjung datang ramai kunjung blog? senang jer bro.. caranya kene pandai dengan penggunaan Keyword, tak semestinya kalau nak traffic kene follow atau BW yang sebanyak2nye. Pandai guna Keyword, pandai lah traffic datang. Keyword yang menarik adalah Keyword HOT, Keyword terbaru yang dicari-cari orang.. atau Keyword yang memang wajib dicari orang. Okeh kat situ ada beberapa jenis Keyword yang boleh dicube sebagai experimen.

Senang Je Kalau Nak Traffic

1.) Keyword HOT.
Jenis Keyword ni tergolong dalam KW (keyword) yang bahaya juga ^_^ maksudnye macam ni, perasan tak ramai blogger yang cube tarik pengunjung dengan tajuk2 entry yang HOT? contoh "ehh perempuan ni tak mati dilanggar" "ditusuk tapi tak mati?" "hantu di Puang Pinang" dan banyak lagi KW yang HOT. The problem adalah tajuk2 entry yang power tu tak best.

2.) Keyword Terbaru.
KW terbaru ni tergolong dalam KW tentang dunia2 artis, bintang bola sepak, dunia bola sepak, tentang fenomena dunia, contohnye KW yang biasanya digunakan, "Biodata Aron Aziz (xreti eja nama dia)" "Gambar hot ziana zain" "Fahmi diundang ke Liverpool" atau "Dunia bakal hancur besok!!" banyak lagi KW NEWS kat luar, macam2 boleh digunakan untuk tarik traffic.

3.) Keyword Pasti Dicari.
Entry lepas aku ada bahas sikit pasal KW jenis ni, secara umumnye KW jenis ni adalah berkaitan dengan PORNO. Contoh "Julia Perez hubungan intim dengan pemain bola Malaysia" atau yang lebih ketara adalah "Biodata dan Gambar Pelacur dunia" dan banyak lagi, malas nak tulis kat sini.. nanti Google cakap ape lak ^_^

Berkaitan dengan KW HOT, tajuk intry memang best dan confirm akan membuka mata para pengunjung untuk datang.. tapi terkadang yang aku tengok, drang saje je buat tajuk entry yang best padahal entry drang takdelah sehebat tajuk yang drang buat tu. Kadang2 yang lebih tak best, tajuk pasal hantu, tapi hantu nye takde pon.. kalau nak levih bagus, contohnye kite bahas pasal hantu, cube cari pendapat yang mematahkan pendapat adanya hantu. Tu lebih asyik.. 

Keyword tak semestinya kite letakkan di judul entry, KW boleh dimainkan di dalam Post. Itulah yang aku kata tadi, KW HOT, KW terbaru, KW wajib dicari orang.. Google akan detect blog yang ada KW2 macam ni, lebih KW wajib dicari orang. Tapi kene tahu, kite buat sesuatu yang boleh melalaikan orang lain, bala atas kite. Maksud melalaikan kat sini, bukan sesuatu yang ilmiah kemudian boleh melalaikan orang, itu kategori melalaikan jugak tadi boleh diatasi dengan diri sendiri. Ini jenis yang melalaikan kearah dosa, contoh satu entry tu bahas tentang dunia sex, gambar sex dan lain. Itu jelas melalaikan dan haram hukumnya.
Share:

Wednesday, May 23, 2012

Bahan Tausiyah Subuh #2

Bahan Tausiyah Subuh #2

Nih nak kongsi sikit pasal KULTUM TENTANG KEMATIAN, aku dah upload di Mediafire tinggal untuk di download jer.. KULTUM TENTANG KEMATIAN aku dapatkan dari berbagai sumber dan tambahan mengikut kata2 aku sikit. So kalau nak letak link tuan tanah tu rasa tak sanggup kot.. haha..

Kalau rasa nak tambah tolak silekan.. atau nak kongsi sekalipun terserah, cume kalau buleh dilinkkan lah pada entry pasal ni. Ok? paling2 gtau aku kalau nak amik (download).. kan mudah (^_^)

KULTUM TENTANG KEMATIAN
(Mediafire)
Share:

Monday, May 21, 2012

Doa Ringkas Selepas Shalat

Lamenyer tak update blog.. jari pon dah keras nak taip keyboard nih.. biasalah bukan semua blogger tegar macam Ben Ashaari, pergh masuk jugak nama beliau dalam blog aku. Tak dinafikan lah bro tersebut sangat ppular di kalangan para blogger lahen.. nak dibanding kan dengan aku? jauh la babe.. lagipon blog aku ni khusus buat sharing ilmu2, insyaallah tak termasuk mslh peribadi, kalau ada pon selingan jer.. hihihihi..

Kat bawah aku kongsikan Doa Ringkas Selepas Shalat. Korang boleh save as di laptop sebab aku kongsikan Doa Ringkas Selepas Shalat dalam bentuk Pic/Gambar, jadi mudah untuk korang save.. jadi jangan carik alasan susah nak carik Doa Ringkas Selepas Shalat.. kat internet berlambak (^_^)

Doa Ringkas Selepas Shalat

Doa Ringkas Selepas Shalat

Kalau rasa bermanfaat.. silakan kongsi entry atau Doa Ringkas Selepas Shalat ni pada orang lain.. skrang sangat mudah untuk share dengan kawan2.. ape yang xde? Facebook? Twitter? Myspace? Yahoo m? ntah macam2 malas nak tulis semua.. (^_^)
Share:

Thursday, April 26, 2012

Diary KPM 7 (PAR/PRA) Cara Beradaptasi

Diary KPM 7 (PAR/PRA) Cara Beradaptasi

Baru semalam aku ikut tahlil di tempat KPM, satu pengalaman besar bagi aku bile tahlil kali ni di Pondok Sayur (nama tempat bagi KPM). First time di pondok baru, sebelum2 ni kat desa Janarata jer.. bukan masalah tahlil atau masalah budaya ke ape, ni masalah keadaan semasa. Rasanya nanti akan membantu korang kalau2 mengalami keadaan seperti ini.

Pernah ada sorang bapak bagitau aku, orang sini majoriti ahli hisab.. terkejut aku, hahahahaha.. ahli hisab adalah ahli menghisap rokok, ceitss.. itu point yang pertama, masyarakat sini sering dengan rokok.. untuk point yang kedua, weather kat sini sejuk yang amat.. tambah2 subuh, jadi kalau time sembang berasap keluar dari mulut tu perkara biasa..

Point yang ketiga, masyarakat sini tak takut dengan asap.. serius kot, drang maybe lebih suka dengan asap. kenape aku cakap macam tuh? ni lah yang aku nak tulis kat sini, pengalaman first time bekawan dengan asap. Ape maksud berkawan denga asap ni?

Berdasarkan cerita aku kat atas tadi, lepas shalat maghrib berjamaah.. pak imam ajak kami (group KPM) semua pergi ikut dia tahlil, aku memang dah dapat gambaran jelas tentang tahlil tetsebut sebab dah 3-4 kali aku ikut majlis doa samadiyah kat sini. Biasanya dalam majlis tahlil sini, pertama Imam akan berselawat kira-kira 15 mint, lepas tu doa dan kemudian ada sedikit lagi selawat terakhir doa penutup.. tu semua aku dah nampak walaupun belum pernah lagi aku 'bawak' majlis tersebut..

Sesampainye aku kat Pondok Sayur, macam biasa lah rumah drang dan keadaan sekeliling semuanya aku dah biasa.. orang kampung lah katakan, tapi jangan sombong lagi. Melangkah lah kaki kami ke masuk ke dalam rumah yang dituju.. setengah jalan menuju ke hujung rumah, pak Imam berhenti dan bertanya "sini ke?" pada sorang lelaki tua.. rasanye pemilik rumah tu kot.. dia jawap, "ke hujung lagi pak.." kami pon berjalan sampai ke hujung. Tap!! terhenti aku bile sampai di sebuah pintu masuk, bior betol..

Tarmizi menolok ku dari belakang.. ertinya die suruh masuk lah.. aku pon tak pasti samada perasaan dia sama jugak. Setelah bersalaman dengan orang2 di rumah tersebut, aku pon duduk di sebelah pak Imam sebab aku tahu dia takkan suruh aku. Dari first aku kenal dia, aku dah bagitahu adat orang malaysia memang agak jauh beza dengan adat Gayo maupun adat Aceh, tapi tu bukan bererti aku tak belajar dari semua tuh.. semua tu sangat2 berguna untuk aku kedepan nanti..

Aku bersila dengan sedikit kekok ke kiri dan kekanan.. terkadang aku bersandar dan kadang sedikit membengkokkan badan ke depan, Sambil dalam hatiku berkata 'cepatlah habis', aku cuba kawal keadaan badan aku untuk menerima keadaan seperti itu.. ahhh.. mereka masih bersembang ntah apa topiknya, sebab semua dalam bahasa Gayo, aku cuba untuk memahami perbualan mereka.. tapi malaslah.. walaupun kondisi saat itu sangat2 membuatkan aku tidak selesa, tapi aku cube untuk beradaptasi dengan keadaan ketika itu.

Selepas 5 minit barulah sampai beberapa hidangan di hadapan kami.. sebenarnye aku bukanlah nak makan sangat, sebab waktu tu aku masih tak dapat kawal lagi kestabilan tubuh.. lastly aku cube cara kedua yaitu menghantar pesan sms pada kawanku.. 'kau ok ke?' dia menjawap 'aku tak boleh bernafas' dalam hati aku ketawa sambil menutup mulut rapat2.. artinya perasaan dia sama jugak seperti aku. Dipendekkan cerita, habis lah sudah majlis tahlil arwah tadi.. kami pun berangkat pulang dengan membawa perut yang agak membujut sikit ke depan.

Macam mana tadi, ok ke? hafni menjawap 'ok lah sangat' dalam hati aku ketawa, mane tak oknyer, berasap satu rumah.. dalam rumah boleh buat unggun api, kalau api saje takpe, ni dengan asap2 sekali.. wow, betul2 mencabar, yang aku pelik, drang relax jer padahal dalam rumah tu dah penuh dengan asap.. subhanallah.. siap lepas makan boleh rokok lagik, memang betol2 bersahabat dengan asap lah, dari atuk, ayah, mak, abg, kkk, sampai ke adik dia.. sumer relax, macam bukan nafas oksigen lagi dah..

Kesimpulan kat sini, walau macam mane pon keadaan yang kite tempuhi atas sebab nakkan ilmu.. tempuh la dengan sesungguhnye.. walau macam mane cara yang akan kita gunakan, tak kisah la ape sekalipun, yang penting matlamat kita tercapai demi mendapatkan secebis ilmu, kalau aku blah jer masa tuh.. sampai bile2 pon aku tak dapat rasakan oksigen asap selama aku hidup kat dunia nih.. (^_^)..
Share:

Wednesday, April 25, 2012

Bahan Tausiyah Subuh #1

Bahan Tausiyah Subuh #1

Ceramah Pendek Tentang Tolong Menolong

Allah berfirman dalam quran : WATA’A WANU ALAL BIRRI WATTAQWA, WALA TA’A WANU ALAL ITSMI WAL UDWAN, WATTAQULLAH. (al-maidah ayat 6)

Tolong-menolong dikategorikan :

- Diri sendiri.
(melakukan perintah allah dan meninggalkan larangannya seperti shalat berjemaah 5 waktu, sering mengingati Allah dengan zikir, mendengar dan melihat perkara baik2, menasihati diri sendiri dan kalau boleh pada orang lain juga mengajak kearah kebaikan, mempelajari dan mengajari ilmu2 agama dan banyak lagi perkara baik yang boleh monolong diri kita.)

- Masyarakat.
(membantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan walau dimana sahaja sekiranya tidak memberatkan kita, mengajak ke arah kebaikan seperti mengajak mengaji atau mempelajari ilmu agama, termasuk tolong menolong dalam shalat, merapatkan shaf, mengimbangi barisan makmum)

- Alam.
(kasihanilah alam, jangan merosakkan alam, buat perkara yang murni atau baik2 jangan sampai allah marah sehingga alam jugak turut marah atas perbuatan manusia di muka bumi ini. Ar-Rum 41-42)

Kebaikan tolong menolong :

- Mendidik diri bahwa kita bukan sendiri di dunia, jngn sombong, memberi teladan kepada orang lain.

- Kisah kristen masuk islam kerana terpegun dengan disiplin dalam shalat dan bacaan ayat suci quran.

- Sedikit kisah tentang pelacur dimasukkan kedalam syruga kerana menolong anjing (makhluk Allah).

Semoga bermanfaat pada sesiapa sahaja yang memerlukan.. kalau ada penambahan silakan ditambah bagi lebih memantapkan lagi syarahan kita pada jemaah. Yang baik diambil dan dijadikan pedoman, yang buruk dihindari dan jadikan ia sebagai pengalaman.
Share:

Monday, April 23, 2012

Diary KPM 6 (PAR/PRA) Contoh-contoh Aktiviti Dan Penelitian

Diary KPM 6 (PAR/PRA) Contoh-contoh Aktiviti Dan Penelitian

Lepas korang dah kenal dengan Pak Kechik, masyarakat dan orang2 penting di Kg tersebut.. sekarang adalah masa tepat untuk korang realisasikan tujuan atau matlamat sebenar kite di Kg tersebut. Sebelum sampai ke tempat KPM pon, kite mesti dah ada sedikit buah pikiran ape saje activity yang perlu dilakukan di Kg tersebut. Aku sarankan, setiap dari idea yang terlintas atau memang ada, catat di buku harian masing2, tak kisah la aktiviti ape sekalipun, yang penting berkaitan dengan KPM.

Pengalaman aku kat sini, selama berada kat Bener Meriah ni perjalanan aktiviti dan penelitian aku agak tersangkut.. kenape boleh jadi macam tu? first kroang kene ingat ni, setiap dari group wajib ada ketua, second kompak lah bersama group korang dan buat satu jadual harian, misalnya hari ni nak pegi survey, besok nak jumpa pak imam, bosok pulak nak gotong royong, besok nye lagi nak itu dan ini.. kalau jadual tak ditentukan, hasilnye korang akan malas dan projek KPM mesti tersangkut.

Biar kerja lebih menarik dan sempurna, lantik lah ketua yang betul2 boleh bekerja dengan baik, ini memang penting sebabnye kalau ketua korang pon mereng.. anak buah pon mereng la, dah ketua, anak buah mereng.. kerja jadi ke? bukan ape, aku dah serik kalau macam tu.. rasenye korang semua pon dah penah rasa.. jadi, kalau rasa tak nak rasa macam mana rasanye perasaan semua tuh, buat la sesuatu yang boleh menghilangkan rasa tu ^_^..

Contoh aktiviti yang boleh korang buat sangat banyak, opss.. ni bukan penelitian ok, ni aktiviti harian, kalau penelitian tuh lain lagi, itulah kalau korang ikut KPM (PAR/PRA) akan diminta dua buah laporan, satu laporan aktiviti harian kita dan satu lagi laporan group yaitu berkaitan penelitian yang kita buat. Ok ape je aktiviti yang boleh kita buat? meh tengok sini :

1.) Jadi Imam @ Muazzin @ Tausiyah.
2.) Mengajar di TPA/TK (sekolah2 rendah @ menengah)
3.) Berbaur dengan masyarakat, snap ape saje gambar yang rasanya penting sebagai bahan bukti pengabdian kite.
4.) Aktiviti dengan masyarakat (terserah), contoh gotong royong, interview ketua2 di Kg tersebut, ziarah rumah ke rumah, tolong keluarga misalnya petik kopi (Bener Meriah), DLL.

Kalau dari segi penelitian, sebenarnye lebih fokus pada Kg masing-masing, kene peka, buat sedikit survey nanti barulah kita tahu ape saje masalah yang dialami oleh orang kampung. Misalnye, kite buat penelitian mengenai :

1.) Faktor ekonomi.
2.) Faktor keagamaan.
3.) Faktor kemashalatan masyarakat (budaya).

Fokuskan pada satu je penelitian yang rasanya mudah, kalau kami (group KPM aku) buat penelitian mengenai TPA. TPA di tempat kami memang ada, tapi kestabilan pengurusan TPA tu kurang.. antara faktor lain, kurangnye tenaga pengajar, gaji takde bagi pengajar, sedengkan ruang khusus TPA memang ada.. itu antara masalah yang harus kami cari solusi agar TPA tetap teguh dan berjalan setiap hari. Bermacam lagi masalah yang ada di setiap Kg, group KPM wajib mainkan peran, ertinye haruslah rajin, banyak fikir, ramah tamah, kalau datang KPM untuk tidor je lebih baik tak payah datang.. makanya pake kartu AS.. ^_^

Kesimpulan.. group korang mestilah kuat, mesti kene ada persamaan dalam membuat keputusan, baru2 ni je aku dah naik angin.. yelah, team aku buat derk je, bile kite bagi idea, no respon.. bile dah sampai tahap, baru nak pandai2, ajak bincang buat macam haram, bile takde kegiatan baru cuak nak buat tu ni.. pandai cakap, tak pandai buat, kalau aku ni jenis pentingkan diri sendiri, dah lama aku buat diam je.. nak kata bodo, team aku jugaks.. penyudahnye, kene sound baru tegak kepala.. ape2 pon, pandai lah korang tackle group korang.. yang penting, jangan harapkan drang sangat, buka fikiran korang luas2 dan tetapkan tujuan sebenar kite kat sini, ada perancangan insyaallah settle permasalahan. ^_^.
Share:

Sunday, April 22, 2012

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Diary KPM 4 (PAR/PRA) Perlu Ke Pikir Pasal L300?

Aku ada terdengar dari kawan2 Aceh tentang L300, drang cakap L300 ni setan jalanan sebab pemandu2 L300 semuanya bawak macam besok dah nak kiamat, laju giler bapaknye adoi pon ter ber (pengaruh johan la ni).. sampaikan, bile dengar L300, mesti akan ada anggapan yang negatif, mana taknyer.. nampak cantik jer dari luar, tapi time bawak die dah tak cantik lagi, nak masuk simpang main terjah jer.. signal punya smart bapak..

Saper yang tinggal @ belajar @ penah datang Aceh tak asing lah dengan istilah L300 nih.. labi-labi lain lagi, 85% baik labi2 berbanding L300 nih.. ok ape sebenarnye L30 ni ye? makanan untuk dikunyah ke, atau shotgun new brand? atau sejenis mamalia pemakan pisang? L300 adalah sejenis Van pengangkut, biasanya L300 digunakan untuk travel yang jauh. Tapi kan dah tahu susah naik mendalah tu, nape naik jugak?

Baik soklan tuh.. ini berkaitan dengan 'kemurahan hati' (harga) berbanding kenderaan pengangkut yang lain.. lebih murah, lebih laju dan lebih melebihi dari ape pun kenderaan kat dunia nih. Bagi aku, kalau bukanlah disebabkan kenderaan penangkut mahasiswa KPM ni telah ditetapkan naik jugak L300 ni, aku dah sewa innova atau kijang. Bagi aku biarlah mahal sikit tapi selesa sebab perjalanan yang kita tempuh akan membuatkan rase sesal tu hilang.. jauh sangat (Bener Meriah = 8jam 30mnt)..

Dengan keadaan jalan lagi yang sangat baik.. highway oldskull yang korang akan melihat sendiri suatu saat nanti.. thats cool, aku dah penah pegi Medan, so merasa lah dulu naik L300 sebelum KPM ni.. ^_^.. jadi persoalannye.. perlu ke kite pikir pasal L300 ni? kan banyak lagi yang perlu di pikir? adakah L300 akan menjadi suatu yang akan menghantui kita pada masa akan datang? cewah soklan dia..

Jawapannye adalah, ni menurut pandangan aku, lain orang lain cara pandang.. kan? bagi aku, kite (dak2 KPM) jangan banyakkan pikir tentang L300, sekadar bawak sembang untuk tahu takper.. ni dah sampai menyangkut masalah hati, hahahaha.. sebenarnye, L300 tu ok2 jer.. yang jadik masalah adalah keadaan luar, lagipun aku tengok, bukan masalah macam mane, tapi masalah jalan yang bengkang bengkok, lubang sana sini.. tu jer, ok ape drang bawak laju.. cume tu lah, kene banyakkan zikir (^_^) mintak dilindungi.. aku buat entry ni, cume nak betulkan persepsi kite.. banyak lagi yang perlu difikirkan..

Dari kome sume mikir pasal L300 nih, lebih bek pikir ape je yang perlu korang buat nanti dah sampai.. dan ready ke segala macam mende2 yang diperlukan untuk penelitian nanti, tu lebih bagus dari dok pikir L300.. enjoy lah sikit, bile lagi nak merasa kan? pengalaman semua tu.. berharga woo..

Seat dalam L300 ada 10.. jadi, nasihat aku dapatkan lah tempat duduk di bahagian tengah. Aku dah cukup seksa dapat tempat duduk kat belakang sekali, alhamdulillah nyaris sebelum ni dah penah rasa.. so dapat la kawal2 sikit pening jalan tu.. lagi satu, untuk menyingkat waktu perjalanan, korang tido jer start dari awal perjalanan.. biasanya akan ada R&R, tapi tergantung pemandu jugak.. jadik, janganlah takut tak menentu ye.. L300 je pon bukan keter kebal bro.. ape2 pon, sebelum berangkat makanlah sampai kenyang, jangan nanti mintak kat bro L300 tu berenti sat nak makan.. kalau tak pon, bawak la makanan sikit, kacang ke ape ker.. enjoy jer bro. hihihihi..
Share:

Saturday, April 21, 2012

Diary KPM 3 (PAR/PRA) Ape Perasaan Yang Perlu Ada?


Diary KPM 3 (PAR/PRA) Ape Perasaan Yang Perlu Ada?Pertama, wajib kene ada perasaan seronok, gembira dan perasaan ingin tahu di tempat orang lain. Pikirkan ape matlamat sebenar kita pergi ke sana untuk tengok2 awek? jalan2? ke sebab nak snap permandangan indah? hehehe.. boleh jer kalau niat macam2 tu semua, tapi hasilnye dapat lah awek.. dapat la banyak gambar2 cantik, tapi buat ape semua tuh? iyelah kalau setakat nak buat kenangan boleh jer.. masalahnyer tujuan utama kita tuh, kite dihantar ke tampat orang sebenar untuk ape?

Confirm2 lah untuk penelitian.. hah.. kalau sembang pasal penelitian, mesti banyak pikiran kite, kat sane nak buat camne, ada ke tempat tido, toilet ok ke ea? denga2 tempat pendalaman.. a'ah memang kalau dak2 KPM mesti akan ditempatkan di KG pendalaman, sebab antara lain tujuan mereka nak mendidik kita agar boleh bertahan hidup dan boleh bercampur dengan karenah masyarakat. Mungkin aku akan bahaskan di lain post pasal ape jer penelitian yang kita boleh buat..

Biasa kalau ada perasaan takut, cuaks.. standard, tapi sebenarnye tempat yang kite nak pegi ni dalam Aceh jugak, misalnye di Bener Meriah, dalam Aceh jugak.. tapi aku tetap rasa cuak.. hahaha.. aku cube pikir, tuk ape aku cuak ni ea? ohh.. lastly, dapat jugak beberapa jawapan. Sebenarnye, kite rasa takut sebab takde kawan dari Malaysia atau sangat sikit, terasa beban oleh pentingnya laporan, penelitian, kewajipan yang biasanya dilakukan oleh masyarakat tapi dilakukan oleh kita..

Contohnye jadi Imam, Muazzin, Khutbah, Ceramah, Tausiyah, Mengajar sekolah agama dan banyak lagi, ni dah termasuk dalam penelitian yang akan dibahaskan nanti.. cume yang boleh aku nasihatkan, tanamkan perasaan ingin tahu terhadap sesuatu, mesti ada benda baru yang akan kita dapatkan di tempat KPM nanti, akan banyak ilmu yang akan korang dapatkan di tempat KPM nanti, serius.. itulah yang akan menjadi benteng kepada perasaan cuaks tadi. Semua yang akan kta lakukan, menjadi suatu pengalaman yang sangat besar.

Contohnye, first time aku bagi tausiyah lepas subuh, memang drang akan panggil budak2 KPM tapi tengok jugak pada orang2 di Kg tu.. kalau jenis yang tahu orang KPM sebagai pembantu masyarakat, mesti drang akan suruh.. sampai sekarang aku rasa seronoknye bagi tausiyah @ kultum lepas subuh depan orang ramai.. bukan bangga, tapi nak bagitahu betapa besarnya pengalaman yang kita dapatkan apabila di tempat orang lain.. dan takkan kita dapat selagi kita tak mencuba.. pergh sembang..

Jadi masalah perasaan ape je yang perlu kita tanamkan.. rasa best.. rasa ingin tahu.. kuatkan semangat sebab nanti kat sana, sangat banyak perkara pelik yang berlaku, bagi aku mende2 pelik tu lah yang aku cari.. hehehe.. takkan ada pada orang yang tak mengalaminya.. relax and steady jer, korang kan peneliti, so mesti ada perasaan nakkan ilmu, bile ada perasaan tu, no problem dah sebab segala halangan di KPM akan tertandingi oleh istilah "haus ilmu" Gudluck guys.. (^_^)
Share:

Thursday, April 19, 2012

Diary KPM 2 (PAR/PRA) Ape Yang Perlu Disediakan?

Diary KPM 2 (PAR/PRA) Ape Yang Perlu Disediakan?

Sebagai seorang manusia, tidak akan terlepas dari sifat lupa.. dan ianya menjadi lumrah kehidupan manusia, kalau manusia yang tak lupa tu, abnormal la sifatnya. Jadi, di sini, aku nak share sedikit beberapa keperluan harian kita apabila berada di tempat orang (KPM) berdasarkan dari pengalaman aku selama berada di sini (Bener Meriah).

Antara lain yang perlu disediakan adalah :

++ Al-Quran, Al Mathurat, Yasin/Tahlil dan beberapa buah buku bacaan @ rujukan sebagai siaga untuk memberi tausiah.

++ Pakaian yang secukupnye, cube dapatkan info tentang keadaan semasa tempat kita dipertanggungjawapkan (KPM). Sekiranya tempat yang sejuk :

1.) 2 helai Jacket, baju yang secukupnya, paling2 5 helai termasuk        
3 seluar harian dan 1 baju dan seluar untuk berkebun.
2.) Snow cap, mafela sebagai pakaian tambahan nanti apabila diperlukan.
3.) Selimut dan tuala yang tebal. Selimut sangat penting sebab nanti malam dan subuh korang akan sangat memerlukan beliau. Begitu  jugak tuala, tuala yang nipis akan membuatkan korang malas nak mandi. (^_^)
4.) Stokin @ kaus kaki dan sarung tangan (perempuan).

++ Barang keperluan harian, seperti Ubat gigi, Berus gigi, Sabun mandi (sediakan bekas sabun) dan basuh pakaian (feb), Syampoo, Minyak angin, Minyak but2 (untuk luka), Minyak rambut, Minyak wangi, Loysen nyamuk DLL.

++ Barang2 tambahan yang lain seperti Laptop, Broadband, MP3/MP4/Ipod/Ipad (sukehati kroang lah), Gitar DLL (tanya dulu ketua P2M), buku catatan harian. Semua barang diatas adalah tergantung pada individu, sebab kalau dah ada kat sini, jangan risau, takkan boring dan banyak aktiviti yang bertimbun2 akan datang.

++ Makanan. Aku buat last sekali sebab makanan bagi aku antara yang paling remeh. Maksudnyer, insyaallah kat tempat korang walaupun dikatakan pendalaman, kedai tu tetap ada. Cube untuk save kan budjet kepadatan beg korang, pikirkan barang2 yang betul2 perlu untuk dibawa, kalau dah makanan satu beg penuh, baju satu beg penuh, beg laptop lagi.. alhasil, malu pada orang dan susahkan diri sendiri. Tapi penting tu tetap ada, ok contoh makanan yang rasanya perlu dibawa :

1.) Meggi (instant noodles), Biscuit, Kerepek @ keropok. Dah cukup, kalau rasa nak bagi barang dari Banda Aceh ke Pak Kechik, takde masalah, cume pikirkan betul2 adakah perlu aku bawak ini atau itu.

Semua keperluan diatas adalah berdasarkan pengalaman aku selama kat Bener Meriah, datang rasa menyesal sebab tak bawak barang2 yang sepatutnye.. hehe.. tapi syukur dan alhamdulillah semuanya beres. Jadi, same2 kite saling ingat mengingati. Aku dah rasa, insyaallah korang (dak2 IAIN) akan rasa jugak, pengalaman pahit aku share kan kat sini bukan nak suruh kroang rasa, tapi kene siap sedia dengan segala macam situasi mendatang.

Insyaallah, kalau ada ape lagi barang yang aku teringat nak update.. akan aku updatekan kat atas, mungkin saat tulis ni ada terlupa beberapa barang penting selama berada dalam lingkungan KPM. Dan boleh jugak saranan dari kawan2, kalau rasa ada yang perlu ditambah atau tolakkan, sama2 kita sharing kat sini. Last word.. selamat bergumbira lah yer.. sebab tak lama lagi engkorang pulak, ngeh2.. (^_^)
Share:

Wednesday, April 18, 2012

Diary KPM 1 (PAR/PRA)

Diary KPM 1 (PAR/PRA)

KPM bermaksud Kuliah Pengabdian Masyarakat yang menjadi satu kewajipan kepada setiap mahasiswa IAIN Ar-Raniry. KPM menjadi perkara yang wajib diikuti kerana disitulah kita sebagai mahasiswa mempraktek kan segala ilmu yang dimiliki. Aku akan cube membuat semacam profil berkaitan KPM sedetail2nye bagi memudahkan pelajar2 atau mahasiswa di Banda Aceh khususnya mahasiswa Malaysia.

Aku bersama beberapa teman (Aceh) ditempat kan di satu tempat yang dinamakan Kg Bener Meriah, Kecamatan Bandar, Kabupaten Bener Meriah.. boleh dikatakan Kg pendalaman tapi bukan orang asli.. (^_^). Biasanya mahasiswa KPM ditempatkan di Kg2 pendalaman, contoh tempat orang asli, dalam hutan, atas bukit dan sebagainye.. hmmm.. cuak? takde istilah cuak dah kat sini, bile kite dah ada kat sini.. istilah surviver lah pengganti kepada istilah cuak..

Bukan nak takutkan, tapi kite berada di tempat orang itulah yang perlu kita pegang.. kene cari jalan untuk teruskan kehidupan, beradaptasi dengan orang2 Kg atau masyarakat.. ape je yang perlu kita buat untuk menarik perhatian drang. Macam2 cara boleh dibuat, dalam keadaan begini, kepaduan teamwork sangat diperlukan.. lebih2 dalam proses mendekati atau menyelami budaya2 mereka. Dalam hal menyelami kehidupan mereka, kita harus bulatkan hati bahwa kita berada dalam kondisi seperti ini "Kitalah yang mengikuti budaya mereka dan bukan mereka yang mengikuti budaya kita"..

Di Bener Meriah sangat2 sejuk.. sampai berasap2 mulut aku bile sembang2.. hahaha rasa bangga pon ada.. mungkin untuk pembahasan mengenai KPM secara awal, aku akan cube untuk memberi sedikit gambaran mengenai tampat aku dan kawanku ditempatkan. Boleh dikatakan pendalaman, budaya yang hampir sama dengan budaya kita.. majoriti mazhab Imam Syafie dan hampir kesemuanya mudah, orang2 di desa Bener Meriah ni sangat ramah and i betol2 like it la.. walaupun pada awalnye, cuak giler..

Jalan kat sini jangan sembang "cantik" dia.. kui2.. memang cantik sampai boleh rosaklah rim tuh kalau hari2 langgap lobang yang sama.. cume yang best kat Kg Benar Meriah ni, first comfirm2 lah sejuk, second ilmu sangat lah banyak kat sini, third kat sinilah aku tahu siapa diriku ini.. di mata masyarakat, boleh tak diri aku ni hidup dengan kebiasaan drang? hah.. memang sungguh pengalaman yang insyallah tidak aku lupakan (amboi).. mungkins sampai sini jer pencerahan yang boleh aku sampaikan sebagi pembukaan Diary KPM (PAR/PRA) selama 45 (1 bulan 2 minggu), walaupun nampak macam lebih kepada mystory, tapi jangan salah.. story aku ni berdasarkan pengalaman hidup selama aku kat sini.. dan aku yakin, diary KPM ni akan sangat berguna kepada Mahasiswa/i yang akan melangkah kaki kearah ini (Participatory Action Reasearch).
Share:

Saturday, April 14, 2012

Kene Like Dulu Baru Boleh Baca? Esh2 Kesian..

Ape kepentingan dan kelebihan dari buat Script Float Facebook Like ni pada blog kita? uishh banyak kelebihan dia dan memang aku teringin nak buat kat blog aku.. antara lain, visitor akan lalu lalang di belog kita tanpa henti2, boleh bukak mata Nuffnang untuk BE setiap bulan.. pergh.. sape taknak.. kalau tak salah yang fames sekarang ni, samseng facebook.. memang sungguh samseng sampai kene tunggu 400 saat baru boleh baca entry dia, selagi tak LIKE selagi tu tak boleh bukak.. kasihan.. tapi, boleh jer semua orang kata macam mana yang aku kata sekarang, ape pulak pendapat mereka2 yang menggunakan Script Float Facebook Like kat belog drang? hah.. kene tanya jugak woo.. 

Kene Like Dulu Baru Boleh Baca? Esh2 Kesian..

Walaupun aku tak de la pi interview drang ni, tapi aku boleh rasa pendapat drang atau alasan kenapa drang letak Script Float Facebook Like kat blog drang.. rasa2 mesti jawapan drang nakkan visitor yang mencecah K kan? yelah visitor yang ntah dari mane datang. Mungkin jugak alasan drang "aku dah beli, so kot mane pon kene letak" dan yang paling pedih dengar "sukahati aku la, blog aku.." takpe2.. itu semua hak mereka2 yang terlibat, same jugak kalau korang ada dalam situasi drang? lantak aku la blog aku.. kan? (kalau lebih2 la) 

Bagi aku, takde salah pon nak letak amendalah dalam blog korang sekalipun.. itu hak peribadi@persendirian korang.. tapi kite kene tanamkan sifat toleransi atau memahami orang lain.. nampak aku cakap macam aku ni power je kan? yelah.. kan ni pasal Script Float Facebook Like? so aku tulis jela ape yang patot.. kui2.. aku pon dah banyak kali terpaksa LIKE Fb ntah sape2 semata2 nak amik bahan rujukan dari blog sorang tuh, tapi nevermind lah, ape2 pon boleh tambah kawan kan.. cume tulah, terdetik di hati aku nak tulis pasal Script Float Facebook Like ni lepas baca keluhan sorang blogger tentang perkara ni..

Cume kan... pendapat aku lah.. kalau nak letak sekalipun, janganlah di set kan masa pada page tersebut.. letakkan jugak butang CLOSE di page Fb, rasaya lebih bersahabat sikit dari kita macam dah paksa sangat orang LIKE.. padahal dia sendiri pon tak tahu amendalah dia buat tu.. tak ke kesian, buatnye beliau takde Fb, kene pulak mende yang dia cari susah nak dapat.. kesian sangat2.. cume tulah, masing2 ada pendapat masing2.. ada hujah tersendri, sebab ada istilah HAK.. ^_^

Ala.. ape susah kalau dapat masuk blog macam tu, LIKE jela.. iklaskan diri.. paling2 dapat pahala iklas, setidaknye pon dapat la belajar iklas tu macam gane kan.. hmmm.. ni bukan nak salahkan blogger yang pasang script tu yer.. cume suara hati je kata macam tuh.. itukan hak kamu orang, makanya pake kartu AS.. eh.. sukehati kroang la.. yang ponting hepi, jngn buek bondo salah susah.. asalkan berguna bagi semua orang, teruskan lah share segala ilmu yang kroang ada.. sekarang dah sangat senang kalau nak share ilmu2 kita.. nak tak nak jer.. akhir kalam.. Sok ku nak poie KPM.. tinggalah Banda Aceh sekojap.. (^_^)
Share:

Friday, April 6, 2012

Perlu Ada Sifat Menghormati Orang Lain


Aku terkilan lepas baca satu artikel yang menyangkut masalah semasa Malaysia sekarang, (SUMBER) disebabkan satu hal tertentu.. sanggup drang buat perkara yang tidak sepatutnye dilakukan di khalayak ramai.. mmmmm.. aku taknak entry ni nampak formal sangat, hahaha.. bukan kata takut, tapi sebaiknye hindarkan kalau masih boleh di hindarkan.. buat tambah masalah je buat ape kan? kat sini pon bertimbum masalah aku, so.. sebaiknye dihindarkan.. cume aku nak keluarkan jugak suara hati ni.. tak semestinye kalau artikel yang kita tulis, secara terbuka, confirm boleh jinakkan hati orang lain.. banyak cara lagi..

Yelah.. memang aku 100% menyokong segala kebijakan pemerintahan yang mengikut aliran QUran dan SUnnah, dan dari yang aku nampak, Malaysia dah tak macam ikut semua tu.. macam2 perkara ada kat Malaysia, macam2 kes timbul.. tak habis satu, dua lagi timbul.. bile nak selesai? bile nak aman Malaysia? kalau dah orang2 dalam Malaysia pon saling bertengkar.. apetah lagi serangan America nanti, anytime drang boleh lancarkan.. sebab, tak ikut ape yang Allah kata.. bile tak ikut kata Allah, ertinye dah tak nampak Allah, bile dah tak nampak Allah.. kes2 banyak lah timbul, kite tak merujuk pada Dia, memang kantoi..

Aku teringat kes dulu, kes bakar Quran.. dan bukan sekali jer kes bakar & koyak Quran ni berlaku, dah banyak kali dan rasanye tak payah aku list satu2.. search je dengan keyword "Aksi Bakar Quran" hah bertimbun keluar.. bile Quran dibakar, kita (Islam) marah dengan perbuatan tersebut, sebab Quran adalah kata2 Allah dan kitab suci Islam.. itu adalah buku suci kita (Islam).. mungkin contoh bakar Quran terlalu besar untuk dijadikan masalah utama, sebab mempengaruhi iman Islam sedunia, tak pe lah.. aku amik contoh BUKU KARANGAN KITA dipijak, dibakar, dihancurkan dll.. what u think? 

Sini kau! aku nak terajang! hah.. mesti marah kan? lagipulak dalam buku kite tu semuanya mengajar kepada kebaikan dunia dan akhirat, tertera ayat2 suci Quran, artikel2 tentang ketuhanan, masalah dunia dan akhirat.. semuanya nasihat yang membawa manusia kearah kebaikan.. DIKOYAK??!! ahh.. sedihnye hati ini.. kenapa langsung takde hormat pada orang lain? padahal kalau buku tersebut dibaca, insyaallah banyak manfaat pada orang lain.. tapi.. kenapa mesti DIKOYAK?? salahkan aku ingin menyampaikan kebenaran? salahkah kalau2 kebenaran terealisasi? menjadi panutan kepada setiap manusia? tidakkah kita mahukan negara Malaysia sebuah negara Islam?

Mencerca, memaki, menuduh semuanya sifat syaitan.. syaitan akan senantiasa mempengaruhi manusia agar melakukan perkara yang Negatif! semua itu tidak tergolong dalam golongan orang yang menghormati orang lain.. orang yang menghormati orang lain adalah mereka yang sangat peka terhadap apa sahaja tindakan lawannya (kawannya).. misalnya, Abdul mempunyai seorang kawan dan kawannya sangat aktif dalam kuliah, Abdul sangat iri hati dan menanamkan satu tekad di hatinya yaitu "AKU AKAN BERUBAH SEPERTI DIA" itu satu contoh yang baik.. dia tidak bertekad untuk membunuh Abdul atau mengenakan Abdul.. tapi.. contoh begini sangatlah susah untuk dituruti, apetah lagi kalau dikaitkan dengan pemerintahan di Malaysia.. mudah2an satu hari (PRU13) Malaysia akan ditakbir oleh PAS, Amin!..

Credit :
Share:

Thursday, April 5, 2012

Game Plants vs. Zombies PC Mediafire ~Best!!~

Selesai sudah pembekalan KPM (PAR&PRA) untuk mahasiswa yang terlibat sebanyak 140 orang.. huh! lega siot.. 4 hari berturut2 dari pukul 8 sampai pukul 6 p.m. Dah macam robot dah aku tengok, dan syukur sangat2 sebab group aku semuanya sempoi2, insyaallah tarak masalah dari segi komunikasi.. best2.. 

So malam ni, aku ada liqo lagi, takpe still buleh update blog.. tak nak dah bior berabok, dan haku tarik balik kata2 aku yang haritu "dekat KPM takboleh update"... nampaknyer keadaan memaksa aku untuk bawak sekali laptop dengan BB smartfren nih. Rasanyer memang penting kalau laptop ada, boleh jugak cari bahan2 berkaitan skripsi aku, hilang jugak boring den..

Game Plants vs. Zombies PC Mediafire ~Best!!~
Memang entry nih aku buat untuk share satu game yang boleh jguak kita kategorikan game kecik.. macam angry bird, yang ni bukan angry bird, nama game nih Plants vs. Zombies 2 (Game Of The Year Edition).. mengancam kan? kalau yang dah main aku rasa dia tahu best dia macam maner.. kalau yang belum try, kat bawah aku dah sediakan link untuk korang download..

Game ni bukan jer melatih kita untuk bergerak cepat, tapi jugak melatih mind kite untuk susun strategi dengan cepat dan mantap.. kalau lambat, zombie akan masuk ke perkarangan rumah kita dan makan semua yang ada.. and the end ^_^ (nak letak la nama group aku ni).. serius best, kalau tak cube mana nak tahu.. yang aku upload tuh ada save lagi kot nama aku.. kalau korang nak sambung, silekan jer..

Aku tak tahu kalau ni yang latest, so korang boleh carik sendiri kalau nak yang latest dan kongsi la jugak dengan aku.. hik2.. ape2 pon, link dari mediafire dah aku sediakan kat bawah.. tinggal download dan main, okeh boss ~ selamat menikmati Plants vs. Zombies 2 (Game Of The Year Edition) game! terbaek..

Download From Mediafire :



Satu lagik, kalau ada link yang mati tolong bagitahu.. aku akan renew secepatnye dari Mediafire.. kalau buleh, nak jugak feedback, tapi biasanya aku tengok ramai yang download, tapi takder komen pon. maybe ok lah kot.. hehehe.. okeh guys, selamat bersengkang mate yer.. kalau ada masalah dengan game nih, nak cheat ker, roger lah aku.. (^_^)
Share:

Saturday, March 24, 2012

Al-Quran Dan Bible Chm Version. Best!!

Al-Quran Dan Bible Chm Version
Gambar : Abg Google

Aku nak share mende bagus untuk korang rini, tapi lebih khusus pada mereka2 yang minat dalam bab agama.. tetambah amik kos Perbandingan Agama, rasanyer software nih sangat berguna bagi korang yang rasa berminat dengan kajian2 tentang agama nih.. opss.. bukan software, nih lebih kepada Ebook, atau produk digital. Nama dia, Al-Quran Chm Version dengan Alkitab Chm Version.. amacam ada teringin nak guna tak? kalau rasa teringin atau yang memerlukan.. i think u must try this la. Ape salahnye kalau kita download Quran digital siap dengan terjemahan lagi, simpan dalam laptop korang? sape tahu dari niat baik tu kite ditempatkan Allah di syurga? whos know? hah.. pahala itu mudah.. ape jer mende boleh buat pahala.. aku taknak sembang panjang lebor.. kalau korang rasa Ebook ni penting buat korang, aku dah share free kat bawah..tinggal download jer.. ^_^.

Penggunaan Ebook@Produk Digital nih sangat mudah.. dah selesai download, korang boleh cari ape jer berkaitan dengan sesuatu dalam Quran atau Bible, contohnye tentang bersedekah, klik button Search, then taip key "Sedekah", click enter button.. betimbun keluar, biasanya result dia mesti ada.. aku dah try, lagipon aku pakai software nih sebagai alternatif aku carik bahan untuk tesis aku.. "Konsep Moral Dalam Islam Dan Kristen".. best kan? banyak la ngko best.. ponin carik bahan, tambah2 belah Kristen.. kene survey la pulak library drang.. malas2.. 

Download :


Kalueee rasa P.D kat atas tuh bermanfaat, silekan lah share kat mane sekalipun.. tak payah bagitahu aku pon takper.. yang ponting ada sumber dn linkkn blog ni.. terbaek.. ^_^..
Share:

Sunday, March 11, 2012

Doa Pakai Baju, Doa Buka Baju

Doa Pakai Baju :

بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ اَّلذِى كَسَانِى مَا أُوَارِى بِهِ عَوْرَاتِى وَأَتَجَمَّلُ بِهِ فِى حَيَاتِى

Segala puji bagi Allah yang telah memberiku pakaian untuk menutup auratku dan memperindah diriku selama hayatkku.

رواه الترمذى3483
( الأذكار 23 )
HR. ATTURMUDZY 3483
Lihat kitab Al-Adzkaar halaman 3483

Doa Buka Baju :

 بسم الله الرحمن الرحيم
بِسْمِاللهِ الَّذِى لاَاِلَهَ اِلاَّهُو 

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) 

Apekelah susah sangat nak ngapal dua doa nih? mende asas yang rasanya tak ramai orang amalkan.. yelah, pakai baju apelah sangat, bukan nye nak makan ke.. solat ke nak doa2.. Hah.. itulah detailnye Islam ni, sampai ke Doa Buka Baju, Doa Pakai Baju pon Islam ajar, nak seribu daya tak nak seribu dalih. Maksudnye dalam Islam ni semua perkara Allah dah ajarkan pada manusia, nak tak nak jer.. padahal on9 24hours takder hal.. nak search sikit punya hal pon tarak masa. Nih bukan sound direct korang, tapi sound diri aku lah, tapi kalau yang dah terasa tuh.. senyum2 sokmo la ye..

Aku taknak bebel panjang, sebab matlamat utama aku untuk artikel kali ni hanya untuk share ayat2 yang jarang kite nak pandang, bende remeh, yang remeh tulah Allah akan tanya nanti ^_^.. yang penting kta hafal dan amal ayat tu untuk diri kita dan bekalan kat akhirat sok.. lagipon, malu oooo kalau anak cucu tanya "Tok! ajar min doa pakai baju?" atok pon jawap "Atok terlupe la cu.. tanya nenek ye"  nyaris la nenek dia tahu, kalau idak? tapi bukan tulah ape yang kite nak.. macam yang aku cakap tadi, mende remeh.. yap remeh tulah yang jadi mende penting buat kite satu hari nanti.

Aku sebenar nak share jugak Doa Tengok Cermin yang selama ni aku amalkan.. itu pasal macho je kan? oh salah? ok sori.. banyak kebaikan dari hafal2 doa harian nih, paling2 dapat jugak kita ingat kat Allah, yelah nak zikir pon dah satu hal malas bebenor rasanye.. so ingatkan diri kita pada Allah dengan cara berdoa kat mana2 jer pon, bismillah pon dah kira zikir.. apetah lagi dengan doa amalan harian kite? mintak dekat Allah tu free jer, bukan mintak dekat kawan2.. kompom2 ada komisen.. tambah2 kawan yang tak boleh pakai huem lagilah. Ni Tuhan kite, taknak jugak.. memang problem..

Credit :
Share:

Thursday, March 8, 2012

Apakah Matlamat Anda?

Matlamat Diri
Gambar : Abg Google

Niat tak semestinya dilafazkan tapi setiap dari lafaz boleh jadi ianya mendekati niat, ertinye kite melafazkan sesuatu dalam hal membeli barang seperti penjual dan pembeli, penjual akan mengatakan "saye jual" dan pembeli akan membalas dengan mengatakan "saye beli" dalam proses akad jual beli ni, tak semestinye kite wajib berniat untuk membeli sesuatu barang tapi wajib melafazkan akad jual beli antara pembeli dan penjual. Lain pulak dalam shalat, syarat sah shalat antaranya termasuk niat kerana Allah tanpa niat batallah shalat. Niat di hati dan lafaz di mulut, terdetik di dalam hati ingin melakukan shalat misalnya maka itu disebut dengan niat. Terdetik untuk berwuduk, tetapi terlupa untuk berniat atau melafazkan ketika wudhuk maka wudhuknya sah (berpandukan dari soalan kepada Ust di MTQ).

~ ~ aku sebeno terpikir masa aku dengan sorang kawan ni buat sedikit penjelasan di Ma'ahad Tahfiz al-Quran seputar tentang pengenalan2 di Aceh temasuklah kursus2 yang ada kat sana dan sedikit mengenai kos biaya hidup kat sana. Mungkin dari penjelasan aku ataupun kawan aku agak kacau balau dan pelajar2 ni pon blur jer aku nengok.. haha.. (masa tu sem 3 ok), tapi tu bukanlah permasalannye.. yang jadi masalah adalah pemikiran mereka2 ni walaupun aku rasa sebaiknye semasa pembentangan yang kami buat sebaiknya ibu bapa turut hadir, sebab kalo budak2 ni, ape choice drang pun tak pasti. Ok takpe kalau kata penjelasan kami tak ok dan kacau balau dan aku memang admit tu pon.. tapi, cube pikirkan matlamat hala tuju kite tu ape sebenarnye? ape sebenar yang nak dicapai kalau belajar jauh2 ni? pangkat? reputasi? nama? kawan? atau ilmu?

(Confirm2) kalau tanya lah mana2 pelajar yang nak sambung belajar di luar Negara ape sebenar yang drang nak kalau balajar jauh ni? mestilah jawapannye adalah ILMU.. tak tahu la kalau ada yang kata nak sambung blaja ni sebab nak carik awek kat sana, esh tu bukan jawapan seorang pelajar yang berdedikasi dan terpelajar, kalau tanya mat pit boleh la drang jawap camtu.. yap memang tujuan aku tulis semua ni berkonsep niat, tapi belom habis lagi.. tak pecah lagi benak di dada, relax lah dulu, hehehe..

Aku tekejut plus weird bile dengo ramai kawan2 aku blaja jauh, Yaman, Jordan, Mesir, London, America, Australia dan lain2.. bukan terkejut sebab rasa ape2, sebab aku tahu drang boleh dan semua orang (manusia) boleh buat ape jer yang drang nak buat selagi tak melanggar batas kemanusiaan. Contoh dari batas kemanusiaan tu mintak pertolongan dari JIN, memudaratkan diri sendiri, melakukan perkara haram dan sebagainye. Yang lain takde batas melainkan batasan kesusahan sebelum mendapat kesenangan, tuh lumrah alam la.. standard.. yaps, aku terkejut bile dengo drang ni blaja jauh2, niat tuh dah molek, comey dah.. cume aku pikir jugak kalau dengar kawan aku yang agak susah pon boleh pegi jauh, memang tu satu usaha yang sangat baik, satu pengorbanan yang mulia.. tapi drang ni kira hebat la, aku nak mai aceh pon mikio 2 3 kali. First mestilah pikir segi ekonomi, aku pikir ekonomi sebab setiap dari detik kite kat sana memerlukan duit (detik=masa) maksudnyer, kos sara hidup kat sana.. kalau takde duit how to eat? duit sewa rumah, jalan2 lagi, duit buku, semua tu penting tambah2 buku.

Betol aku tak boleh nak vonis orang macam tuh je sebelum amik tahu lebih detail.. tapi banyak2 yang terdengar la, kos sara hidup sana mahal tambah2 tiket kapalterbang, rasanye Air Asia dan sampai kot sana. PM kene la buat Air Asia sampai sana ea.. tak pon bagi PAS buat. Padahal dah brapa kali aku ulang alik dari Acheh ke Malaysia, naik boring pon ada.. opss~ bukan nak membandingkan mana yang lebih baik ok, tapi kite kene buat kesimpulan yang tepat dalam meneruskan hidup ni.. same jer blaja mana2 pon kat dunia ni, semua mahukan ILMU.. tapi jangan disebabkan ILMU kite merana, menyesal tak tentu pasal, merampuh, marah sana sini.. itulah namanya memudaratkan diri ^_^. A'ah boleh jadi kat tempat lain takde ilmu yang mempelajari secara mendalam tentang ilmu yang drang nak, betol tu.. itulah yang aku cakap tadi, semua ni balik pada objective kite, dan aku tahu.. tiap dari keputusan drang adalah yang tebaik, dan yang terbaik itu adalah kesanggupan drang dalam melaksanakan kewajipan yang sepatutnye, thats great.. aku pon dah lama tak jumpa dengan geng2 MTQ, last word.. masing2 dari kite mempunyai impian yang ingin dicapai  dan matlamat sebenar dalam mempelajari ilmu Allah. ^_^.

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله  Iيَقُوْلُ :
(( إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ، وَ مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ ))  [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري و ابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Dari Amīr al-Mu’minīn, Abū Hafsh ‘Umar bin al-Khaththāb t,dia menjelaskan bahwa dia 
mendengar Rasulullah r bersabda: 

“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut” 
(HR. al-Bukhāriy dan Muslim)

Credit :
Share:

Wednesday, March 7, 2012

Janganlah Menghina Agama Orang Lain

gambar erykah badu tatto allah

"Janganlah menghina agama orang lain.. nanti orang hina agama kau marah pulak.." itulah yang terdetik dalam hatiku lepas membaca keratan akhbar Harakah semalam mengenai isu gambar Erykah Badu bertatu Allah di dadanya terpampang jelas di akhbar MCA The Star. Ni kes lama dah.. lagipun The Star dah mintak maaf. Maaf yang hanya "Kami minta maaf atas kesalahan kami" padahal sebelum ni pun dah 2 kali kes yang hampir sama The Star kedepankan. Jangan lupe, bukan hanya rakyat Malaysia je yang akan marah tapi seluruh dunia akan nampak kewujudan gambar Erykah Badu yang besar ditayangkan di depan akhbar The Star. Gambar besar tu, cume orang buta je tak boleh nampak.. ape perasaan orang Islam bila tengok seorang perempuan yang bertatto Allah di dadanya dan tatto2 bersimbolkn piramid, ni dah mengacau keyakinan dan kesatuan umat Islam sedunia.

Macam aku cakap tadi, jangan sampai satu hari Malaysia jadi tumpuan Negara yang suka membuat provokasi antara umat beragama. Kene serang dengan Iran baru nak merangkak.. ni bukan kes perang atau bunuh membunuh, tapi artikel dari The Star tu macam sengaja, dah tahu kita hidup dalam masyarakat majmuk yang dalamnye bermacam2 agama - agama Kristen - Budha - Singh - Tao - Konghucu - Islam dan lain2.. tapi saje nak buat provokasi, aku tak pasti sama ada ni berkaitan dengan PRU 13 atau memang sengaja nak carik nahas dengan orang Islam? memanglah kalau orang buat tatto agama Kristen misalnya, itu mungkin jugak menaikkan kemarahan umat Kristen atau mungkin jugak menjadi kebanggaan mereka. Sebab Kristen bukan agama Islam dan Islam bukan Kristen, sama jugak dengan empunya akhbar The Star misalnya mereka beragama Konghucu, mungkin kalau orang buat tatto tuhan KOnghucu di dada menjadi suatu yang biasa atau kebanggaan.. Islam bukan macam tu..

Aku tak tahu ape motif sebenar drang ni, dah ramai warga maya yang tak puas hati pasal ni tambah2 mereka yang beragama Islam.. saman jer The Star! mentang2 di bawah kerajaan, boleh pulak slamber nak buat ape je, sama jugak macam kes polis yang terajang penunggang motosikal kemarin.. jangan pikir kite dah kuat bila ada di bawah suatu kuasa sebab sesuatu kuasa tu takkan pernah kekal melainkan kuasa Allah. Lumrah alam kalau ada orang yang kaya dan ada orang yang miskin, sebab ape Allah jadikan macam tu? salah satunye, memberi pengajaran dan peluang kepada mereka2 ni untuk mendekatkan diri dengan Allah, yang kaya wajib memberi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan dan yang miskin redha dengan ketentuan ilahi diatas ketetapan yang telah Allah tetapkan, Dia maha Mengetahui. 

Tapi sekarang dah lain.. yang kaya tindas yang miskin, yang berkuasa pulak pilih kasih.. itulah dunia Malaysia sekarang, Negaraku.. tanah tumpahnya darahku.. rakyat hidup bersatu dan maju.. lagu Negara dah dah power, tapi Negara pulak yang kureng power.. lagu orang boleh nyanyi boleh jugak menulis tapi kalau pelaksaan tu bukan semua orang ada wewenang, melainkan mereka2 yang diyakini dan diberi tanggungjawap lah mempunyai kuasa dalam pembentukan Negara ni kearah mana.. bile sesuatu pelaksanaan tidak dijalankan baik sepertimana janji2 yang diyakini boleh menjalankan sesuatu tanggungjawap dengan sempurna, timbullah demokrasi di mana2, bergema suara rakyat melaungkan "dimanakan hak rakyat! kemana janji-janji membantu rakyat!" tapi dengan kuasa yang ada, walhal itu adalah pemberian atas keyakinan untuk membentuk Negara, telah disalahgunakan oleh orang-orang tertentu, itulah pengertian dari "yang kaya tindas yang miskin, yang berkuasa pulak pilih kasih".

Persoalannye, kenapa kerajaan masih ada sangkut paut dengan MCA (The Star) sedangkan drang ni jelas2 mempermainkan Tuhan umat Islam? ataukah.. kita tak boleh memvonis seseorang, tapi itulah.. hanya mereka yang mempunyai naluri sama akan saling memegang dan membantu antara satu dengan lain. 

Allah berfirman dalam Al-Quran: "Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang menegakan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap satu kaum, mendorong untuk kamu berbuat tidak adil. Berlaku adillah karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan". (Al-Maidah [5] : 8)

Credit :
Share:

Saturday, March 3, 2012

Pemimpin Islam

Pemimpin Islam

Tuan Guru Nik Aziz pernah cakap “Mereka yang ada wang, menderma.  Yang berkebolehan dalam internet, gunakan internet, semuanya untuk memberikan kemenangan kepada Islam dalam semua segi,” dalam pertemuan dengan pelbagai agama termasuk Kristen dan Buddha. Mereka memberikan kata terima kasih kepada Mursyidul Am PAs tersebut atas sikap toleransi beragama yang ditunjukkan kerajaan Kelantan kepada agama-agama yang lain. Dah jelas kalau drang pun suke dengan setiap kebijakan dari Tuan Guru dalam mentadbir kerajaan Kelantan.

Ahh~ ~ itu baru betol pemimpin Islam, berkonsepkan Quran dan Sunnah Nabi bukan sampai membakor @ merosakkan gereja2 tempat ibadah orang lain walaupun drang bukan agama Islam. Dah salah persepsi kalau kata kita wajib menghancurkan tempat ibadat umat selain Islam dengan beralasan untuk menegakkan agama Islam.. walaupun dalam Quran Allah dah kata, "Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Agama Islam" tapi dalam situasi sekarang ni, hidup dalam masyarakat majmuk, berbilang kaum, berbagai agama tak boleh saling menyalahi tambah2 lagi Kerajaan dipimpin oleh pemimpin Islam. Dan terbukti sekarang, Kelantan berjaya membuka mata para ahli agama mengenai konsep toleransi beragama dalam kehidupan bermasyarakat seperti yang dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz.

Tapi bile tengok pemimpin Negara (Malaysia) memimpin dengan tidak berlandaskan al-Quran dan Sunnah tu dah wajib kita selaku umat Islam menegur agar pemimpin tersebut sedar dari kesalahannya. Aku ada baca dalam Harakah, satu hadist tentang jihad, jihad juga diterima Allah apabila seseorang mempertahankan Negara supaya dipimpin oleh Pemimpin Islam. Pikir logik la ha.. contoh satu kelompok yang dipimpin oleh Ahmad seorang yang beragama islam tapi dia main judi, kaki pompuan, rasuah, selfish ape jadi dengan kelompok tu? sepatutnye yang menjadi tonggak utama si ketua sebagai contoh teladan baik kepada anak buah dia.. ni tak, dia pulak lebih2.. macam tu jugak dengan pemimpin dalam sebuah Negara, kalau dah pemimpin pon halal lesen judi, arak, Lynas ape cer brow? memang lah nama Islam tapi tak mengikut konsep Islam guane? (Ust. Azhar Idrus)

Pemimpin Islam

1 syarat je yang dia pass yang lain hampas tu bukan nama pemimpin dan tak layak memimpin, lebih baik bagi pada orang yang betul2 boleh memimpin untuk bawak rakyat kepada arus Islam yang sebenar. Biler cakap macam gini marah.. tapi tak pikir pulak marahnye KAMI (rakyat) macam mane, itulah orang cakap jangan asal belajar tinggi tapi tak tahu menilai mana baik buruk, kalo image ko sorang je lucah takpe bro ni sampai KAMI2 pon lucah pe kes? cepat2 le turun dan muak KAMI nengok muke keme nih. Janji bagai nak rak, nak bagi gunung la, sebutir pasir pon tarak.. nak bagi langit la, yang pi amik sisa radioaktif dari Australis tuh buat ape dengan tertubuhnye Lynas last nak pulangkan balik kat syarikat Australia drang tak moh dah.. bodo giler, nampak sangat mende tuh tak berguna, berbahaya.. omputih ni pandai, melepas batuk ditangga jer.. bukan macam N****, ni dah lepas batuk hg pi ngadap pulak memang kene la.. apparaaa..

Baru2 ni aku ada terima komen dari sorang blogger dngan nickname najib, tak tahu la PM beno ke ape kan lantok le BN nak terkubur pon.. yang peliks, dia boleh sokong Lynas nih dari artikel lepas aku tentang Info Lynas. Hahahaha.. dia boleh bandingkan dengan orang merokok lagi, cerdik, padahal dia terlupa pulak nak tanya PM sape yang bagi lepas lesen rokok.. aku masuk blog dia, tengok betollah beliau ni orang BN.. its ok.. aku takde masalah selagi tarak kacau hal aku ^_^.. serius cakap, kalau layan orang2 yang cerdik macam ni susah. Drang ni banyak sangat pengalaman yang membuatkan drang taksub sampai terkial2 nak membenorkan jugak hal yang salah.. kih3.. pikir logik sudah, cube jawap dengan soklan pasl baru2 ni ada perhimpunan Hijau 2.0 save malaysia anti Lynas sampai beratus ribu orang mai.. drang sume tu bodo ke? ke hg sorang jer yang belajo tinggi sampai tak buleh nak beza mana baik buruk? ^_^

PRU 13 ni harapkan pada setiap individu mengambil keputusan (mengundi) yang benar dan jelas supaye pemimpin baru akan datang ini lebih membawa Negara kepada jalur Islam yang sebenar, aku macam dah rasa confirm Islam (PAS & Pakatan) menang walau tak habis satu Malaysia, tapi nampak majority semasa sekarang.. orang tak bodo lah beb.. sume cerdik2.. banyak sangat dah hal2 negatif @ buruk terealisasi dengan jelas dalam Malaysia nih, kalau bukan license dari Kerajaan yang memerintah sape lagi? tokkan rakyat pulak bagi lesen? kah3.. sebenar suara dalam memilih pemimpin adalah dari tangan rakyat, drang yang melihat, meneliti, membuat kajian untuk kebaikan Negara pada masa akan datang.. bukan men2 punya cerita, salah pilih gelap la masa depan negara, tap aku yakin ramai orang yang dah ada pilihan awal dalam memilih (mengundi) pemimpin yang bakal menggerakkan hukum2 Allah.. cume, paham2 lah kalau orang yang nak tetap jugak memang ni, ape je drang sanggup buat asal menang, yang penting HEPPI ~ ~.. last kecundang di tengah jalan (akhirat)..

Renung2kan lah ayat di bawah ni >>

“(yaitu) orang-orang yang jika kami berikan kedudukan kepada mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan salat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan mungkar; dan hanya kepada Allah kembali segala urusan.” (QS Al-Hajj: 41).

Credit :
Share:

Friday, February 24, 2012

Info Tentang Lynas

Info Tentang Lynas

Ape tu Lynas? yang orang rami dok buat demo baru2 ni mengenai ketidak setujuan tentang Lynas.. aku malas nak syarah panjang pasal Lynas ni, tapi nak paste satu artikel berkaitan dengan Lynas.. rasanya baik untuk korang amik tahu lebih mendalam ape sebenar Lynas tu.

Paste dari link : http://pemudatua.blogspot.com/2011/05/ringkasan-berkenaan-isu-lynas.htm


(Versi 6.0 - 03/06/11)

LYNAS : Apa Yang Perlu Anda Ketahui

1.      Kilang Lynas sudah pun 95% dibina di Gebeng Kuantan. Keluasan menyamai 140 buah padang bola atau 100 hektar tanah. Kedudukan Kilang Lynas diapit oleh Polyplastic dan Projek Fasa 1 Kluster Industri Minyak Kelapa Sawit yang juga berhadapan dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan bersebelahan dengan BASF Petronas Chemicals. Juga tercatat papan tanda LAMPSON atau Lynas Advanced Material Plant (LAMP) antara Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah kakitangan sekitar 42,000 orang. Mereka telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng pada 22/2/2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar RM96.8 juta. UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar RM700 juta.
2.      100% milik Lynas Australia.
3.      Dijadual untuk disiapkan Suku-3 2011 (September). Tarikh asal dikatakan pada Suku-1 2011 (March).
4.      Lesen untuk dibina diberi pada tahun 2008.
5.      Peluang Pekerjaan hanya untuk 350 orang sahaja selepas infrastruktur LAMP Lynas siap dibina.
6.      2500 pekerja terlibat dengan pembinaan infrastruktur Lynas di Gebeng.
7.      Lebih 3000 pekerja lain di syarikat-syarikat lain yang beroperasi di Kawasan Industri Gebeng Kuantan.
8.      Akan menghasilkan 22 ribu tan 'rare earth oxide ' setahun.
9.      Nilai eksport dianggarkan pada nilai RM8 Billion setahun.
10. Bebas Cukai selama 12 tahun.
11. China merupakan pembekal ‘rare earth’ atau nadir bumi terbesar di dunia sebanyak 95%. Dijangka berlaku penurunan export nadir bumi atau ‘rare earth’ China dari 72% kepada 37% pada tahun 2011.
12. Harga satu tan pada RM364, 800.
13. Pembeli terbesar adalah dari Jepun, Amerika dan Eropah untuk keperluan industri berteknologi tinggi (Magnet Prestasi Tinggi) seperti Kabel Fiber Optic, Monitor LCD, Komputer, Lensa Kamera, Mentol Lampu, Smartphone, Alatan Ketenteraan dan Kereta Hybrid.
14. Setiap kereta Hybrid akan menggunakan 12KG nadir bumi atau ‘rare earth’. Walaubagaimanapun, penggunaan Thorium di dalam ‘gas mantle’ sebagai lampu yang menyala bila dikenakan api sudah semakin berkurangan kerana kesan radioaktif.
15. Thorium-232 digunakan sebagai makanan kepada bahan api nuklear Uranium-233. Rusia, China dan India berhasrat kini untuk menggunakan Thorium sebagai tenaga nuklear mereka. 1 tan Thorium boleh menghasilkan tenaga seperti 200 tan Uranium dan 3.5 juta tan arang batu.
16. Lynas dijangka akan menjadi pengeluar 1/3 daripada keperluan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia selepas 2 tahun beroperasi. Lynas akan mengeluarkan ‘rare earth’ atau nadir bumi untuk keperluan global pertama diluar China.
17. Lynas telah menandatangi perjanjian jual beli dengan 8 pelanggannya dari pelbagai negara, iaitu 6 kontrak pembekal dan 2 ‘letter of intent’.
18. Keseluruhan simpanan simpanan ‘rare earth’ atau nadir bumi dunia adalah di sekitar 99 juta metrik tan. Australia mempunyai simpanan nadir bumi sebanyak 5.2 juta metrik tan manakala Malaysia hanya mempunyai simpanan sebanyak 30-35 ribu metrik tan. Kegunaan setahun keperluan nadir bumi dunia adalah di sekitar 124 ribu sehingga 180 ribu metrik tan setahun.
19. Perlombongan ‘rare earth’ di Mount Weld adalah di sekitar 121,000 metrik tan setahun selama 18 tahun. Boleh menampung pengeluaran sehingga 156,000 tan setahun.
20. Proses menghasilkan ‘rare earth’ atau nadir bumi secara umumnya:
a.     ‘Ore’ atau Bijih dilombong di Mount Weld Australia.
b.     Bijih tersebut kemudiannya akan dikeringkan dan proses pengasingan akan dilakukan. Di sini ‘rare earth concentrate’ akan dihasilkan. ‘rare earth concentrate’ inilah yang akan dieksport ke Gebeng Kuantan melalui pelabuhan kuantan.
c.     Di Gebeng Kuantan, proses seterusnya ialah menghasilkan ‘rare earth compounds’ dimana rawatan dengan menggunakan bahan kimia akan dilakukan untuk proses pengasingan/penulenan seterusnya.
d.     ‘rare earth compounds’ tersebut akan seterusnya diproses  dengan menggunakan  kuantiti bahan kimia yang berbeza bergantung kepada jenis ‘rare earth’ atau nadir bumi itu, sama ada ia ringan atau berat untuk menghasilkan ‘ rare earth oxides’ di mana ia kemudiannya dihantar atau dieksport semula ke kilang pengeluar produk. Kuantiti bahan kimia yang akan digunakan boleh menjangkaui dari 50-1000 tangki bergantung sama ada elemen itu ringan atau berat.
e.      Di kilang pengeluar produk berteknologi tinggi, ‘rare earth oxides’ ini akan diproses sekali lagi juga menggunakan teknik ‘solvent extraction’ untuk menghasilkan ‘rare earth metal’ yang akan digunakan secara langsung atau dicampurkan dengan bahan lain untuk menghasilkan produk berteknologi tinggi itu.
21. Untuk setiap proses yang dilalui di atas, bahan asid akan sentiasa digunakan. Kesan dari bahan-bahan ini kepada persekitaran tetap ada jika tidak ditadbir selia secara baik. Antara bahan asid yang digunakan adalah asid sulfurik dan asid hidroklorik.  Keperluan bahan mentah Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik berdekatan dengan kilang LAMP Lynas di Gebeng. ‘Light Rare Earth Elements (LREE)’ akan menggunakan 50 tanki bahan ini ketika pemprosesan manakala 1000 tanki untuk ‘Heave Rare Earth Elements (HREE)’. Ciri-ciri ketoksidan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik? ‘Toxicity’ atau tahap keracunan adalah amat tinggi. Ia juga adalah ‘corrosive’ atau amat menghakis. Boleh menyebabkan kebakaran tahap tinggi. Bahaya jika terhidu, termakan dan terkena kulit. Termakan boleh membawa maut. Pendedahan kronik boleh menyebabkan kerosakan paru-paru dan kemungkinan juga kanser. penggunaan Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik sebanyak 704 tan sehari atau 257,012 tan setahun yang diketahui umum bertoksid tinggi dan bersifat menghakis itu juga boleh mengancam keselamatan, kesihatan dan persekitaran (Safety, Health, and Environment (SHE)) kesan dari Gas Radon yang diketahui umum penyebab 20,000 kematian di Eropah setiap tahun yang juga boleh tersebar melalui udara jika tidak diurusselia dengan baik oleh pihak pengurusan Lynas dan dipantau secara ketat oleh agensi pihak berkuasa.
22. ‘Rare earth ore’ atau bijih nadir bumi yang dilombong di Mount Weld mengandungi beberapa mineral utama dan diantaranya ialah monazite. Kebanyakan pengeluaran elemen nadir bumi atau rare earth adalah dari mineral monazite dan bastnasite. Monazite adalah bahan radioaktif. Di dalam bahan mineral monazite ini terdapat thorium, cerium dan lanthanum. Monazite kaya dengan Thorium dan Thorium ini juga adalah bahan radioaktif yang tinggi dan boleh digunakan untuk menggantikan uranium dalam menghasilkan tenaga nuklear. Terdapat cadangan untuk menggunakan Thorium sebagai sumber tenaga untuk menjana 2 reaktor nuklear baru yang dicadangkan akan dibuka di Malaysia dan salah satunya di Temerloh Pahang.
23. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport dari Australia (2500KM) untuk diproses di Gebeng Kuantan ketika itu dianggarkan mengandungi 0.0029% Uranium dan 0.16% Thorium untuk setiap metrik tan.
24. ‘Rare earth concentrate’ yang diimport akan diproses untuk dijadikan ‘rare earth oxide’ di Gebeng Kuantan. Daripada komen yang disampaikan oleh CEO Lynas sendiri, kandungan Thorium adalah pada nisbah 55:10,000 metrik tan dan dari 22 ribu tan setahun (Fasa 2) manakala 11 ribu tan setahun (Fasa 1) ‘rare earth oxide’ yang dihasilkan dari kilang Lynas atau LAMP di Gebeng Kuantan itu, sisa buangan radioaktif Thorium yang dianggarkan akan dihasilkan dalam tempoh setahun adalah sebanyak 121 metrik tan bersamaan dengan 121 buah lori 1 tan atau 24 buah lori 5 tan SETAHUN!.
25. Bijih Timah juga mengandungi Monazite. Thorium dari Bijih Timah adalah di sekitar 6% lebih tinggi berbanding 0.16% dari Mount Weld Australia. Walaubagaimanapun, jumlah metrik tan perlombongan monazite dari perlombongan bijih timah telah berkurangan dari 2920 metrik tan pada tahun 1988 ke 1147 metrik tan setahun pada tahun 1999. Dari perkiraan sisa Thorium dari monazite perlombongan bijih timah hanya di sekitar 68.82 metrik tan setahun berbanding 121 metrik tan sisa buangan radioaktif Thorium dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng iaitu 2 kali ganda setahun. Thorium adalah ‘by-product’ atau bahan sampingan dari pemprosesan ‘rare earth concentrate’ ke ‘rare earth oxide’ di Kilang LAMP kepunyaan LYNAS di Gebeng Kuantan. ‘By-product’ inilah sisa bahan radioaktif yang digeruni. Persoalannya berapa banyakkah ‘by-product’ Thorium yang akan dihasilkan setahun dan bagaimanakah ianya disimpan dan dilupuskan. Apakah impak kepada keselamatan, kesihatan dan persekitaran penduduk setempat khususnya di Balok (3KM) jika kebocoran simpanan sisa radioaktif ini berlaku dan tersebar melalui udara, air dan tanah.
26. Maklumat berkenaan Thorium dan kesannya kepada manusia persekitaran seperti yang dilaporkan oleh Agensi Perlindungan Persekitaran Amerika Syarikat (EPA) adalah seperti berikut:
a.     Thorium-232 mempunyai  jangka hayat 14 billion (14x109) tahun.
b.     Thorium-230 dan Thorium-228 mempunyai  jangka hayat 75,4000 tahun.
c.     Pencemaran Thorium boleh merebak dengan lebih meluas melalui air dan udara.
d.     Mereka yang tinggal berdekatan tempat yang menghasilkan sesuatu bersama Thorium berkemungkinan terdedah kepada bahaya Thorium.
e.     Manusia boleh dijangkiti atau terdedah dengan Thorium melalui sedutan udara, makanan dan air.
f.        Thorium yang dihidu atau disedut melalui udara akan kekal untuk jangka masa yang lama pada salur pernafasan. Thorium yang masuk ke salur darah akan juga tinggal di tulang pada jangka masa yang lama.
g.     Risiko Kanser di tekak, tulang dan pankreas kesan dari hiduan sisa Thorium.
27. Kes 1: Syarikat Mitsubishi Chemical yang terlibat dalam industri pemprosesan ‘rare earth’ di Bukit Merah dikaitan dengan 8 kes Leukimia dan 7 kes kematian. Telah ditutup pada tahun 1992 dan kerja-kerja pembersihan sisa masih berjalan sehingga ke hari ini (Hampir 20 Tahun) dan telah menelan belanja lebih RM300 juta. Masih terdapat 80,000 tong drum atau ‘steel barrels’ sisa radioaktif di sana. Jelas, pemprosesan nadir bumi atau ‘rare earth’ akan menghasilkan beribu-ribu tan sisa radioaktif seperti dalam kes Asia Rare Earth (ARE) di Bukit Merah. Sisa yang masih tinggal akan disimpan 3 batu jauh ke dalam hutan simpan di mana bahagian atas bukit akan dipotong dan sisa akan ditanam lebih 20 kaki ke dalam tanah dan ditutup dengan simen dan gypsum.
28. Kes 2: Kebocoran radiasi di Fukushima selepas bencana Gempa Bumi dan Tsunami mendesak kerajaan negeri Jepun yang dikatakan cukup maju dalam pengurusan bencana untuk melebarkan kawasan evakuasi dari 16KM kepada hampir 40KM termasuk mengisytiharkan tahap 7 kebocoran radiasi, sama seperti yang dialami di Chernobyl Ukraine pada tahun 1986 yang telah meragut hampir 200,000 ribu kematian akibat kanser seperti yang dilaporkan oleh Greenpeace ketika itu.
29. Kes 3: Kesan toxic dan radioaktif dari industri ‘rare-earth’ di Baotou Mongolia.  Setiap proses ‘rare-earth’ bermula dari perlombongan ‘ore’ ke ‘rare earth oxide’ atau ‘rare-earth metals’ banyak menggunakan bahan asid dan kimia. Malah ketika perlombongan ‘ore’, bahan asid akan dimasukkan ke lubang yang digali. Sisa buangan radioaktif khususnya Thorium juga dihasilkan ketika melalui semua proses itu. Kebocoran bahan asid, kimia dan sisa radioaktif ini yang banyak berlaku di Baotou terbukti telah menyebabkan kemusnahan kepada hasil pertanian dan kesihatan seperti kerosakan hasil tanaman, gigi tercabut dan rambut putih atau beruban diawal usia muda sekitar 20-an. Malah kematian disebabkan kanser juga direkodkan walaupun lokasi penempatan penduduk berada 10KM dari kawasan penyimpanan sisa buangan radioaktif itu.
30. Kes 4: Kajian yang dilakukan oleh Kolej Perubatan Jiangxi di China dari sample darah dan ujian IQ pada kanak-kanak mengemukakan kesimpulan bahawa kanak-kanak di sekitar umur 7-10 tahun yang tinggal berdekatan dengan kawasan ‘rare-earth ore’ berkemungkinan mempunyai IQ atau kecerdasan akal yang lebih rendah berbanding mereka yang tinggal jauh atau yang tinggal di kawasan yang terkawal.
31. Kes 5: Jelas, kegagalan di dalam menguruskan sisa radioaktif akan memberi kesan kepada persekitaran dalam kes Kilang Molycorp di Death Valley California Amerika Syarikat.
32. Kesannya kepada sumber ekonomi negara khususnya kegiatan ekonomi rakyat di sekitar Kuantan dan Kemaman:
a.     Sektor Perlancongan khususnya di Cherating Pahang (dalam Jarak 18-20 KM dari lokasi Kilang Lynas).
b.     Sektor Perikanan di Kuantan adalah antara yang terbesar. Terdapat 390 nelayan laut dalam yang berdaftar.
c.     Sektor Industri Kecil dan Sederhana (IKS) khususnya makanan laut (Keropok Lekor, keropok, ikan bakar dan sebagainya).
d.     Nilai hartanah akan merudum kerana tiada siapa yang mahu membeli tanah atau kediaman di sekitar Kuantan dan di Kemaman.
e.     Ancaman kepada syarikat berdekatan khususnya Petro-Kimia seperti Kaneka, MTBE, Petronas BASF dan BP Chemicals. Kerugian yang besar jika operasi mereka terganggu dengan insiden kebocoran sisa radioaktif yang boleh menjejaskan kesihatan pekerja mereka.
f.        Pelabur baru dari luar negeri dan dari luar negara tidak akan berminat untuk melabur kerana ancaman sisa radioaktif daripada Lynas. Risiko terlalu tinggi.
33. Pertikaian rakyat khususnya rakyat setempat adalah berkenaan:
a.     ‘Public Consultation’ atau Konsultansi dari pihak awam tidak pernah berlaku malah sebelum lesen untuk dibina dikeluarkan pada tahun 2008.
b.     Laporan penuh Jabatan Alam Sekitar tidak dikongsi kepada rakyat, hanya Ringkasan Eksekutif (2 muka Surat) yang dipaparkan di halaman web.
c.     Lokasi yang terlalu dekat dengan kawasan kediaman. Jarak 2-3 KM dari Balok dengan kepadatan penduduk seramai 16700 orang. Jika diambil kira keluasan evakuasi di Fukushima dalam jarak 40KM dari Gebeng Kuantan, kebocoran sisa radioaktif akan melibatkan keseluruhan penduduk di Kuantan, Gambang, Cherating malah Kemaman di Terengganu sekalipun. Jumlah penduduk yang mungkin terlibat boleh mencecah hampir 800 hingga 900 ribu secara keseluruhannya dengan Kuantan sahaja di sekitar 600 hingga 650 ribu orang. Syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Australia adalah minima 35KM dari kawasan penempatan penduduk.
d.     Cadangan untuk membawa masuk ‘rare earth concentrate’ dari Mount Weld Australia ke Malaysia sebagai bahan bukan radioaktif dari pelabuhan Kuantan.
e.     Menteri Western Australia, Hon Norman Moore memaklumkan sisa buangan radioaktif itu adalah milik Malaysia dan tidak akan diterima balik oleh Australia.
f.        Sisa buangan radioaktif dari ‘rare earth’ boleh dibuang sama seperti sampah domestik. Tahap radiasi dari sisa buangan Thorium dikatakan rendah sehingga ia boleh dianggap sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif berdasarkan standard antarabangsa? – Kenyataan Menteri MOSTI Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili. Bijih nadir bumi di Mount Weld dikatakan mengandungi radioaktif sederhana Thorium dan Uranium berdasarkan laporan EPA Australia dan bukannya rendah!. Kenyataan tersebut juga tidak dikaitkan dengan kenyataan ‘ratio’ sisa 55:10000 oleh CEO Lynas sendiri yang akan dihasilkan dari pemprosesan ‘rare-earth concentrate’ di Gebeng Kuantan. Malah sisa-sisa buangan lain juga tidak dimaklumkan sebagai contoh Gas Radon yang dihasilkan (juga adalah radioaktif) dan mungkin akan terlepas ke udara ketika pemprosesan ‘rare earth concentrate ke rare earth oxide’ kerana menggunakan jumlah besar bahan asid bertoksik tinggi seperti Asid Sulfurik dan Asid Hidroklorik pada suhu yang amat tinggi. Isu sebenarnya bukan berkenaan sisa buangan radioaktif sahaja, tetapi berkenaan semua sisa buangan yang terhasil dalam pelbagai bentuk (gas, cecair/‘liquid’ dan ‘solid’/pepejal) dan bagaimana pengurusan sisa itu dibuat oleh Lynas. Lynas pula telah menggunakan piawaian negara China (<74 bq/gm ) untuk mengklasifikasikan sisa buangan radioaktif itu yang dikatakan disekitar 61 bq/gm dan 65 bq/gm oleh EIA Malaysia sebagai sisa industri dan bukan sisa radioaktif sedangkan EPA (Environmental Protection Agency) di Australia telah menetapkan 1.0bq/gm ke atas sebagai bahan radioaktif.
g.     Percanggahan kenyataan bahawa Mount Weld ‘ore’ yang dilombong di Austalia adalah jenis lanthanide dan bukan monazite.
h.     Panel bebas yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia iaitu IAEA atau Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tidak bebas dan berat sebelah kerana mereka bukan ‘regulator’ atau pembuat undang-undang yang tiada berkepentingan dalam sumber tenaga itu tetapi mereka adalah ‘promoter’ atau pihak yang menyokong penggunaan sumber tenaga itu.
i.         Panel bebas harus diwakili dan dilantik oleh rakyat yang berkepentingan dalam isu ini. Pendedahan terbaru pahangdaily.blogspot.com jelas mengukuhkan fakta-fakta yang telah dibentangkan oleh jawatankuasa BADAR dan Save Malaysia, Stop Lynas sebelum ini bahawa ‘panel bebas’ IAP yang dikatakan tidak bebas itu dan diketuai oleh IAEA sendiri terbukti mempunyai hubungan langsung dengan adik kepada Menteri Besar Pahang iaitu Dato´ Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Penyelia atau ‘Governers’ IAEA sendiri (2009-2010).
j.         Kelulusan untuk beroperasi tidak boleh diberi selagi mereka tidak memenuhi piawaian yang dicadangkan oleh Molycorp Minerals (California).
k.      Piawaian negeri China yang berkait dengan Perancangan Pengurusan Pemprosesan dan Sisa Buangan tidak seharusnya digunakan. Sebagai contoh Menggunakan piawaian China GB9133-S3 dimana sisa buangan dengan aktiviti khusus yang kurang daripada 74Bq/g diklasifikasikan sebagai bukan sisa radioaktif dan boleh disimpan di kemudahan simpanan sisa biasa. Terdapat 18 Akta yang perlu Lynas ikuti untuk kerja-kerja perlombongan di Mount Weld Australia. Berapa banyakkah Akta di Malaysia untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran terpelihara?. Penilaian keselamatan takungan sisa buangan cecair di Mount Weld Australia menunjukkan bahawa potensi pencemaran atau ‘contamination’ tetap ada. Lynas dikehendaki mempunyai sistem pengawasan dan pengurusan air bawah tanah atau ‘groundwater’.
l.         ‘Proof of Concept (POC)’ atau Bukti Konsep seharusnya dibuat oleh Panel Pakar yang bebas dan ujian konsep ini seharusnya dilakukan di Mount Weld Australia sendiri.
m.   Cadangan membawa ‘rare earth’ bukan sahaja dari Australia tapi juga dari Malawi. Berkemungkinan ‘rare earth’ dari negara lain akan dibawa ke Gebeng Kuantan. Gebeng Kuantan berkemungkinan akan menjadi pusat serantau Asia malah dunia dalam penyimpanan sisa radioaktif dari perlombongan ‘rare earth’.
n.     Denda RM50 juta seperti yang termaktub di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom Perenggan 59 (1) untuk setiap bencana kepada Lynas dilihat cukup ringan berbanding hasil RM8 Billion setahun LAMP. Hanya satu bencana yang melibatkan sisa radioaktif memadai untuk menjadi ancaman yang serius dan kekal lama kepada semua.
o.     Penilaian Kesan Alam Sekitar Awal (PEIA) untuk Lynas tidak meliputi faktor radiasi dan kesihatan. PEIA tidak menjelaskan pengecualian aspek radiasi daripada skop EIA dalam pengenalannya. Sebaliknya, pengecualian itu hanya dinyatakan secara khusus dalam bab kemudian, contohnya Bab 8 ‘Ringkasan dan Rumusan’ (muka 8-13). PEIA ada menyebut tentang Penilaian Kesan Radiologi (RIA) tetapi dalam keadaan yang tidak jelas. Contohnya, dalam Bab 2 PEIA, ia menyatakan ‘Agensi Nuklear Malaysia (MNA), perunding radiologi yang dilantik oleh Lynas pada ketika ini sedang berusaha mengenal pasti dalam isu-isu keselamatan radiasi berhubung penyimpanan, pengendalian dan pengangkutan lanthanide’. Pada akhir Bab 3, PEIA menyebut buat pertama kali bahawa sisa yang dihasilkan dalam operasi loji adalah berradioaktif dan penyimpanannya akan dilakukan menurut saranan  berdasarkan kepada ‘Penilaian Kesan Radiologi’ MNA yang dijalankan untuk projek itu (muka 3-7). Bagi projek sebegitu rumit yang melibatkan bahaya radiasi dengan cadangan pengurusan, penyimpanan, dan pelupusan sisa yang kabur, kelulusan segera dari JAS dan Kerajaan Negeri Pahang(2-3 Minggu, normally 6 month) tersebut menimbulkan persoalan yang serius.
p.     Apabila PEIA diserahkan dan diluluskan, RIA mengenai isu keselamatan radiasi masih dalam proses sedang ditulis oleh MNA untuk diserahkan kepada AELB. Ini tidak seharusnya berlaku seolah-olah RIA tidak penting sebagai syarat kelulusan PEIA.
q.     Cadangan pengurusan sisa adalah kabur dan tidak mencukupi:
                                                   i.      Ruang untuk sel simpanan sisa bawah tanah amat terhad memandangkan air bawah tanah amat dekat dengan permukaan;
                                                 ii.      Kawasan itu juga mudah terjejas kepada mendapan kerana ia adalah bekas kawasan tanah paya;
                                                iii.      Pelepasan sisa berbahaya ke dalam Sungai Balok dan seterusnya ke laut;
                                              iv.      Sisa radioaktif beracun dan berbahaya yang sepatutnya disimpan dengan teliti dalam kolam khas dan sel simpanan di tapaknya tetapi dicadangkan untuk digunakan semula sebagai baja, konkrit, papan plaster, untuk jalan dan sebagainya (muka 5-58, 59).
r.        Di bawah undang-undang alam sekitar Malaysia, JAS adalah pihak berkuasa penyelaras utama terhadap isu berkaitan alam sekitar dan kesannya ke atas kesejahteraan rakyat negara ini. MNA dan AELB adalah penggalak teknologi nuklear dan ini mungkin menimbulkan konflik kepentingan memandangkan MNA adalah perunding yang menulis RIA untuk Lynas.  Sejauhmana bebas dan autonominya JAS daripada MNA dan AELB? Adakah dasar dan keputusan JAS akan menjadi kurang penting berbanding kepentingan AELB? Adakah JAS terpaksa menyerahkan peranannya kepada AELB dalam perkara yang berkaitan dengan nuklear dan isu yang berkaitan dengan radiasi dan kesannya?
s.       Proses RIA terus tidak diketahui. Agensi kerajaan manakah yang berada di dalam panel kelulusan RIA? Apakah kriteria untuk penilaian RIA? Kenapakah RIA dan kandungannya tidak dapat diperolehi untuk pemeriksaan pakar bebas?
t.       Alasan utama yang diberikan dalam PEIA untuk saranan Pilihan Binaan untuk projek Lynas ialah pulangan ekonomi dan kewangan yang besar. Salinan pembentangan Lynas di persidangan nadir bumi atau ‘rare earth’di Hong Kong jelas menyatakan insentif FDA (Foreign Direct Investment Malaysia) iaitu pengecualian cukai 12 tahun diberikan kepada Lynas. Mungkin hanya tertumpu kepada hasil cukai pada akhir Tahun ke-13 Lynas beroperasi di Gebeng dan pelaburan infrastruktur RM700 juta yang jelas memberikan sebahagian peluang perniagaan kepada pihak tertentu. Peluang pekerjaan jelas hanya untuk 350 orang.
u.     Projek Lynas dihentikan dalam usaha untuk menangani isu, termasuk Pelan Pengurusan Sisa (WMP) yang menurut pakar perlombongan Australia dilaporkan sebagai berkata, ‘masih belum didedahkan oleh Lynas)’ (http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/lynas-waste-plans-unclear-says-australian-mining-expert/);
v.     Penilaian bersepadu dan telus perlu dilakukan untuk projek yang memerlukan EIA dan RIA. Ini boleh mencegah PEIA atau DEIA (EIA lengkap) diluluskan tanpa mengetahui sepenuhnya kesan keselamatan radiologi dalam RIA;
w.   DEIA diperlukan mengikut undang-undang bagi sebarang projek yang memerlukan RIA, dengan itu memastikan proses kajian semula yang lebih teliti. Ini wajar, memandangkan aktiviti kurang berbahaya memerlukan penilaian kesan alam sekitar yang lengkap. Seterusnya, tidak seperti PEIA, DEIA memastikan penyertaan awam satu mandatori;
x.      Analisis sosio-ekonomi yang sempurna diperlukan bagi semua EIA, sama ada peringkat awal atau terperinci;
y.      Ahli politik (negeri dan persekutuan) seharusnya tidak membuat dakwaan bahawa projek kontroversi itu adalah selamat memandangkan pengesahan politik yang tidak bertauliah itu menjadikan kelulusan projek itu bersifat politik, amat berat sebelah dan berbahaya.
z.       Lynas berhasrat untuk menyimpan sisa buangan radioaktif itu di lokasi simpanan Kilang LAMP di Gebeng Kuantan secara kekal ketika memohon lesen dan bercanggah dengan kenyataan Raja Aziz dari AELB bahawa simpanan itu adalah sementara. Jika sisa buangan itu diklasifikasikan sebagai sisa berjadual atau ‘schedule waste’, maka lesen sisa berjadual itu perlulah dipohon dari Jabatan Alam Sekitar (DOE). Malah jumlah sisa haruslah dikenalpasti dan berapa lama bahan sisa berjadual itu boleh disimpan akan ditetapkan oleh DOE sendiri. Selalunya di sekitar 3-6 bulan sahaja. Dalam kes Huntsman Thioxide (HT) di Kemaman, sisa berjadual mereka dikatakan telah disimpan tanpa dilupuskan semenjak tahun 1992 sehingga kini secara   ‘landfill’ di kawasan dengan keluasan 500 hektar dan kini semakin penuh. Huntsman Thioxide (HT) Kemaman menghasilkan Titanium Dioxide. Titanium dioxide banyak digunakan di dalam makanan, kosmetik, bahan perlindungan cahaya UV, ceramic dan bahan getah.  Proses menghasilkan ‘pigment’ Titanium Dioxide itu juga banyak menggunakan sama ada asid sulfurik atau gas klorin. Sisa yang terhasil atau ‘by-product’ daripada proses itu adalah sisa pepejal, sisa asid yang kuat dan lemah, sisa ‘neutralised’, sisa dirawat dan habuk atau ‘dust’. Pendedahan secara berterusan bahan sisa itu di dalam kuantiti yang tertentu mampu memberi kesan kepada paru-paru, kulit dan kerosakan organ. Isu sebenarnya adalah berkenaan polisi dan mekanisme perundangan yang tidak mencukupi dari agensi kerajaan tertentu di dalam mengawal selia atau menguruskan sisa buangan atau ‘by-product’ yang dihasilkan dari setiap pemprosesan khususnya dari aspek ‘Schedule Waste Management’ di Malaysia. Bagaimanakah upayanya agensi kerajaan ini di dalam menguruskan semua sisa buangan radioaktif itu dari Kilang LAMP Lynas di Gebeng Kuantan pula?
aa.           Kenyataan Lynas yang memaklumkan bahawa sejumlah wang telah didepositkan oleh Lynas kepada AELB sebagai jaminan jika berlakunya pelepasan bahan bahaya daripada kerja-kerja pemprosesan mereka jelas menunjukkan tiada jaminan 100% dari Lynas bahawa pelepasan bahan bahaya ini tidak akan berlaku langsung.
bb.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB, dan bekas Pengarah Perlesenan AELB bahawa Ceramic mengandungi Thorium adalah tidak berasas kerana Ceramic tidak mempunyai bahan ‘metalic’ di dalamnya. Thorium dan Uranium adalah bahan ‘metalic’ dan kedua-duanya adalah bahan radioaktif.
cc.Thorium yang dikatakan digunakan kepada Ceramic hanyalah untuk ‘ceramic glaze’ atau bahan lapisan di atas ceramic untuk lukisan, warna, dan tahan air sahaja dan dikenalpasti oleh Suruhanjaya Perundangan Nuklear Amerika Syarikat(NRC) sebagai “kuantiti yang tidak penting” atau "unimportant quantities". Di mana, hanya 50mg Thorium sahaja yang terdapat di dalam rod ‘welding’, kurang 2gm di dalam lampu dan kurang dari 20% di dalam ‘ceramic glazes’ itu. Kenyataan bahawa kenapa rakyat tidak membantah Thorium di dalam Ceramic dan hanya kepada sisa Thorium dari Lynas adalah tidak berasas dan berniat untuk mengelirukan rakyat. Jawapan yang sama kepada marble dan tile.
dd.           Kenyataan Pengarah Bahagian Teknikal AELB itu berkenaan sisa radioaktif Thorium itu yang boleh dipegang kerana pancaran radiasi yang lemah dan tidak bahaya juga disanggah. Terdapat 3 jenis pancaran radiasi nuklear iaitu ‘alpha particles’, pancaran beta dan pancaran gamma. ‘Alpha particles’ hanya begerak dalam jarak yang amat dekat di udara malah boleh dihentikan dengan sekeping kertas, udara dan lapisan kulit yang mati. Sinar beta pula bergerak dalam keadaan yang laju tetapi hanya boleh melepasi elemen atau bahan yang tipis. Sinar gamma pula adalah gelombang elektomagnetic berkuasa tinggi yang boleh melepasi beberapa inci besi seperti X-Ray.  Kenyataan beliau bahawa pancaran dari Thorium adalah sinar alpha atau ‘alpha particles’ dan boleh dihalang oleh lapisan luar kulit jika dipegang, walaubagaimanapun, jika ‘alpha particles’ itu masuk ke dalam badan, ia tetap akan menyerang tisu dan organ dalaman kerana tiada perlindungan seperti yang sedia ada pada kulit luar manusia tadi. Ancaman lain adalah ‘radioactive dust’ atau habuk radioaktif kepada manusia dan juga Gas Radon. Pencemaran alam dari industri nadir bumi adalah ‘significant’. Industri nadir bumi negara China menghasilkan 13 Billion m3 gas dan 25 juta tan air sisa sehingga memaksa pengurangan kuota export nadir bumi mereka dari 72% ke 35% di suku pertama 2011.
ee.Penggunaan Thorium pada filem X-Ray di hospital juga sudah tidak digunakan lagi.
ff.     Lawatan ke Mount Weld oleh MOSTI, wakil AELB, dan wakil  Kerajaan Negeri Pahang tidak melibatkan panel bebas yang lain termasuk wakil kepada rakyat khususnya dari pihak Pakatan Rakyat malah NGO’s. Ketelusan kajian amat diragui.
gg.           Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (PEIA) dan Penilaian Kesan Radiologi (RIA) baru-baru ini juga mendedahkan bahawa Lynas akan menggunakan 500 meter padu sejam bekalan air untuk operasi harian mereka, satu jumlah penggunaan yang cukup besar dan dianggarkan melebihi penggunaan harian seluruh penduduk Kuantan termasuk menghasilkan air sisa yang dikatakan juga mengandungi sisa radioaktif yang dirawat dan dilepaskan ke sungai yang berhampiran. Persoalan seterusnya apakah yang akan berlaku jika air sisa itu gagal dirawat? Apakah juga akibatnya jika simpanan air sisa itu melimpah ke sungai yang berhampiran kerana beberapa sebab tertentu khususnya akibat banjir yang selalu melanda Kuantan?

Jika anda seorang ibu atau ayah, cuba renungi mata anak-anak anda dan katakan kepada diri anda, haruskah perkara ini diabai atau diendahkan?.

Jika tidak, kehadiran kita di Stop Lynas Solidarity Walk dari KLCC ke Kedutaan Australia di Jalan Yap Kwan Seng pada 20hb Mei ini jam 2 petang amat dituntut.

Katakan Tidak Pada LYNAS!!!


Share: